View: 4846|Reply: 21
|
Macam-macam Ada Di Singapura Tapi Berbaloikah Bercuti Di Situ?
[Copy link]
|
|
Bagi ibu bapa yang sering membawa anak-anak pergi bercuti, pasti anda menghabiskan banyak waktu untuk merancang tempat dan aktiviti menarik yang boleh menghiburkan anak-anak.
Jika Singapura termasuk dalam senarai tempat percutian anda, ini adalah beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi sementara melakukan aktiviti lain dari yang lain bersama anak-anak.
1. Muzium ArtScience
Sumber foto: http://www.archdaily.com
Di dalam bangunan berbentuk seperti bunga teratai ini terdapat 21 ruang galeri di mana hasil karya kreatif dipamerkan untuk tatapan dunia. Bangunan ini adalah sebahagian daripada kompleks Marina Bay Sands.
Selain itu, muzium ini juga menganjurkan pameran 'Future World' yang bertemakan bandar dan alam semula jadi. Pameran ini berkonsepkan interaktif di mana setiap ruang adalah sebahagian daripada pameran.
Lebih menarik, sebuah ruang galeri dipenuhi sinaran cahaya halus yang dicipta untuk menyerupai galaksi. Dengan menggunakan iPad, anda boleh memilih buruj yang anda mahukan dan menariknya masuk ke dalam ruang cahaya itu.
2. Satay Street/Pusat Satay
Sumber foto: http://www.ecotravelist.com
Kawasan ini dipenuhi penjaja gerai makanan yang menjadi tarikan pelancong pada waktu malam di Jalan Boon Tat. Jalan ini berhampiran dengan lalu lintas dan dipenuhi dengan gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Antara makanan yang dijual di sini adalah sate dan murtabak yang sedap.
3. Kafe Adiwira (Superhero Cafe)
Sumber foto: http://geekxgirls.com
Sumber foto: http://danielfooddiary.com
Kafe ini teletak di kompleks Marina Bay Sands, tingkat dua. Seperti namanya, kafe ini betul-betul hebat dengan semua makanan dan minuman di kafe ini mempunyai lambang adiwira seperti sayap Batman atau lambang 'S' Superman. Menarik, kan?
4. Supertrees
Sumber foto: tripadvisor
Dusun Supertree (Supertree Grove) di Gardens berdekatan Marina Bay itu sangat hebat! Seni binanya menyerupai pokok gergasi diperbuat daripada besi dan simen yang dilitupi bunga dan tumbuhan lain.
Dua kali setiap malam, pengunjung boleh menikmati sebuah pertunjukan muzik dan cahaya di mana kesemua pokok itu akan menyala mengikut rentak muzik. Ini Singapura lah! Anda tak perlu risau akan mengotorkan pakaian anda.
5. Zoo Singapura
Sumber foto: https://eastwest.force.com
Anda boleh menikmati sarapan pagi anda dengan ditemani Orang Utan. Selain Orang Utan, anda juga berpeluang melihat banyak lagi haiwan lain yang mungkin anda tak pernah ketahui kewujudannya.
6. Cloud Forest
Sumber foto: Pinterest
Memang hebat! Di dalam rumah hijau ini, sebuah gunung gergasi dibina di mana anda boleh menikmati pemandangan indah, anda juga berpeluang mengetahui mengenai tumbuhan di pergunungan dan pemanasan global. Setiap beberapa jam, wap seperti kabus akan dilepaskan memenuhi ruangan itu dan membuat anda berasa seperti berada di atas awan.
Bagaimana? Adakah anda teruja menjejakkan kaki ke Singapura? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Not bad la klu sesekali holiday ke sinjapok..shopping kat sana ada bnyk pilihan yg latest |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaloi. Setiap tahun ke sana dan setiap tahun masuk uss. Penginapan x jadi masalah sbb ade pakcik duduk di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
berbaloi kalau bole tumpang rumah/bilik sedara mara,so cut d cost bayar hotel,beli je ezlink card dh bole tour singapore dengan public transport,paling malas lepak la kat vivo city,weol suka duk kat luar mengadap uss (kalau tak hujan la)..kalau bajet lebih weol jalan kaki je terus ke uss |
|
|
|
|
|
|
|
super heroes cafe tu tak halal because they have liquor. maybe you can have the fries and soft drinks. sebab they dont serve pork or lard. nice place for kids. |
|
|
|
|
|
|
|
pergi Singapura.
boleh tengok
Wonder Full. Lokasi : Bayfront Avenue ( Marina Bay Sand )
persembahan wayang air yang mengisahkan perjalanan Singapura.
Persembahan/pertunjukkan ni selama 15 minit, ada dua sesi. 8 malam dan 9 .30 malam ( Jumaat & Sabtu ada sesi 11 malam )
tiada bayaran dikenakan, tapi kalau nak dapat port baik kena pegi awal book "seat" depan
Garden Rhapsody. Lokasi : Supertree Grove. Garden By The Bay
persembahan/pertunjukkan lampu dari "pokok-pokok" LED Gergasi yang mengikut rentak muzik.
sepert melihat pertunjukkan opera.
ada dua sesi. 7:45malam & 8:45malam
kami pernah pergi jalan-jalan balik hari.
sampai siang, pergi tengok Merlion sampai puas
lepastu perg jalan-jalan kat Orchard
kemudian ke Marina Bay Sands tengok Wonderfull pukul 8malam
kemudian ke Garden By The Bay tengok Rhapsody pukul 8:45 malam
habis terus balik semula ke JB.
boleh la buat trip jalan-jalan bajet ikut kemapuan poket.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak masuk S'pore... kalo dulu masuk Singapore selalu stay kat Landmark Village Hotel yg dekat dengan masjid tu... sekarang bila anak2 dah besar... dia orang dah macam malas nak ke sana lagi... andai kata ke sana lagi.. nak ke Supertrees & Cloud Forest tu... macam menarik ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
nak pegi lagi 3 minggu..
tak sure whether nak stay kat JB pastu kuar masuk atau stay kat Spore.
Kalau kat Spore, hotel for family 2+2 lebih kurang 200.. kalau convert boleh duduk 5 stars kat Malaysia..
Plan nak gi USS ngan Zoo, 2-2pun dah gi 2-3 kali..
mungkin gak boleh pegi atractions baru mcm kat atas tu..
Tapi sekarang exchange rate pun dah teruk, 3.11 per 1 SGD.. sakit gak ahh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak koser nk gi buang duit kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya every year pegi sg.. this year je x pegi. |
|
|
|
|
|
|
|
curency RM dah jatuh,berkira2 juga nk pi sana |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nk gi SG
tetapi bila fikirkan xchange rate terbantut hajat iolls |
|
|
|
|
|
|
|
gi sampai USS je tk reti nk jln2 sana
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok je tea amek pakej USS & aquarium tu skali ngn hotel.. total price is reasonable sbb all in.. ada byk choice hotel... paling ok hard rock hotel sbb dekat giler ngn pintu masuk uss..
|
|
|
|
|
|
|
|
RM tgh jatuh mmg sakit nk pi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaloi gak pi SG ni kalau currency kita stabil, pegi last August just to enjoy the food, memang best sangat sebab makanan dia memang lain dari yang Malaysia punya. Akan repeat SG lagi next year, bila currency kita dah okay balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 3 tahun berturut gi singpore ngan family. Next month nk gi lg.
Major attraction - museums....best giler museum2 kt singapore. Interractive. Mmg boleh bukak minda esp budak2. You all try la National Museum dia, mmg berbaloi, lps tu Discovery Centre dan Army Museum. Arts Museum dn ArtScience museum pn best.
Selalu masuk Sin dr JB pagi naik bas lepas tu duk kat hostel backpacker. Since kami 6 org dptlh satu bilik. Esoknya jalan lg dan sblum balik JB petang. Murah skit cmni bab accomodation. |
|
|
|
|
|
|
|
haziraf,
u enjoy food kt mana? |
|
|
|
|
|
|
|
i baru je buat day trip spore bulan dec ritu. less than 25 dolar sbb i guna 5 dolar utk mrt pastu lg 5 dolar mnum n 15 dolar souvenir. i pegi tpt yg xyah byr
try laa pegi botani garden, best jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ira_229 at 1-3-2017 03:08 PM
uols tahu tak ttg Singapore Tourist Pass..? agak berbaloi kalau banyak nak kena naik public transport dalam 1 hari...
ni link dia..
http://home.ezlink.com.sg/singapore-tourist-pass
lagi 1 kalau nak betul2 jimat nak makan kat hawker centre instead makan kat dalam vivocity- kopitiam... opposite vivocity kalau dari mrt u keluar exit A kat situ banyak pilihan makanan & lebih murah dari dalam vivocity..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|