CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 11-3-2017 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-3-2017 04:50 PM
berhabuk bersarang labah2 dah rumah aku lama tak dijenguk..

ok...kali ni aku nak kongsikan satu ...

da jugak melayu yg prcya tafsir mimpi...sbb tu kut wujud kitab tajul muluk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2017 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam islam pun mimpi ada mainan tidur dan ada juga petunjuk dari Allah.

Pasal mimpi gigi patah dan akan ada org terdekat meninggal dunia pun kata2 org tua2 kat tempat I di kedah. Jadi time kecik2 dulu kalau mimpi gigi patah selalu cerita kat mak. Kadang2 betul berlaku kematian sedara kadang2 takda apa2 berlaku juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2017 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 11-3-2017 05:45 PM
Ada special piring ke yg digunakan untuk upacara miring ni?

Guna pinggan biasa jer nok...tp barang yg nak kena bubuh dlm piring tu yg special sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 11-3-2017 05:45 PM
Ada special piring ke yg digunakan untuk upacara miring ni?

Ni antara upacara miring yg aku ambk gambar kat google..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:15 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 12-3-2017 10:56 AM
Ni antara upacara miring yg aku ambk gambar kat google..

oh ya ke? ingatkan ada piring special untuk upacara miring ni.mana tahu, rupa piring tu lain dari yang lain.

banyak juga bahan2 yang digunakan untuk miring ni ya..
upacara ni masih diamalkan ke sekarang ni?

anyway, thanks atas pencerahan ni.

banyak pengetahuan yang dapat dari kisah misteri sarawak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup..masih diamalkan sehingga skrg terutama bagi kerja2 menanam padi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
x sabar nk baca cte tt sterusnya. Kipidap. Jalan cte yg menarik n mudah difahami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 10:50 AM | Show all posts
Cerita aku kali ni macam tahyul pun ada jugak..
Tapi macam mana nak kata tahyul kalau benda tu memang betul2 kejadian?

Rasanya dalam cerita aku yang terdahulu, aku ada beritahu yang nenek moyang aku memang keturunan dukun.

Kalau ikutkan kepercayaan kami, ada 3 jenis orang yang kami gunakan untuk berubat.

‘Manang’ adalah merupakan seorang dukun besar yang biasa dipanggil untuk upacara ‘belian’ iaitu menghalau sesuatu yang tak baik. Biasanya ini berkaitan dengan mimpi buruk atau mengubat penyakit berat yang dihidapi oleh seseorang.

Belian ini akan diadakan bermula daripada malam mula berlabuh atau pun kalau mengikut islam adalah selepas Maghrib. Upacara ini akan berlangsung semalaman sehingga subuh keesokkan harinya.

Tetapi apa yang paling unik adalah setiap Manang mempunyai sejenis batu istimewa atau dipanggil batu GEMALA yang diyakini boleh mengubat penyakit. Sepanjang malam Manang akan duduk di satu buai khas sambil membaca mantera dan ‘scan’ pesakit-pesakit dengan menggunakan sejenis batu sungai dan taring-taring tertentu binatang seperti beruang, babi hutan, cakar kaki burung helang, burung hantu dan dll.

Upacara ulik Mayang juga akan dilakukan oleh Manang untuk menghalau jin dan syaitan. Inilah antara upacara unik dalam ‘belian’.

Bomoh pula biasanya untuk berubat dan sama seperti bomoh/dukun yang terdapat di Semenanjung. Maka aku pun rasa tak perlu untuk aku ceritakan pada korang semua. Ala2 ustaz iaitu pengamal perubatan Islam tu la kan.

Dan, satu-satunya dikalangan pengamal perubatan yang agak ditakuti oleh kaum iban ialah ‘beliau’ aka dukun yang merupakan setaraf dengan dukun orang asli kat semenanjung ni. Amat ditakuti sebab biasanya dorang ni ada bela jin. Sorry to say…. ‘beliau’ ni ada macam-macam jenis minyak untuk pelbagai jenis tujuan mengikut permintaan yang datang berubat atau berniat. Sampai tahap, boleh diupah untuk membunuh pun ada.

Ok…selesai aku ceritakan pasal manang, bomoh dan dukun. Bukan apa…apa yang aku nak kongsikan lepas ni ada kaitan dengan apa yang aku dah ceritakan kat atas.

Datuk aku dari kedua-dua belah mak dan ayah aku keturunan dukun. Ayah aku berkebolehan mengubat beberapa jenis penyakit terutama yang melibatkan kanak2. Pengerasnya cuma sebuah pisau lipat, 1 meter kain cotton hitam  dan duit RM1. Upah, terpulanglah nak bagi berapa seikhlas hati.

Tetapi semenjak beberapa tahun ni selepas menganut agama Kristian, bapa aku dah buang kebanyakkan ilmu yang dia ada tetapi dalam masa yang sama dia dianugerahkan pula 1 kelebihan.

Bapa aku bermimpi didatangi oleh mendiang datuk yang menegur dan macam tak berapa suka bila bapa aku tak menjaga ‘ilmu’ yang telah diwariskan. Sebagai ganti, keturunan bapa aku bermaksud kami adik beradik dan cucu cicit dilarang membunuh ular dengan sengaja.

Bapa aku ‘disumpah’ untuk mengubat sesiapa sahaja yang dipatuk ular dengan syarat, yang dipatuk ular itu tidak boleh berada atau melintasi bumbung.  Bermaksud tidak boleh dibawa balik ke rumah.

Selama ni ada beberapa orang yang bapa aku pernah selamatkan daripada patukan ular senduk dan tedung.

Malahan, depan mata aku, aku pernah nampak ular tedung panjang dalam 2 meter jadi kaku berdepan dengan bapa aku dan berundur masuk ke dalam semak. Sementara aku sendiri pernah beberapa kali terserempak dengan ular tetapi ular tersebut diam tak bergerak dan bila aku berundur, ular tersebut pun turut berundur. Aku tak pasti sama ada bapa aku ada menurunkan ilmu tu kat aku atau tak..hehehe

Jangan tak percaya kalau aku cakap kampung aku ada ular macam ular viper, yang ekornya berbunyi macam loceng.

Berdenting kasut boot setinggi paras lutut yang sepupu aku pakai bila dipatuk dek ular viper nih… masa tu kami sedang kusyuk mencari pucuk miding sejenis sayur hutan yang tumbuh meliar di tepi2 jalan.

Yang peliknya, aku yang pertama lalu kat situ, tapi dia yang ke-3 yang dipatuk ular. Bekas racun ular tu meninggalkan macam kesan melepuh pada kasut boot tersebut.

Bayangkan kalau sepupu aku tu tak pakai kasut boot, aku rasa mungkin dah tinggal nama je kot.

Di kampung makcik aku kat Klang adalah bekas ladang kelapa sawit. Rumah pula dibina mengikut lot masing-masing. Dan umum tahu bahawa kalau dah sebut ladang kelapa sawit, ular senduk dan tedung adalah penghuni bagi kawasan tersebut. Peratusan kekerapan terserempak dengan spesis ular tedung amat tinggi.

Banyak kali juga aku terserempak dengan ular tedung yang melintas jalan. Kadang-kadang terjumpa sepasang dok mengawan tepi lorong yang menuju ke rumah makcik. Seram siutttt kalau kena patuk, peluang hidup amat tipis!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2017 11:25 AM | Show all posts
Masuk bab tang mak aku pula….

Dalam cerita terdahulu aku dah bagitau yang mak aku berkebolehan menghalau hantu dan mengubat beberapa jenis penyakit.

Cuma kali ni aku nak cerita details tentang kebolehan mak aku mengubat penyakit bisul, kanser payu dara dan fibroid.

Pantang larang untuk mak aku ubat penyakit tersebut adalah tidak boleh terkena pisau bedah. Maksudnya penyakit yang baru dikesan dan belum pernah menjalani sebarang pembedahan.

Cara penyembuhan adalah mak aku akan kunyah sirih pinang dengan sejenis cendawan yang amat sukar diperolehi.

Cendawan ini hanya tumbuh dihutan dan waktu untuk mengambil cendawan adalah sewaktu tengahari. Kalau bab mencari dihutan tu taklah sesukar mana sebab kami duduk kat kampung yang dikelilingi hutan dan bermacam kebun dan sawah.

Cuma, pantang larang semasa memetik cendawan tersebut ialah TIADA sebarang kokokan ayam!
Ayam kan berkokok waktu pagi dan petang. Jadi tengahari adalah waktu yang sesuai untuk memetik cendawan tersebut. Cendawan tersebut hendaklah dijemur dan dikeringkan dibawah matahari.

Semasa menguyah sirih pinang dan cendawan, mak aku akan mendapat petunjuk.

Jika dia mabuk aka pening2 semasa menguyah pinang, dan bila kunyahan pinang dilumurkan pada tempat yang sakit, warna air sirih tersebut kemerah-merahan seperti darah. Maka harapan untuk sembuh itu amat tinggi.

Tetapi sebaliknya jika mak tidak mabuk dan air pinang berwarna pudar dan cerah, maka tiada harapan untuk sembuh melainkan melalui prosedur pembedahan.

Benda ni kena dilakukan selama 3 hari berturut-turut. Jika ada kesukaran untuk pergi ke rumah kami untuk mendapatkan rawatan, maka mak akan bekalkan air sirih pinang untuk dilumurkan sendiri oleh pesakit selam 2 hari.

Pesakit juga dilarang untuk berpantang memakan belacan, dan segala benda yang berbau selama 3 bulan.

Walau bagaimana pun, segalanya berserah kepada izin Allah.

Sebagai contoh, sepupu aku disahkan cancer payudara dan perlu melakukan pembedahan secepat mungkin sebelum merebak. 2 minggu sebelum next appointment untuk pemeriksaan, makcik aku bawa dia untuk berubat dengan mak.

Dan dia juga mengikut pantang larang yang telah ditetapkan. Apabila dia datang ke hospital untuk membuat appointment pembedahan, doktor jadi pelik sebab cancer tersebut telah mengecil. Sepupu ni pergi check up kat Normah Medical Specialist Centre. Almaklum laki pilot…..

Appointment yang seterusnya, pembedahan dibatalkan sebab cancer tu dah hilang… jadi mak aku dapat habuan lumayan..seutas gelang tangan emas dan rantai leher…sekarang selepas hampir 10 tahun berlalu, sepupu tu aman-aman jer hidup dengan anak2 dan cucu cicit. Alhamdullilah….

Seorang lagi sepupu aku ada fibroid dalam rahim. Perut macam orang pregnant 5 bulan. Lepas scan, fibroid tu sebesar buah kelapa laut. Besar kepala baby.Dianggarkan lebih sekilo beratnya.

Lepas berubat dengan mak aku, fibroid tu pun sama makin mengecil dan tak membesar. Doktor pula syorkan supaya tidak melakukan pembedahan sebab fibroid tu tak merbahaya.

Dah hampir 5 tahun dan dia pun tak pernah melakukan sebarang pembedahan untuk fibroid yang dialami. Lupa pula nak tanya sama ada dia fibroid tu masih ada atau dah sembuh sepenuhnya.

Tapi mak aku ni tak suka kalau orang bawa mulut yang dia boleh mengubat cancer sebab dia tak tahan..lepas berubat, kalau mujarab, dia akan demam. Sebab tu dia malas nak mengubat orang. Kecuali sedara mara jer yang dia sanggup nak ubat.

Alasannya….AKU BUKAN DUKUN…. huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2017 11:42 AM | Show all posts
yang bisul tu, mak aku sapu pakai airliur jer..

so klu baru nak menjadi, bisul tu akan hilang...

kalau dah bernanah, maka bisul tu akan cepat pecah dan kering.

aku pernah kena 'sebat' dengan obor2 masa mandi kat pantai..

itupun aku dah pakai seluar panjang skinny.. disebatnya aku kat punggung...

menggelinjang aku kesakitan tau! macam kena letrik.

air mata dah bertakung, lepas tu terus menitis..huhuh

aku tak perasan obor2 yang menyebat tu besar mana..

tapi pedihnya ya ampun..

aku sikit pun tak teringat kat mak aku yang tengah dok melepak dengan makcik aku kat tepi pantai tu..

Bila makcik aku tengok aku dah menggelinjang dan bagitau yang aku kena sebat dengan obor2, lekas2 dia panggil mak aku..suh ludah bahagian yang kena sebat tu..

makcik aku cakap bekas sebatan obor2 tu macam kena libas dengan lidi.. panjang dalam 3 inchi..

nasib baik cuma membekas merah jer... ada sorang member yang kena sebat dengan obor2 kat pantai sepang, jadi macam kena cucuh besi panas... tak lama lepas tu melepuh dan menanah..
dah la kena kat pergelangan tangan...

tu yang aku fobia dengan obor2.. huhuhu

Obor2 ni biasanya banyak bila air mula pasang... klu kat sarawak, ada yang buat ala2 kerabu...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2017 11:28 AM | Show all posts
Jangan ingat dalam Islam jer yang melarang untuk main2 bomoh nih..

Kami pun tak menggalakkan kes main2 bomoh ni.

Bukannya apa, sebab dah banyak kejadian yang melibatkan bomoh2 ni..

Kebanyakkannya tidak enak didengar..

Aku pun sampai kini masih tertanya2.. dah klu bomoh2 ni power sangat senang2 cabut nyawa orang, aku nak jer upah dorg cabut nyawa menteri2 bongok yang menyusahkan rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 14-3-2017 11:28 AM
Jangan ingat dalam Islam jer yang melarang untuk main2 bomoh nih..

Kami pun tak menggalakkan kes  ...

bangjib ke tt?I ingt u convent Muslim...Sory ya tnya...dulu u atheist convert kristian ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2017 09:19 AM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 14-3-2017 10:19 PM
bangjib ke tt?I ingt u convent Muslim...Sory ya tnya...dulu u atheist convert kristian ke??

dengan merigoraon.. hehehhe
atheist yg sembah2 pokok batu binatang tu ke?
tak kami dulu agama Baha'i ..



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 07:24 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-3-2017 11:42 AM
yang bisul tu, mak aku sapu pakai airliur jer..

so klu baru nak menjadi, bisul tu akan hilang...
...

Baru tahu bomoh ni ada peringkat2nya.
Macam mana kerabu obor ni?
Sedap ke?
Ai suka makan kerabu, apa jua jenis kerabu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 08:37 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-3-2017 08:24 PM
Baru tahu bomoh ni ada peringkat2nya.
Macam mana kerabu obor ni?
Sedap ke?

alamak....aku tak pernah try nok..
tak tau naper tekak aku tak lalu nak telan..huhu

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 04:35 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-3-2017 07:24 PM
Baru tahu bomoh ni ada peringkat2nya.
Macam mana kerabu obor ni?
Sedap ke?

not all obor obor boleh di buat kerabu yer...tak smena semana mulut berbuih meronta ronta kejang otot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2017 11:24 PM | Show all posts
Best la cite TT ni. rare...
me nak berkuntum kat sini la
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
yg bab gigi patah tu somehow mcm aku percaya je petanda kat aku... sebab dah kena 3x... tiga2 yg rapat dgn aku... nenek aku, cousin aku and paling sedih arwah mak aku....


n yup pernah dengar, org yg pandai ubat org nie kdg2 "makan diri" ... mcm tt cerita tu... ada kenal sorang makcik nie.. die nie pandai ubat org.. dia ubat je, tpi tak buat benda2 yg tak baik like kenakan org ke apa... nak hantar balik santau kat owner yg  hantar tu pun dia tak nak... sebab memang tu pantang dia... and dia tak akan ubatkan org yg mulakan dlu... i mean pesakit yg dtg tu dulu buat kat org then org bls balik... once sja org yg dia ubatkan tu baik, memang dia demam
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 12:10 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-3-2017 11:25 AM
Masuk bab tang mak aku pula….

Dalam cerita terdahulu aku dah bagitau yang mak aku berkebolehan m ...

Ubat Sedara mara je ye,...
Baru je nk PM
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2017 12:50 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-3-2017 11:42 AM
yang bisul tu, mak aku sapu pakai airliur jer..

so klu baru nak menjadi, bisul tu akan hilang...
...

I mandi kat pantai bagan lalang kat sepang tu, tangan bagai ditoreh2 dengan pisau.Siap ada yg berdarah sikit.
Klu kena sabun pedih la hai...
Orang kata i terkena tangan obor2 yang dah mati
Tapi ajaibnye, i mandi ngan anak2 buah, i sorang je yang kena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.147205 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list