Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
29004
View
613
Reply

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

[Copy link]

Author: annabellaruz2    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 13-7-2017 10:13 AM | Show all posts
@gugurla

meh masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 11:21 AM | Show all posts
tt..xde story baru ker?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-7-2017 12:07 PM | Show all posts
nottie replied at 13-7-2017 12:21 PM
tt..xde story baru ker?

belum senang lagi nak taip..heheh
sabar ye..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 01:19 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-7-2017 12:07 PM
belum senang lagi nak taip..heheh
sabar ye..

menanti gan penuh kesabaran...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2017 05:09 PM | Show all posts
Hi uols...

Maaf la yer..

Kena cari masa yang sesuai untuk menaip cerita.


Meh nak kongsi satu kisah pasal bomoh2 nih.

Mukadimahnya macam cliche kan...heheheh

Sepupu aku ni aku namakan Selina je.

Dia berkahwin agak muda iaitu selepas SPM. Suaminya pula baru lepas STPM.

Setelah berkahwin, Selina menjadi surirumah sepenuh masa. Manakala suaminya bekerja di salah sebuah syarikat yang mengendalikan pelabuhan di Bintulu. Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan 3 orang anak 1 lelaki dan 2 perempuan.

Sedari awal perkahwinan, kehidupan mereka tak la senang sangat dan bukanlah susah pula. Setelah bekerja hampir 20 tahun, suami Selina sekarang berpangkat besar dan bergaji lumayan.

Maka bermulalah cabaran dalam rumahtangga apabila si suami mula bermain kayu tiga dengan sepupu dia sendiri yang berstatus isteri orang.

Diawal perhubungan sulit suami Selina dan sepupunya (aku namakan Rose), mak mertua Selina selalu menyebelahi anaknya dengan mengatakan bahawa hubungan suami selina dengan Rose hanyalah sebagai sepupu. Pada malam minggu, suami Selina dan Rose selalu berhibur bersama-sama. Minum arak, mabuk-mabuk, itu perkara biasa. Yang tak biasa apabila mereka mula menunjukkan kemesraan yang luar biasa.

Selina pula yang dimarahi kerana terlalu cemburu. Sehingga ke satu tahap dikhabarkan yang suami Selina dan Rose selalu kelihatan berdua-duaan di pekan. Apabila Selina bertanyakan perkara itu kepada suaminya, mereka bergaduh besar. Sehinggakan suami Selina menghalau Selina dan anak-anak dari rumah mereka.

Selina tidak menunggu lama. Selina kembali ke pangkuan Keluarganya di Kuching dan memulakan hidup baru.

Mak mertua Selina pula mula sedar apabila ada orang kampung yang menyampaikan berita pernah melihat suami Selina dan Rose keluar dari hotel di pekan.

Suami Rose pula seolah-olah kebingungan dan tidak mampu berbuat apa-apa. Dikhuatiri suami Rose telah terkena buatan sihir yang menyebabkan dia kebodohan.

Apa yang dirisaukan oleh Selina dan mak mertua Selina adalah jikalau suami Selina juga telah terkena sihir sebagaimana suami Rose. Rose kerap meminta suami Selina untuk membelikan barang2.  

Dipendekkan cerita, semasa aku balik bercuti ke Sarawak hujung tahun lepas, Selina meminta aku menemankan dia untuk berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Selina ni boleh bawa kereta tapi jenis penakut. Bukan macam aku yang kadang-kadang terlupa bukan aku sorang jer kat atas jalan raya..hahahah

Macam aku cakap, aku susah nak percaya bomoh2 ni sumer.

Tetapi demi nak tolong Selina, aku turutkan juga permintaan dia.

Pada hari yg dijanjikan..hari khamis..malam itu dijangkakan bulan akan mengambang penuh.
Ada upacara mandi untuk pendinding dan juga penyeri.

Melalui tilikan bomoh tersebut, memang suami Selina telah terkena ilmu pengasih Si Rose.
Caranya adalah melalui sentuhan dan minuman serta makanan yang telah dibubuhkan minyak pengasih oleh Rose.

Suami Selina tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Apa yang dia sedar adalah Rose adalah segala-galanya bagi dia.

Suami Rose pula telah diberikan ilmu nasi kangkang oleh Rose. Sebab itulah suami Rose tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menurut sahaja perintah Rose.

Macam bestkan hidup Rose? Suami ada, kekasih pun ada. Duit Rose memang tidak pernah putus kerana suaminya dan suami Selina sentiasa ada untuk memenuhi segala kehendak Rose.
Selina pergi berubat pun, bukan untuk mengambil kembali suaminya. Tetapi lebih kepada pendinding diri kerana takut Rose akan berbuat sesuatu yang memudaratkan Selina dan anak-anaknya.

Pada hari Khamis tersebut, memang bulan mengambang penuh.

Pesakit seramai 12 orang termasuk Selina yang akan berubat dan mandi pada malam tersebut.
Upacara perubatan akan bermula selepas pukul 10 malam dengan seorang demi seorang pesakit akan dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik khas untuk ditilik dan ditentukan tahap perubatan yang perlu dilakukan oleh bomoh tersebut. Aku sebut bomoh supaya senang untuk aku bercerita walaupun sebenarnya pengamal perubatan tersebut tidak ubah seperti Ustaz2 yang mengubat di Semenanjung ni.

Sebelum pukul 10 malam, bomoh tersebut telah membuat upacara memagar seluruh kawasan rumahnya dan tiada seorang pun yang dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke luar rumah.

Apa yang aku perhatikan, setiap seorang, penyediaan bahan untuk mandi dan perubatan sangat berbeza.

Untuk yang pernah mandi dan datang untuk proses pengulangan, bahan mandian seperti bunga-bungaan lebih banyak. Tangkal untuk pesakit juga ada beberapa jenis.

Untuk yang pertama kali seperti Selina, hanya memerlukan 7 jenis bunga dan limau purut serta tangkal untuk Selina juga hanya satu.

Tapi setiap orang mempunyai campuran minyak yang berbeza di dalam air mandian mereka.
Diingatkan  juga kepada pesakit supaya semasa bomoh tersebut tengah memandikan mereka, mereka hanya disuruh memandang ke depan membelakangkan bomoh dan jangan berkelip kerana jika bernasib baik, sekiranya ternampak apa2 kelibat, bacalah permintaan dan hajat dalam hati.

Selepas mandi, pesakit diarahkan untuk balik mengiring dan ditegah menoleh ke arah bomoh tersebut.

Apa yang aku tahu, jika tidak menurut segala pantang larang yang telah ditetapkan oleh bomoh terbabit, maka, apa yang diusahakan tidak akan berhasil malah malang akan menimpa pesakit.
Selepas tamatnya upacara mandi yang bermula tepat pukul 12 malam tersebut, pesakit diminta berehat sebentar sebelum dipanggil semula ke dalam bilik khas untuk upacara yang seterusnya sebelum mandi untuk kali kedua pada pukul 5 pagi nanti.

Upacara mandi yang kedua ni pun sama dengan yang pertama, cumanya bila pada bilasan yang terakhir itu, bomoh akan membacakan jampi dan meminta pesakit untuk membuat sedikit pergerakan seperti menghayun tangan dan menepis air seolah-olah menghalau sesuatu.

Apa yang aku rasa sepanjang malam tersebut adalah seram sejuk dan sungguh tidak selesa.
Selepas upacara mandi kali kedua, sebagai upacara pelepas pesakit dipanggil untuk kali terakhir ke dalam bilik khas.

Kali ini Selina meminta aku menemani dia.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, terasa seolah-olah ada mata yang memerhatikan aku.

Aku perhatikan bilik tersebut terdapat pelbagai jenis taring, parang, pedang, tiruk, lembing, keris dan pisau serta pelbagai jenis barang yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Selina duduk diatas sehelai kain berwarna merah. Apabila bomoh memandang ke arah aku, lekas-lekas dia menghamparkan sehelai kain berwarna kuning diraja dan meminta aku duduk di atas kain tersebut.

Aku sedikit hairan, tetapi menurut sahaja permintaan bomoh tersebut.

Aku hanya memasang telinga dan mendengar setiap butir patah perkataan yang bomoh itu ucapkan kepada Selina.

Apabila aku masih terasa seolah-olah masih diperhatikan, aku kerling dengan ekor mata kearah bilah-bilah tingkap nako yang terdapat dihujung bilik tersebut. Tetapi tiada apa pun yang kelihatan disana.

Sebelum keluar daripada bilik tersebut, bomoh tu memandang ke arahku dan berkata. Maaf la ye nakkamu kena duduk di atas kain kuning sebab kamu berdarah lain dan kamu ada penjaga kamu sendiri.

Jangan risau nak, tok moyang kamu sentiasa ada melindungi kamu, walau dimana kamu berada.
Saya pun tadi dah diberitahu oleh penjaga kamu supaya tak perlu scanned kamu kata bomoh tersebut.

Ok, sekarang aku baru mula nak percaya sedikit pada kata-kata pakcik bekas tentera yang pernah mengubat aku dulu. Pakcik tu pernah berkata yang aku ada penjaga yang dipelihara oleh moyang-moyang aku yang terdahulu.

Almaklumlah, moyang2 aku kan dukun/manang/beliau?

Mak dengan abah aku pun ada sedikit ilmu untuk mengubat orang.

Tetapi, aku cuma tak tahu apakah beza pendamping dengan penjaga?

Korang tau tak apa beza Pendamping dengan penjaga?


Nota kaki :

Kes perceraian Selina dengan bekas suaminya berjalan lancar. Selina dan anak2nya tinggal menemani ibunya yang merupakan bekas guru di kampung. Anak Selina yang sulung telah mula bekerja. Yang kedua pula masih menunut di Universiti dan yang bongsu bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Semoga Selina menghadapi hari-hari dengan bahagia tanpa gangguan bekas suaminya.
Semoga Selina berbahagia bersama

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 10-7-2017 11:58 AM
corak anyaman tu yg kena hati2 sikit dee...
mak aku pantang betul kalau aku kata nak buat anyaman ...

Wahh,kuat ek pantang larang mak anna tu...
Ada laa sebab musabab kan,
Xkan nak terjah terjal jek kan,
anna
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 10-7-2017 12:00 PM
klu terkena yg manis mmg sedap dee...
isi dia macam mangga raja sikit..
tp rasa dia kuat manis & ...

Cam sedap lak dbuat jeruk,
anna...
Yumyum
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 14-7-2017 05:09 PM
Hi uols...

Maaf la yer..

Ksian,yer spupu anna tu,
Warna kain duduk tu pun,berbeza2 ek...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hanisbunny replied at 7-7-2017 10:52 PM
tu la..dh mati buatlah cara dh mati..ape die pny sengetlah kepala org tua ni..

Kann hanis,
Bergentayang ke setiap benang...
Roh x tenang tuuu...
  
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 15-7-2017 02:37 PM
Kann hanis,
Bergentayang ke setiap benang...
Roh x tenang tuuu...

skrg ni die lg xtenang sebab dh ad forumer ss komen die n pm elly n her manager.. mmg die tgh takut skrg ni..tu la pandai2 fitnah org tu ad sumbang mahram.. rasaiinnn lorh.. tggu nk msk lokap ja tu.. hidup susah, mati pon susah yach! sory ot..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 14-7-2017 05:09 PM
Hi uols...

Maaf la yer..

apa jd pda rose tu...still dgn llki tu atau org lain dh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-7-2017 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 15-7-2017 03:27 PM
Wahh,kuat ek pantang larang mak anna tu...
Ada laa sebab musabab kan,
Xkan nak terjah terjal jek ...

Tau tak per Dee...
Kadang2 tergerak hati nak cuba...tp bila fikir2 balik dan berat hati, maka aku batalkan keinginan tersebut..tak berani Dee..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-7-2017 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 15-7-2017 03:35 PM
Ksian,yer spupu anna tu,
Warna kain duduk tu pun,berbeza2 ek...

Yang aku nampak ada 3 jer jenis kain kat situ..yg satu lagi tu warna hijau..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-7-2017 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 15-7-2017 10:08 PM
apa jd pda rose tu...still dgn llki tu atau org lain dh

Aku tak pernah tanya nok...baru last december kes ni...malas nak ambk tau pasal rose tu..harap mereput la dgn bekas laki selina tu..   
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 01:58 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 01:56 PM
Misteri Buaya Hitam Bertanduk

Rumah sepupu mak aku ni memang berdekatan sebatang sungai yang aga ...

anna, baru berkesempatan baca benang seram you. sedih baca cerita nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 02:11 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 20-6-2017 11:49 AM
Back to my question on bajung/pajung, explaination dari my mom, sakit yang berpindah
tapi, orang ya ...

nyalah ya...mun kmk org pajung tok mcm x boleh melimpas belakang org yg ada pajung...alu skait kt ntam nya...org ya jak blh ngubat x silap kmk...

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 02:12 PM | Show all posts
gedang2 replied at 17-7-2017 02:11 PM
nyalah ya...mun kmk org pajung tok mcm x boleh melimpas belakang org yg ada pajung...alu skait kt  ...

* x boleh melimpas blkg org pajung mun nya kuat bepeluh..

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-7-2017 02:16 PM | Show all posts
azie999 replied at 17-7-2017 02:58 PM
anna, baru berkesempatan baca benang seram you. sedih baca cerita nie

babe..u yg baca ni pun sedih...
bayangkan kami yg mmg rapat dengan pakcik ali tu..
anak2 dia mesti fobia & trauma sebab berlaku depan mata..
bayangkan buaya tu gigit kaki, lambung dan baham kepala bapa depan mata..
tak dapat aku bayangkan babe..
abah aku rapat sangat dengan pakcik ni..
setiap gawai dan raya, mmg saling kunjung mengunjung..
rumah kami bukannya jauh...
dalam 3km jer...klu kami balik kampung kuching, my hubby selalu solat jumaat kat masjid kampung pakcik ali ni..
almaklum, kampung aku mana ada masjid or surau..
gereja ada la...
nasib baik anak2 dia ada yang dah bekerja..
at least bini dia tak susah payah nak tanggung anak2.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-7-2017 02:17 PM | Show all posts
gedang2 replied at 17-7-2017 03:11 PM
nyalah ya...mun kmk org pajung tok mcm x boleh melimpas belakang org yg ada pajung...alu skait kt  ...

pajungya sama macam saka ka babe?
kmk sik taok mun @akoobabes sik nanya..
sik pernah dengar...maok jua nanya mak kamek kelak..
nunggu nya datang situ hujung taun tok.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 02:26 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 17-7-2017 02:16 PM
babe..u yg baca ni pun sedih...
bayangkan kami yg mmg rapat dengan pakcik ali tu..
anak2 dia mes ...

boleh bayang Anna mcm mana buaya tu baham arwah pakcik Ali sbb prnh tgk kat channel national geographic.. anak2 dia lagi la kan, tgk dgn mata kepala sndri. buaya tu memang x jumpa smpai skrang ke? buaya jadian maybe..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 03:12 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 02:17 PM
MISTERI GANDAAN 7

Bila sebut pasal buaya ni, nenek aku pernah bercerita.....

ini best
klau cerita dekat org, mesti susah org tu nk percaya..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-7-2017 03:23 PM | Show all posts
azie999 replied at 17-7-2017 03:26 PM
boleh bayang Anna mcm mana buaya tu baham arwah pakcik Ali sbb prnh tgk kat channel national geogr ...

kisahnya...ada beberapa penduduk yang pernah terseremapk dgn bayang hitam kat tengah2 sungai tu..
tapi mmg mereka percaya tu adalah buaya...
babe, sungai tu sangat lebar..sama macam sungai2 yang kita lalu kat area selangor nih..
atau lebih senang nak bgtau sama dengan sungai yang kat kuala selangor tu..
anak pakcik aku yang rumahnya tepi sungai tu pun pernah nampak buaya hitam yang bertanduk sedang timbul kat bawah jeti kampung mereka..
tak berapa jauh dari tempat kejadian pak ali dibaham buaya..


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 03:46 PM | Show all posts
gedang2 replied at 17-7-2017 02:12 PM
* x boleh melimpas blkg org pajung mun nya kuat bepeluh..

Auk, bena ya.. mak kamek da madah gia juak


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-7-2017 01:36 AM
Tau tak per Dee...
Kadang2 tergerak hati nak cuba...tp bila fikir2 balik dan berat hati, maka aku ...

Kalo nak buat jugak,
Kena mintak keizinan dri Mak anna laa...
Kalo x kena tulahan...
Seram anna...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-7-2017 01:37 AM
Yang aku nampak ada 3 jer jenis kain kat situ..yg satu lagi tu warna hijau..

Warna ijau tu tuk ape lak,
anna?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.064315s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list