CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 17

Madah Berhelah DBKL Untuk Tunda Kenderaan, Orang Ramai Jadi Mangsa

[Copy link]
Post time 24-11-2016 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Siapa pernah terima 'surat layang' daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)? Kepada yang pernah salah parkir sama ada sengaja atau tidak, pasti akan terima surat itu, bukan?


Pernah tak anda lihat pegawai pihak berkuasa melakukan kesalahan sama? Pasti pernah! Namun, persoalannya adalah adakah mereka akan dikenakan tindakan undang-undang?


MYNEWSHUB semalam, berkongsi sebuah video yang memaparkan sebuah kenderaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat diletakkan di selekoh jalan di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri secara semberono.








Kenderaan itu didakwa telah lama dibiarkan di kawasan itu selain mengganggu lalu lintas. Kalaulah orang awam yang lakukan kesalahan begitu, berdesup surat amaran 'dilayangkan'.


Menurut portal MYNEWSHUB yang menyifatkan pihak DBKL persis 'yahudi mabuk kemaruk nak duit', kawasan berpenduduk padat seperti Bandar Sri Permaisuri adalah antara kawasan yang sukar bagi pemilik kenderaan memarkir kenderaan mereka.


Menurut seorang mangsa saman yang enggan didedahkan identitinya, dia seperti tertipu dengan helah DBKL menunda keretanya.


Sungguh menjengkelkan jawapan pihak DBKL pabila ditanya mengapa hanya kenderaannya ditunda sedangkan banyak lagi kenderaan lain diparkir di bahu jalan. Malahan, tiada satu notis pun ditinggalkan.


“Oh itu sebab adik tak bayar tiket parkir dik, cuba adik hubungi esok pagi kerana waktu malam ni pihak kami memang tak beroperasi,” jawab pihak DBKL.


Puas menghubungi pihak DBKL yang tidak memberikan kerjasama, akhirnya mangsa bersetuju membayar RM 100 yang rupanya adalah helah untuk menunda kenderaannya kerana kenderaan yang ditunda perlu dibayar lebih mahal jika hendak dilepaskan.


Perkongsian itu mendapat perhatian beberapa netizen yang turut tidak berpuas hati dengan perlakuan pihak DBKL itu.




Sumber foto: MYNEWSHUB





Apakah? Sudahlah kini rakyat perlu bayar 'cukai atas cukai'. Kini nak 'mark up' duit parkir orang ramai pula? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 01:40 PM | Show all posts
makap


hahahahahaha..hauk nya...."mark up"
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 01:57 PM | Show all posts
Kalo sebut parking pun tak apa asalkan bukan parkir.Guna istilah indon. Padan la pekerja mynewshub semua hidup susah berhutang along keliling pinggang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:04 PM | Show all posts
xpelah anggap je duit tu sedekah/derma pada org kita juga yang kerja gomen dbkl
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:24 PM | Show all posts
kt area opis colop nie..hari tue lg haru dibuatnye..dbkl pegi clamp tayar kete yg park dlm parking dgn alasan udang2 baru sbb ramai kene saman tp xbyr..
dbkl bg masa 4jam utk owner call dbkl bukak clamp...muka pasrah je owner kete pegi byr rm100 kt dbkl..rm50 utk bukak kunci rm50 plak kene byr saman time tue jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:33 PM | Show all posts
dbkl xachieve la tu, dh hjg2 tahun kena kutip "dana" lgi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2016 06:00 PM | Show all posts
sis selalu kena saman dgn mjlis bandaraya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Taun dpn gerenti dbkl n polis  traffic kutip saman besar2an.x ckup dgn duit gst
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tgk lagak dbkl lebih dr lagak polis yg bawak pistol askar yg bawak senapang ke dbkl bawa mesin gun aku x alert..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2016 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
jiji85 replied at 24-11-2016 10:35 PM
aku tgk lagak dbkl lebih dr lagak polis yg bawak pistol askar yg bawak senapang ke dbkl bawa mesin g ...

Ails klu tengok uniform dbkl teringat bahagian pembersihan sampah sarap je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dbkl mabuk ketum. Byk kali keta i kena saman tp no plat orang lain, maksudnya dia main hentam je cthnya keta i why1234 tp dia saman whj1234 pastu selit kt keta i. Kesian org yg guna whj1234 tak pepasal & xtau kena saman dbkl. Ni kat permaisuri cheras. Lg satu..kedai2 makan area tu pukul 4 ptg dah letak kerusi kt parking x bg org awam parking sbb nk bukak meja. Kasik saman la itu kedai makan semua..menyusahkan org awam nk cr parking::
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
seri_melati replied at 26-11-2016 11:44 PM
Dbkl mabuk ketum. Byk kali keta i kena saman tp no plat orang lain, maksudnya dia main hentam je cth ...


Pernah kena. Apa i buat i bawak saman tu ke dbkl hq. dbkl batalkan saman tu. Tapi dia tak reissue saman balik. Dia just batalkan terus. Saman tu ke atas kereta kami tapi salah tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Another anak2 x menjadi..rasuah memanjang....salah guna kuasa sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Errr paroh paroh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi mncari "sesuap" nasi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 11:20 AM | Show all posts
area ni memang susah parking. sekali sesi saman menyaman memang masyukkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2016 07:33 PM | Show all posts
penah kena..alasan ntah apa2. tayar terkeluar sikit dr petak parking
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 01:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.399580 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list