Edited by annabellaruz2 at 24-11-2016 01:23 PM
Tunang Si Bongsu Buaya
Pernah dengar tak pasal manusia biasa bertunang dengan makhluk dari alam lain?
Macam kisah khayalankan?
Tapi aku nak ceritakan pasal makcik aku yang sorang ni..tinggal sekampung dan merupakan kakak ipar mak aku. Tak tahu dari mana asal cerita…tetapi makcik aku ni memang lain macam sikit orangnya.
Masa orang tengah heboh pasal buaya mengganas, dia masih selamba turun sorang2 ke muara sungai mencari sejenis siput yang boleh dimakan.Kami sebut ‘tekuyung kerikap’. Nak mengutip siput ni senang jer. Sebab siput ni suka melekap pada batang2 pokok yang terdapat di dalam sungai.
Siput sungai tak berlumpur seperti siput bakau. Ianya bersih. Nak masak pun senang. Tak perlu nak bersusah payah membasuh.
Aku pernah pergi memancing petang dan balik malam dengan makcik ni. Ada la dalam 5 orang masa tu.
Aku ni fobia gelap. Jadi kalau berjalan dalam gelap, aku akan berada di tengah2. Mak aku berjalan dibelakanngku. Dan makcik tu dibelakang sekali. Semasa merentasi padang bola, aku terdengar bunyi seperti ayam berketak. Aku pandang kiri kanan. Ayam sapa pulak tu? Bunyi macam dekat. Tapi setau aku, tak ada rumah yang berdekatan. Kot ayam sesat.
Aku dengar mak aku cakap “jangan pandang2…jalan jer”
Sekali lagi aku dengar bunyi ayam berketak..
Jarak aku dengan 2 sepupu aku yang kat depan tu dalam 3 depakot…dorang melangkah laju sambil berbual..
“Jalan cepat sikit..Kejar yang kat depan tu “ kata mak. Aku pun melajukan langkah..
Entah kenapa dari hujung mata aku seperti ternampak seolah-olah bebola api sedang berjalan di belakang makcik. Cepat-cepat aku pandang ke depan. Ketika itu juga la bulu tengkuk aku tegak.
Nasib baik jarak rumah dengan padang tu tak sampai 500meter. Maka cepat la sampai ke rumah.
Sebaik aku nak membuka mulut bertanya, mak aku dah jengil2 mata. Aku faham isyarat tu…’JANGAN TANYA APA-APA”
Maka termatilah niat untuk bertanya atau merisik cerita.
Berbalik kepada kisah mencari siput, dalam orang lain kecut perut nak turun ke sungai untuk mencari siput, makcik ni selamba jer turun meranduk air sorang2. Confident sangat. Sedangkan beberapa hari sebelum tu salah seorang penduduk telah menembak buaya dilokasi yang sama makcik tu mencari siput.
Pernah ada orang yang ikut makcik ni mencari siput, tetapi orang tu tak berani turun ke dalam air sebab ternampak kelibat buaya. Makcik tu macam biasalah..high confident level…huhuhu
Desas desus mengatakan yang makcik tu adalah tunang kepada bongsu buaya. Pernah sekali dia duduk di atas belakang buaya dan dibawa hampir ke tengah sungai..nasib baik ada orang yang tarik tangan dia untuk naik ke atas. Dia?? Dia mengaku yang dia tak sedar bila masa dia berada di atas belakang buaya..
Aku nak bercerita dengan lebih mendalam pun susah jugak sebab info yang aku dapat agak terbatas sumber dan kesahihannya. Aku cerita sekadar yang aku tau jer..
Sorry kalau citer ni tak menarik.
|