CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 2-6-2017 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai anna..nak tanya..kenapa org sarawak pantang makan ikan patin ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 04:05 PM | Show all posts
baru jumpa thread nih
baru abes 1st page
best sgt baca cite tt rase cam dduduk kat kg...
terbayang suasana kg..

keep it up tt
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bookmark sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2017 12:43 PM | Show all posts
neez_cookies replied at 2-6-2017 07:11 AM
Hai anna..nak tanya..kenapa org sarawak pantang makan ikan patin ya?

hi babe...
tak semua orang sarawak...mungkin ada keturunan2 yg tertentu..
mcm keturunan aku pun tak boleh makan ikan patin.
ada kisah misteri disebaliknya.. aku pun dah ingat2 lupa..
rasanya moyang kami dulu pernah ada kisah dgn ikan patin.
dan pakcik aku sampai sekarang masih menyimpan mata kail & tempayan untuk mengubat sesiapa yg 'terkena' sumpahan..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2017 12:58 PM | Show all posts
amyza82 replied at 1-6-2017 07:31 PM
Babe thanks for tagging.

Kesianye wat,  tapi orang baik memang selalu pergi dulu.

babe...itu uniknya tinggal di kawasan pedalaman kat Sarawak ni..
lain padang lain belalang..
mungkin tempat aku macam ni...tempat orang lain pula lain..
tak sama..
kampung aku tak jauh sangat dari kuching..so, life stylr tak la corot/kolot sangat
aku sejak lahir mmg dah tinggal BUKAN dirumah panjang sbb mak aku berpindah ikut bapa aku ke kampung dia..
kampung aku tu pula, dibuka oleh 3 beradik diatas tanah sendiri...lepas tu dah beranak pinak dan bercucu cicit maka bertambah ramai la penduduknya
skrg kat kampung aku tu tak sampai pun 40 buah rumah.
aku generasi ke-4 dikampung tu..
sepanjang jalan utama bermula persimpangan masuk dari highway pan borneo yg boleh tembus ke satu bandar di Kuching, kampung aku yg ke-3 dalam turutan tetapi rumah aku yg pertama mendapat bekalan letrik sbb bapa geng kamceng dgn wakil rakyat kat sana..

well babe...aku pernah buka benang kenangan zaman sekolah..tp dh lama gak jenguk..aku ada kongsikan serba sedikit kisah aku kat kampung masa kecik2 dulu..



Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 02:33 AM | Show all posts
Baru dapat baca kisah Anna.  Dapat relate dengan kebanyakkan cerita2 Anna sebab saya pun berketurunan iban juga..
Sampai sekarang pun masih sentuh makanan kalau tak sempat sambil cakap "Aki Inik" takut "punek/kempunan.
Dulu masa kecik2 kalau ada hujan panas waktu diperjalanan, cepat2 selit rumput celah telinga sebab  menurut kepercayaan orang tua2 agar dapat berlindung dari hantu raya / gerasi yg keluar pada cuaca begitu...kekdahnya tersembunyi di bilahan rumput..

Ada satu lagu  yg menakutkan saya waktu kecik dulu...tak pasti Anna pernah dengar ke tak..
"Dom ka tumba, Indai Ragum nadai dia,
Nyau mansai sungai Kara, bulih undang empa mata.
Siapa besai, aku empa,
Siapa mit, aku ma."

Kalau ikutkan mendiang datuk, kami pantang makan ikan sembilang tapi semenjak den dah duduk kek nisimilan nih, abis sambal sembilang ngan masak lomak salai semilang den tolan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2017 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah khatam thread ni... keep it up TT anna.. sesuatu yg lain dari yang lain.. suka plak kisah misteri sarawak ni.. rasa cam nak gi visit duduk rumah panjang / rumah tasik kawan tea aje.. she's also orang iban, very friendly
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 08:51 AM | Show all posts
JDT replied at 6-6-2017 03:33 AM
Baru dapat baca kisah Anna.  Dapat relate dengan kebanyakkan cerita2 Anna sebab saya pun berketuruna ...

ooo...JDT iban juga yer...
ya betul yg pasal selit rumput kat telinga...tp kami tak selit rumput..
kami selit daun kemunnting 'asi mansau periuk pecah'..hehehe

lagu tu mmg peberet utk main mcm enjit2 semut... heheh

ko tinggal nogori eik..hehehe
sembilang cili api mmg terkenal ka nismilan hehehe..

best dpt jumpa ramai sarawakian kat sini..
so klu ko ada juga kisah antu, meh la share kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2017 08:53 AM | Show all posts
green~tea replied at 6-6-2017 06:00 AM
Dah khatam thread ni... keep it up TT anna.. sesuatu yg lain dari yang lain.. suka plak kisah mister ...

thanks @green-tea

Sila2... meh datang sarawak..
mmg iban tersangat menghormati tetamu..
klu orang2 tua dia sambut tetamu macam sambut raja..hehehehe

klu ada tetamu datang rumah, anak2 sume disuruh bermain kat luar rumah supaya tak ganggu tetamu..
bagi kaum iban, tetamu itu pembawa rezeki

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 6-6-2017 08:51 AM
ooo...JDT iban juga yer...
ya betul yg pasal selit rumput kat telinga...tp kami tak selit rumput. ...

Oo..ni sembunyi celah pokok kemunting ya..abis mulut hitam makan buah tu hahaha..
Teringat masa budak2, suka cari buah lemba, maram/asam kelubi dan pelbagai buahan atau sayuran kampung..haha...
Rasa teramat nostalgia sungguh bila masuk thread Anna, terimbau kenangan rasa macam nak nangis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 09:16 AM | Show all posts
Klu masa sekolah dulu ada lagu pasal pelangi..
klu tunjuk pelangi, jari jadi kudung katanya..

tp bagi orang iban..hujan panas & 'anak raja' (pelangi) mmg menggerunkan.
Klu tengah bekerja diluar rumah, tiba2 hujan panas dan kelihatan pelangi, maka cepat2 mencari tempat berlindung..
sebab mengikut kepercayaan kami, masa tu hantu/gergasi keluar memburu..
kepercayaan kami, sekiranya ada yang tiba2 sakit, maka dipercayai menjadi mangsa sumpitan hantu/gergasi..

pernah terjadi sekumpulan kanak2 bermain dihalaman rumah panjang..
tiba2 hujan panas turun & pelangi yg besar kelihatan di langit...
kalau dah namanya budak2, ada yg degil..masih bermain dihalaman rumah panjang..
tiba2 salah seorang budak lelaki rebah ke tanah seperti terkena sawan..
gempar satu rumah panjang...
bomoh dipanggil untuk mengubati budak tersebut tetapi gagal..
'manang' akhirnya dipanggil untuk mengubat budak tersebut..
menurut tilikan manang tersebut, kanak2 tersebut mangsa buruan gergasi sewaktu hujan panans..
tiada cara untuk mengubati budak tersebut..
akhirnya budak tersebut meninggal dunia..

sebab itulah penduduk kampung sangat risau jika pelangi kelihatan ketika hujan panas..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 09:21 AM | Show all posts
JDT replied at 6-6-2017 10:06 AM
Oo..ni sembunyi celah pokok kemunting ya..abis mulut hitam makan buah tu hahaha..
Teringat masa b ...

cuma yg duduk kat kampung jer ada kenangan2 berharga macam kita ni u..
aku rajin cari asam paya & buah ridan..
walaupun habis tercucuk duri, aku tak peduli..
siap aku pakai helmet sebab takut tercucuk duri kat kepala..hahah

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 6-6-2017 09:21 AM
cuma yg duduk kat kampung jer ada kenangan2 berharga macam kita ni u..
aku rajin cari asam paya & ...

Tu la, manade floles kulit macam anak dara sekarang...kaki penuh kudis ngan calar balar..comot je sebab rajin masuk hutan.
Masa umur 12 tahun saya ditinggalkan bersama datuk(iban+kadazandusun) dan nenek (iban+cina) belah bapa yang jadi gurubesar di kuarters sekolah dan seterusnya rumah sendiri bila pencen.
Masa cuti sekolah waktu yg ditunggu sangat bila sedare belah ibu saya bawak balik rumah panjang sebab banyak aktiviti yg best2...especially cari batu kinyang/quartz di sungai yg jernih, cari tubu/rebung, upa pantu/umbut nipah dan buah hutan.
Walaupun belah ibu ada rumah panjai tapi kejadian berunsurkan misteri kurang berlaku sebaliknya dibelah bapa yg agak educated sikit pulak yg macam2 ada sebab nenek bapa belah mak dia (moyang saya) ni dukun yg agak grey sikit.....nantilah saya cerita.
Sorry Anna, rasa teruja sikit mengimbau kenangan di sini...anak2 dah bosan agaknya bila saya dok ulang bercerita kisah lalu hahah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 09:52 AM | Show all posts
JDT replied at 6-6-2017 10:41 AM
Tu la, manade floles kulit macam anak dara sekarang...kaki penuh kudis ngan calar balar..comot je  ...

tak pe @JDT

meh la share kat sini sementara aku dh macam kehabisan idea ni.. hahaha..
aku smlm try korek2 citer antu dari mak aku, cerita sama jer yg diulang..hahaha



Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Moyang saya ni seorang dukun yang selain dari tujuan mengubat orang yg sakit tapi juga menyakitkan orang yg sihat...jadi ilmu dia agak kelabu..
Kalau dia datang melawat anak dia (nenek), dia bawak beg kedoktoran warna hitam. Dalam tu ada pelbagai benda yg disimpan dalam botol, dibalut kain hitam, kain kuning. Ada gumpalan rambut(dipercayai rambut kumang), gigi buaya, pelbagai cecair dan kapas dalam botol kecik2.
Dalam ingat2 lupa, kegunaan bahan2 mendiang ada untuk memudahkan bersalin, pengasih, pembenci, seri muka(bukan kuih), santau dan untuk keberanian.
Tiapkali moyang ajak saya tidur bersama tiapkali juga datuk saya tak bagi dengan alasan subuh2 nak bawa saya cari buah di dusun. Rupa2nya nak elakkan saya dari diperturunkan ilmu oleh moyang sekaligus mewarisi pendamping/saka dia. Patutlah dia kerap datang melawat sebab nak lepaskan beban atas cicit, anak2 dan cucu2 dia semua tolak..
Moyang ni selalu tidur di bilik yg berhampiran dapur, nak pergi buang air kena lalu situ. Malam2 selalu terserempak dia borak2 dengan 'member' dia, dahlah rambut mayang mengurai dilepaskan ditemani lampu minyak tanah yg ada gambar amoi tu.
Dipenghujung hayat, walaupun terdampar sakit dan kurus melengkung, nafsu makan tetap besar. Susah sangat nak lepaskan nafas terakhir. Bila mati pula, badan tak muat2 keranda walaupun tukar yg lebih besar. Last2 setelah dipanggil padre dan dibawa masuk ke bilik dari ruai, barulah muat dalam keranda. Tak tau macam mana atau apa cara yg dilakukan sebab kami dilarang masuk waktu tu.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 11:51 AM | Show all posts
JDT replied at 6-6-2017 11:19 AM
Moyang saya ni seorang dukun yang selain dari tujuan mengubat orang yg sakit tapi juga menyakitkan o ...

Jangan ingat Islam jer ada citer tanah Kubur... Iban pun ada..

Tak tau la aku dah kongsi ke belum dalam page2 yg lepas..
pasal sorg pakcik aku yg tamak haloba.. habis tanah adik beradik dia jual tanpa pengetahuan adik beradik dia..
hasil jual tanah dia makan sorang2..
rumah besar, kete besar..adik beradik yang lain susah payah nak menyara diri dan keluarga angkara abang yang tamak..
diakhir hayat, sakit cancer perut..lama hidup menderita..
tapi matinya bukan sebab cancer, sebab asthma..

masa nak tanam, tanah kubur asyik mendap jer..
terpaksa ambk tanah dikaki bukut kubur tu untuk mampatkan tanah..
2 kereta sorong pun tak cukup nak timbus lubang kubur..
akhirnya dibiarkan saja lubang kuburnya rata sama dengan tanah sebab dah tak larat nak cangkul dan angkut tanah dari kaki bukit..
alternatif, keluarga dia simenkan agar kubur dia berbentuk dan tak rata..
tp lepas tu, diatas bahagian kepala kubur, ternampak lubang yang menunjukkan bahawa tanah mendap..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ada kejadian seorang saudara kami yang mati...susah betul tanah nak terima jasad dia.
Hujan tak berhenti sepanjang hari, berlopak lubang kubur...gali2 tak kering air, makin naik adalah.. Anak2 mendiang dah macam putus harapan, nangis tak berhenti.
Last2 anak2 dia minta belas ikhsan dari sedara mara, mohon kemaafan bagi pihak mendiang bapa mereka, minta halalkan segala dan nak langsaikan andai ada terhutang pada sesiapa.
Dengan izin Tuhan juga 1/2 jam lepas tu, hujan berhenti dan kerja menanam mendiang boleh disempurnakan.
Mendiang memang ada buat silap waktu tu tapi tak pasti apa sebab dengar pun gosip dari makcik2 kepoh kat dapur...tak pasti kesahihan cerita tu.
Semuga mendiang rest in peace..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 01:42 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 5-6-2017 12:43 PM
hi babe...
tak semua orang sarawak...mungkin ada keturunan2 yg tertentu..
mcm keturunan aku pun  ...

Dah jadi turun temurun sakanye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
best benang kaka
meols parking
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 02:51 PM | Show all posts
trexxxxxi replied at 6-6-2017 03:46 PM
best benang kaka
meols parking

sila2...byk lagi valet parking available..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.604832 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list