CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1974|Reply: 0

DIY Pelekat Untuk Doorgift

[Copy link]
Post time 22-11-2016 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 22-11-2016 02:53 PM



Pelekat merupakan salah satu hiasan tambahan untuk mencantikkan sesuatu barang atau hadiah.  Untuk menempah pelekat, ianya mungkin akan menggunakan kos yang tinggi. Oleh itu, kami telah sediakan beberapa langkah untuk anda membuat sendiri pelekat mengikut kreativiti anda dengan hanya menggunakan beberapa jenis bahan.

Bahan-bahan yang perlu ada :
  • Kertas A4
  • Tape
  • Gunting
  • Gelas kaca atau balang kaca
  • Kayu aiskrim
  • Mangkuk
  • Air

Cara-caranya :
  • Taipkan perkataan yang anda ingin tampal di gelas kaca atau balang kaca dengan menggunakan microsoft word atau mana-mana aplikasi yang ada.
  • Cetak perkataan tersebut untuk mendapatkan tulisan yang anda taip tadi.
  • Kemudian, tampalkan tape di atas kertas yang mengandungi perkataan tadi.
  • Seterusnya, ratakan tape dengan menggunakan kayu aiskrim dan guntingkan perkataan tersebut mengikut saiz yang anda mahukan. (Rujuk gambar dibawah)
  • Rendamkan perkataan yang digunting di dalam air selama 1 minit.
  • Selepas 1 minit, tanggalkan kertas yang ada pada tape yang direndam tadi.
  • Akhir sekali, tampalkan tape tersebut pada gelas kaca atau balang kaca dan doorgift anda siap untuk diagihkan.

Cara ratakan tape menggunakan kayu aiskrim
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.319230 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list