Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
29915
View
665
Reply

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

[Copy link]

Author: annabellaruz2       Show all posts   Read mode

Post time 22-11-2016 09:47 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 22-11-2016 03:07 PM
yeaa ada gak umah best selain tt dam

anggun sophea dh katam cite dia..

sorrylah kak..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nk lagi nk lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 10:59 PM | Show all posts

Ehem. Ehem. Nak lagi? Sambung cerita rumah 21 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 22-11-2016 10:48 PM
nk lagi nk lagi

ni asyik merayap je manjang...x reti nak balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu g umah kawan di samarahan..sempat la naik bot masa air surut g cari lokan ngan siput kat batang nipah... risau gak..mata melilau takut timbul buaya. P ayah member 2 clp jgn sebut buaya nti timbul.. sebut je joun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 12:39 AM | Show all posts
Mula-mula ingat Pak Ali ada saka buaya. Hehehe.

Tapi dekat Sarawak sungai dia mmg kena hati-hati. Mmg banyak buaya. Bahaya tau.

Suka cerita TT sebab ada unsur-unsur budaya dan etnik contoh macam masyarakat Iban. Sangat menjana minda dan best bila dapat explore etnik dan budaya yang berbeza.

I perasan ada banyak pemujaan berlaku dalam masyrakat dulu-dulu. Pemujaan ni la yang akan wujud penampakan. Dan benda-benda yang dipuja ni sangat kuat tau kuasa dan aura dia. Agak sukar untuk dihapuskan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 12:59 AM | Show all posts
citer psl buaya ni kan... tingat kisah dulu2 yg diceritakan oleh mendiang nenek iban ai psl buaya yg menjelma jd manusia. dia org nih suka naik ke darat kalo ada pesta esp. yg ada bermukun tuh. menurut cerita, manusia asal buaya nih tersangatlah hensem. tp bila pesta tamat, dia pun hilang... kembali ke sungai. Pernah digembar gembur sedikit masa lalu, manusia buaya ni tumpang van sewa masa demam piala malaysia di kuching bertahun2 dulu. bila lalu kat satu kawasan sg, dia soh van tu berhenti kemudian selamba terjun ke sungai tuh. begitulah kisahnya yg ai ingat.

bapak sedara ai pernah mimpi buaya jadian nih, mcm vivid sgt katanya... tak rasa mcm mimpi. ada beberapa 'org' nih naik ke rumah panjang dia org... beramah mesra bagai. pakcik ai tanya la... dia org ramai2 ni datang dari mana, salah seorg tu tunjuk ke sungai yg tak jauh dr situ. bila pakcik ai bangun, pagi tu family dia terkejut tengok beranda rumah berpasir2 gituh. bahagian kayu, apa namanya ya... ala2 pelantar kecil atas sungai tu... dah senget. mcm sesuatu berat berpaut utk naik ke darat.
yg ni cerita naga pulak... nenek ai cerita ada satu kawasan nih (sori tak ingat nama) dulu adalah tempat naga bertarung. malam tu org kpg berdekatan dengar mcm bunyi bergendang, bersorak sorai, hiruk pikuk sebegitu. semua org takut nak keluar. keesokan paginya, bukit sebelah tu dah jadi rata dgn tapak kaki naga di sana sini. maap ingat2 lupa... dah berumur lah katakan.

btw sama pulak dgn tt, moyang ai belah mak pon british+iban... cuma belah apak lain, melanau+cina

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
i nk tanya btl ke i dgr2 kwn  cite boya mkn bangsa iban je.tp i xcaya la kata2 kwn i tu.xberani la nk ikut dorg naik sampan yg 5o sen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:32 AM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 12:59 AM
citer psl buaya ni kan... tingat kisah dulu2 yg diceritakan oleh mendiang nenek iban ai psl buaya yg ...

You, I nak tanya. Adakah buaya dan naga tersebut sejenis saka yang dipuja oleh masyarakat yang terdahulu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:55 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 23-11-2016 01:58 AM
WhiskeyScotch replied at 23-11-2016 01:32 AM
You, I nak tanya. Adakah buaya dan naga tersebut sejenis saka yang dipuja oleh masyarakat yang ter ...

iban/dayak terutamanya zaman dulu2 berpegang pd animisme... sembah pokok, berdewakan burung. pendek kata, kehidupan seharian memang berlegar2 psl alam sekeliling. jadi cerita buaya, naga, ular nabau etc nih lebih kpd kisah legenda turun temurun jah, puja sbg saka tu tak tau lah... secara peribadi ai tak tahu org2 terdekat pernah buat benda tu. nak story lebih2 tak reti pulak, dayak bandar lah katakan
mohon pakar iban @cmf_shalom memberikan komen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pin pin. Aik, awak mentioned kita kat situ. My pleasure dear

Kita belum baca lagi. Bateri dah habis dok reply comment dari tadi. Esok baru kita baca
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 08:13 AM | Show all posts
selamat pagi TT...check in... seronok baca kisah TT sambil naik train nak pi keje..

sambung lagi ye TT...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 08:38 AM | Show all posts
BONDAFAD replied at 23-11-2016 12:43 AM
Dulu g umah kawan di samarahan..sempat la naik bot masa air surut g cari lokan ngan siput kat batang ...

itu memang pantang larang orang tua kalau nak turun ke sungai..jangan la cakap macam2 katanya...huhuhuh
zaman 80'an & awal 90'an, memang tak takut pun nak turun ke sungai...
klu sekarang, jangan harap..nak berdiri kat tebing pun rasa gerun..
ok...tgu kisah pontianak plak yer..tengah taip dalam words

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 08:50 AM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 01:59 AM
citer psl buaya ni kan... tingat kisah dulu2 yg diceritakan oleh mendiang nenek iban ai psl buaya yg ...

actually...nenek aku pernah cerita pasal salah sorang moyang dia yang pernah jadi dukun buaya...
yang ni aku akan ceritakan dalam next cerita...

aku cuma nak sahkan story pasal bujang senang yang tumpang van semasa perlawanan bola sepak tu..
memang betul2 kejadian...dan masa tu Sarawak menang..cuma lupa sapa lawan masa tu..
ramai yg bgtau bahawa..pada awal 90'an semasa Sarawak tengah top dalam game bola..asal main kan stadium kuching dan menang, maksudnya bujang senang ada datang menonton sama...betul atau tidak...dengar cerita2 orang jer..





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 08:53 AM | Show all posts
mak.esah replied at 23-11-2016 02:17 AM
i nk tanya btl ke i dgr2 kwn  cite boya mkn bangsa iban je.tp i xcaya la kata2 kwn i tu.xberani la n ...

klu ikut cerita orang dulu2...iban yang kena makan tu biasanya sebab kempunan jer...(ni pun ada ceritanya tau...nnt aku cerita)
tak tau la sapa musuh sebenar buaya ni sebab populasi buaya tersangatlah banyak dalam sungai2 di sarawak..
kerap sangat berita orang kena baham dengan buaya skrg ni..huhuhh



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik sungguh cerita TT. Sambil baca cerita boleh juga belajar budaya orang. Pernah dengar cerita yang setiap sungai besar di Sarawak ada penjaganya tapi takde pula detailsnya dimana-mana. Kalau TT ada info leh kongsikan tak? TQ
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 08:50 AM
actually...nenek aku pernah cerita pasal salah sorang moyang dia yang pernah jadi dukun buaya...
...

Yup, dlm era 90an... masa tuh memang heboh gak dgn bujang senang menjelma jd manusia.

Dlm satu dokumentari discovery channel kalo tak silap ada ditunjukkan cemana dukun buaya nih beroperasi. Ada satu part tu dia sentuh jah buaya, buaya tu terus mati. Dalam Youtube ada bideonya, tak tahu nak tepek guna phone nih.

Can't wait for the next story
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:17 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 11:36 AM
Burung Ketupung Seruan Maut

Orang kampung,  apa lagi kerjanya kalau tak bercucuk tanam dan bersaw ...

kami kalau bunyi burung wak wak di pagar kah dekat rumah, its like a sign ada family yang mau meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:24 AM | Show all posts
aku imagine moyang TT ala2 jessica alba dalam movie sleeping dictionary  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:30 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 07:53 AM
klu ikut cerita orang dulu2...iban yang kena makan tu biasanya sebab kempunan jer...(ni pun ada ce ...

ingatkan kat indonesia je yang ada dukun buaya ni..
macam mana pula dengan buaya putih?
jelmaan ke benar2 wujud?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:44 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 08:53 AM
klu ikut cerita orang dulu2...iban yang kena makan tu biasanya sebab kempunan jer...(ni pun ada ce ...

benar kah sik... kalau di belait pun, asal org kena baham buaya...alasan nya sebab kempunan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 10:56 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 23-11-2016 11:24 AM
aku imagine moyang TT ala2 jessica alba dalam movie sleeping dictionary

ahahaha...moyang pompuan mixed iban + british.. x tau la rupa jessica alba ke tak..x sempat jumpa..
lepas tu gambar dulu3 pon x der..cuma imaginekan rupa dia dari pada cerita-cerita nenek & mak aku.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 10:57 AM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 11:44 AM
benar kah sik... kalau di belait pun, asal org kena baham buaya...alasan nya sebab kempunan

kaaan... aku ada cerita pasal kempunan ni sat lagi...


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-11-2016 10:58 AM | Show all posts
Kak Ponti Penunggu Pintu Gerbang

Bagi penduduk Sarawakbiasanya 1 jalan utama terdapat beberapa perkampungan yang dibina oleh penduduk. Kalau area kampung aku tu, biasanya setiap perkampungan dibuka oleh adik beradik diatas tanah sendiri. Jadi kiranya di kampung tu semuanya saudara mara.
Macam kampung datuk sebelah bapa aku la..asalnya dibuka oleh 3 beradikbila dah beranak pinak, maka bermulalah pembinaan rumah sebiji demi sebiji..maka perkampungan akan jadi bertambah besar..

Tapi tak la besar mana. Macam kampung aku, tak sampai pun 30 buah rumah. Dibina sebaris jer tepi jalan... Jarak pun x sampai 2 meter dinding ke dindinghehehhe

Kalau dari jalan utama highway bypass Kuching- Miri, jalan masuk ke kampung aku, kiranya kampung aku no. 3so, ada lagi sekurang-kurangnya 8 perkampungan yang akan dilalui jika nak menggunakan jalan tersebut untuk tembus ke pekan yang berdekatan. Tapi jarang orang nak lalu jalan belakang tu sebab jalan kampung dan sempit walaupun sekarang dah di tar.

Dan saje nak bagitausetiap kampung tu penduduknya ada pertalian darah..kampung A ada adik beradik orang Kampung Bkampung C ada adik beradik orang kampung Amacam tu la lebih kurang

Kiranya kawen sedara-sedara la jugak...

Kakak tiri sulung mak aku tinggal di kampung yang ke-9. Kalau dahulu, paling takut dan malas nak pergi kat kampung makcik yang ni sebab jauh ke pedalaman dan kanan kiri adalah hutan. Laluan pula tanah kuning dan sesekali lecak. Klu naik motosikal, possibility kemalangan jatuh tergolek memang tinggi terutama semasa mendaki atau menuruni bukit.

Bila kerajaan dah upgrade jalan tu menjadi lebih luas dan berbatu, maka agak rajin juga la untuk mak dan bapaku untuk mengunjungi kelurga kakaknya di sana. Tapi kampung aku dah lama jalan tar sebab bapa aku ketua pemuda BN kat situ. Jadi Letrik & air paip awal sekali masuk kat rumah aku dan kampung aku.

Kampung yang ke 7-11 baru je beberapa tahun ini jalan telah diturap dengan tar dan memudahkan seluruh penduduk kampung disepanjang jalan tersebut. Maka makin banyak la kereta dan motosikal yang lalu lalang di jalan tersebut. Itu belum dikira lagi dengan kubur lama dan pokok ara yang angker yang terdapat dilaluan tersebut. Kubur lama tersebut dipersimpangan kampunag yang ke-8 & 9.

Beberapa tahun lepas, jalan tar hanya sampai di simpang 3 perkampungan ke-8 & 9 tersebut. Di sebelah kiri adalah tanah perkuburan yang baru sementara disebelah kanan adalah tanah perkuburan lama. Yang lama tu adalah berhampiran sungai, jadi setiap kali digali akan keluar air. Maka disebabkan itulah dibuka tanah perkuburan baru di atas bukit. Diberitakan bahawa kerap kali jika berlaku kematian, penghuni kubur seakan berpesta meraikan kedatangan ahli baru.

Bunyi tawak iaitu sejenis alatan muzik suku kaum di Sarawak atau lebih dikenali sebagai gong akan kedengaran dari tanah perkuburan tersebut. Makanya ramai mengelak untuk melalui jalan tersebut pada waktu malam. Ada macam-macam cerita sebenarnya tapi aku tak berapa tahu jadi aku tak nak tulis.

Ditengah-tengah tanah perkuburan telah dibina sebatang tiang yang berukirdan setiap kali berlaku kematian, akan dinyalakan api di tiang tersebut.

Semasa jalan masih ditimbuni batu bata sebelum diturap dengan tar, makcik aku ni telah meninggal dunia. Maka datang la seluruh saudara mara dari kampung sebelah meyebalah untuk menziarah dan memberi penghormatan yang terakhir. Termasuk la mak bapa aku dan makcik yang tinggal sekampung dalam citer aku (burung ketupung).

BIasanya orang iban akan menyimpan mayat selama 3 hari 2 malam. Dini hari yang ke-3 barulah mayat akan ditanam.

Pada hari ke-2, makcik aku mengajak adik aku yang bonus untuk balik ke rumah untuk mengambil ubat yang lupa dibawa. Makcik ni ada sakit darah tinggi semenjak kematian pakcik. Masa tu dalam pukul 6.00 petang.

Tapi biasalah..kat Sarawak masa tu dah senja. Tetapi pada hari tersebut, senja dan matahari berwarna jingga. Maksudnya masih ada sinaran terik matahari cuma warna dia jingga oren. Kalau berjalan, masih boleh nampak bayang-bayang sendiri di tanah.

Kalau naik motosikal dengan jalan yang berbatu bata, ambik masa jugak nak sampai ke simpang 3 tersebut. Ambil masa 20 mnt kot. Tapi sepanjang jalan kiri kanan dah terang benderang sebab penduduk dah mula bersawah, jadi taklah takut nak lalu. Tetapi..

Dalam 30 meter nak sampai ke tanah perkuburan yang ada tiang tu, adik aku nampak perlahan-lahan sebatang buluh betung tiba-tiba melentur elok ke tepi jalan cecah ke tanahmacam ditarik pulakdan berbentuk seperti pintu gerbang. Betul-betul dijalan pintu masuk ke tanah perkuburan tersebut.

Adik aku tu rabun ayam..sebab tu dia tak boleh memandu waktu malammakcik aku tak payah sebut memang rabun..bila semakin menghampiri barulah adik aku perasaan ada makhluk tengah duduk berjuntai kaki di batang buluh tersebut sambil melurut-lurut rambut. Kain putih dia pon dah nampak kuning dan carik-carik..adik aku menjeling dengan ekor mata sebab sebenarnya badan dia dah kejung dan hampir-hampir tak berdaya untuk memulas minyak motor. Tapi dia bersyukur sebab benda tu cuma sakat macam tu jer..buatnya tetiba terbang dan selari dengan motor dia, mau accident kot.

Sebaik sahaja melepasi tanah perkuburan tersebut dan memcecah jalan tar adik aku terus pulas minyak tanpa bersuara, Dia dapat merasakan pelukan kuat makcik dipinggang. Dia syak, makcik aku pun nampak benda tu.

Sah! Samapi je depan rumah, turun ker dari motor, dia pandang makcik akumuka pucat lesi sambil dia urut-urut dada ko nampak tak tadi tepi jalan tanya makcik.

nampak apa? Kat mana? adik aku pura-pura bertanya. Sengaja menguji.

kat kubur tadi la. Yang terjuntai kat batang buluh tu ujar makcik.

owhnampakingatkan makcik tak nampak kata adik sambil gelak-gelak kecil.

mau aku tak nampak. Nasib baik aku rabun tak nampak rupa. Klu x, aku dah pengsan kata makcik.

Dan kesudahannya, mereka tak jadi pergi balik ke kampung makcik yang meninggal pada hari yang sama. Sebaliknya mereka hanya pergi pada esok pagi selepas pengebumian. Apa yang mereka alami rupa-rupanya pernah dialami oleh beberapa penduduk kampung tersebut.

Aku terus terang sampai sekarang memang dah lama tak jejak kaki kat kampung tersebut sebab keluarga makcik tu dah berpindah ke Miri selepas kematian makcik. Almaklum makcik tu ada sorang jer anak tunggal yang bekerja di Miri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069953s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list