CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 9

Polis Mengesan Lelaki Disyaki Tinggalkan Bayi Di Masjid Taman Melawati

[Copy link]
Post time 24-11-2016 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Susulan kes buang bayi lelaki di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati tempoh hari, pihak polis sedang mengesan individu disyaki terbabit dalam kes itu.




Sumber foto: Malay Mail Online



Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk memaklumkannya kepada pihak polis.


"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak membuang kanak-kanak berumur kurang daripada dua belas tahun," katanya.


Isnin lalu, ACP Hamzah memaklumkan pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam yang menjumpai bayi berkenaan di hadapan masjid itu pada jam 8.23 malam.


"Anggota Unit Rondaan Bermotosikal kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati seorang bayi lelaki dalam keadaan baik di dalam sebuah kotak," katanya.




Sumber foto: Sinar Harian






Hasil pemeriksaan, pihak polis menemukan sekeping nota di dalam kotak bersama bayi tersebut.


Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
'"Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak membuang kanak-kanak berumur kurang daripada dua belas tahun,"

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi baby tu comel n nampak sihat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:49 PM | Show all posts
eh niat dia baik tu.. nak berkongsi rezeki

siap bagi salam lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah ngaku anak sapa...
Kalu ada org ngaku..jgnla hukum plak..
Amik.maklumat utk tahu nasab budak tu je.. takut nanti terkahwin dgn adik sendiri pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 03:03 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 24-11-2016 02:53 PM
Tolonglah ngaku anak sapa...
Kalu ada org ngaku..jgnla hukum plak..
Amik.maklumat utk tahu nasab b ...

kan elok kalo si bapak nie put up for adoption betul2...

utk elakkan perkara yang tak diingini kemudian hari...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2016 03:09 PM | Show all posts
ada terbca la kononnya da tahu kan dr family yg betul2 susah
ayah baby tu sakit tulang belakang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 03:21 PM | Show all posts
kan btul tk jupe lagi.
aku suspek bdk2 remaja ni,
love forever notebook
pstu kertas tu  dikoyak pelan2,
psl kelam kabut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 03:34 PM | Show all posts
comel sangat baby tu..hurmm harap baby tu membesar dengan sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Baby tu takda baju. 'Sayang'nya orang yang buang dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039183 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list