Bukan kisah dongeng mahupun cerita yang direka-reka hanya untuk menarik simpati. Namun, perkongsian tentang cerita sedih anak ini telah mendapat perkongsian lebih 10,000 kali di laman sosial!
Seorang netizen yang terlibat dengan program kesukarelawan yang dipanggil Program Beli Baju Sekolah berkongsi bagaimana seorang budak lelaki ini yang hanya berusia 10 tahun kini menjadi anak yatim piatu.
"Dia baru berusia 10 tahun. Dia telah kehilangan ayah. Ayah meninggal akibat demam. Setelah ayah meninggal emak pula tiba-tiba jatuh sakit.
"Emak juga demam, tak lalu makan dan muntah bila makan. 21 hari setelah ayah pergi, emak pula menyusul."
Sesungguhnya sangat berat dugaan yang dilalui oleh anak ini yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Katanya, dia masih tidak melupakan detik terakhir bersama arwah emak.
"Malam itu, malam tatkala jasad emak terbaring kaku, dia tetap tidur di sebelah emak seperti lazimnya.."
Netizen ini begitu tersentuh dengan nasib budak lelaki tersebut lalu mengamanahkan sejumlah wang dari tabung kebajukan yang disumbangkan oleh rakan-rakannya kepada guru di situ.
Kini, katanya budak lelaki berkenaan bersama kakaknya berusia 12 tahun tinggal serta disara oleh abangnya yang hanya bekerja di kampung.
Antara komen netizen lain yang diterima.
Moga nasib kedua orang beradik ini terbela dan dipermudahkan. - CARI |