CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 8-5-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-5-2017 12:22 PM
gergasi?

Nenek aku citer pasal bongsu buaya....

Maksud sy... dia ada dua cerita satu cerita pasal bongsu buaya mmg sebiji ceritanya nenek dia tlg buka mata kail buaya masa tu...
Satu lg cerita nenek dia tlg cabutkan gigi gersasi... gigi tu masih di simpan...
Yg mata kail buaya ada hadiahkan tembikar mcm tu dia cite...
So dia blk kampung iols suh snap gmba... mmg ada dia send dlu... zaman mms kot masa tu... so iols kene korek2 file lama nk cr gmba tu... rasa nye mcm penah share dlm forum gk... tp xtau thread mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2017 02:54 PM | Show all posts
dee_dee replied at 8-5-2017 03:23 PM
Maksud sy... dia ada dua cerita satu cerita pasal bongsu buaya mmg sebiji ceritanya nenek dia tlg  ...

o i see....
meh la share kat sini...
at least, boleh tambah koleksi sementara tgu aku korek dari mak aku..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 11:52 AM | Show all posts
best thread @annabellaruz2
nak bunge
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2017 12:04 PM | Show all posts
Dalcott replied at 18-5-2017 12:52 PM
best thread @annabellaruz2
nak bunge

thank you darling..nah bunga juga sbb rajin baca..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Beb,  aku peminat citer ko juga kt sini.
Ko ni mmg berisikn,  semue thread ko ade info.
Lagipn ko pandai susun ayat.

Walopon aku tau ko busy kt thread lain,  tapi nanti ko sambung lagi ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2017 03:47 PM | Show all posts
amyza82 replied at 19-5-2017 03:44 PM
Beb,  aku peminat citer ko juga kt sini.
Ko ni mmg berisikn,  semue thread ko ade info.
Lagipn k ...

hi babe... ok..
tgu aku kutip citer dari mak aku ye...
nnt aku up citer2 kat sini..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2017 01:25 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 6-5-2017 07:58 PM
Yg ilmu penawar bisa ular & ubat cancer tu, tak tau leh diturunkan ke tidak...nnt aku try tya..

hai anna...bila nak sambung citer ni
ada tanya tak mak pasal ilmu penawar bisa ular dengan ubat kanser tu,
harap2 cepatlah update benang ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MYviHaZz replied at 21-5-2017 02:25 PM
hai anna...bila nak sambung citer ni
ada tanya tak mak pasal ilmu penawar bisa ular d ...

Tgu lagi 2 minggu ye yunk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-5-2017 08:00 PM
Tgu lagi 2 minggu ye yunk...

Beres..post banyak2 citer k ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2017 10:34 AM | Show all posts
@MYviHaZz  @amyza82



Sementara menunggu citer dari mak aku, aku sharekan 1 kisah misteri gak nih..

Masih ingat tak  kisah buaya 6 sekawan yang muncul dipermukaan sungai semasa bapa aku tengah menunda kayu balak bersama pakcik aku yang merupakan biras bapa aku?
Maksudnya mak aku dengan isteri pakcik ni adik beradik.

Selain daripada kisah buaya tu, terselit juga satu kisah sedih yang memang takkan aku lupakan smpai bila-bila.

Sementara menunggu keputusan SPM, adik kepada pakcik aku ni tinggal bersama-sama dengan pakcik aku dengan niat ingin bekerja dan mengumpul sedikit duit untuk menyambung persekolahan dia nanti. Jadi, pakcik aku ajak la dia untuk kerja bersama pakcik dan bapa aku.

Kalau tak silap masa tu tahun 1988. Aku memang tinggal di asrama. Setiap kali bapa dan pakcik lalu kat sungai yang berhampiran untuk menunda kayu balak, mesti bapa aku akan singgah sekejap menghantar jajan..hehehe

Dulu, kampung nenek aku adalah sebuah rumah panjang dan nenek serta makcik aku tinggal dirumah panjang yang sama. Rumah mereka hanya sebelah menyebelah sahaja.

Jadinya, adik pakcik ni tinggal bersama pakcik dan makcik. Aku tak tau nama dia tapi kami semua panggil dia “Wat” jer..panggilan ni biasa diguna pakai untuk memanggil seorang yg kita tidak kenal secara sopan supaya tak perlulah nak panggil orang oi, oi jer..hhehe   

Wat/dom/bujang adalah gelaran bagi kanak-kanak dan remaja atau lelaki dewasa yang masih muda. Sementara ‘endu’ atau ‘dara’  pula adalah panggilan untuk kaum perempuan.

Berbalik kepada Wat tadi..dia boleh dikategorikan sebagai hensem sebab putih melepak dan seakan-akan  kacukan Mat Salleh. Ramai gadis sekampung dan kampung berhampiran yang menaruh hati kepada Wat.

Yang menjadi mangsa sudah tentulah aku…. Aku lah yg menjadi mangsa tempat digadis-gadis berkirim salam dekat Wat ni. Sampaikan kat sekolah pun ada pengawas perempuan yang turut mengampu aku semata-mata nak menarik perhatian Wat.

Bayangkan budak darjah 6 tapi ada yg berumur dalam 13 & 14 tahun dan berkahwin diusia 15 tahun bukan sesuatu yang pelik pun kat Sarawak. Dan mereka ni terdiri daripada kes lambat masuk sekolah atau pun *repeat class* sebab pencapaian akedemik tidak memuaskan semasa di darjah 1 sebab dulu-dulu tak ada kelas prasekolah atau tadika dikampung aku.

Mereka kenal Wat sebab kat sekolah aku tu ada sebuah padang bola. Penduduk sekitar selalu menumpang bermain bola di padang tersebut. Bapa aku suka main bola. Jadi setiap petang klu tak bekerja, dia datang untuk join penduduk sekitar bermain bola.

Pakcik aku dengan wat ni pun selalu bermain bola bersama-sama. Sudah tentulah aku mengendeng dengan bapa aku kan?? So, sekali la aku melepak dengan Wat kat tepi padang.
Sebab tu la aku jadi perantara untuk berkirim salam dan berutus surat.

Seronok wwooo dapat layanan istimewa dari pengawas. Sarapan pagi klu menu biskut kering, maka aku dapat rezeki lebih sebab dorang bago bahagian dorang kat aku. Hehehe..

Si Wat ni pula, dia tak layan langsung surat-surat tu. Malah dia suruh aku dan pakcik aku yang baca…hahahahaha..

Pada suatu hari, seperti biasa, bapa aku, pakcik dan Wat turun bekerja. Biasanya mereka akan bermalam didalam bot selama seminggu atau paling lama pun 2 minggu. Mereka membawa bekalan beras dan bahan masakan biasa. Tetapi pada minggu tersebut, mereka terpaksa bermalam lebih dari biasa sebab stok kayu balak belum mencukupi untuk ditunda. Jadi mereka hampir kehabisan bekalan beras.

Maka, bapa aku pun bercadang untuk balik ke rumah untuk mengambil bekalan beras. Untuk info, pengkalan tempat bot berlabuh terletak dalam 3km melalui jalan darat untuk sampai ke persimpangan kampung aku. Masa tu jalan memang masih hutan. Pokok besar dikiri kanan jalan. Jalan pula tanah liat kuning dan lecak ketika hujan.

Bagi yang dah baca kisah-kisah terdahulu, mesti dapat bayangkan jalan ke kampung aku tu. Kalau berjalan kaki, ambil masa sejam juga untuk sampai ke rumah aku. Untuk sampai ke rumah nenek aku pula melalui jalan yang sama tetapi ditambah lebih 1 jam perjalanan.

Tetapi memandangkan bapa aku ada scrambler, maka tiada masalah untuk dia balik ke rumah untuk mengambil bekalan. Biasanya scrambler bapa aku tu dia tumpangkan dirumah sepupu yang terletak betul-betul di sebelah tepi jalan raya yang sekarang bakal dikenali sebagai Lebuhraya Pan Borneo.

Ah, yang pakcik aku pun gatal gak nak mengikut balik. Alasan nak jenguk anak bini.. hehehehe
Tetapi, bot tidak boleh ditinggalkan tanpa penjagaan sebab pengkalan tersebut berhampiran dengan perkampungan. Maka pakcik meminta Wat untuk menjaga bot sepeninggalan bapa aku  dan pakcik. Maksudnya malam tersebut, wat akan duduk di dalam berseorangan. Wat bersetuju.

Maka, balik la bapa aku dan pakcik ke kampung. Bapa la yang kena hantar pakcik ke kampung nenek naik scrambler. Agak adventure gak la naik scrambler ni berbanding motor biasa yang bunga tayarnya nipis. Risiko jatuh tergolek memang tinggi kalau bukan naik scrambler. Scrambler bunga tayar kasar lebih mudah untuk bergerak ditanah lecak dan tahan lasak.

Keesokkannya, selepas tengahari, bapa pergi menjemput pakcik untuk kembali ke bot tunda.
Sebaik tiba dipengkalan, mereka terpinga-pinga sebab bot tidak kelihatan di pengkalan. Mereka menyusuri sungai mencari bot yang hilang. Akhirnya laporan polis dibuat. Usaha mencari disepanjang sungai dijalankan dengan bantuan polis marin. Malangnya bot tunda gagal dikesan.

Akhirnya kerja menyelam dimulakan……..

Lebih kurang 3km dari tempat berlabuh, para penyelam menjumpai sebuah bot yang tenggelam. Usaha menaikkan bot mula dijalankan. Agak sukar menaikkan bot ditengah-tengah sungai yang berarus deras. Masa tu, buaya memang dah mula berleluasa. Jadi para petugas mesti berhati-hati.

Percubaan pertama adalah dengan mengikat tali dibeberapa bahagian bot dan menggunakan kren untuk menarik ke atas. Tetapi usaha tersebut gagal.

Percubaan kedua pula dengan menggunakan bot tunda yang lebih besar saiznya… malangnya tidak juga berhasil.

Usaha terakhir… meminta bantuan bomoh untuk membuat perundingan sebab kat situ pernah dikatakan dihuni oleh hantu air.

Selepas beberapa rundingan…tiba-tiba bot itu timbul sendiri ke permukaan air didahului dengan mayat Wan yang seolah-olah berdiri dan tangannya seperti menahan sesuatu.

Setelah mayat Wan dinaikkan oleh polis ke tebing, bot tersebut juga berjaya dinaikkan dan dibawa balik ke pengkalan.

Hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, terdapat pencerobohan ke dalam bot. Wat telah dipukul dibahagian kepala sehingga mencederakan tempurung kepalanya. Dan yang lebih menyedihkan, lengan Wat telah disuntik seolah-olah dia mengambil dadah. Tetapi tiada dadah yang dikesan didalam badan Wat hasil bedah siasat.

Bot pula sengaja dilubangkan supaya tenggelam ke dalam sungai. Sampai sekarang, setahu aku, tiada sesiapa yang ditangkap berkaitan dengan kes tersebut. Tapi disyaki dilakukan oleh penduduk berhampiran yang berniat merompak tetapi oleh kerana tiada hasil rompakan maka mereka membunuh Wat dan menenggelamkan bot.

Berbalik kepada ayah dan mak Wat… mereka tersangat sedih sebab Wat lah satu satunya harapan untuk mengubah hidup dan Wat adalah anak yang paling mereka sayangi kerana elok rupa dan budi pekerti.

Sampaikan aku dengar mereka sanggup mencari bomoh handal untuk mencari siapa punya angkara. Yang tu memang diluar pengetahuan aku la apa result yang dorang dapat.

Tetapi, melalui mimpi, Wat telah berpesan supaya ayah dan mak jangan membunuh lipan sebab dia telah bertukar menjadi lipan. Wat juga telah memberi sebutir batu gemala lipan untuk disimpan oleh mereka.Kegunaannya boleh mengubat dan membawa rezeki.

Ayah dan mak Wat telah meninggal dunia selang beberapa tahun kemudian. Pakcik pula membawa makcik dan anak-anaknya berpindah ke Sri Aman.

Tetapi, sejauh mana kebenaran yang Wat telah menjadi seekor lipan..…wallahualam…..



Note:

Disebabkan kes tersebut, bapa aku berhenti kerja. Sampai ke sudah bot tu tersadai disatu ceruk parit yg bersambung dengan sungai tersebut berhampiran dengan rumah taukeh tuanpunya bot.
Bot tersebut memang sengaja tidak dibaiki dan terbiar mereput sendiri.

Walaupun taukeh tu offer untuk belikan bot lain untuk menunda balak, bapa aku enggan kerana apa-apa pun, tetap kena berlabuh dipengkalan yang sama.  Kebetulan taukeh tu wakil rakyat kawasan kami, maka bapa aku dipelawa untuk bekerja dengan dia sebagai pembantu untuk memantau kawasan kampung dan sekitar. So bila nak pilihan raya, bapa aku sibuk yang teramat untuk membantu taukeh tersebut berkempen.

Apa saja yang diminta oleh penduduk kampung, kebanyakkannya akan dipenuhi oleh taukeh tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:04 AM | Show all posts

kesiannye wat ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2017 11:15 AM | Show all posts

memang kesian...tp yg lawaknya...ramai anak gadis yang patah hati..
beriya2 menangis depan aku merintih kesiankan wat...
heheheh
tapi lepas tu aku dah tak dapat layanan super special sbb pengawas yg darjah 6 dah naik ke tingkatan..
kes ni berlaku masa aku darjah 4.. so bila aku darjah 5, aku pun turut dilantik menjadi pengawas...
Sekolah aku pelajarnya tak sampai pun 150 orang..
kelas aku ada 18 orang jer... 12 perempuan & 6 lelaki.


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:45 AM | Show all posts

thanks anna, tag iols..
Siannya Wat, kejam betul perompak tu (kalau betul la kena rompak)..
Wat umur berapa waktu kejadian ni anna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2017 12:00 PM | Show all posts
MYviHaZz replied at 1-6-2017 12:45 PM
thanks anna, tag iols..
Siannya Wat, kejam betul perompak tu (kalau betul la kena romp ...

lepas SPM dalam 17 tahun.


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 12:02 PM | Show all posts
opss sorry anna...Wat tengah tunggu resul SPM...membaca sambil ngantuk2 kat ofis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 12:03 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 1-6-2017 11:15 AM
memang kesian...tp yg lawaknya...ramai anak gadis yang patah hati..
beriya2 menangis depan aku me ...

gile tak patah hati
i feel them hokeh

tag me kalo ada cite baru k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2017 12:05 PM | Show all posts
MYviHaZz replied at 1-6-2017 01:02 PM
opss sorry anna...Wat tengah tunggu resul SPM...membaca sambil ngantuk2 kat ofis ni...

tp dia mmg hensen. putih mcm mat salleh..
even pakcik aku tu pun, klu tinggal di bandar kerja dalam aircond, pun boleh dikategori hensem..
tp anak2 lelaki dia semua ikut muka isteri dia..yg ikut muka dia, anak yg perempuan sorg jer..
tak dinafikan sepupu aku tu mmg cantik..
mata perang...rambut hitam, kulit putih melepak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2017 12:06 PM | Show all posts
bottombikini replied at 1-6-2017 01:03 PM
gile tak patah hati
i feel them hokeh

orite...

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 12:16 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 1-6-2017 12:05 PM
tp dia mmg hensen. putih mcm mat salleh..
even pakcik aku tu pun, klu tinggal di bandar kerja dal ...

kesiannya parents Wat, dah la anak harapan masa tu..mesti sedih sangat sampai pindah tinggal tempat lain..
mana la gadis2 tu tak patah hati anna ... dah Wat tu hensem sangat, kalau iols peminat
dia pun akan kuciwa jugak..

Uols pun mesti cantik jugak kan anna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2017 12:24 PM | Show all posts
MYviHaZz replied at 1-6-2017 01:16 PM
kesiannya parents Wat, dah la anak harapan masa tu..mesti sedih sangat sampai pindah tinggal tempa ...

haip...aku tak de kena mengena dengan wat..hehehe
dia ipar makcik aku..
aku rupa cina sikit..kikik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.134731 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list