Viral di media sosial Vietnam apabila satu video menunjukkan dua wanita dibelasah di muat naik di sebuah laman Facebook popular di negara itu.
Dua wanita tersebut bukan sahaja ditampar dan ditendang di bahagian kepala, malah turut dilempang menggunakan selipar berkali-kali. Tidak diketahui apakah punca sebenar dua wanita itu dipukul tetapi tindakan sekumpulan pelaku itu amat keterlaluan.
Video berdurasi 1 minit 37 saat itu menjadi bualan hangat bukan sahaja dikalangan netizen di Vietnam, malah kini sudah mula viral di media sosial Malaysia.
Netizen menunjukkan amarah dan mengecam tindakan sekumpulan wanita itu sehingga video tersebut kini telah ditonton hampir 4 juta kali.
Lihat video dibawah ini :
Kebelakangan ini, rasanya sudah tidak terkira lagi video mengenai wanita bergaduh menjadi viral di media sosial. Kebiasaannya punca pergaduhan seperti ini adalah kerana berebut teman lelaki. Aduh! sadis sangat bergaduh kerana berebut "jantan" yang telah berlaku curang?
Wanita seharusnya lebih sopan dan sentiasa menjaga aib, "bertumbuk" untuk melepaskan marah bukanlah cara yang sesuai untuk kaum wanita. Ingat tu! Kita ni perempuan, jadi jangan sesekali nak cuba tunjuk "jantan". - CARI