Sumber Foto: IG Ainul Aisyah
Pelakon cantik, Ainul Aisyah menyatakan yang dia bersyukur mempunyai warna kulit gelap semula jadi sebegitu.
Dia menyifatkan berkulit gelap adalah sesuatu yang seksi dan disebabkan itu langsung tidak penah sekali pun terlintas untuk mendapatkan rawatan pemutihan kulit atau kaedah suntikan.
Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aisyah Azizun, 31 menyatakan ianya agak janggal sekiranya dia tampil dengan kulit putih dan tidak semula jadi.
Sumber Foto: IG Ainul Aisyah
"Dalam situasi banyak wanita sekarang begitu obses untuk berkulit putih sehingga sanggup berhabis duit bagi tujuan itu, saya pula selesa dengan tona kulit saya yang gelap kerana pada saya ia sesuatu yang seksi dan unik," katanya kepada mStar online.
Dia tidak pernah ambil pusing tentang sindiran orang sekeliling mengenai kulitnya dan mahu membuktikan yang wanita berkulit gelap mampu tampil elegan dan menawan jika pandai dalam berfesyen.
Sumber Foto: IG Ainul Aisyah
"Jujur, saya tidak pernah ada niat untuk mendapatkan rawatan pemutihan kulit dalam apa jua kaedah selain hanya mengambil suntikan vitamin C agar kulit menjadi sihat, bersih dan bermaya.”
Aktres Lara Aishah ini juga adalah seorang yang ringkas dan tahu bagaimana untuk tampil menarik. Jadi tiada sebab untuknya berasa rendah diri.
Baguslah begitu, jangan jadi macam sesetengah artis yang semuanya tampil 'fake'. -CARI
Sumber Foto: IG Ainul Aisyah
|