CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 22-12-2017 12:03 PM | Show all posts
Hai TT,

Lama tak singgah kat sini. Memang busy giler... dengan KPI lagi, asyik cover kerja orang lagi..

Anyway, I have few cerita dah.. cuma nak kena susun atur ayat dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2017 03:44 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 22-12-2017 01:03 PM
Hai TT,

Lama tak singgah kat sini. Memang busy giler... dengan KPI lagi, asyik cover kerja orang  ...

yeayyhhhh...love u babe..
akhirnya ko muncul gak..
ok.aku tunggu dengan sabar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-11-2017 05:28 PM
Teringat beberapa tahun lepas aku bawa anak2 serta anak buah aku untuk jalan-jalan di bandaraya Kuch ...

Seronok nyaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2018 12:00 PM | Show all posts
Ini kisah yang baru terjadi di sebelah rumah aku di kampung.

Aku ada menceritakan kisah kakak ipar sepupu yang meninggal akibat kanser payudara dalam cerita yang terdahulu.

Walaupun telah bertahun-tahun berlalu, namun sesekali tetap ada gangguan di rumah dan bilik yang pernah dihuni oleh mendiang kakak ipar sepupu.

Beberapa minggu lepas, ketika sambutan ambang tahun baru, mak & adik ipar aku tengah sibuk berkemas di dapur  selepas sambutan tahun baru 2018. Masa menunjukkan lebih kurang pukul 3 pagi.

Dari dapur rumah sebelah pula kedengaran bunyi seseorang sedang sibuk berkemas.

Setakat yang mak aku tahu, makcik dan pakcik tidak berada dirumah ketika itu sebab menyambut tahun baru dirumah anaknya yang terletak selang 4 rumah dari rumah kami.

Lagipun pada pukul 12 mlm tersebut, seluruh penduduk kampung berkumpul di dewan orang ramai untuk sambutan tahun baru. Ada persembahan pentas dan nyanyian dari penduduk kampung untuk memeriahkan sambutan tahun baru tersebut.

Rumah aku memang terletak berhadapan dengan dewan tersebut. Malahan suatu ketika dahulu, sumber elektrik disambung dari rumah kami jika ada sebarang keramaian di dalam dewan sebelum dewan tersebut dipasangkan meter elektrik & air sendiri.

Mak aku diam sahaja sebab akhir-akhir ni dah kerap sangat mendengar bunyi tersebut. Tetapi adik ipar aku memang mulut cabul sedikit.

“Mak, siapa ada kat rumah sebelah?”
Tadi masa kat dewan aku dengar pak cik dengan makcik cakap nak tidur kat rumah Kak Pura sebab cucu dia yang duduk kat semenanjung tu ada balik.

“Eh, kau ni. Jangan banyak tanya la” kata mak.

Adik ipar aku menghabiskan cucian pinggan di sinki. Sementara mak pula menutup segala lauk pauk di dapur.

Keesokkannya, mak aku terserempak dengan makcik yang baru saja balik ke rumah dari rumah anaknya.

“Kak, semalam kau memang tak da kat rumah ye?’ tanya mak.

“Aku semalam tidur kat rumah Pura. Angela anak beranak balik bercuti dari Semenanjung. Cuti 2 minggu” kata makcik.

“Kenapa?” sambung makcik.

“Dinihari tadi masa aku dengan Ros tengah mengemas kat dapur, aku dengar macam ‘dia; ada balik ke rumah. Sibuk mencuci pinggan’, kata mak.

"kau ada dengar juga ke? Alang-alang kau dah bertanya tu, sini aku nak bagitahu.
Kalau ‘dia’ tu memang kerap balik ke rumah semenjak dua menjak ni.
Kadang-kadang dia hempas pintu dengan pinggan mangkuk.
Tapi bila aku suluh, takda pinggan mangkuk pun dalam sinki.
Kadang-kadang pintu dapur aku tu bergoyang macam kena goncang.
Agaknya dia marah sebab laki dengan anak-anak dia tak duduk rumah tu” ujar makcik.

Sebab tu aku tak berani nak guna dapur kat bahagian belakang tu.
Dulu selalu gak aku guna dapur tu. Tapi sejak ‘dia’ kerap balik ni, takut pula aku” sambung makcik lagi.

Itu sebab aku suruh abang kau buat dapur lain kat dinding ke pintu masuk rumah dorang tu.
Lagipun kami tinggal berdua, tak kerap sangat guna dapur.

Untuk lebih jelas, rumah makcik aku ni asalnya rumah bertiang tinggi. Almaklum rumah dulu-dulu memang tiangnya tinggi-tinggi. Rumah kami yang pertama batu dan tak bertiang tinggi.

Apabila abang sepupu aku berkahwin, pakcik menyuruh dia untuk membuat rumah bersambung dibelakang rumah pakcik. Jadi dari rumah pakcik, terpaksa menuruni tangga untuk masuk ke rumah abang sepupu.

2-3 tahun sebelum isteri abang sepupu meninggal, pakcik merobohkan rumah kayu dan membuat rumah batu ditapak yang sama. Automatik rumah pakcik dan abang bersambung sampai ke belakang. Sejak itu, mereka berkongsi dapur yang sama dibahagian belakang rumah bersebelahan dengan dapur rumah kami dan rumah adik bongku aku yang terketak di belakang rumah mereka.

Malam tu mak aku buat bertih jagung dan sediakan sedikit barang untuk upacara menghalau roh kakak ipar sepupu yang mengganggu rumah tersebut. Roh kakak ipar sepupu tu berkata yang dia datang menjenguk rumah sebab suami dan anak-anak dia dah lama tak datang ke kubur. Bila dia menjengah ke rumah, suami dan anak-anak pun tiada di rumah tersebut. Tu yang dia marah tu.

Sebenarnya suami dan anak-anak dia telah berpindah ke rumah adik bongsu yang tinggal berseorangan. Terletak selang 6 buah rumah dari rumah mereka. Mereka tidak lagi tinggal dirumah tersebut sejak berselisih faham dengan pakcik.

Mak berpesan kepada abang sepupu supaya kerap membawa anak-anak pergi ke kubur isterinya bagi menghalang roh daripada balik dan mengganggu dirumah. Abang sepupu menurut cakap mak aku. Sejak itu, tidak lagi kedengaran bunyi pinggan mangkuk dari dapur rumah tersebut.

Tapi aku tetap seram nak melalui lorong tersebut untuk ke rumah adik aku sebab dilaluan tu merupakan tempat mandi terbuka keluarga pakcik dan di situlah mayat kakak  ipar sepupu dimandikan sebelum dikebumikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-1-2018 12:00 PM
Ini kisah yang baru terjadi di sebelah rumah aku di kampung.

Aku ada menceritakan kisah kakak ipa ...

Hi kembau ku,Anna

Windu ar kat ko
Bru jek aku masuk,
Ada citer seram lagi,
Memang xde org duk umah tu lagi ke?
Dsbbkan gangguan
Sambung balik cerita k,
Nie mak ko ada kat sni,
Bole mintak cerita seram&mistik
Nnti aku masuk balik k
Take Care
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 03:19 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 16-1-2018 12:00 PM
Ini kisah yang baru terjadi di sebelah rumah aku di kampung.

Aku ada menceritakan kisah kakak ipa ...

perghh..meremang bace citer ko ni anna

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2018 05:22 PM | Show all posts
DeeHanania replied at 19-1-2018 04:05 PM
Hi kembau ku,Anna

Windu ar kat ko

aah dee..
takde sapa duduk rumah tu..
tak tau naper la pakcik aku tak nak robohkan..
menakutkan jer..huhuh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2018 05:23 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 19-1-2018 04:19 PM
perghh..meremang bace citer ko ni anna

ko baca dah meremang..
ni aku ni fikir macamana nnt masa aku balik kampung..
berani tak nak g dapur sorg2?? huhuhuh


citer burung ketupung tu pun rupanya ada sambungan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 05:33 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 19-1-2018 05:23 PM
ko baca dah meremang..
ni aku ni fikir macamana nnt masa aku balik kampung..
berani tak nak g da ...

nnt kalau rajin tolg lakarkan weh..aku xleh byg mcm mana rumah pakcik ko
bersambung dgn rumah anak dia kat blkg
pastu kongsi dapur
siap ade dapur baru kat tepi plak tu

haaa..sambungla cite burung ketupung tu weh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 03:20 PM | Show all posts
hi kak anna. baru setel khatam thread ni. pulun amek masa 2 hari hehehe.

good job kak, saya mmg suka cerita yg berkisar tentang kebudayaan ni, tambah lagi saya ddk pantai timuer semenanjung mmg tak ramai sgt kawan dari sabah/swk.

saya pun sangatttt suka cerita pasal buaya, saya tak suka cerita hantu tp suka cerita buaya. dulu kalo kecik-kecik ada cerita buaya dlm mastika mmg saya suka sangat. dekat rumah dulu ada taman buaya, tp skrg dah tutup sbb tak terjaga. kalau ada cerita lg pasal buaya boleh la share ye, cerita pasal bujang senang dan pengiringnya pun okay sebab saya nak tau juga mitos dan sejarah yang ada.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 03:42 PM | Show all posts
pitera replied at 14-2-2018 04:20 PM
hi kak anna. baru setel khatam thread ni. pulun amek masa 2 hari hehehe.

good job kak, saya mmg s ...

hi dik..in shaa allah...
akak akan kongsi mana yang boleh dikongsi..
cerita2 pendek byk sgt..tp kena ambk masa nak mengarang..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 04:05 PM | Show all posts
Mak aku tengah bercuti kat sini..so sesekali dia buka juga cerita hantu pendek..
aku share la serba sedikit....


Klu ikutkan waktu sekarang ni, yang mana menanam padi bukit, padi sedang masak dan musim menuai pun bermula.
Bila bercerita pasal menuai ni, mak aku baru jer berkongsi kisah yang berlaku tahun lepas.
Kebiasaannya kami akan menuai secara berkumpulan dan bergilir-gilir.
Itu lebih seronok daripada menuai berseorangan selain mengurangkan rasa takut.

Pada hari tersebut, mak aku bersama makcik dan kakak sepupu tengah menuai padi di kaki bukit yang terletaknya satu perkampungan lama.
Rasanya kalau yang dah khatam thread ni, mesti dapat tangkap situasi dan lokasi sawah padi mak aku ni.

Dalam waktu lebih kurang pukul 3 petang, tiba-tiba hujan panas turun agak lebat.
Mak lekas-lekas mengajak makcik dan kakak sepupu kembali ke pondok.
Selain daripada mengelak menuai padi basah, juga mengelak sesuatu yang tak diingini berlaku.
Kalau menuai padi basah, takut nanti padi rosak akibat bercambah menjadi anak padi.
Lagi satu, melalui pengalaman-pengalaman lama, hujan panas bermakna hantu syaitan jembalang 'memburu'.

Dari kaki bukit kedengaran bunyi seperti sesuatu sedang berjalan didalam semak.
Jelas kedengaran bunyi pokok padi seperti dilalui oleh sesuatu.
Bunyi macam khinzir hutan liar pun ia juga. Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah yang sama.
Jelas kelihatan seperti pokok-pokok padi sedang dilalui oleh sesuatu yang tidak kelihatan.
Kawasan yang dilalui oleh 'sesuatu' tersebut jelas kelihatan pokok padi dipijak dan diselak kiri dan kanan membentuk satu lorong.
Bayangkan kalau seseorang melalui celah-celah rumpun lalang.
Begitulah yang mampu aku gambarkan situasi pada masa tersebut.
Laluan tersebut membelah sawah padi dan menghala ke arah hutan yang berhampiran.
Jelas kedengaran juga ranting-ranting patah seperti dipijak oleh seseorang yang tidak kelihatan.
Tanpa menunggu lama, sebaik hujan berhenti, emak mengajak makcik dan kakak sepupu untuk pulang ke rumah.

Makin seram pulak aku nak memancing malam kat anak sungai yang terletak di kaki bukit tersebut yang merupakan sempadan sawah mak dengan hutan tersebut. Hasil lumayan dan tak pernah mengecewakan jika memancing malam di anak sungai tersebut.
Puyu, lampam, keli, haruan, pipi merah dan seluang merupakan  penghuni sungai yang rakus menangkap umpan bila memancing waktu senja di anak sungai tersebut.













Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:08 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 14-2-2018 03:42 PM
hi dik..in shaa allah...
akak akan kongsi mana yang boleh dikongsi..
cerita2 pendek byk sgt..tp  ...

betul kak. nak mengarang tu amek masa sikit. kalo bercerita depan-depan sekejap je hihihi.
btw saya baru balik dari sabah hujung tahun haritu, dan time tu baru first time rasa durian bukit, buah bambangan masam makan dengan nasi, buah tarap, cucur buah tarap, jambu bol, dalit. sedap nya ya ampunnnnn, suka sangat boleh makan buah-buah exotic ni hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 04:41 PM | Show all posts
Terbaru, mak aku telah 'terkena'...
semua gara-gara mimpi..
begini.....

Malam sebelum tu mak aku telah bermimpi melalui satu jalan...
Sampai di satu persimpangan, kelihatan mendiang nenek sedara tengah duduk di persimpangan..
Dia disapa oleh mendiang nenek sedara tersebut.

Nenek : Nak kemana tu?

Mak : Oh, makcik. tak kemana. saja jalan-jalan.

Nenek: Kalau gitu, kau jangan ambik jalan belah kanan sebab tu jalan ke 'sebayan' - (tempat utk roh-roh yang dah mati).
kau ambik jalan belah kiri - jalan manusia iaitu roh-roh yang hidup.

Maka mak pun berjalan ke arah kiri. Tetapi disepanjang perjalanan tersebut, ada beberapa orang yang mak kenali bersama-sama berjalan dijalan tersebut. Semakin mereka menghampiri, sekejap-sekejap rupa mereka berubah menjadi hantu. Sekejap-sekejap rupa manusia.

Dan jalan tersebut seakan akan tiada penghujung sehingga emak terjaga dari tidur.

Seawal pagi makcik datang ke rumah mengajak mak mengambil mengkuang untuk mengayam tikar. Mak keberatan mengenangkan mimpi buruk pada malam tersebut. Tetapi makcik memaksa emak menemankan makcik. Makcik juga mengusap seluruh tubuh mak dengan ubat 'penawar mimpi buruk'.

Akhirnya dalam paksa rela, emak turuti juga permintaan makcik.

Sesampai dilokasi mengkuang, emak berasa tidak sedap hati tetapi dia tetap juga membantu makcik mengambil mengkuang.

pada malam tersebut, emak mula tidak sedap badan. badan seram sejuk. sekejap-sekejap menggeletar. Sejuk menusuk sampai ke tulang sumsum.

Mak telan ubat panadol. Cuba tidur. Tetapi sepanjang malam badan mak menggigil kesejukan. Walau pun tidur tidak berkipas serta berselimut tebal.

Demam mak berpanjangan sehingga hari ke 3. Abah membawa emak ke hospital tetapi dimaklumkan sebagai demam biasa.

Memandangkan mak masih tak kebah selepas 5 hari, adik membawa emak pergi berubat dengan seorang pakcik yang pandai mengubat.

Menurut tilikan pakcik, mak 'terkena badi mimpi'  dan dia tidak dapat mengubat emak.
Ubat penawar mimpi yang dia ada tidak dapat mengubat penyakit emak.

Dia mencadangkan emak untuk berubat dengan seorang makcik yang terer pasal penyakit mimpi ni. Rupa-rupanya makcik yang disebut oleh pakcik tersebut merupakan nenek sedara mak sendiri tetapi tinggal di tempat lain.

Tanpa berlengah, adik membawa emak untuk berjumpa dengan nenek sedara tersebut.
Hasil tilikan nenek sedara tersebut, memang sah mak terkena badi mimpi.
Mak tidak sepatutnya menjejakkan kaki keluar rumah pada keesokan harinya selepas bermimpi buruk. Tetapi disebabkan makcik, mak terpaksa melanggar pantang tersebut. Dan akhirnya mak yang terpaksa menanggung akibatnya.

Nenek sedara tersebut mengubat mak melalui upacara miring, Badan mak telah dipagar dan mak dibekalkan dengan ubat untuk mandi selama 3 petang berturut-turut untuk membuang badi.

Alhamdulillah, selepas mandi, mak beransur sihat semula. Makcik merasa menyesal kerana dia yang memaksa mak keluar rumah untuk menemankan dia mengambil mengkuang.

p/s : orang iban masih berpegang kuat kepada badi mimpi. Sekiranya bermimpi buruk, elakkanlah keluar rumah selama sehari. biarkan badi mimpi buruk tersebut berlalu pergi bersama malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2018 04:45 PM | Show all posts
pitera replied at 14-2-2018 05:08 PM
betul kak. nak mengarang tu amek masa sikit. kalo bercerita depan-depan sekejap je hihihi.
btw sa ...

wahh...best nya...akak tak lepas lagi pergi ke sabah walau pun berjiran..hehehe
Tp ada plan untuk membuat trip dari kuching ke KK...tgu masa jer nak laksanakan...


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 06:07 PM | Show all posts
dah setahun jugak thread nii... takde sambungan ke yg pasal staff2 tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2019 02:24 PM | Show all posts
runiadreamer replied at 24-1-2019 07:07 PM
dah setahun jugak thread nii... takde sambungan ke yg pasal staff2 tu?

calling for sis @akoobabes

takde sambungan ke kisah cik H tu?

Aku tgh kering citer ni.
Mak aku xde citer baru nak share.


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 05:20 PM | Show all posts
singgah sini baca cerita anna..

rindu pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 05:25 PM | Show all posts
NeckPillow replied at 28-1-2019 06:20 PM
singgah sini baca cerita anna..

rindu pulak

hi neck..
klu de memana forumer nak share citer dorg kat benang ni pun, boleh gak.
aku tgu akoo sambung kisah cik H tu..
mana la akoobabes ni pergi..
lupa password ke?


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia lupa pasword lah hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.180384 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list