Kalau sebelum ini kita biasa dengar majlis perkahwinan beramai-ramai yang melibatkan pasangan bujang.
Namun sebuah video yang dikongsi di laman Facebook oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Mohd Halili Hashim telah mendapat perhatian ramai dari netizen.
Dalam video itu, dapat dilihat sebuah majlis yang melibatkan 14 pasangan pengantin poligami. Paling menarik, isteri pertama turut diraikan dengan memakai busana sedondon dengan madunya.
Acara memotong pulit kuning juga diadakan sebagai simbolik kepada penyatuan jiwa suami dan isteri-isterinya.
Difahamkan, majlis pengantin poligami ini adalah anjuran Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd dan ramai antara pengantin lelaki hanya berumur 20-an hingga 30-an.
Menurut sumber Harian Metro, ada isteri pertama yang sanggup pergi meminangkan bakal isteri kepada suaminya dan menyarungkan sendiri cincin pertunangan di jari madunya.
Sumber Foto: Harian Metro
“Kami tidak mempunyai sebarang masalah tinggal sebumbung dan sebaliknya dapat menikmati lebih banyak kemanisan berpoligami. Bercintalah kerana Allah, insya-Allah rumah tangga yang dibina aman dan bahagia."
Program pengantin poligami ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menjalani kehidupan dengan lebih berkasih sayang melalui perkongsian suami.
Viedo tersebut mendapat hampir 4 ribu likes, lebih 10 ribu share dan beribu komen dari netizen.
Sementara itu, banyak pengguna media sosial yang memberikan pelbagai reaksi tentang video tersebut, terutama wanita yang tidak rela berkongsi suaminya dengan wanita lain.
Alahai, untungnya badan ada isteri ramai. Ada ke wanita atau lelaki di luar sana tu mahu mencuba hidup berpoligami? -CARI |