CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 7-7-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 26-6-2017 01:52 AM
kesah yang sya simpan lebih hebat tau.kesah benar yang bukan saperti cerita reka awak nih

nek, org yg dh mati xblh mencampuri urusan org yg hidup..   nah ambik bangkai ni pg makan n main2 jauh dkt negeri rahsie..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-7-2017 04:49 PM
dee, kain pua tusejenis kain...
yg tu anyaman tikar bermotifkan 'anak gerasi'


paham2...
makna yer anyaman nie bukan sbarangan nak d anyam laa
anna...
nmpk cantik
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-7-2017 04:58 PM
seumur hidup ni , aku tak pernah lagi try mengayam corak pelilk2 mcm tu..
takut dgn pantang latang. ...

gambor anyaman pertama tu cantik laa
anna...
jap lupa nak reply
,mcm sedap jek buah bambangan tu kan...
bgok isi yer kekuningan...
yumyum
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hanisbunny replied at 7-7-2017 08:08 PM
nek, org yg dh mati xblh mencampuri urusan org yg hidup..   nah ambik bangkai ni pg makan n main ...

mngigau kita memalam nie,
hanis
hihihi       
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 7-7-2017 10:04 PM
mngigau kita memalam nie,
hanis
hihihi

tu la..dh mati buatlah cara dh mati..ape die pny sengetlah kepala org tua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2017 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
belom ada sambongan cerita lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2017 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-7-2017 02:43 PM
babe...
aku pernah berubat dengan sorg pakcik bekas tentera yg pandai mengubat..
tp lupa kat man ...

nawuzubilla amat burok hati perot orang yang hanta santau api kepada awak.santau api boleh buat orang mengamok tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2017 11:56 AM | Show all posts
hanisbunny replied at 7-7-2017 09:08 PM
nek, org yg dh mati xblh mencampuri urusan org yg hidup..   nah ambik bangkai ni pg makan n main ...

ahahaha...
ni betul2 berhantu benang aku dengan gambar nih..haha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2017 11:58 AM | Show all posts
DeeHanania replied at 7-7-2017 11:00 PM
paham2...
makna yer anyaman nie bukan sbarangan nak d anyam laa
anna...

corak anyaman tu yg kena hati2 sikit dee...
mak aku pantang betul kalau aku kata nak buat anyaman yg bercorak..
berkali2 dia pesan jgn gatal2 nak cuba ayam corak anak gerasi tu..huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2017 12:00 PM | Show all posts
DeeHanania replied at 7-7-2017 11:03 PM
gambor anyaman pertama tu cantik laa
anna...
jap lupa nak reply

klu terkena yg manis mmg sedap dee...
isi dia macam mangga raja sikit..
tp rasa dia kuat manis & masam serta bergas - ni Gred A+
Klu manis & masam - gred B
klu masam, mmg tak berapa nak laku klu dijual..
tp biasa yg jenis masam ni kami akan petik masa isi muda lagi.. buat jeruk...

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 02:13 PM | Show all posts
habis jugak baca beanang ni...
best cite hantu TT
mohon sambung lg TT ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
hanisbunny replied at 7-7-2017 08:08 PM
nek, org yg dh mati xblh mencampuri urusan org yg hidup..   nah ambik bangkai ni pg makan n main ...

Nasib la iols bukak pagi tau....   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2017 10:13 AM | Show all posts
@gugurla

meh masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 11:21 AM | Show all posts
tt..xde story baru ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2017 12:07 PM | Show all posts
nottie replied at 13-7-2017 12:21 PM
tt..xde story baru ker?

belum senang lagi nak taip..heheh
sabar ye..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 01:19 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-7-2017 12:07 PM
belum senang lagi nak taip..heheh
sabar ye..

menanti gan penuh kesabaran...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2017 05:09 PM | Show all posts
Hi uols...

Maaf la yer..

Kena cari masa yang sesuai untuk menaip cerita.


Meh nak kongsi satu kisah pasal bomoh2 nih.

Mukadimahnya macam cliche kan...heheheh

Sepupu aku ni aku namakan Selina je.

Dia berkahwin agak muda iaitu selepas SPM. Suaminya pula baru lepas STPM.

Setelah berkahwin, Selina menjadi surirumah sepenuh masa. Manakala suaminya bekerja di salah sebuah syarikat yang mengendalikan pelabuhan di Bintulu. Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan 3 orang anak 1 lelaki dan 2 perempuan.

Sedari awal perkahwinan, kehidupan mereka tak la senang sangat dan bukanlah susah pula. Setelah bekerja hampir 20 tahun, suami Selina sekarang berpangkat besar dan bergaji lumayan.

Maka bermulalah cabaran dalam rumahtangga apabila si suami mula bermain kayu tiga dengan sepupu dia sendiri yang berstatus isteri orang.

Diawal perhubungan sulit suami Selina dan sepupunya (aku namakan Rose), mak mertua Selina selalu menyebelahi anaknya dengan mengatakan bahawa hubungan suami selina dengan Rose hanyalah sebagai sepupu. Pada malam minggu, suami Selina dan Rose selalu berhibur bersama-sama. Minum arak, mabuk-mabuk, itu perkara biasa. Yang tak biasa apabila mereka mula menunjukkan kemesraan yang luar biasa.

Selina pula yang dimarahi kerana terlalu cemburu. Sehingga ke satu tahap dikhabarkan yang suami Selina dan Rose selalu kelihatan berdua-duaan di pekan. Apabila Selina bertanyakan perkara itu kepada suaminya, mereka bergaduh besar. Sehinggakan suami Selina menghalau Selina dan anak-anak dari rumah mereka.

Selina tidak menunggu lama. Selina kembali ke pangkuan Keluarganya di Kuching dan memulakan hidup baru.

Mak mertua Selina pula mula sedar apabila ada orang kampung yang menyampaikan berita pernah melihat suami Selina dan Rose keluar dari hotel di pekan.

Suami Rose pula seolah-olah kebingungan dan tidak mampu berbuat apa-apa. Dikhuatiri suami Rose telah terkena buatan sihir yang menyebabkan dia kebodohan.

Apa yang dirisaukan oleh Selina dan mak mertua Selina adalah jikalau suami Selina juga telah terkena sihir sebagaimana suami Rose. Rose kerap meminta suami Selina untuk membelikan barang2.  

Dipendekkan cerita, semasa aku balik bercuti ke Sarawak hujung tahun lepas, Selina meminta aku menemankan dia untuk berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Selina ni boleh bawa kereta tapi jenis penakut. Bukan macam aku yang kadang-kadang terlupa bukan aku sorang jer kat atas jalan raya..hahahah

Macam aku cakap, aku susah nak percaya bomoh2 ni sumer.

Tetapi demi nak tolong Selina, aku turutkan juga permintaan dia.

Pada hari yg dijanjikan..hari khamis..malam itu dijangkakan bulan akan mengambang penuh.
Ada upacara mandi untuk pendinding dan juga penyeri.

Melalui tilikan bomoh tersebut, memang suami Selina telah ‘terkena’ ilmu pengasih Si Rose.
Caranya adalah melalui sentuhan dan minuman serta makanan yang telah dibubuhkan minyak pengasih oleh Rose.

Suami Selina tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Apa yang dia sedar adalah Rose adalah segala-galanya bagi dia.

Suami Rose pula telah diberikan ilmu nasi kangkang oleh Rose. Sebab itulah suami Rose tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menurut sahaja perintah Rose.

Macam bestkan hidup Rose? Suami ada, kekasih pun ada. Duit Rose memang tidak pernah putus kerana suaminya dan suami Selina sentiasa ada untuk memenuhi segala kehendak Rose.
Selina pergi berubat pun, bukan untuk mengambil kembali suaminya. Tetapi lebih kepada pendinding diri kerana takut Rose akan berbuat sesuatu yang memudaratkan Selina dan anak-anaknya.

Pada hari Khamis tersebut, memang bulan mengambang penuh.

Pesakit seramai 12 orang termasuk Selina yang akan berubat dan mandi pada malam tersebut.
Upacara perubatan akan bermula selepas pukul 10 malam dengan seorang demi seorang pesakit akan dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik khas untuk ditilik dan ditentukan tahap perubatan yang perlu dilakukan oleh bomoh tersebut. Aku sebut bomoh supaya senang untuk aku bercerita walaupun sebenarnya pengamal perubatan tersebut tidak ubah seperti Ustaz2 yang mengubat di Semenanjung ni.

Sebelum pukul 10 malam, bomoh tersebut telah membuat upacara memagar seluruh kawasan rumahnya dan tiada seorang pun yang dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke luar rumah.

Apa yang aku perhatikan, setiap seorang, penyediaan bahan untuk mandi dan perubatan sangat berbeza.

Untuk yang pernah mandi dan datang untuk proses pengulangan, bahan mandian seperti bunga-bungaan lebih banyak. Tangkal untuk pesakit juga ada beberapa jenis.

Untuk yang pertama kali seperti Selina, hanya memerlukan 7 jenis bunga dan limau purut serta tangkal untuk Selina juga hanya satu.

Tapi setiap orang mempunyai campuran minyak yang berbeza di dalam air mandian mereka.
Diingatkan  juga kepada pesakit supaya semasa bomoh tersebut tengah memandikan mereka, mereka hanya disuruh memandang ke depan membelakangkan bomoh dan jangan berkelip kerana jika bernasib baik, sekiranya ternampak apa2 kelibat, bacalah permintaan dan hajat dalam hati.

Selepas mandi, pesakit diarahkan untuk balik mengiring dan ditegah menoleh ke arah bomoh tersebut.

Apa yang aku tahu, jika tidak menurut segala pantang larang yang telah ditetapkan oleh bomoh terbabit, maka, apa yang diusahakan tidak akan berhasil malah malang akan menimpa pesakit.
Selepas tamatnya upacara mandi yang bermula tepat pukul 12 malam tersebut, pesakit diminta berehat sebentar sebelum dipanggil semula ke dalam bilik khas untuk upacara yang seterusnya sebelum mandi untuk kali kedua pada pukul 5 pagi nanti.

Upacara mandi yang kedua ni pun sama dengan yang pertama, cumanya bila pada bilasan yang terakhir itu, bomoh akan membacakan jampi dan meminta pesakit untuk membuat sedikit pergerakan seperti menghayun tangan dan menepis air seolah-olah menghalau sesuatu.

Apa yang aku rasa sepanjang malam tersebut adalah seram sejuk dan sungguh tidak selesa.
Selepas upacara mandi kali kedua, sebagai upacara ‘pelepas’ pesakit dipanggil untuk kali terakhir ke dalam bilik khas.

Kali ini Selina meminta aku menemani dia.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, terasa seolah-olah ada mata yang memerhatikan aku.

Aku perhatikan bilik tersebut terdapat pelbagai jenis taring, parang, pedang, tiruk, lembing, keris dan pisau serta pelbagai jenis barang yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Selina duduk diatas sehelai kain berwarna merah. Apabila bomoh memandang ke arah aku, lekas-lekas dia menghamparkan sehelai kain berwarna kuning diraja dan meminta aku duduk di atas kain tersebut.

Aku sedikit hairan, tetapi menurut sahaja permintaan bomoh tersebut.

Aku hanya memasang telinga dan mendengar setiap butir patah perkataan yang bomoh itu ucapkan kepada Selina.

Apabila aku masih terasa seolah-olah masih diperhatikan, aku kerling dengan ekor mata kearah bilah-bilah tingkap nako yang terdapat dihujung bilik tersebut. Tetapi tiada apa pun yang kelihatan disana.

Sebelum keluar daripada bilik tersebut, bomoh tu memandang ke arahku dan berkata…. Maaf la ye nak…kamu kena duduk di atas kain kuning sebab kamu berdarah lain dan kamu ada ‘penjaga’ kamu sendiri.

“Jangan risau nak, tok moyang kamu sentiasa ada melindungi kamu, walau dimana kamu berada.”
“Saya pun tadi dah diberitahu oleh ‘penjaga’ kamu supaya tak perlu ‘scanned’ kamu” kata bomoh tersebut.

Ok, sekarang aku baru mula nak percaya sedikit pada kata-kata pakcik bekas tentera yang pernah mengubat aku dulu. Pakcik tu pernah berkata yang aku ada ‘penjaga’ yang dipelihara oleh moyang-moyang aku yang terdahulu.

Almaklumlah, moyang2 aku kan dukun/manang/beliau?

Mak dengan abah aku pun ada sedikit ilmu untuk mengubat orang.

Tetapi, aku cuma tak tahu apakah beza ‘pendamping’ dengan ‘penjaga’?

Korang tau tak apa beza ‘Pendamping’ dengan ‘penjaga’?


Nota kaki :

Kes perceraian Selina dengan bekas suaminya berjalan lancar. Selina dan anak2nya tinggal menemani ibunya yang merupakan bekas guru di kampung. Anak Selina yang sulung telah mula bekerja. Yang kedua pula masih menunut di Universiti dan yang bongsu bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Semoga Selina menghadapi hari-hari dengan bahagia tanpa gangguan bekas suaminya.
Semoga Selina berbahagia bersama

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 10-7-2017 11:58 AM
corak anyaman tu yg kena hati2 sikit dee...
mak aku pantang betul kalau aku kata nak buat anyaman ...

Wahh,kuat ek pantang larang mak anna tu...
Ada laa sebab musabab kan,
Xkan nak terjah terjal jek kan,
anna
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 10-7-2017 12:00 PM
klu terkena yg manis mmg sedap dee...
isi dia macam mangga raja sikit..
tp rasa dia kuat manis & ...

Cam sedap lak dbuat jeruk,
anna...
Yumyum
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 14-7-2017 05:09 PM
Hi uols...

Maaf la yer..

Ksian,yer spupu anna tu,
Warna kain duduk tu pun,berbeza2 ek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.454132 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list