Masalah ini seringkali terjadi apabila kita membuka almari pakaian. Pertamanya, tiada baju nak dipakai (terlalu banyak baju sampai tak tahu nak pilih mana satu), dan keduanya adalah ruang menyimpan tidak mencukupi!
Faktor terbesar menyumbang kepada masalah ini adalah pengurusan yang tidak sistematik. Mari ubah cara anda mengemas dan menyimpan barang di dalam almari supaya tidak lagi bersepah dan susah mencari barang.
1. Ikat tudung dan shawl anda seperti ini. Tiada lagi masalah mencari warna tudung sesuai dengan pakaian!
2. Anda juga boleh gunakan gelung tirai untuk menggantung tudung dan juga seluar jeans.
3. Buat sendiri ruang menyimpan pakaian dengan kotak atau kadbod. Bukan sahaja jimat duit, malah anda boleh jimatkan ruang.
4. Menyusun pakaian secara menegak atau dalam gulungan adalah sangat menjimatkan ruang almari anda!
5. Gunakan gelung paip PVC atau kadbod paip untuk menyimpan barang anda lebih kemas dan praktikal.
6. Guna semula barang-barang seperti dalam gambar di bawah bagi menambah ruang penyimpanan anda.
7. Sarung bantal bukan sahaja digunakan untuk menyarung bantal anda, malah cadar dan selimut juga boleh disimpan di dalamnya.
8. Bekas kiub ais juga boleh digunakan untuk menyimpan aksesori kecil seperti anting-anting, cincin, kerongsang dan sebagainya.
9. Tiada lagi baju yang melorot (Tapi pastikan gam sudah kering dulu tau!)
Sumber foto: https://brightside.me
Apa lagi? Cepat cuba kaedah di atas! Dijamin tiada lagi masalah hilang barang atau tak jumpa pasangan baju yang nak dipakai. - CARI |