Anda tentu sudah tidak asing lagi dengan nama ayam goreng KFC, bukan. Di setiap bandar pasti ada restoran 'Atuk' ini. Menu utama restoran ini sudah pastilah ayam gorengnya yang teramat sedap sehingga menjilat jari. Rangup, lembut dan berjus!
Sumber foto: Carian Google
Kalau sekali sekala, bolehlah berkunjung ke restoran ini jika 'mengidam'. Tetapi, tak mungkin nak ke KFC setiap hari jika anda memang 'hantu' ayam goreng KFC.
Apa kata anda cuba sendiri resipi ini yang persis ayam goreng KFC.
Bahan-bahan A:
1 ekor ayam dipotong mengikut kesukaan anda
8 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili (boleh tambah jika suka pedas)
2 sudu serbuk kari ayam
2 camca teh garam
Secubit soda bikarbonat
Secubit perasa
Sedikit air untuk memudahkan bahan-bahan rempah diperap dan digaul sebati bersama ayam
Bahan-bahan B:
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Secubit soda bikarbonat
1 sudu serbuk cili (ikut citarasa anda)
1 biji telur (pukul berasingan)
Cara Penyediaan:
1. Perap ayam bersama bahan perapan A selama sejam
2. Gaul rata bahan B di dalam sebuah bekas
3. Pukul telur dan celup ayam ke dalam telur tersebut
4. Masukkan ayam yang dicelup telur tadi ke dalam bekas bahan B yang bertutup - Goncang bekas sehingga ayam bersalut tepung dengan sebati.
5. Goreng ayam yang sudah disalut tepung di dalam minyak panas. Masak selama 15 minit dan boleh dihidangkan.
Sumber foto: http://cahayashifa.blogspot.com
Memang sedap dan berbaloi buat ayam goreng KFC sendiri. Pasti 'terangkat' bila dimakan ketika sedang lapar. Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi: cahayashifa.blogspot.com |