CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 23-11-2016 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pin pin. Aik, awak mentioned kita kat situ. My pleasure dear

Kita belum baca lagi. Bateri dah habis dok reply comment dari tadi. Esok baru kita baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 08:13 AM | Show all posts
selamat pagi TT...check in... seronok baca kisah TT sambil naik train nak pi keje..

sambung lagi ye TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 08:38 AM | Show all posts
BONDAFAD replied at 23-11-2016 12:43 AM
Dulu g umah kawan di samarahan..sempat la naik bot masa air surut g cari lokan ngan siput kat batang ...

itu memang pantang larang orang tua kalau nak turun ke sungai..jangan la cakap macam2 katanya...huhuhuh
zaman 80'an & awal 90'an, memang tak takut pun nak turun ke sungai...
klu sekarang, jangan harap..nak berdiri kat tebing pun rasa gerun..
ok...tgu kisah pontianak plak yer..tengah taip dalam words

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 08:50 AM | Show all posts
dani-rox replied at 23-11-2016 01:59 AM
citer psl buaya ni kan... tingat kisah dulu2 yg diceritakan oleh mendiang nenek iban ai psl buaya yg ...

actually...nenek aku pernah cerita pasal salah sorang moyang dia yang pernah jadi dukun buaya...
yang ni aku akan ceritakan dalam next cerita...

aku cuma nak sahkan story pasal bujang senang yang tumpang van semasa perlawanan bola sepak tu..
memang betul2 kejadian...dan masa tu Sarawak menang..cuma lupa sapa lawan masa tu..
ramai yg bgtau bahawa..pada awal 90'an semasa Sarawak tengah top dalam game bola..asal main kan stadium kuching dan menang, maksudnya bujang senang ada datang menonton sama...betul atau tidak...dengar cerita2 orang jer..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 08:53 AM | Show all posts
mak.esah replied at 23-11-2016 02:17 AM
i nk tanya btl ke i dgr2 kwn  cite boya mkn bangsa iban je.tp i xcaya la kata2 kwn i tu.xberani la n ...

klu ikut cerita orang dulu2...iban yang kena makan tu biasanya sebab kempunan jer...(ni pun ada ceritanya tau...nnt aku cerita)
tak tau la sapa musuh sebenar buaya ni sebab populasi buaya tersangatlah banyak dalam sungai2 di sarawak..
kerap sangat berita orang kena baham dengan buaya skrg ni..huhuhh



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik sungguh cerita TT. Sambil baca cerita boleh juga belajar budaya orang. Pernah dengar cerita yang setiap sungai besar di Sarawak ada penjaganya tapi takde pula detailsnya dimana-mana. Kalau TT ada info leh kongsikan tak? TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2016 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 08:50 AM
actually...nenek aku pernah cerita pasal salah sorang moyang dia yang pernah jadi dukun buaya...
...

Yup, dlm era 90an... masa tuh memang heboh gak dgn bujang senang menjelma jd manusia.

Dlm satu dokumentari discovery channel kalo tak silap ada ditunjukkan cemana dukun buaya nih beroperasi. Ada satu part tu dia sentuh jah buaya, buaya tu terus mati. Dalam Youtube ada bideonya, tak tahu nak tepek guna phone nih.

Can't wait for the next story
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:17 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-11-2016 11:36 AM
Burung Ketupung Seruan Maut

Orang kampung,  apa lagi kerjanya kalau tak bercucuk tanam dan bersaw ...

kami kalau bunyi burung wak wak di pagar kah dekat rumah, its like a sign ada family yang mau meninggal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 10:24 AM | Show all posts
aku imagine moyang TT ala2 jessica alba dalam movie sleeping dictionary  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:30 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 07:53 AM
klu ikut cerita orang dulu2...iban yang kena makan tu biasanya sebab kempunan jer...(ni pun ada ce ...

ingatkan kat indonesia je yang ada dukun buaya ni..
macam mana pula dengan buaya putih?
jelmaan ke benar2 wujud?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:44 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 08:53 AM
klu ikut cerita orang dulu2...iban yang kena makan tu biasanya sebab kempunan jer...(ni pun ada ce ...

benar kah sik... kalau di belait pun, asal org kena baham buaya...alasan nya sebab kempunan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:56 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 23-11-2016 11:24 AM
aku imagine moyang TT ala2 jessica alba dalam movie sleeping dictionary

ahahaha...moyang pompuan mixed iban + british.. x tau la rupa jessica alba ke tak..x sempat jumpa..
lepas tu gambar dulu3 pon x der..cuma imaginekan rupa dia dari pada cerita-cerita nenek & mak aku.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:57 AM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 11:44 AM
benar kah sik... kalau di belait pun, asal org kena baham buaya...alasan nya sebab kempunan

kaaan... aku ada cerita pasal kempunan ni sat lagi...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:58 AM | Show all posts
Kak Ponti Penunggu Pintu Gerbang

Bagi penduduk Sarawak…biasanya 1 jalan utama terdapat beberapa perkampungan yang dibina oleh penduduk. Kalau area kampung aku tu, biasanya setiap perkampungan dibuka oleh adik beradik diatas tanah sendiri. Jadi kiranya di kampung tu semuanya saudara mara.
Macam kampung datuk sebelah bapa aku la..asalnya dibuka oleh 3 beradik…bila dah beranak pinak, maka bermulalah pembinaan rumah sebiji demi sebiji..maka perkampungan akan jadi bertambah besar..

Tapi tak la besar mana. Macam kampung aku, tak sampai pun 30 buah rumah. Dibina sebaris jer tepi jalan... Jarak pun x sampai 2 meter dinding ke dinding…hehehhe

Kalau dari jalan utama highway bypass Kuching- Miri, jalan masuk ke kampung aku, kiranya kampung aku no. 3…so, ada lagi sekurang-kurangnya 8 perkampungan yang akan dilalui jika nak menggunakan jalan tersebut untuk tembus ke pekan yang berdekatan. Tapi jarang orang nak lalu jalan belakang tu sebab jalan kampung dan sempit walaupun sekarang dah di tar.

Dan saje nak bagitau…setiap kampung tu penduduknya ada pertalian darah..kampung A ada adik beradik orang Kampung B…kampung C ada adik beradik orang kampung A…macam tu la lebih kurang…

Kiranya kawen sedara-sedara la jugak...

Kakak tiri sulung mak aku tinggal di kampung yang ke-9. Kalau dahulu, paling takut dan malas nak pergi kat kampung makcik yang ni sebab jauh ke pedalaman dan kanan kiri adalah hutan. Laluan pula tanah kuning dan sesekali lecak. Klu naik motosikal, possibility kemalangan jatuh tergolek memang tinggi terutama semasa mendaki atau menuruni bukit.

Bila kerajaan dah upgrade jalan tu menjadi lebih luas dan berbatu, maka agak rajin juga la untuk mak dan bapaku untuk mengunjungi kelurga kakaknya di sana. Tapi kampung aku dah lama jalan tar sebab bapa aku ketua pemuda BN kat situ. Jadi Letrik & air paip awal sekali masuk kat rumah aku dan kampung aku.

Kampung yang ke 7-11 baru je beberapa tahun ini jalan telah diturap dengan tar dan memudahkan seluruh penduduk kampung disepanjang jalan tersebut. Maka makin banyak la kereta dan motosikal yang lalu lalang di jalan tersebut. Itu belum dikira lagi dengan kubur lama dan pokok ara yang angker yang terdapat dilaluan tersebut. Kubur lama tersebut dipersimpangan kampunag yang ke-8 & 9.

Beberapa tahun lepas, jalan tar hanya sampai di simpang 3 perkampungan ke-8 & 9 tersebut. Di sebelah kiri adalah tanah perkuburan yang baru sementara disebelah kanan adalah tanah perkuburan lama. Yang lama tu adalah berhampiran sungai, jadi setiap kali digali akan keluar air. Maka disebabkan itulah dibuka tanah perkuburan baru di atas bukit. Diberitakan bahawa kerap kali jika berlaku kematian, penghuni kubur seakan berpesta meraikan kedatangan ahli baru.

Bunyi tawak iaitu sejenis alatan muzik suku kaum di Sarawak atau lebih dikenali sebagai gong akan kedengaran dari tanah perkuburan tersebut. Makanya ramai mengelak untuk melalui jalan tersebut pada waktu malam. Ada macam-macam cerita sebenarnya tapi aku tak berapa tahu jadi aku tak nak tulis.

Ditengah-tengah tanah perkuburan telah dibina sebatang tiang yang berukir…dan setiap kali berlaku kematian, akan dinyalakan api di tiang tersebut.

Semasa jalan masih ditimbuni batu bata sebelum diturap dengan tar, makcik aku ni telah meninggal dunia. Maka datang la seluruh saudara mara dari kampung sebelah meyebalah untuk menziarah dan memberi penghormatan yang terakhir. Termasuk la mak bapa aku dan makcik yang tinggal sekampung dalam citer aku (burung ketupung).

BIasanya orang iban akan menyimpan mayat selama 3 hari 2 malam. Dini hari yang ke-3 barulah mayat akan ditanam.

Pada hari ke-2, makcik aku mengajak adik aku yang bonus untuk balik ke rumah untuk mengambil ubat yang lupa dibawa. Makcik ni ada sakit darah tinggi semenjak kematian pakcik. Masa tu dalam pukul 6.00 petang.

Tapi biasalah..kat Sarawak masa tu dah senja. Tetapi pada hari tersebut, senja dan matahari berwarna jingga. Maksudnya masih ada sinaran terik matahari cuma warna dia jingga oren. Kalau berjalan, masih boleh nampak bayang-bayang sendiri di tanah.

Kalau naik motosikal dengan jalan yang berbatu bata, ambik masa jugak nak sampai ke simpang 3 tersebut. Ambil masa 20 mnt kot. Tapi sepanjang jalan kiri kanan dah terang benderang sebab penduduk dah mula bersawah, jadi taklah takut nak lalu. Tetapi……..

Dalam 30 meter nak sampai ke tanah perkuburan yang ada tiang tu, adik aku nampak perlahan-lahan sebatang buluh betung tiba-tiba melentur elok ke tepi jalan cecah ke tanah…macam ditarik pulak…dan berbentuk seperti pintu gerbang. Betul-betul dijalan pintu masuk ke tanah perkuburan tersebut.

Adik aku tu rabun ayam..sebab tu dia tak boleh memandu waktu malam…makcik aku tak payah sebut memang rabun..bila semakin menghampiri barulah adik aku perasaan ada makhluk tengah duduk berjuntai kaki di batang buluh tersebut sambil melurut-lurut rambut. Kain putih dia pon dah nampak kuning dan carik-carik..adik aku menjeling dengan ekor mata sebab sebenarnya badan dia dah kejung dan hampir-hampir tak berdaya untuk memulas minyak motor. Tapi dia bersyukur sebab benda tu cuma sakat macam tu jer..buatnya tetiba terbang dan selari dengan motor dia, mau accident kot.

Sebaik sahaja melepasi tanah perkuburan tersebut dan memcecah jalan tar adik aku terus pulas minyak tanpa bersuara, Dia dapat merasakan pelukan kuat makcik dipinggang. Dia syak, makcik aku pun nampak benda tu.

Sah! Samapi je depan rumah, turun ker dari motor, dia pandang makcik aku…muka pucat lesi sambil dia urut-urut dada… “ko nampak tak tadi tepi jalan” tanya makcik.

‘nampak apa? Kat mana?’ adik aku pura-pura bertanya. Sengaja menguji.

“kat kubur tadi la. Yang terjuntai kat batang buluh tu” ujar makcik.

“owh…nampak…ingatkan makcik tak nampak” kata adik sambil gelak-gelak kecil.

“mau aku tak nampak. Nasib baik aku rabun tak nampak rupa. Klu x, aku dah pengsan” kata makcik.

Dan kesudahannya, mereka tak jadi pergi balik ke kampung makcik yang meninggal pada hari yang sama. Sebaliknya mereka hanya pergi pada esok pagi selepas pengebumian. Apa yang mereka alami rupa-rupanya pernah dialami oleh beberapa penduduk kampung tersebut.

Aku terus terang sampai sekarang memang dah lama tak jejak kaki kat kampung tersebut sebab keluarga makcik tu dah berpindah ke Miri selepas kematian makcik. Almaklum makcik tu ada sorang jer anak tunggal yang bekerja di Miri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 10:59 AM | Show all posts
Syazzy replied at 23-11-2016 11:17 AM
kami kalau bunyi burung wak wak di pagar kah dekat rumah, its like a sign ada family yang mau meni ...

burung wak-wak?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:11 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 23-11-2016 11:14 AM
dani-rox replied at 23-11-2016 01:55 AM
iban/dayak terutamanya zaman dulu2 berpegang pd animisme... sembah pokok, berdewakan burung. pende ...



alamak sis,

ak pun kategori iban pemakan Mcd...

tp bdasarkan permahamanan aku, buaya, naga (ribau dalam bahasa iban) lebih kepada dewa dewi.

Buaya, naga (nabau) ini sama gak seperti yang lain, dipuja dan diangkat menjadi pahlawan...kkdg menjelma dan bersosial bersama manusia, wedding, majlis keraian etc..

kalau saka ni, lebih kepada pedinding ke apa...bukanya ikon yang menjadi hero yg boleh bercampur dengan manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2016 11:22 AM | Show all posts
Kempunan


Pada zaman dahulu kala, perkampungan iban ni terdapat di tepi sungai sebab sungai merupakan sumber air, makanan dan pengankutan utama bagi kaum iban.

Nak ke sawah pula kena ke seberang sungai menaiki sampan.

Nak dijadikan cerita, awal pagi tu adalah seorang makcik ni nak ke sawah.
Masa lalu depan rumah salah seorang penduduk, dia di sapa.

"Uii..wai, nak kemana tu?'

"O wai...nak ke sawah la.. mana lagi" katanya..

"Jom le singgah makan ubi kayu rebus ni" ajak jiran tersebut.

"Tak pe la...aku nak cepat ni..kang air pasang susah aku nak mendayung" katanya sambil menyentuh ubi rebus tersebut dengan hujung jari.

Maka berlalulah makcik ni menuju ke pangkalan.......

Senja menjelma... anak makcik ni hairan kerana ibunya tak balik-balik lagi.

Biasa makcik tu lepas tengahari dah balik. Ni dah lewat. Suami makcik tu baru jer balik berburu.
Bila dia bertanyakan isterinya, anaknya memberitahu bahawa ibu dia belum balik lagi.
Si suami menyuruh si anak pergi ke pangkalan untuk melihat kalau-kalu sampan mereka ada disana yang menjadi petanda bahawa mak cik sudah balik.

Apabila si anak ke pangkalan, didapati bahawa sampan ada disana. Tapi, dimanakah si ibu?
Si anak bertanya kepada jiran-jiran jika tahu dimana ibunya.

Jiran yang menyapa ibunya pagi itu memberitahu bahawa siibu awal pagi memberitahu hendak ke sawah dan menolak untuk menjamah ubi rebus sebelum berlalu ke pangkalan.

Maka operasi mencari pun dijalankan.... mencari diseluruh pelusuk rumah dan kampung serta tepian sungai... malangnya si ibu tidak dijumpai. Bila keadaan semakin gelap, operasi mencari dihentikan dan akan disambung esok pagi.

Zaman tu mana ada JPAM/BOMBA atau peralatan yang boleh memantu pencarian pada waktu malam.

Di dalam tidur, si suami telah didatangi oleh si isteri memberitahu supaya mencari si isteri di dalam sampan. Sebaik terjaga, si suami mengajak si anak dan beberpa orang kampung untuk ke pangkalan dan mencari si isteri di dalam sampan.

Mengejutkan...apa yang mereka jumpai hanyalah cebisan tangan si isteri yang berbekas seperti digigit oleh sesuatu yang tak lain dan tak bukan adalah buaya.

misterinya..kenapakah cuma cebisan jari yang tinggal? Sebab jari itu lah yang si isteri telah gunakan untuk menyentuh ubi kayu rebus yang dipelawa oleh jiran tadi. Si isteri telah kempunan dan dibaham buaya.

Kerana itulah pantang larang orang tua dulu2, kalau kita dijemput untuk makan sesuatu, setidak-tidaknya ambik secubit, kunyah dan telan supaya seluruh badan tidak kempunan.

Begitulah kuatnya kepercayaan orang iban terhadap malapetaka akibat 'kempunan'.









# "wai" adalah panggilan mesra bagi kaum iban..kalu baru nak bertegur sapa kat pekan atau di mana saja tanpa tahu nama, maka panggilan 'Wai' adalah yang paling kerap digunakan sebagai tanda hormat & mesra.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 11:28 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 23-11-2016 12:11 PM
alamak sis,

ak pun kategori iban pemakan Mcd...

same goes to me ... pun kategori makan mcd kfc pizza..
cuma yang lebihnya aku tinggal kat kampung masa kecik2 dulu..
dan sekrg.. setiap kali balik kampung mesti ada jer cerita2 dari adik beradik dan mak aku..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 11:30 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 23-11-2016 10:56 AM
ahahaha...moyang pompuan mixed iban + british.. x tau la rupa jessica alba ke tak..x sempat jumpa. ...

dalam cite tu jessica pegang watak org iban+british jgk. Sb dulu2 kalau ikut cerita tu org british ramai ditugaskan utk jaga perkampungan iban.. last2 ngesek sb tgk org iban rata2 berkemban sume so terjadi la mix DNA cam moyang u tu ada masa u tgk.. such a good movie.

OT pulak soryy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2016 11:51 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 23-11-2016 12:30 PM
dalam cite tu jessica pegang watak org iban+british jgk. Sb dulu2 kalau ikut cerita tu org british ...

maksud aku...cerita jessica alba tu aku pernah tengok..tp moyang aku tu, aku x pernah tengok..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.116085 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list