CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 29-10-2017 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kancilku_biru replied at 29-10-2017 05:56 AM
Sayang pulak gmbr dah hilang klu tak boleh share...

Itulah pasal..Masa tu Nokia E5 baru kuar pasaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2017 06:00 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 18-7-2017 04:17 PM
eh, takde la nok..
aku ni takde apa2 keistimewaan..
orang biasa jer selain daripada lasak dan na ...

sorry Anna, nak tnya ttg mandi ni...klu budak tu dah dimandi 'penimbul' ....ada cara tak utk kurangkan panas baran & degil ya amat tu ??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2017 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tembikai replied at 29-10-2017 07:00 PM
sorry Anna, nak tnya ttg mandi ni...klu budak tu dah dimandi 'penimbul' ....ada cara tak utk kuran ...

Walahualam...mungkin dgn didikan agama disamping mak ayah kena didik dgn lembut..dikhuatiri sedikit kekerasan akan menambah kedegilan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 07:00 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 29-10-2017 06:47 PM
Walahualam...mungkin dgn didikan agama disamping mak ayah kena didik dgn lembut..dikhuatiri sediki ...

Thanks Anna..betul awak ckp..didikan agama  mmg penting.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:06 AM | Show all posts
khatam juga thread Anna....

Tersentuh  baca kisah2 dlm ni...byk ilmu &   pengajaran....

thanks for sharing

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 10:08 AM | Show all posts
tembikai replied at 30-10-2017 10:06 AM
khatam juga thread Anna....

Tersentuh  baca kisah2 dlm ni...byk ilmu &   pengajaran....
...

terima kasih sudi membaca kisah benar yang aku kongsikan kat sini...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-11-2017 02:38 PM | Show all posts

@noraidil_06 jemput masuk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 05:28 PM | Show all posts
Teringat beberapa tahun lepas aku bawa anak2 serta anak buah aku untuk jalan-jalan di bandaraya Kuching.

Salah satu tempat wajib sudah tentulah Muzium Kuching.

salah satu sudut pameran yang aku tak berapa berkenan dlaam muzium tu adalah tempat topeng2 yang banyak terdapat di dalam muzium tersebut.

Terasa macam sesuatu jer kalau lalu di sudut pameran topeng-topeng tersebut sebab masa aku kecil2 dulu kat rumah panjang, nenek aku suka momokkan kami dengan sebuah topeng kayu yang agak seram.

Topeng kayu tu dicatkan dengan warna putih.

Mata hitam. Mulut merah dan telinganya memakai anting-anting.

Disebabkan kerap di momokkan dengan topeng tersebut, makanya kebanyakan kanak-kanak tidak akan berani berada diluar rumah atau ruai apabila malam.

Terbenam je matahari, seluruh kampung akan sunyi sepi dan gelap gelita.

Al maklumlah masa tu belum ada bekalan letrik. Hanya berbekalkan lampu pelita minyak tanah.

Jika ada kanak-kanak degil yang masih bermain diluar rumah dan ruai, maka nenek akan menyarungkan topeng tersebut dan menakut-nakutkan kanak-kanak tersebut.

Adik mak aku yang bongsu masa tu berumur 12 tahun, sementara aku berumur 8 tahun. Kami agak rapat sebab hampir sebaya.
Aku kan masa tu bersekolah diasrama dan setiap hari jumaat akan balik ke rumah nenek menghabiskan cuti hujung minggu sebelum kembali ke sekolah pada petang ahad.

Pada suatu senja, pakcik aku mengajak beberpa orang budak seusianya bermain diluar rumah. Riuh rendah dan gegak gempita kampung tu memandangkan ruai tersebut diperbuat daripada buluh. Jadi setiap kali dipijak, bunyi berkeriut memang jelas kedengaran. Inikan pula bila mereka berkejaran diruai tersebut. Lampu pula hanya ada beberapa biji yang terpasang ditengah-tengah ruai.

Setelah beberapa kali ditegur tetapi mereka masih lagi berdegil, macam biasa, nenek memulakan operasi momok.
Berbungkus dengan kelambu dan kain batik serta memakai topeng, nenek tak ubah seperti hantu.
Memang seram la kalau sekali pandang.Kami gelar topeng tersebut sebagai hantu 'indai abau'.
Momoknya adalah dia akan memakan budak-budak nakal.

Pakcik aku ni pula, memang jenis tak makan saman. Apabila dia melihat kelibat topeng tersebut, dia buat endah tak endah jer.
Beberapa orang kanak-kanak sudah melarikan diri masuk ke dalam rumah apabila ternampak kelibat indai abau tersebut.
Tinggal la pakcik aku bersama 2 orang kawannya yang sama degil dan nakal.

"eleh....macam aku tak tau... ibu kan yang jadi indai abau...elehhhh..ingat aku takut ker" katanya.

Indai abau tersebut hanya berdiri tidak jauh dari pakcik dan kawan-kawannya.

Bila indai abau tersebut semakin menghampiri dan berdiri tegak jer, pakcik berkata lagi...'dah la..aku tak takut la..'

indai abau masih tak berganjak...'ye la ye la...kejap lagi aku balik la.' kata pakcik..

Tiba-tiba salah seorang kawan pakcik aku berkata...'Eh, lipai...kenapa indai abau ada 2?' sambil menunjuk ke arah pintu rumah nenek.

Spontan pakcik menarik kain batik yang dipakai oleh indai abau yang berdiri berhampiran mereka.

Yang terhampar didepan mata adalah, topeng tersebut tergantung diawang-awangan.

Tiada batang tubuh yang menyokong topeng tersebut untuk berdiri.

Apa lagi, serta merta mereka bertiga membuka langkah seribu masuk ke dalam rumah masing-masing.

Nenek yang mengenakan topeng indai abau hampir dilanggar oleh pakcik dimuka pintu.

Menggigil-gigil seluruh badan pakcik. Hampir seminggu pakcik demam tersampuk 'indai abau'.

Nenek aku pula sejak kejadian tu, terus menyimpan tersebut didalam peti dan tidak pernah mengeluarkan topeng tersebut sampai akhir hayat dia.

Dan sekarang topeng tersebut dibawah penjagaan mak aku. Diletakkan bersama pedang samurai dan pedang ilang kepunyaan bapa aku.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada update baru..
Bestnya..nak lagi anna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 08:46 AM | Show all posts
MYviHaZz replied at 18-11-2017 11:52 AM
Ada update baru..
Bestnya..nak lagi anna

tengah mencuri masa utk menaip...thanks.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 02:46 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 20-11-2017 08:46 AM
tengah mencuri masa utk menaip...thanks.

baiklah...setia menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 02:46 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 20-11-2017 08:46 AM
tengah mencuri masa utk menaip...thanks.

baiklah...setia menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 04:01 PM | Show all posts
happy anniversary @annabellaruz2

bila nak update cite baru babe?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2017 04:53 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 22-11-2017 05:01 PM
happy anniversary @annabellaruz2

bila nak update cite baru babe?

Thanks babe..
hahaha
aku pun tak perasan thread ni dah setahun..

@akoobabes  takde update ker?

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 05:24 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2017 04:53 PM
Thanks babe..
hahaha
aku pun tak perasan thread ni dah setahun..

aku tgh beklok xabes lg bace
kena bace siang2
malam2 serammm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2017 05:25 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 22-11-2017 06:24 PM
aku tgh beklok xabes lg bace
kena bace siang2
malam2 serammm

baca pelan2..baru ada feel gitu..hehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 05:44 PM | Show all posts
thanks Anna for the update...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2017 11:06 AM | Show all posts
tembikai replied at 30-11-2017 06:44 PM
thanks Anna for the update...

welcome babe..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 04:07 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 17-7-2017 02:17 PM
pajungya sama macam saka ka babe?
kmk sik taok mun @akoobabes sik nanya..
sik pernah dengar...ma ...

bukan saka...nya cmtok bah..ada org2 tertentu x boleh dilimpas belakang nya bila bepeluh..mun ktk lalu jak belakang nya alu sakitlah ktk..cth mcm sakit geruk kah..mcm alah bah dgn org ya...mgkin org ya ada bepurih bah yg special skt..org ya jak yg boleh ngubat sakit ktk..ubat nya mcm sembur pake semburan pinang ngn sireh..x tauk juak lah..kebetulan kah apa..mmg bait bena2 lekak d sembur ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 10:33 AM | Show all posts
gedang2 replied at 6-12-2017 05:07 PM
bukan saka...nya cmtok bah..ada org2 tertentu x boleh dilimpas belakang nya bila bepeluh..mun ktk  ...

oo..i see..cam ya tek..
ingatkan sama mcm saka..
lain rupanya...
sik pernah dengar citer pasal pajung tok..
thanks..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.942302 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list