Sumber Foto: Hellomagazine.com
Pelakon Hollywood terkenal, Amanda Seyfried, 30 telah mengumumkan berita gembira ketika menghadiri majlis pelancaran wangian Tuesday's Givenchy baru-baru ini.
Amanda mengatakan yang dia kini sedang hamil cahaya mata sulungnya hasil dari hubungannya bersama tunang, Thomas Sadoski.
Sumber Foto: IG People
Menurut laporan USA Today, aktres jelita ini hadir ke majlis pelancaran tersebut dengan memakai gaun hitam yang melekap dan menonjolkan sedikit 'baby bump'.
Bintang filem Sadoski dan Mamma Mia! itu telah mengikat tali pertunangan pada September lepas selepas jatuh cinta tahun lalu.
Sumber Foto: Moviepilot.com
Mereka mula-mula bertemu ketika sama-sama menjayakan pementasan The Way We Get By dan dipertemukan semula dalam filem baharu, The Lat Word.
Hanya pada Mac lalu baru pasangan ini benar-benar mengesahkan hubungan cinta mereka.
Tahniah diucapkan, tak sabar pula menunggu kelahiran bayi yang pasti comel ini. -CARI |