CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
 Author| Post time 6-3-2019 01:43 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 6-3-2019 01:04 PM
takut gila.

sekadar kaler itam, leh terima lagi.

sampai skrg pun penduduk kampung takut nak pergi kat tebing sungai..
mcm terbayang2 lembaga hitam bertanduk bawah jeti...huhuhuhu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2019 01:46 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 6-3-2019 01:20 PM
kalau dah bertanduk dan bersisik...bukan buaya hitam tu ke?

nobe.....
citer aku ni tahun 80'an...dipercayai lebih menyerupai naga sbb bertanduk macam rusa.

citer buaya hitam tu baru jer tahun 2014 & kawan abah aku tu kena makan awal Januari 2015.
dan tanduk dia lebih kepada macam tanduk kerbau. 2 batang jer. tak bercabang..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2019 01:47 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 6-3-2019 01:21 PM
tu le ko pening kut, sebab bau mayat...tak basuh bersih kut tengkorak tu...

balik ko tak mimpi  ...

dah berpuluh tahun kot tengkorak tu...
tengkorak tu pun dah warna putih dah..
tapi disesetengah rumah panjang, tengkorak tu berwarna hitam.


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 02:24 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 6-3-2019 01:42 PM
owh..klu ikut kepercayaan kami, kiranya mcm ala2 tangkal la..
takut klu tersampuk ke apa, tu yg k ...

ohh mcm tu ke.
x ingat dah dulu2 balik ada demam @ sakit kepala ..


thanks for the info tt
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:40 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2016 09:22 PM
memng sedap udang tu..kat sibu pun mahal..
ingat nak beli bawa balik..sekali tgk harga..tak jadi
...

buah tu camana rupanya?
sedap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 05:47 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 08:50 AM
actually...nenek aku pernah cerita pasal salah sorang moyang dia yang pernah jadi dukun buaya...
...

mesti dtg beramai2 tu kan...
tak perasan ke? katanya ensem2 belaka...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2019 08:29 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 6-3-2019 06:47 PM
mesti dtg beramai2 tu kan...
tak perasan ke? katanya ensem2 belaka...

Kisah dulu kala dan membawa ke hari ini.....

Gadis2 yg duduk di salah satu kawasan di sarawak yg mempunyai telaga kumang (puteri kayangan) - sorry, aku pun tak tau nama sebenar tempat tu,
gadis2 nya yg mandi di kolam tersebut sememangnya sangat cantik.
Putih mulus gebu..hidung mancung, rambut ikal.. pipi dan tumit kaki kemerah2an..

Bak kata pepatah orang2 tua...tahap kecerahan kulit dia umpama klu dia telan air sirih pinang, boleh nampak dikerongkongnya...
So klu terjumpa gadis sarawak yg cantiknya extraordinary, confirmed dtg dari kawasan tu.

Tapi, klu ada mana2 forumer yg lebih tau fakta diatas, silakan kongsi dan komen yer..



Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:14 PM | Show all posts
Baru habis merempit thread Anna. Selama ni SR je dalam forum ni tapi kali ni terpanggil nak reply (walaupun delay 2 tahun) sebab kisah-kisah Anna ni dekat sangat di hati. Tumpang stori mori ye TT.

Mendiang ayah saya orang Iban yang berasal dari Limbang & berhijrah ke Kuching bersama datuk selepas berkahwin dengan mak, orang Bidayuh.

Ayah saya ni banyaakkk sangat cerita-cerita alam mistik yang dia suka ceritakan pada kami adik beradik setiap malam. Cerita nenek yang mengubat raja buaya tu antara bedtime story kegemaran.

Masa kecik-kecik dulu, memang kami akan balik ke rumah panjang di Limbang untuk Gawai. Budak-budak biasalah kan suka lari-lari di ruai rumah panjang tu, main kat sungai, main bawah rumah. Kami seringkali dimomokkan dengan antu koklir, "indai bilai" yang makan budak. Nostalgia sangat. Nak nangis rasa bila ingat balik.

Mendiang datuk saya bekas dukun & dia bersara lepas berhijrah ke Kuching. Tinggal dengan keluarga pakcik saya di rumah kebun yang dikelilingi hutan, rumah saya pulak kurang dari 1km je dari rumah pakcik. Datuk saya meninggal tahun 2007 tak silap. Sehari sebelum dia meninggal, tengah hari tu, ayah saya menebas dikebun. Hari elok je panas, takda angin pun. Tiba-tiba ayah saya terdengar bunyi desiran daun pokok & angin kuat berlalu, bunyi pertama kemudian tak lama kemudian diikuti bunyi kedua yang kecil sedikit. Masa tu ayah saya dah dapat tangkap yang datuk saya akan "pergi" tak lama lagi.

Datuk saya meninggal awal pagi keesokkan harinya. Menurut keluarga ayah, bunyi angin tu pendamping datuk saya yang keluar meninggalkan tuannya, sepasang suami isteri. Bunyi pertama suami dan diikuti isteri. Selepas datuk saya meninggal, setahun lepas tu, kakak ayah saya meninggal. Kemudian tak lama lepas tu ayah saya pulak menyusul.

Tak tau la cakap sudah suratan ajal tapi agak misteri jugak bagi kami. Ada ura-ura yang mengatakan dibuat orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2021 03:01 PM | Show all posts
achinto replied at 7-4-2021 03:14 PM
Baru habis merempit thread Anna. Selama ni SR je dalam forum ni tapi kali ni terpanggil nak reply (w ...

Hi babe.....

Tu la...
tak semua orang 'bertuah atau beruntung' dapat mengalami perkara2 yg misteri ni..
Hanya yg pernah mengalami akan memahami dan menerima hakikat yg dunia ni mmg dikongsi oleh pelbagai makhluk ciptaan tuhan.

Sampai skrg, walaupun mcm mengarut, tapi meols mmg takkan buang air kecil sebarangan klu masuk ke hutan waima sekadar air terjun yg nampak macam 'biasa'.

Kita tak tahu kewujudan makhluk2 lain yg mungkin akan 'terganggu' tanpa sengaja dengan kehadiran kita.





Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:02 PM | Show all posts
achinto replied at 7-4-2021 02:14 PM
Baru habis merempit thread Anna. Selama ni SR je dalam forum ni tapi kali ni terpanggil nak reply (w ...

takziah @achinto .. kalau sudi..share la kisah2 misteri u... kisah2 org2 lama ni..byk pengajaran kita boleh dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:05 PM | Show all posts

TT.. @annabellaruz2 ..takde citer dah ke... dah lamaaaaaa tggu citer u..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:28 PM | Show all posts
TT kalau ade cite lg psal telaga kumang tu share la lgi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2021 03:29 PM | Show all posts
achinto replied at 7-4-2021 03:14 PM
Baru habis merempit thread Anna. Selama ni SR je dalam forum ni tapi kali ni terpanggil nak reply (w ...

Bercerita pasal 'buatan orang'....

Meosl baru2 ni kehilangan seorang sahabat yg sangat rapat..umpama adik angkat..
umur baru 30 tahun..

Dari tahun lepas dia macam menyepi...kurang berbalas wasap dalam group kami..
dan setiap kali meols offer hasil kebun (rumah sewa dia dekat dengan rumah meols), dia asyik kata kat kampung di Perlis.
Meols langsung tak syak apa2..
Maklumlah PKP, PKPB,PKPP kemudian PKP 2.0, PKPB 2.0...agaknya dia tersangkut kat kampung tak boleh rentas negeri..


Awal bulan Mac 2021, meols offer pula buah nanas..kebetulan nanas yengki ada la beberapa biji kat kebun.

Sekali lagi dia bgtau dia kat kampung..

masa tu baru la bermula kisah...

katanya dia balik kampung utk berubat sbb dia kena buatan org aka bomoh...
Orang yg membuat dia tu kononnya dengki sbb kacau dia meniaga.
Alkisahnya dorg ni sama2, meniaga sarapan kat area rumah sewa dorg tu.

dah beberapa kali meracau..sesak nafas..pengsan pun ya..
Daripada badan yg sihat walafiat berisi, jadi kurus cekeding..
Maka dia balik ke kampung utk berubat...
mengikut kata yg mengubat tu, dia dah keluarkan 4 'benda'...
tapi orang tu hantar lagi yg lain..

rupa2nya dah lebih 8 bulan dia balik kampung..
lepas berubat pun, masih lagi mengalami mimpi pelik..
meracau tgh2 malam..
paling seksa dia cakap lepas Asar ke Maghrib dia paling sakit..
Rasa nak bercerai pinggang dari badan..
Sampaikan dia minta Allah tarik nyawa..

Masa dia bercerita tu, meols cuma mampu minta dia ingat Allah..
solat selalu..baca yassin banyak2..

Dia bgtau yg dia berjalan pun bertongkat sbb badan lemah sangat..
Baring telentang meniarap semua tak kena..
Sampaikan dia cakap 'macam tak sempat nak raya'.
lagi lah meols cakap jgn mengarut..usaha berubat selagi boleh..

Selang 2 hari dia anta wasap bgtau yg dia dah tak boleh nak berjalan......
Tapi meols tak reply..baca jer..

5 hari lepas tu, seawal 6 pagi lepas solat, tiba2 meols teringat nak bertanya khabar..

tp meols abaikan sebab awal sangat lah pula..
Jadi meols doakan sekali untuk kesembuhan dia..

Petang tu dapat berita yg dia admitted..
doktor diagnose dia kena jangkitan kuman dekat paru2...
Esoknya doktor kata dah merebak ke buah pinggang..kena tidurkan utk masukkan ubat..
Malangnya 10 pagi hari berikutnya doktor kata brain damages.
Dan dia meninggal pukul 2pm hari yang sama.
Meols hanya mampu menangis dan terduduk...
menyesal tak nak percaya cerita dia..
menyesal tak kerap bertanya khabar lepas dia cerita..
menyesal..menyesal..menyesal sangat2....

Walau bagaimanapun, meols redha dia 'pergi' daripada menanggung seksa..
Cuma meols mmg terkilan sangat2 sbb dia sembunyi sakit tu sorg2 sekian lama..

Jadi skrg, rela dalam paksa, meols ingatkan diri yg ORG JAHAT dan DENGKI mmg wujud disekeliling kita tanpa kita sedar.
Syaitan selalu menghasut manusia utk lalai dan mengikut nasfu walaupun melibatkan nyawa.

Allahuakbar....Al fatihah buat arwah sabahatku....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2021 03:31 PM | Show all posts
jonedjonni replied at 7-4-2021 04:05 PM
TT.. @annabellaruz2 ..takde citer dah ke... dah lamaaaaaa tggu citer u..

Ala....mak meols 'kudukut' daaaa......
citer dia pendek2 jer..pening meols taip bagi panjang..ahahahah

tunggulah meols korek2 cerita seram bapak meols pulak yer..hahahahaha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2021 03:32 PM | Show all posts
havovasta replied at 7-4-2021 04:28 PM
TT kalau ade cite lg psal telaga kumang tu share la lgi..

meols pun masih mencari kesahihan kisah telaga kumang tu..

Orang2 tua dah ramai yg meninggal..
cerita2 lama ni payah dah nak dapat..


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:29 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2021 03:31 PM
Ala....mak meols 'kudukut' daaaa......
citer dia pendek2 jer..pening meols taip bagi panjang..aha ...

akan ku tungguuuu... detik tiba saat itu..(ikut lagu kumpulan candy)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2021 04:33 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2021 03:29 PM
Bercerita pasal 'buatan orang'....

Meosl baru2 ni kehilangan seorang sahabat yg sangat rapat..u ...

innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga Allah kurniakan yang terbaik utk sahabat TT tu.. manusia ni mmg selalu kalah dengan nafsu sendiri..apatah lagi ditambah dengan tipu daya syaitan... semoga kita semua terpelihara drp benda-benda buruk mcm tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 09:14 AM | Show all posts
jonedjonni replied at 7-4-2021 05:29 PM
akan ku tungguuuu... detik tiba saat itu..(ikut lagu kumpulan candy)

hahahahhahahah......tunggu 2 tahun lagi...
sbb covid ni meols dah masuk 3tahun tak dapat balik kampung...huhuhuhuu


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rindu nya zaman2 tok buntat n farra punya story...
hai tt anna...ingtkn dh silent reader...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2021 02:26 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 9-4-2021 02:13 PM
rindu nya zaman2 tok buntat n farra punya story...
hai tt anna...ingtkn dh silent reader...

lama gak iols jd SR..semenjak perang norafasha dah reda..

lepas tu benang buntat pun dah senyap..

meols jd roh gentayangan gantikan nenek burung tu...ahahahaa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.336248 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list