Banyak juga tips kewangan yang diberikan dari kalangan netizen di laman sosial untuk membantu mereka yang lain ketika zaman yang disebut kegawatan ekonomi sedang melanda.
Namun, sejauh mana praktikal dan efisien cadangan serta tips yang diberikan? Adakah ia benar-benar dapat membantu dan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.
Kata orang, tak perlu cakap 'berdegang-degang' tapi hasilnya tiada. Ada juga yang berkata 'bercakap memang senang, tapi nak buatnya, susah bukan main.'
Namun, tips yang satu ini dilihat begitu praktikal untuk diamalkan. Ditulis dengan ringkas, mudah faham namun padat dengan informasi serta kesannya kepada ekonomi seseorang.
"ergi bank, jumpa dengan pegawai. Cakap terus-terang yang kita memang tak mampu nak bayar jumlah ansuran kereta/rumah sedia ada. In Shaa Allah bank akan bantu bagi option. Yang penting, merendah diri."
Gambar hiasan. Foto: Carian google
"Tukarkan outstanding kad kredit kepada pinjaman peribadi. Interest lagi rendah. Jangan ada kad kredit lagi. Kang tambah hutang lagi," itu antara yang dikongsikan oleh netizen bernama Rashida ini.
Dia juga sempat berseloroh, juallah apa sahaja untuk menambah pendapatan, cuma jangan sampai menjual tubuh. Sengaja agar penulisannya tidaklah terlalu sarat dan membuatkan otak pembaca berserabut.
"Jual apa yang patut asalkan jangan jual tubuh. Dulu saya jual rendang, jual kuih cik Mek molek dan lain-lain. Sebelum saya mula bisnes di ebay.com."
Nah, anda boleh baca keseluruhan 8 tips berguna dan penting, praktikal untuk diamalkan di kala mencari ruang untuk berjimat dan mengawal ekonomi diri sendiri.
Kesimpulannya, bukan sukar dan bukannya terlalu mudah untuk hidup pada zaman serba mencabar ini. Namun, yang lebih mencabar dan menduga ialah mengubah sikap kita, setuju? - CARI |