CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 2-10-2017 05:30 PM | Show all posts
Aku dulu pernah terjebak dengan pemakaian 'ilmu pemanis' secara tidak sengaja. Jom aku share kisahnya...


Masa tu aku baru berjinak2 dengan pertandingan nyanyian di dalam daerah tempat tinggal aku..

Menjadi kebiasaan apa bila di setiap keraian dan keramaian, kami akan mengadakan pertandingan nyanyian dikalangan penduduk kampung serta kampung-kampung yang berhampiran.

Masa tu belum lagi diperkenalkan dengan 'karaoke'. Kami biasanya diiringi oleh 'live band'.
Yang menariknya 'live band' ni adalah key muzik akan mengikut kesesuaian suara kita sendiri. Tak seperti 'karaoke' yang memerlukan kita menyesuaikan suara mengikut muzik.


Setelah sekian lama kerap disajikan dengan hiburan dan 'live band' ni, aku teringin nak mencuba.

Lagi pun, memang abah aku antara peserta 'favorite' dan kerap memenangi pertandingan nyanyian yang disertai.

Lagu-lagu seperti 'Dara Pujaan', 'Che ainon', 'kisah dan tauladan', 'kenanganku' dan banyak lagi memang menjadi lagu wajib di setiap pertandingan.

Walau pun sebenarnya sebelum itu kerap kali juga aku disuruh untuk menyanyi, tapi aku enggan sebab malu.

Sehinggalah pada suatu hari...entah dimana aku mendapat keberanian..ketika asyik melihat 'live band' tersebut berlatih...


Itu pun secara kebetulan kerana penyanyi wanita kumpulan 'live band' tersebut tiba-tiba tidak sihat.

Aku diminta oleh abang sepupu yang merupakan pemain bass gitar untuk band terbabit untuk cuba menyanyikan lagu "Menaruh Harapan".

Aku beranikan diri mencapai mikrofon dan mula menyanyi...lagu tu lagu favorite aku..jadi tak susah untuk aku menyanyikan lagu tersebut.

Selesai menyanyi lagu tersebut, aku mendapat tepukan yang gemuruh daripada sepupu2, pak cik makcik dan penduduk kampung yang berdekatan dengan pentas tersebut. Sebenarnya kami bakal menyambut Hari Gawai pada keesokan hari.


Jadi memang dah jadi acara wajib untuk membuat pertandingan nyanyian sementara menunggu detik 12 mlm 01 Jun untuk sambutan Hari Gawai.

Lagu ke 2 pula lagu Wann - Darah Muda...akhirnya aku dah jadi macam gian pula menyanyi atas pentas.... hahahaha

Jadi secara tak sengaja, aku secara rasminya diminta untuk menjadi penyanyi utama band tersebut untuk malam itu. Setiap 1 lagu akan dibayar sebanyak RM2. Itu tidak termasuk dengan 'sponsored' iaitu permintaan daripada sesiapa sahaja yang membuat permintaan lagu yang tersenarai didalam buku band tu jer.


Selalunya lagu-lagu yang tersenarai adalah lagu-lagu 60-an, 70-an, 80-an sehinggalah 90-an.


Aku ada seorang makcik iaitu adik mak aku. Dia pandai menyolek dan kerap diupah untuk menyolek pengantin.
Sebenarnya dia dah lama nak aku jadi penyanyi. Masa aku kecil dulu, tiap kali kami balik ke kampung, aku suka menyanyi. Berlakon konon-konon sedang membuat persembahan diatas pentas.


Jadi, apabila pada malam tersebut aku jadi penyanyi utama, makcik aku sungguh gembira. masa tu umur aku dalam 12 tahun.
Dialah yang beriya-iya menyolek dan menggayakan aku pada malam tersebut.



selesai bersolek, aku perasan makcik aku ada menitikkan sesuatu dihujung jari manis dan menggosokkan jari manis yang sebelah lagi sebelum menyapu ke kening dan ditarik sampai ke dagu.


Nak keluar rumah pun bersyarat. Kalau dah melangkah keluar, tidak boleh masuk semula ke dalam rumah.


Semasa menuju ke pentas dari pintu rumah, tidak boleh berundur atau berpatah balik. Pastikan terus naik ke pentas dan duduk di tempat yang disediakan di satu sudut pentas.


Malam itu, aku berjaya mengutip lebih RM100 (tahun 1990) melalui lagu-lagu yang dinyanyikan. Dengarnya ada yang bermurah hati 'sponsered' lagu RM5 - 10 setiap lagu.



Apa yang sepupu aku bagitau...sepanjang malam tersebut, wajah aku kelihatan sangat manis dan berseri-seri macam bulan.



Bagi aku, mungkin sebab mereka tak pernah tengok aku berhias dan bermake up..al maklum, aku kan kasar dan ligat macam jantan walalupun berambut panjang. Rambut panjang tu sebab mak aku suruh simpan.


Tapi mak aku bagitau sebab makcik dah calit minyak pemanis pada wajah aku pada malam itu.


Sayangnya...segala jenis minyak kepunyaan makcik telah hangus terbakar bersama rentetan rumah panjang nenek aku pada tahun 1993.




















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2017 12:01 PM | Show all posts
Kisah ular 4 sekawan


Kalau kat kampung-kampung memang menjadi kebiasaan bagi penduduk untuk menanam pokok buah-buahan di sekeliling rumah. Pokok rambutan, jambu batu, jambu bol, kedondong, durian dan betik adalah yang paling banyak ditanam di sekeliling rumah.

Aku dah lupa tahun bila, tetapi yang aku ingat masa tu adalah hari gawai. Setiap kali gawai, kami ada budaya seakan-akan baraan kat Semenanjung ni. Iaitu rombongan bergawai beramai-ramai dari rumah ke rumah. Tapi ada group lelaki dan wanita.

Biasanya giliran lelaki adalah pada 1hb Jun..dan wanita pada 2hb Jun. Ketika giliran lelaki, para isteri akan menyediakan hidangan  dan menunggu ketibaan rombongan lelaki dirumah.

Begitu juga bila tiba giliran rombongan wanita. Yang lelaki akan menunggu hidangan dirumah.

Antara hidangan yang popular adalah ayam sup atau ayam kari bersama umbut sagu serta jeruk-jeruk buah dan kuaci.

Air tuak, arak, bir dan air carbonate memang wajib dihidangkan semasa rombongan tersebut datang.

Tetapi sekarang, disebabkan ramai generasi baru yang merantau ke Semenanjung, maka corak hidangan pun dah berubah.

Rumah aku misalnya..sekarang kalau Gawai, hidangan wajib adalah lemang, rendang, lauk dan nasi.
Keluarga aku tak kisah sebab kebiasaannya pada 31hb Mei, seluruh peunduduk kampung akan berkumpul di balai raya yang terletak betul-betul  di depan rumah kami.

Jadi segala jenis tuak arak dan bir dah diletak ke sana. Kiranya balai raya tu dah jadi rumah tumpangan untuk family aku sambut gawai bila aku balik ke kampung semasa Gawai. Saudara mara pun sporting.

Kalau mereka nak berkunjung ke rumah kami, tak kisah. Tapi tak adalah hidangan tuak arak bagai. Kena la mereka melepak kat balai raya tu. Abah aku cakap, sebab hormat anak dan menantu (aku dengan laki aku la tu..heheheh).

Ok, berbalik pada kisah rombongan gawai tadi tu…tengah riuh rendah di rumah pakcik aku, anak sepupu aku yang berumur dalam 8 tahun berlari laju meluru masuk ke rumah atuk dia sambil menjerit…’atuk..atuk…cepat datang rumah’

“kenapa???” tanya pakcik
.
“cepat la tok…banyak ular” katanya sambil berpatah balik berlari ke rumahnya..

Bergegas pakcik serta beberapa orang penduduk kampung ke rumah sepupu yang hanya disebelah rumah sahaja.
Mereka terus menuju ke belakang rumah mengikut anak sepupu tadi.

Sesampainya di belakang rumah, semua terkejut kerana didahan pokok rambutan kelihatan 4 ekor ular yang badannya berwarna hijau pucuk pisang dan sejengkal coklat dibahagian ekornya serta bersaiz sebesar lengan lelaki dewasa dan sepanjang hampir 2 meter setiap seekor, sedang menjalar dan kelihatan salah seekornya sedang bersalin kulit.

Menurut penduduk, belum pernah lagi ular tersebut kelihatan dimana-mana pelusuk kampung atau di hutan berhampiran.

Yang anehnya, turut kelihatan cahaya seakan pelangi apabila sisik ular tersebut terkena sinaran matahari pada pukul 11.00 pagi itu.

Pakcik meminta salah seorang penduduk kampung untuk mengambil sebotol tuak dan sepinggan penganan untuk dijamu kepada ular-ular tersebut.

Kata pakcik, ini bukan ular sembarangan. Rasanya ular ni ‘tetamu’. Jadi, kita kena la sambut dengan baik.

Tuak dituangkan ke dalam tempurung kelapa dan diletakkan dipangkal pokok. Perlahan-lahan 3 ekor ular tersebut turun, kecuali yang sedang bersalin kulit, dan meminum tuak tersebut.

Kami hanya memerhati dari jauh kerana bimbang ular tersebut menyerang mereka  yang berhampiran dengan pokok rambutan tersebut.

Setelah hampir sejam ular-ular tersebut melingkar dan menjalar dari dahan ke dahan, ular yang seekor lagi telah selesai bersalin kulit. Keempat-empat ular tersebut menjalar melalui dahan pokok rambutan ke dahan pokok durian sebelum masuk ke dalam kebun getah yang berhampiran.

Setelah pasti yang ular-ular tersebut menjauh, lekas-lekas pakcik mengambil kulit ular yang ditinggalkan dan disimpan untuk menjadi tangkal. Setahu aku, untuk tangkal halimunan tu biasanya kulit ular tedung.

Untuk kulit ular tersebut, sumpah aku tak tahu. Sampai sekarang, tidak pula kedengaran cerita penduduk kampung terserempak dengan ular yang serupa di kebun getah atau hutan yang berhampiran.

Desas-desus kedengaran mengatakan berkemungkinan ular-ular tersebut adalah tetamu dari ‘Panggau Libau’ atau pun lebih senang dipanggil ‘kayangan’ yang datang untuk bersama-sama menyambut hari Gawai.



Wallahualam..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2017 12:13 PM | Show all posts
Masa kami mula2 berpindah balik ke kampung dan rumah masih didalam pembinaan, bahagian dapur belum bersimen.
Pernah juga rumah diceroboh oleh ular berwarna hitam.

Mak aku jamu air tuak juga masa tu. Mak aku cakap, tu sedara mara dari alam lain datang menziarah.
Jadi kita kena layan, bukannya halau keluar dari rumah.

Mak aku terer buat tuak. Makin lama tuak tu disimpan, makin mahal harganya kalau dijual.
Dan mak aku memang mengambil tempahan tuak untuk hari gawai atau pun untuk upacara miring serta upacara perkahwinan.

Kalau tuak beras, 500ml mak aku jual RM5 sebotol untuk yang baru. Yang ni biasanya berwarna keruh dan agak masam.
Yang dah lama peram tu boleh cecah ke RM18 sebotol. Warnanya lebih jernih dan 'berbisa'.

Klu tuak berperisa - asam boi / epal / anggur - RM7 sebotol. Yang jenis ni tak boleh nak simpan lama.





Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 05:25 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 1-8-2017 09:20 AM
Buluh Perindu

Sebut jer Buluh Perindu, mesti akan dikaitkan denganseseorang yang bersuara lunak m ...

Wahh bestnyee cite uols..mg lain dr yg lain citer kt sini..anyway i jeles gn pengalaman anna masa kecik2..mesti best kan..mcm colorful sgt yr life..mandi sungai la panjat pokok la..compare gn i hmmm very lame kena duduk kt bwh ketiak mak jee

Baideway kt subang ni mg ada sarawakian buka kedai mkn. Mknan dia mg tip top.. Adakah org yg sama?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 09:57 AM | Show all posts
Queenmastani replied at 20-10-2017 06:25 AM
Wahh bestnyee cite uols..mg lain dr yg lain citer kt sini..anyway i jeles gn pengalaman anna masa  ...

dah tua2 nih..duduk kat bandar dan bekerja, aku sangat merindui zaman kanak2 yg penuh warna warni..

aku tak pernah makan area sana lagi..memandangkan aku area KL, aku selalu makan kat restoran dapur sarawak jer..
dekat dgn KPJ Tawakal jln pahang..milik pelakon mahmud ali basha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 10:00 AM | Show all posts
Queenmastani replied at 20-10-2017 06:25 AM
Wahh bestnyee cite uols..mg lain dr yg lain citer kt sini..anyway i jeles gn pengalaman anna masa  ...

ok..ok..baru perasan soalan uols...
tak tau la sama ada itu orang yg sama atau bukan sebab tak pernah lagi terjumpa kedai dia kat mana..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 04:54 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 20-10-2017 09:57 AM
dah tua2 nih..duduk kat bandar dan bekerja, aku sangat merindui zaman kanak2 yg penuh warna warni. ...

Owh anna kija area kl la ni

Anna nk lagi citer tk kisah la citer yg sama gn semenanjung pon..janji ada citer seram dr sarawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 04:56 PM | Show all posts
Queenmastani replied at 20-10-2017 05:54 PM
Owh anna kija area kl la ni

Anna nk lagi citer tk kisah la citer yg sama gn semenanjung pon. ...

aku tgh tunggu @akoobabes sambung cerita dia..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 04:59 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 20-10-2017 04:56 PM
aku tgh tunggu @akoobabes sambung cerita dia..

Citer dia pon best2 jgk..mana @Akoobabes ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya cite. Pada masa yg sama boleh belajar juga adat dan cara hidup sarawakian. Thanks ya. Share la lagi story
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:08 PM | Show all posts
Wahh baru pasan chuols ade tered senirik di mps
Bes cerita2 childhood memories chuols kaka
Terbaikkk seram2 dr sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:33 PM | Show all posts
Hi TT,

Hi semua.. sorry lama menyepi.

Kisah Cik H, kena tunggu dulu as nowadays, both of us lately ni, memang busy.

Macam2 jer event yang department dorang buat untuk customer. My department pun kadang2 involve jugak.

Anyway, just wait for my updates ok..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 03:56 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 12-10-2017 12:01 PM
Kisah ular 4 sekawan

Kalau kat kampung-kampung memang menjadi kebiasaan bagi penduduk untuk menan ...

lawak dan rasa sgt muhibbah..hidang rendang,lemang masa gawai..terbaik Yang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2017 04:33 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 23-10-2017 05:33 PM
Hi TT,

Hi semua.. sorry lama menyepi.

hi Babe...
orite..aku tunggu..
jangan lama sangat tau..heheh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2017 04:34 PM | Show all posts
puteribaya replied at 25-10-2017 04:56 PM
lawak dan rasa sgt muhibbah..hidang rendang,lemang masa gawai..terbaik Yang

saja je bagi kelainan...
asyik sup, kari dengan pansuh jer..
tukar plak ke menu lain..hehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2017 04:35 PM | Show all posts
Queenmastani replied at 20-10-2017 05:54 PM
Owh anna kija area kl la ni

Anna nk lagi citer tk kisah la citer yg sama gn semenanjung pon. ...

aku de janji dengan @farrazool nak share kisah handphone tu..
@deehanania  @azie999 meh la sini...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2017 04:36 PM | Show all posts
tgu jap..aku kena taip kat words..kang tak pepasal, tak siap lagi taip, cari buat hal plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 05:49 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 25-10-2017 04:35 PM
aku de janji dengan @farrazool nak share kisah handphone tu..
@deehanania  @azie999 meh la sini.. ...

Iolss menanti penuh kesabaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2017 11:23 AM | Show all posts
Handphone

Maafla ye..

Kali ni aku nak kongsi kisah yang berlaku dalam beberapa tahun lepas.

Yang pastinya kisah kali ni bukan berlaku di Sarawak..

Setiap kali Hari Raya Puasa, kami akan pulang menziarahi kedua-dua belah keluarga mak dan ayah mertua.

Pada hari Raya kedua tahun tersebut, kebetulan keluarga sepupu ayah mertua mengadakan hari keluarga yang biasa dilakukan setiap 2 tahun sekali. Mereka yang terdiri daripada 7 orang adik beradik telah bersepakat untuk mengadakan acara bagi menghimpunkan seluruh ahli keluarga 7 beradik tersebut.

Untuk menambahkan kemeriahan acara tersebut, semua saudara mara dijemput hadir.
Dan kebetulan pada hari tersebut aku dan suami sedang beraya di rumah pusaka ayah mertua. Kami menaiki 1 kereta ditemani oleh 3 orang adik ipar lelakiku. Anak-anakku ketika itu berumur 2 & 6 tahun.

Kami tiba selepas Zohor dirumah pusaka keluarga ayah mertua.
Pakcik yang merupakan adik ayah mertua ku mengajak kami untuk menghadiri acara yang dilakukan oleh sepupunya.
Sementalah, rumah sepupu ayah mertua tu hanya disebelah jer. Sebenarnya ayah mereka tu adik beradik.
Jadi tak hairanlah jika tanah mereka sebelah menyebelah.

Sepupu ayah mertua tu membuat keputusan agar didirikan rumah mereka adik beradik di atas tanah pusaka tersebut.
Ditengah-tengah tanah tersebut dibiarkan lapang sebagai tempat parking kereta dan juga untuk upacara keluarga termasuklah hari keluarga tersebut.
Sebelum senja, kami mengambil kesempatan untuk memanjat rambutan dan duku yang terdapat di tanah kepunyaan ayah mertua.
Lumayan juga hasilnya. Maka penuhlah bonet kereta dengan 3 bakul rambutan dan duku.

Jadi, selepas Isyak, acara pun bermula. Setiap keluarga diwajibkan untuk menyediakan satu menu khas di setiap gerai yang didirikan di kawasan lapang yang disediakan. Ada pelbagai jenis masakan  seperti laksa johor, western food, kuih muih, pelbagai bubur, ABC, dan minuman. Dan disatu sudut disediakan sudut karaoke.

Tahu-tahu sajalah kalau berkumpul semua sanak saudara, bermacam-macam cerita yang dikongsi. Dari hal keluarga sehinggalah ke hal negara… hahaha..
Disebabkan terlalu asyik berborak, tanpa kami sedar, waktu telah beranjak ke lewat malam. Kami pula tadi masing-masing tidak membawa sebarang bekalan baju kecuali anak-anak aku.

Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang saja ke Kuala Lumpur. Alah, klu dari Muar tu, bukan jauh mana pun ikut highway. Lagipun, ada 4 orang lelaki dewasa dalam kereta tu. Tak ada apa yang perlu ditakutkan.

Tetapi sebelum sampai ke plus highway, kami terpaksa melalui jalan lama. Dan ada di antara kawasan tersebut kedengaran agak keras. Maaflah…aku tak arif dengan laluan tersebut.

Apa yang pasti, selepas susur keluar ke plus highway sebelum R&R Ayer Keroh, sepanjang laluan tu agak gelap. Tiba-tiba kereta terasa bergoyang-goyamg. Suami aku mengurangkan kelajuan kereta.

“Ah, sudah…tayar pancit’ katanya.

Nasib baik masa tu dah nampak papan tanda R&R Ayer Keroh. Suamiku membelokkan kereta dan masuk ke dalam R&R tetapi terus ke depan berhampiran stesen minyak dibawah tiang lampu dibahagian hujung R&R tersebut.

Sebaik turun dari kereta, sahlah tayar belakang sebelah kanan telah kempis. Maka kerja-kerja menukar tayar pun dilakukan oleh suami dan adik ipar.

Sementara itu, aku dan anak-anak duduk sambil menikmati rambutan dan duku..ada selera lagi tu..huhuhu

Setelah siap menukar tayar, suamiku menghidupkan enjin kereta..tetapi enjin kereta gagal dihidupkan.
Apa pula masalah kereta ni? Sehari sebelum raya tu kami dah servis kereta tu. Mustahil pula kereta tu nak meragam.
Dah la suami aku tu memang jenis yang ambil berat tentang kereta kesayangan dia.
Dia membuka bonet kereta..aku yang duduk dibahagian penumpang hadapan, turun sama melihat keadaan kereta tersebut.

Entah kenapa aku terfikir untuk mengambil gambar..ceh, kekonon nak update kat facebook la…
Setelah mencuba beberapa kali menghidupkan enjin dan tak tahu punca masalah kereta tersebut, kami membuat keputusan untuk menghubungi bantuan peronda lebuh raya.

Sementara menunggu ketibaan peronda lebuh raya, kami duduk bersembang sambil menikmati rambutan dan duku.

Eh,eh,…terbuka pula cerita pasal kereta yang bergoyang tu…mengikut cerita salah seorang adik iparku, dia terasa seolah-olah ada benda yang terjatuh di atas bumbung sebelum kereta bergoyang yang membuatkan dia terjaga. Rupa-rupanya, penumpang belakang semua dah membuta!
Haishhh…tak leh harap..hehehe

Lepas tu, suami aku pun mengatakan bahawa memang laluan tu agak keras sebenarnya. Tapi memandangkan kami ditemani oleh adik-adik lelakinya, maka dia mengambil keputusan untuk melalui jalan tersebut.

Sedang kami berborak, pasukan peronda lebuh raya pun sampai yang terdiri daripada 2 orang.

“Assalamualaikum…encik ada call pasukan peronda ke?” tanya salah seorang daripada mereka.

“ye, saya” jawab suamiku.

“Apa masalah nya cik?” tanyanya lagi.

“Kereta tak dapat nak hidup. Dah check dah bateri semua, nampak macam ok.” Kata suamiku.

“Tak per…kami check dulu…kalau perlu nanti kita jumping” katanya.

Masa ni aku tengah ambik gambar dari sisi belah kanan di pintu tempat duduk pemandu. Sementara suamiku dan pegawai peronda tu sedang membelek-belek enjin kereta.

“Cuba hidupkan lagi enjin kereta,” katanya.

Suamiku menghidupkan enjin kereta.

Ajaibnya! Dengan sekali pusing jer, enjin terus hidup.

Sekali lagi enjin kereta dimatikan dan dihidupkan semula. Tiada masalah!

Setelah yakin yang enjin kereta kami dah kembali berfungsi, kami ditinggalkan oleh pasukan peronda tersebut dengan ucapan terima kasih dan sedikit buah rambutan & duku untuk mereka.

Setelah memulakan perjalanan, aku terniat untuk melihat semula gambar-gambar sepanjang kami berhenti di R&R tersebut serta gambar-gambar kereta yang telah aku ambil.

Pada mulanya, tiada apa yang pelik pada gambar-gambar tersebut sehinggalah aku melihat gambar-gambar ketika suamiku dan pegawai peronda tersebut memeriksa enjin kereta tersebut.

Dalam gambar-gambar tersebut jelas kelihatan cahaya berwarna biru yang seolah-olah keluar dari bahagian enjin dan naik ke atas. Aku tidak berpuas hati. Aku teliti semula gambar-gambar tersebut.

Aku pasti semasa aku mengambil gambar tersebut, tiada satu pun kenderaan yang melalui kawasan tersebut sehingga terpantulnya cahaya biru yang jelas kelihatan didalam gambar tersebut. Dan yang pasti, selepas cahaya tersebut kelihatan keluar dari enjin kereta dan naik ke atas, ketika itulah enjin kereta dapat dihidupkan semula.

Sebaik sampai dirumah, aku menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada suami, dia juga berasa pelik.
Dan yang lebih peliknya….. tiba-tiba handphone aku termati dengan sendiri dan tidak dapat dibuka semula selama beberapa jam.
Aku terpaksa membawa handphone tersebut ke kedai untuk diperiksa.

Tanpa berbuat apa-apa dikedai, handphone tersebut hidup dengan sendirinya.
Tetapi semua gambar-gambar yang diambil di R&R telah hilang. Walaupun aku cuba membuat ‘back up’ tetapi gagal untuk mencari semula gambar-gambar tersebut.

Kereta kami pula, selamat sampai ke rumah dan tidak meragam sehingga servis yang seterusnya.

Sehingga kini, jika kami melalui R&R tersebut, pasti teringat akan kisah gambar misteri tersebut.

Apakah cahaya yang berwarna biru tersebut? Adakah ianya sesuatu entiti?
Kemanakah hilangnya gambar-gambar yang misteri tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang pulak gmbr dah hilang klu tak boleh share...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.217742 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list