CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4592|Reply: 12

Patutlah Tak Wangi, Nak Pakai Perfume Pun Salah!

[Copy link]
Post time 22-11-2016 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Anda suka memakai minyak wangi? Siapa yang tak sukakan bau pada minyak wangi, bukan? Tapi, awas ya! Nak pakai minyak wangi ni ada caranya, dan sedar atau tidak anda mungkin melakukan kesalahan ketika menyembur minyak wangi.


1. Menggosok Minyak Wangi Selepas Disembur
Bagi minyak wangi jenis semburan, jangan digosok minyak wangi itu selepas disembur kerana molekul minyak wangi akan pecah seterusnya menyebabkan bau minyak wangi menjadi kurang tahan lama.






2. Simpan Minyak Wangi Di Tempat Terlalu Panas Atau Sejuk
Anda terfikir mengapa minyak wangi anda tak menghasilkan bau yang maksima dan tidak tahan lama. Sebabnya, mungkin anda menyimpan minyak wangi di tempat yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu panas.


Sebaliknya, letakkan minyak wangi anda di tempat gelap bersuhu bilik yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi minyak wangi itu.


3. Sembur Minyak Wangi Pada Kulit Kering
Keadaan kulit lembap akan membuat keharuman minyak wangi tahan lebih lama. Jadi, sapukan losyen pada tubuh anda sebelum mengenakan minyak wangi.


Ataupun, anda boleh sapukan Vaseline pada permukaan kulit sebelum mengenakan minyak wangi. Campuran kedua-dua bahan ini akan membuat minyak wangi anda tahan lebih lama.





Sumber foto: http://www.purewow.com





4. Pakai lebih daripada satu minyak wangi pada masa sama
Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian bau tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih dari satu pada masa sama, ia akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.


Sumber foto: Carian Google




Oleh itu, elakkan daripada mengenakan lebih daripada satu jenis minyak wangi pada masa sama kerana ia menjejas keharmonian bau. Minyak wangi berkesan pada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, 7 tempat ini sangat sesuai untuk dikenakan minyak wangi:


1. Belakang telinga
2. Nadi pada sendi tangan
3. Siku
4. Ruang bawah dada
5. Celah paha
6. Belakang lutut
7. Pergelangan kaki


Sekarang, anda dah tahu bagaimana cara betul untuk memakai minyak wangi. Bagaimana, mahu tukar cara pemakaian minyak wangi anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum memang sembur kat nadi tangan ja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sembur satu badan. sebulan salu bli 2 perfume. now tgh tuka2 pakai signorina misteriosa or chloe love story. nnt gaji nk tuka lain sbb da boring baunya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembur kt ketiak jek. Nak tahan lama beli la ori. Ade org ckp au de parfum lg tahan lama dari au de toilette tapi tak pernah jumpe men perfume au de parfum

Setakat ni kalau pakai 12 jam jgk la tahan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku calit kat wrist & baju je mampu. Celah body parts lain aku rengsa. Dasar kulit tak boleh bawak berunding
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dah siap, selak tudung spray kat tengkuk. pastu kat tiak sikit. lama jugak la tahannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2016 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat celahan rengsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 04:54 PM | Show all posts
mek selalu sembur dekat leher dan pergelangan tangan je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 09:58 AM | Show all posts
ouh macam tuu rupaya .. slalu sembur jee asal boleh hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 12:49 PM | Show all posts
main sembur je,hilang bau sembur lagi,lps ni dah ikut petua u olss
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
No. 3 pakai lotion tu actually betul memang buat bau perfume lagi naik
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:38 PM | Show all posts
siang hari pakai yg mahal. malam pakai avon roll on. sembur/ calit kt leher dan dada.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay paham dah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.086396 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list