CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 15-6-2017 12:27 PM | Show all posts
JDT replied at 15-6-2017 01:22 PM
Adeihh...bila baca balik komen sendiri, rasa macam pelik sikit..maaf kaku dan kayu sikit bila menuli ...

aku yang membaca pun sama berekspresi muka..hahahahah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by JDT at 15-6-2017 01:46 PM
annabellaruz2 replied at 15-6-2017 12:27 PM
I see.... aku seumur hidup ni tak pernah lagi jumpa hantu raya...
meh la share lagi citer hantu k ...


Ni ada satu cerita seram tapi bukan cerita hantu...pasal "kudi" @ribut taufan sabung menyabung.
Kisah ni berlaku dahulukala menurut yang bercerita, pasal sebuah rumahpanjang bertukar jadi batu sebab ketawakan@aniaya haiwan.

Ada di satu daerah di Saratok di tepian sungai Awik.
Masa tu saya bersekolah asrama di Saratok dan waktu tu ada sorang pakcik bertugas di jabatan adat istiadat yang gigih berjalan ke rumahpanjang2 melakukan penyelidikan sambil mengumpul dan merekod data2.

Kebetulan cuti sekolah, jadi saya pun ikut sekali sebab memang minat merayau.
Untuk sampai ke satu rumahpanjang tu, mesti gunakan perahu bermotor (jenuh nak mengayuh, jauh). Pakcik pun tunjukkan di satu kawasan berdekatan tebing, separuh dah ditenggelami air ..ada seperti tembuk batu memanjang berwarna hitam. Bila dia kemudikan perahu menghampiri tempat tu, saya rasa seriau sikit, berdiri bulu roma dan  macam terdengar bunyi riuh, entah bunyi air pukul tebing kot??.

Masa kat situ, pakcik tak cerita apa2 tetapi bila dah berkumpul di ruai tuairumah barulah diaorang bagitau pasal struktur tu.
Menurut cerita, keadaan tu waktu ada keramaian jadi anak2 muda jadi galak sikit.
Ada sorang ni memakaikan pakaian pada kucing/anjing dan orang yg ada di situ gelak2. Tak semena-mena ribut petir sabung menyabung melanda rumah tu dan bila reda, seluruh isi dan struktur rumahpanjang bertukar menjadi batu.
Btw..ada pelbagai versi cerita haiwan ni, ada yg dikatanya dibakar ekor dan etc...tapi yg pasti ketawakan haiwan tu..

Entah betul atau tidak, memang struktur batu tu seakan2 bentuk rumahpanjang dengan lekukannya sekali...

Tu yang nenek saya pantang betul bila kitaorang gelakkan haiwan, takut bertukar jadi batu kang... Tapikan sekarang ramai pulak gelak2 tengok funniest animal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 03:00 PM | Show all posts
Assamualaikum @annabellaruz2

Duhal kitak orang Sarawak. Kami nemu gak jaguk Iban, enggau ngajat sekali, belajar masa di ITM subak. Tapi kami ukai orang Iban, orang Melanau.
Anyway, my maknek ada ‘teman’ tapi according to my mom, dia dah siap2 pagar anak2 dia dari mewarisi, but to be honest tak tau macam mana dia buat, masa bila & dia suruh siapa.

But just nak share jugak my experience kena kacau oleh orang2 halus (semandin bak kata orang Sarawak).
First kena masa umur 13 tahun, dekat Miri time tu, to be exact kena depan rumah time hari Kuning. Mula2 masa bermain ngan geng sama Polis Kompleks, memang sihat, cergas. Lepas Maghrib, automatic jadi lemah, macam robot kurang bateri. Pastuh, rasa paling sakit kat ulu hati.
So, when my mom tengok, dia terus suruh my dad, panggil colleague dia sama polis, Pak Jundoh nama nya., sesampai jer kat rumah Pak Jundoh, dia terus suruh baring kat tengah rumah.

Dia tanya, kat mana rasa sakit, tak lama lepas tu, dia pi conteng kat my perut, masa dia conteng tu, dia cuma sapu tangan dia ngan minyak and letak kapur kat ujung jari jer, lepas habis dia conteng my perut, dia buat aksi macam ambik barang dari dalam my perut, dia pi jampi, lepas tu dia buang kat luar tingkap rumah dia.
Siap !, dalam masa ½ jam, aku dah baik dah.

To  be honest, mungkin sebab aku ni ada keturunan yang ada teman/saka ni, aku paling cepat dapat detect if aku sakit biasa or sakit luar biasa.

And sampai la ni, masih jugak terkena orang2 halus nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 03:00 PM | Show all posts
sama la @JDT

kat kampung nenek aku lokasi perkampungan lama pun terdapat batu yang menyerupai manusia & peralatan muzik (tawak & gong).

Sebelum berpindah ke penempatan baru yang skrg ni dah jadi penempatan tetap, rumah panjang moyang aku terletak di atas sebuah bukit..
tetapi agak jauh dari sungai utama.. (ini sungai yang sama dalam kisah buaya 6 sekawan & pakcik yang dimakan buaya).

Sumber air hanyalah daripada kolam buatan sendiri dan parit2 yang terdapat di sawah yang berhampiran..

Cerita hampir sama iaitu ketawakan haiwan. Semasa keramaian, ada seorang pemuda yang memakaikan anjing dengan baju dan perhiasan dan memaksa anjing tersebut menari..

Tak semena-mena hujan batu turun bersama ribut taufan dan petir ditengah-tengah keriuhan penduduk kampung yang sedang bergelak ketawa dengan keletah anjing tersebut.

Anehnya.... cuma pemuda yang memakaikan anjing tersebut baju dan memaksa anjing itu menari serta 2 orang yang sedang memukul gong & tawak yang bertukar menjadi batu.

Bumbung rumah yang beratap rumbia dan berlantai papan dan buluh habis tercabut dan terbang bersama ribut.

Disebabkan itu pendudk kampung berpindah ke lokasi baru yang berhampiran sungai.

Selain daripada perayaan gawai Dayak, penduduk kampung juga menyambut Gawai Batu serentak dengan Gawai Dayak. Setiap pagi 1st Jun, pendudk kampung akan beramai-ramai ke lokasi batu tersebut untuk menjamu batu tersebut dengan tuak, arak dan penganan (kuih karas).

Upacara tersebut wajib dilakukan untuk mengelakkan sesuatu bencana.

Dikala bulan mengambang, kadang-kadang kedengaran bunyi tawak & gong dari kawasan tersebut.

Di kampung kami dan kampung2 yang berhampiran, dulu kala dan sampai kini,  tawak akan dibunyikan sebagai pemberitahuan jika berlaku kematian.

Dan sinonimnya atau pun misteri.....sama ada suratan atau kebetulan akan disertai dengan hujan panas sama ada renyai-renyai atau pun lebat.





Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 03:08 PM | Show all posts
Another sharing.

Masa umur 15 tahun, di Sibu, tak tahu melangkah apa or terpijak sapa, I could not walk properly selama 6 bulan, kena guna kasut yang sole dia tebal.

Dalam masa sakit kaki tu, dalam dua tiga kali lutut kembang.

Last sekali, pegi kat satu gerai dekat Sibu, jumpa colleague bapak lagi, sama style dia ngan Pak Jundoh,  dia pi conteng my kaki kat situ jugak & kaki pun okay balik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 03:08 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 15-6-2017 04:00 PM
Assamualaikum @annabellaruz2

Duhal kitak orang Sarawak. Kami nemu gak jaguk Iban, enggau ngajat  ...

waalaikummusalam...auk, aku orang sarawak..iban..
mun di kampung, abah kamek la tukang sunting mun ada orang sakit pelik2..
tambah mun budak2 kecik kena kacau, mmg abah kamek yang tolong..
upah kain hitam dengan sebilah pisau lipat..
duit RM1... abah kamek ada turunkan juga jampi serapah sikit2 kat kamek untuk baby..
kebetulan masa tu baby kmk selalu meragam..
mun Maghrib jak nya menangis macam kena cubit..
segelas air dijampi dan dikacau dengan pisau lipat..
Jerlumkan kat ubun2 dan sapukan kat muka baby..
Alhamdullilah...baby tidur lena lepas tu..

mak kamek pun ada juga turunkan sedikit baca2 jampi pendinding klu nak berjalan jauh..
dan of course, aku tetap amalkan juga ayat Al-Quran..



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2017 03:14 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 15-6-2017 04:08 PM
Another sharing.

Masa umur 15 tahun, di Sibu, tak tahu melangkah apa or terpijak sapa, I could no ...

thanks for sharing...
babe, kapur sirih tu dah dijampi, untuk conteng pangkah kat kaki...
aku biasa nampak abah aku buat benda yang sama..

aku ni nampak jer aktif macam jantan masa kecik2 dulu...
sampai skrg pun masih aktif mcm tu...
tapi kalau ada kematian dikalangan keluarga or sapa2 sahaja, aku ditegah untuk menziarah sebab aku paling cepat 'ketegur'
'ketegur' ni demam dia lain macam..
menggigil2 dan lemah..kadang2 sampai muntah kuning.. mak aku kata muntah hempedu...pahit sangat rasa dia...

kalau kat kuching, abah aku ada ubatkan kalau 'ketegur'..
kat sini pula alhamdullilah, mak mertua pun pandai mengubat 'ketegur'...

agaknya sbb aku ni lemah semangat sebab tu ada jer orang2 sekeliling yang boleh menolong kalau gawat..heheh



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 03:35 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 15-6-2017 03:14 PM
thanks for sharing...
babe, kapur sirih tu dah dijampi, untuk conteng pangkah kat kaki...
aku bi ...

sama lah kita, lemah semangat..

tapi after I moved office from Padungan to Masja, makin jadi kena kenak kaco semandin.

It all happened time period, I nearly leput dalam toilet, siktauk what happened, tapi  nang sik berdaya ehh. Kisah kedua time
period too, ada gigi ponti lekat dekat belakang my pinggang, jadi bulan ya, I did not keluar period.

Ada sekali gik, masa masuk toilet, keluar dari toilet ya, terus rasa gatal2 dari pinggang ke lutut.

Pegi jumpa orang tukang, nya madah bulu2 dak semandin lekat rah badan.

after incident ya, asal nak masuk toilet jak, mesti ketuk pintu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2017 04:24 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 15-6-2017 04:35 PM
sama lah kita, lemah semangat..

tapi after I moved office from Padungan to Masja, makin jadi k ...

aah la... u mentioned about taring ponti.. aku teringat cerita mak aku...

masa tu musim menuai..ni kisah mak masa muda2 dulu..mak aku membantu nenek menuai..
dan paling penting, masa tu mak aku belum lagi 'disumpah' moyang jampi halau hantu tu..
sedang menuai, tiba2 hujan panas halus tapi lebat..
dah la jarak mak aku dengan pondok agak jauh..
nak bergerak dalam paya sangat payah..
tengah mak aku berjalan ke pondok, tiba2 dia terasa sakit dibahagian pinggang..
sakit sangat mencengkam ke urat...
macam sakit appendic kata mak aku...
mak aku sapu minyak cap kapak...
tapi sakit tak berkurangan..
nenek suruh mak aku berehat sampai  kurang sakit dan balik ke rumah..
sampai ke malam, mak aku masih kesakitan..
nenek meminta bantuan salah seorang pakcik aku yang pandai mengubat..
nasib baik pakcik tu duduk sekampung..
pakcik tu mencabut sesuatu dari pinggang mak..
tahu tak apa yang pakcik tu cabut??
kuku pontianak!
ada 2 kuku yang terbenam dipinggang mak aku..
pakcik tu cabut dan tampal bekas luka tu dengan kapur sirih..

bagi yang bernasib baik, mereka cuma terkena dibahagian pinggang..
tetapi ada yang kurang bernasib baik jika kuku terkena ubun2...
kesannya macam kena stroke!
Boleh meninggal dibuatnya..

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 04:42 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 15-6-2017 04:24 PM
aah la... u mentioned about taring ponti.. aku teringat cerita mak aku...

masa tu musim menuai. ...

babe, in my case yang selalu kena is me...

tak OT kan???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 08:47 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 15-6-2017 05:42 PM
babe, in my case yang selalu kena is me...

tak OT kan???

tak OT..still di landasan yg betul..hehehe
mak aku dulu sebelum ditutup 'hijab' oleh sorang pakcik dia, kerap nampak benda dan kena kacau..
sebab mak aku sepatutnya jadi manang tapi mak aku tak nak..
berat tugas nak jadi manang ni..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 09:05 AM | Show all posts
aku harap aku tak diwariskan dengan apa2 yang berkaitan manang ni sebab aku lemah semangat..
sampai skrg pun aku takut gelap..huhuhu
tak tau kenapa bila berada didalam gelap, aku rasa macam sesak nafas dan seolah2 hantu berada disekeliling aku..
Rumah Hantu memang aku takkan masuk kalau ada kat mana2 pesta...



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 11:36 AM | Show all posts
Part tutup 'hijab' ni, it happened to my nephew.

Dia ada 'kawan' dari kecik, ko bayangkan budak tiga tahun bawak turun katil baby
dari tingkat atas turun bawah.

Dapat tuang 10kg beras masuk washing machine. Bancuh teh campur omo.

Baling mentega sampai ke siling.

My cousin memang puas cari orang untuk tutup hijab my nephew, bukan nak kata orang tu
tak pandai, sik ngasi kata orang Sarawak.

lastly jumpa jugak orang yang dapat tutup mata anak dia.

'Kawan' my nephew tu dari India, sebab  masa kita orang tanya dia, mana kawan dia,
dia bagitau, dah balik India.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 11:46 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 16-6-2017 12:36 PM
Part tutup 'hijab' ni, it happened to my nephew.

Dia ada 'kawan' dari kecik, ko bayangkan budak t ...

weyh..nasib baik dah bertutup hijab...


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 01:01 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-6-2017 11:46 AM
weyh..nasib baik dah bertutup hijab...

kan...

I don't know if perkara2 yang berlaku to me, my nephew, my uncle or other family member
ada kaitan  ngan family belah bapak my mom.  Family kita orang adalah custodian untuk sebilah badik
warisan turun temurun yang berasal dari Sulawesi.

If follow my mom, I am 1/4 Bugis. Badik tu dah takda dalam simpanan as dah dijual oleh one of my uncle to one YB.
How we know, my mom mintak tolong ada seorang yang ada ilmu ni untuk cari kat mana badik tu, tak sure why, tapi ada
kaitan ngan one of my uncle (si tukang jual) who was sick masa tu.

Dari tilikan, badik tu bagitau dia dah lama tak mandi (kena asap), baju (kain lilitan) dah lama tak tukar, dia terperangkap
dalam kotak kayu yang disimpan oleh YB tu.

FYI, how badik tu terlepas dari tangan my family, sebab my paknek tak nak berkelahi ngan adik lelaki dia yang mati2
nak simpan badik tersebut sementara my paknek mengerjakan haji. It was in 1985, in Miri.

All I can remember, sempat tengok my youngest uncle to bertikam lidah ngan my paknek, dia bagitau, dia lebih tua, and
layak untuk simpan badik sedangkan, yang sepatutnya  pegang badik tu, is my mom's brother.

Semenjak hari tu, memang tak nampak dah badik tu. Bila my paknek gi tanya adik dia.. dia boleh2 marah kan abang dia
and bagitahu, it is his turn to jadi custodian.

Actually dia memang dah langgar cara2 mewarisi badik tu.

Yang kesian is my paknek, masa dia jatuh sakit, dia memang selalu tanya ngan my uncle (anak adik dia yang ambik Badik tu)
mana badik? Yang kita orang suspect, malam sebelum Paknek meninggal, he aka my uncle (si tukang jual), he finally come
clean and mengaku pa yang dah berlaku kat badik tu. And I believe, my paknek dah maafkan dia. The next day Paknek meninggal.

Bini YB tempat my uncle jual badik tu ada gi ziarah, but not the husband.

Anyway, sebelah tangan YB tu sampai sekarang tak leh lurus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 01:47 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 16-6-2017 02:01 PM
kan...

I don't know if perkara2 yang berlaku to me, my nephew, my uncle or other family member  ...

badik tu pusaka keramat la kan nok??

sama macam pedang ilang yang bapa aku warisi dari keluarga dia.
pedang tu mesti diasapkan dan dipersembahkan ayam hitam untuk disembelih..
masa abah aku masuk askar dulu, rumah pusaka kami diceroboh oleh adik abah aku yang pemalas tak bekerja..
habis barang berharga dijual termasuk la ilang tersebut...
tetapi orang yang membeli ilang tersebut terpaksa pulangkan balik kat abah aku sebab orang tu sentiasa berasa panas dan asyik kena kacau..
pedang ilang tu hulu dia ada rambut keling dan burung kenyalang..
ilang tu ada penjaga..
bukan sembarangan orang boleh menyimpan ilang tersebut selain dari abah aku sebab memang dah diwasiatkan..
selain ilang, abah aku ada sebilah pedang samurai jepun...
moyang aku jumpa di atas bukit semasa dia menebang pokok untuk membuat papan rumah..
sampai skrg abah aku simpan cantik dalam frame..
setakat ni aku tak pernah dengar ada cerita pelik dari pedang samurai tersebut..
cuma pernah sekali sepupu aku bawa samurai tu pergi menyerang kampung melayu yang berhampiran..
punca pergaduhan sebab berebutkan perempuan..
pihak polis datang menyiasat sebab laporan mengatakan ada serangan senjata tajam berupa samurai..
tetapi tiada kematian...cuma yang kena serang tu putus jari..
nasib baik awal2 abah aku dah anta samurai tu ke pondok sawah..
so bila digeledah rumah sepupu dan rumah2 yang berhampiran, mmg takkan jumpa la samurai tu..
lepas tu mmg abah aku tak nak bagi sesiapa pinjam ilang dan pedang samurai pada sesiapa pun.
serik katanya....

Sebagai bekas askar, sudah pasti abah aku tau peraturan memiliki senjata api..
sebab tu kat kampung tu hanya senapang abah aku jer yang berlesen..
yang lain semua pemilikan haram (senapang patah)
tapi nak beli peluru, dorang tumpang abah aku.

selama ni aku ingatkan boleh beli peluru penabur tu sesuka hati...
rupanya kena dapatkan kelulusan permit dari majlis daerah untuk setiap pembelian peluru..

Abah aku pun ada kemahiran membuat sendiri parang..

aku ni pun boleh tahan gak bab bertukang dan kraftangan..hehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2017 02:39 PM | Show all posts
A'ah macam tu lah..

Cuma anak2 lelaki yang boleh mewarisi dari keturunan lelaki, maksud nya, anak2 lelaki mak tak boleh.

Tetapi disebabkan rasa tamak orang lain yang nak kaya cepat, harta warisan dah jadi milik orang.
To be honest, none of my uncle dari adik paknek tinggal kat mansion, rumah dua tingkat biasa jah.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 02:59 PM | Show all posts
Anyway nak sharing kisah bapak lak.

Sebelum dia bertukar ke Polis, dia lebih dulu jadi anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) sekarang dipanggil PGA.

Dia pernah masuk hutan berlawan ngan komunis during 70's, pernah kena tembak & ada dua peluru masih dalam badan bapak.

One of the bullet lekat kat in between tulang dada, dekat ngan jantung, satu lagi lekat kat rahang bawah. If dia bukak mulut memang tak nampak, kena juihkan bibir baru nampak.

Reason doktor tak buang, peluru bukan diperbuat dari besi, and kalau nak buang peluru yang kat dada akan membahayakan nyawa dia.

Ooops Panjang lak explanation.. anyway, mak pernah cerita , senjata yang diguna untuk tembak komunis pernah bergoncang dalam almari dekat berek kita orang...

Mak punya lah marah kat bapak, sebab me and my kakak masih kecik, mak takut kalau terjadi apa2 hal, kot2 semangat komunis yang mati mintak ganti ker.

"Aku tak kisah engkau kena tembak" punya marah, asalkan anak2 aku tak ada apa2.

Lepas bapak hantar senjata ke tempat simpan senjata, barulah ok.

Bapak cerita, masa kejadian tembak menembak ngan komunis tu, pihak lawan memang ada guna ilmu kebal...
Si komunis tu mati  masa dia kena serang hendap lepas dia buang air besar..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2017 04:08 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 16-6-2017 03:59 PM
Anyway nak sharing kisah bapak lak.

Sebelum dia bertukar ke Polis, dia lebih dulu jadi anggota Pa ...

abah aku dengan bapa kamu sama pulak bekas anggota keselamatan..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hai anna... cerit seram dekat negeri rahsie xde ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.134228 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list