"Saya tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan sesiapa."
Pelakon cilik, Mia Sara, 11 menegaskan tidak pernah terlintas di hati mahu bersaing, sebaliknya mengagumi bakat yang ada pada rakannya, Puteri Balqis.
Sumber foto: IG Mia Sara
"Setiap orang telah ditentukan rezeki masing-masing, malah Balqis punya bakat luar biasa dalam bidang lakonan," katanya kepada Astro Gempak.
Mia akui, dia kagum dengan bakat yang dipamer Puteri Balqis yang dilihat sangat matang dalam lakonan dan watak yang dibawakan.
"Soal populariti, saya yakin kami ada pengikut masing-masing dan saya rasa ia tidak menjejaskan apa-apa pun," tambahnya.
Sumber foto: IG Puteri Balqis
Sementara itu, Mia juga menjelaskan bahawa dia kini terpaksa kurangkan aktiviti lakonannya untuk membuat persiapan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun hadapan.
"Sebenarnya tahun ni pun saya sudah mula kurangkan kerjaya lakonan saya kerana hendak memberi fokus pada pembelajaran di sekolah.
"Saya terpaksa kurangkannya buat seketika kerana pelajaran juga penting untuk masa depan saya," katanya lagi.
Sumber foto: IG Mia Sara
Baguslah adik Mia kita ini. Sepatutnya semua orang terutama yang sudah dewasa berfikiran positif macam Mia. Barulah harmoni sentiasa. - CARI |