Kasihan pada guru-guru tanah air yang berhempas pulas dan banyak bersabar ketika mengajar anak murid. Alangkah sedih dan kecewanya mereka apabila jasa mereka tidak dihargai, malah dituduh tidak pandai mengajar pula.
Baru-baru ini, seorang mantan Guru Cemerlang yang kini ahli politik, Mohamad S Osman dengan beraninya mengeluarkan kenyataan mencemuh guru di akaun Facebooknya.
Perkongsian status itu mengundang amarah netizen yang tidak berpuas hati dengan 'statement berani mati' itu. Malah, ada yang mengaitkannya dengan penglibatannya dalam bidang politik menyebabkan dia berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Tidak lama selepas memuat naik kenyataan itu, mantan guru berkenaan menyatakan dirinya terhibur membaca komen-komen daripada netizen sebelum memohon maaf kepada sahabat guru jika ada menyinggung perasaan mereka. Walau bagaimanapun, netizen masih tidak berpuas hati kerana hati sudah terguris.
 Sumber foto: FB Mohamad S Osman
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Orang mungkin boleh memaafkan, tetapi hati yang luka tidak akan melupakan. - CARI |