CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 28-4-2017 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai baru jumpa benang tt ni..menarik sgt dengan penceritaan budaya sarawak...kisah tt ni mmg lain..suka sgt, akan follow benang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2017 10:07 AM | Show all posts
MYviHaZz replied at 28-4-2017 03:26 AM
Aduhai baru jumpa benang tt ni..menarik sgt dengan penceritaan budaya sarawak...kisah tt ni mmg lain ...

thank you..
in shaa allah... nnt aku korek kisah lain dari mak aku..
akan aku kongsikan kat sini...


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 28-4-2017 10:07 AM
thank you..
in shaa allah... nnt aku korek kisah lain dari mak aku..
akan aku kongsikan kat sini ...

Yesss korek banyak2 tau anna, dah ketagih baca kisah misteri yang best2 kt MPS ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 12:29 PM | Show all posts
senyum sumbing aku dengar citer mak aku... hahahaha

begini.... biasalah...dalam ramai2 manusia, meman macam2 ragam..
adik sepupu aku ni telah berkahwin dengan perempuan sekampung..
klu ikutkan pun pangkat 2 pupu juga dengan kami..

bukan la nak citer pasal aib si perempuan..
Tp mak dia ni dulu bekas pe***ur..
anak dia ni pula terkenal dengan perangai bohsia..
bila makcik larang dan tak bagi dorang berkahwin, yg sepupu aku ni p cabut lari tinggal serumah dengan yang perempuan tu...
klu dah jadi gitu, nak tak nak, kena la bg kahwin wlupun berat hati..

yg si perempuan ni plak...klu dah tau mak mertua x berapa nak suka, buat la perangia elok semenggah sikit..
ini tak....beli KFC, dia boleh makan sembunyi2 dalam bilik tidur...huhuhu

tp apa yg aku nak citerkan ni bukan la pasal keaiban si perempuan ni.. cukup la aku bgtau sikit2 jer..

memandangkan mendiang pakcik dah meninggal, makcik tinggal seorang diri di rumah...jadi si kakak yg duduk di perak dan si abang yang duduk di Kem terendak Melaka telah mieminta si adik untuk menjaga emak mereka.

Si adik bersetuju dengan syarat, si kakak & abang krim duit belanja dapur setiap bulan.
Si adik ni memang pemalas dan jarang2 untuk turun bekerja.

Kebiasaannya orang kampung bekerja sebagai buruh kontrak di projek2 pembinaan di bandaraya Kuching dengan pendapatan sekurang2nya RM 40 sehari.

Yang si isteri tu, memang tak tau nak cakap apa....

Jadi surirumah sepenuh masa...tp untuk suami sahaja...

Faham tak??

Maksudnya dia tidak membuat sebarang kerja untuk rumah seperti membasuh, memasak, mengemas...segala-galanya dilakukan oleh si emak mertua. Kerap kali si emak mengadu dekat emak aku pasal si menantu yang pemalas...
dah la malas, degil plak tu..jenis melawan cakap...selalu jer bergaduh dengan emak mertua..
Bila bergaduh jer, dia cabut lari ke rumah emaknya yang terletak dihujung kampung..

Maka ada adalah kisah cerekarama...didera oleh mertua.. kena jadi kuli...macam2 lagi...


Pada suatu hari, makcik berasa tidak sihat...emak dan adik aku tolong teman dan hantarkan dia ke Hospital. Tp doktor kata demam biasa sahaja....

Petang keesokkannya emak berasa hairan kerana makcik tidak datang ke rumah kami seperti biasa..rumah kami selang sebuah jer dari rumah makcik. Biasanya makcik tu petang2 suka melepak kat rumah kami sambil berborak dan melihat emak mengayam tikar.
Kekadang makcik belikan bahan, dan minta mak anyamkan beg utk dia.

Jadi, mak pun pergi ke rumah makcik..bila dipanggil tak menyahut...mak pun mula risau..
mak masuk ke dalam rumah. Tetapi makcik tiada di ruang tamu.

Mak pergi menjenguk ke dapur...juga tiada...mak cuba2 menjenguk ke dalam bilik tidur...

Kelihatan makcik sedang terbaring dan seperti kejang...boleh kata macam orang kena stroke!
Muka pula kekuningan...Emak lekas2 memanggil adik dan mereka terus membawa makcik ke hospital.

Setibanya di hospital, makcik dikejarkan ke wad kecemasan.

Emak yang berasa tidak sedap hati mengajak adik pergi ke rumah salah seorang bomoh yang pernah mengubat makcik yang kebetulan rumahnya hanya beberapa kilometer sahaja dari hospital.

Dari scan yang dibuat, bomoh itu berkata yang makcik ni dah 'terkena'...ada orang telah menanam sesuatu di pintu masuk ke rumah makcik. Bomoh tersebut menyuruh emak memberi minum air yang telah dijampi kepada makcik. Dia juga berpesan...setibanya dirumah, buangkan pasu bunga matahari yang terletak disebelah kanan rumah makcik sebab disitulah 'benda' itu ditanam.

Sekiranya makcik sudah keluar dari hospital, bomoh itu meminta emak membawa makcik ke rumahnya untuk proses pembersihan dengan mandi. (yg ni nnt klu aku free, aku akan ceritakan).

Sementara itu dirumah, si menantu perempuan pula bermimpi yang mendiang bapa mertuanya datang dan meminta si menantu untuk menjaga dan melayan mak mertua dengan baik. Malangnya, macam biasa la...si menantu ni menjawab dan menengking bapa mertua.. menyumpah seranah sampai pakcik hilang sabar dan  menerkam serta memulas perut si menantu..bila si menantu terjaga, dia berasa sakit dibahagian perut...
*ini pun si menantu tu yg bercerita selepas dia dah insaf*

2-3 hari dia hanya memakan ubat tahan sakit...apabila semakin melarat, dia meminta si suami menghantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Percaya atau tidak? Doktor sahkan ada kecederaan didalam perut & peranakan sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Sepanjang tempoh dia tak sihat tu, mak mertua la yang jaga dia dan anaknya yang masih kecil.

Makcik aku tu dah mula sembuh lepas minum air yang dijampi. Makcik kata, semasa dia 'terkena' tu, leher dia rasa tercekik..dada sendat..sesak nafas...kalau mak aku lambat sedikit, agaknya dia dah mati kot. Dia juga dimandikan oleh bomoh tersebut selama 3 minggu berturut-turut pada setiap hari khamis.

Tapi hikmah daripada peristiwa tersebut, hubungan mereka sekeluarga dah semakin baik.
Dan si isteri tu pula dah mula hormat si suami, kami yang sepupu2 ni, dan makcik2 mertua dia.

Masa aku balik kampung hari tu, macam dah tradisi plak sepupu2 ni bawa sarapan masing dan makan beramai-ramai di halaman gelanggang sepak takraw yang telah dibentangkan tikar untuk duduk.

dah macam keramaian pula....













Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 28-4-2017 12:29 PM
senyum sumbing aku dengar citer mak aku... hahahaha

begini.... biasalah...dalam ramai2 manusia, m ...

siapa yg buat kn makcik u dgn menantu dia...
mula2 I teka menantu...scroll ke bwh...skli mnantu kna kacau
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 3-1-2017 03:05 PM
itu baru cerita busung...

pernah dengar tak kisah yang seorang askar semenanjung kalau x silap  ...

TT, tak perasan thread ni, mmg terbaik ceritanya. ingat nk komen nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2017 08:48 AM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 28-4-2017 06:50 PM
siapa yg buat kn makcik u dgn menantu dia...
mula2 I teka menantu...scroll ke bwh...skli mnantu k ...

babe, actually...besan makcik yg buat kat makcik sbb dia nak anak & menantu dia ambik rumah & harta makcik yg seciput..
tak menyabar nak suh makcik tu mati.
selagi makcik ada, anak dia aka menantu makcik tu x leh nak buat rumah tu macam harta sendiri..
sbb dia pemalas...2-3 hari pinggan mangkuk kat sinki...smpi berkulat, dia tak basuh..
tinggal makcik tu bermlam kat sawah masa musim menuai, balik ke rumah, rumah dah macam tempat pengumpulan sampah..
menantu dia tu bila rumah dah macam sampah, dia cabut lari ke rumah mak dia..
rumah biar tinggal bersepah..
bukan sekali dua dia buat gitu... kerap kali.
tu la punca kenapa makcik dengan menantu tu selalu gaduh..
yg sepupu tu pulak mcm dah kena nasi kangkang...
hek tidak, hok tidak!

yg pasal menantu dengan mendiang pakcik tu. allahualam...kuasa Allah..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2017 08:52 AM | Show all posts
Orked_Vanda replied at 29-4-2017 06:14 PM
TT, tak perasan thread ni, mmg terbaik ceritanya. ingat nk komen nanti

thank you.2x...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2017 09:04 AM | Show all posts
terbaik....betul...kadang benda mcm tk masuk akal..
tapi semua yg terjadi atas izin Allah swt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 02:38 PM | Show all posts
Kerana itulah pantang larang orang tua dulu2, kalau kita dijemput untuk makan sesuatu, setidak-tidaknya ambik secubit, kunyah dan telan supaya seluruh badan tidak kempunan.
uolss bab ni hb iols sllu amalkan..kalau org dh pelawa kene jamah sikit.. iols dulu2 x paham... dia sllu ckp kalau dh ajak kene gak makan even sikit..tp dia x ckp la pasal kenapa apa sume..iols layankan je la dia... mgkn sbb takut tuan rumah terasa la ms tu yg iols pikir


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 02:51 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 02:17 PM
MISTERI GANDAAN 7

Bila sebut pasal buaya ni, nenek aku pernah bercerita.....

best nye cite ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 03:24 PM | Show all posts
Edited by MYviHaZz at 4-5-2017 03:26 PM
annabellaruz2 replied at 28-4-2017 12:29 PM
senyum sumbing aku dengar citer mak aku... hahahaha

begini.... biasalah...dalam ramai2 manusia, m ...

nasib baik tau insaf gak isteri sepupu tu..mendiang pakcik anna yg datang dalam mimpi menantunya
tu ada ilmu apa2 ker masa hidupnya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 03:33 PM | Show all posts
bestttt   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2017 03:59 PM | Show all posts
MYviHaZz replied at 4-5-2017 04:24 PM
nasib baik tau insaf gak isteri sepupu tu..mendiang pakcik anna yg datang dalam mimpi menantunya
...

entah la nok...
orang tua dulu2...nak2 moyang aku tu dukun besar..
takkan cucu cicit dia tak de mewarisi barang 1-2 ilmu nyer.. ye tak??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2017 04:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2017 04:00 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 4-5-2017 03:38 PM
uolss bab ni hb iols sllu amalkan..kalau org dh pelawa kene jamah sikit.. iols dulu2 x paham... di ...

kalau kami mmg terus terang disebut pasal kempunan nih...
bukan nak menakut2kan...tp sbb dah pernah betul2 kejadian..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2017 04:41 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-11-2016 01:53 PM
hahaha..jangan tak tahu,
aku tengok makhluk tu hisap pad tu sampai bersih! terbayang2 lagi nih... ...

omaigoddd mmg pnh nmpk ek...sllu kalau bc or dgr cite pasal benda jilat pad ni sllu org duk cite org pny pengalaman.. rupa dia cane? takut nye

sllu kan yg x basuh ni sllu non muslim kan... kita ni yg muslim mesti basuh dulu kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 08:06 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 4-5-2017 04:41 PM
omaigoddd mmg pnh nmpk ek...sllu kalau bc or dgr cite pasal benda jilat pad ni sllu org duk cite o ...

Ya, dah la time tu baru masuk Uni. Kena kat asrama kolej.
FYI, student U ramai je yg tak cuci. Tu sbb sedap je makhluk tu hisap darah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 4-5-2017 03:59 PM
entah la nok...
orang tua dulu2...nak2 moyang aku tu dukun besar..
takkan cucu cicit dia tak de  ...

Yer la lupa plak yang keturunan anna ada ilmu dukun mendukun ni..Tentu sikit sebnyk menurun kt anak cucu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2017 09:08 AM | Show all posts
MYviHaZz replied at 4-5-2017 09:13 PM
Yer la lupa plak yang keturunan anna ada ilmu dukun mendukun ni..Tentu sikit sebnyk menurun kt ana ...

tp bayak dah bapa aku buang...
cuma dia masih amalkan untuk mengubat kanak2 yg kena kacau dengan ubat ketegur...
dengan hilangkan bisa patukan ular..
sama la dgn mak aku...cuma simpan untuk mengubat jer..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.175421 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list