CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2450|Reply: 13

TIPS KEUSAHAWANAN KETIKA EKONOMI MERUDUM

[Copy link]
Post time 3-12-2016 08:33 PM | Show all posts |Read mode
TIPS KEUSAHAWANAN KETIKA EKONOMI MERUDUM

        2016 akan berakhir kurang sebulan,makadatanglah 2017.Tahun 2016 dianggap tahun malang kepada usahawan .Tahun ekonomimerudum dan kebanyakan bisnes sendu dan hidup segam mati tak mahu.

        Manakala 2017 pula akanberlaku lebih teruk .Jangan percaya politikus dan akhbar perdana yangretoriknya bau wangi sepanjang masa .Hakikatnya peniaga tahu bagaimana bisnesberjalan selepas GST bermula pada 2015 lepas.Cakap kosong politikus wlupun  mereka berserban setaraf SAMPAH.Dianggarkan tahun2018 jika ada PRU14,semakin teruk ekonomi kerana kerajaan  dan politikus akan berbelanja gila-gila demimenang PRU.Mintalah apa sahaja,mungkin dapat,namun setelah PRU,bersedialahgigit jari dengan pelbagai kenaikan harga barang dan penarikan subsidi.

            Hakikatnya peniaga yang banyak membantuekonomi berkembang pesat dengan bayaran cukai,penyediaan pekerjaan.Jika sektorkerajaan memberikan 2 juta kerja,sektor perniagaan berikan puluhan juta kerjakepada rakyat Malaysia.

      Namun setelah PM digelar MrClean menukarkan pelbagai dasar sebelumnya yang terbukti  membawa kemajuan kepada negara danrakyat,kini bertambah teruk setelah pelbagai skandal derma,bangunanruntuh,kapal terbang hilang,enjin pesawat hilang banjir besar  dan pelbagai musibah dan kecelakaan dalamnegara.

    Sebagai peniaga,adakah kita perlu melutut kepada politikus atauberdikari ?Tahun 90an adalah TAHUN EMAS kepada peniaga,hatta peniaga pisanggoreng jalanan pun mampu menunaikan umrah setahun dua kali.Begitulah mesranyaiklim ekonomi ketika itu.Kini hanya tinggal kenangan.

    Aku dulunya penyokong kerajaan  terutama sekali zaman  PM bernama Dr Mahathir  kerana dasar kerajaan banyak membantuusahawan kecil dan besau.Hari ini aku tidak tahu siapakah perlu disokongsetelah semakin ramai maharaja lawak dalam negara hatta “Ayam mahal janganmakan ayam” boleh terkeluar dari mulut seorang menteri.Politikus berserban danberkopiah pula sibuk menyebut “integriti”
“Amanah”  “Telus” sedangkan sebelumnya pernah ditangkap khalwat dalam hotel dan keretapi .Katapolitikus hari ini masuk kanan keluar kiri.

        Usahlah  menunggu tender kerajaan kerana  semuanya telah dikaut politikus,kaki tangankerajaan dan sekufu sekayu  sepapan selahad  mereka.Mereka tidak akan bantu kita,kitalahyang perlu gigih mencari ikhtiar memajukan diri .Percayalah,politikus hanyamuncul bila bendera macam2 parti penuh di tepi jalan dan tiang .



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2016 08:33 PM | Show all posts
Antara langkah yang perlu dimajukanialah :
Langkah pertama TUKARPERNIAGAAN.
    Bunyinya amat mudah,namun hakikatnya sukar.Ekonomi yang merudum sebabkanbanyak jenis perniagaan terjejas .Sektor perabot,pakaian,ubahsuai ,landskap,mekaphatta bundel pun mengalami jualan yang jatuh dan semakin teruk kerana rakyatkurang berbelanja.Bisnes pasar malam yang dahulunya  memberikan harga lebih murah pun kelihatanpeniaga lebih banyak memegang telefon melayan FB dan whatsapp berbandingmelayan pelanggan.

Abaikan kata politikus “Ekonomisemakin baik sebab KFC sentiasa penuh orang”

Menukar perniagaan memangTERPAKSA.Kejatuhan dan kelembapan ekonomi memaksa seseorang usahawan menukarbisnes sedia ada kepada bisnes lain yang boleh mendapat sambutan.Tidakhairanlah lulusan kejuruteraan yang boleh mendapat gaji RM20K sebulan mengambilkeputusan menjual nasi lemak.

Ekonomi merudum akan hasilkanpengangguran lebih banyak dan peluang pekerjaan semakin terbatas.Pada tahun1997/98 ramai artis  cun melecun  terpaksa membuka gerai menjual mi goreng dantom yam demi mencari sesuap nasi.

Apakah risiko perniagaanditukau?

Pertama kerugian.Sebagai contohpeniaga perabot yang mahu tukar bisnes kepada sektor makanan sepertirestoran.Perabot terpaksa dilelong hingga 50 % harga modal.Jika modalnya RM200,000 ,hanya akan meraihRM100,000 sahaja .Hanya cara lelong produk sahaja.Jika dijual harga modalsekalipun,produk takkan terjual kerana kelembapan ekonomi.

Kerugian adalah kepahitan perluditanggung usahawan pabila mahu menukar cabang bisnes.

Kedua tindakan berani mati ini akanmemaksa usahawan bekerja lebih kuat kerana sebelum ini sudah mempunyaipelanggan setia dan bisnes sudah lama bertapak.Apabila menukau bisnes lain,usahawan perlu lebih keras berusaha mendapatkan pelanggan di sampingpersaingan di sekekliling yang sudah lama bertapak.

Ketiga usahawan perlu bermula daribawah.Mulakan alif ba ta .

Buat usahawan yang selama ini hanyamembersihkan habuk perabot ,kemudian terpaksa bangun 4 pagi ke pasau borongbeli keperluan,memasak,menyediakan lauk pauk,kuih muih dan sebagainya,memangmencabar.

Ibarat artis yang dahulunya hanyaperlu bermekap dan menghafal skrip ,kini terpaksa menyinsing lengan memotongbawang,menyiang ikan berkilo-kilo,bangun seawal 4 pagi dan sebagainya pastiSUKAR pada mulanya.

Bagi yang knowledge ZERO pulabertambah masalah kerna perlu belajau memasak,mencari resepi sedap,mencariformula menarik pelanggan dan 1000 mcm 1 masalah dalam bisnes baru diceburi.

Late better than never………….

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 08:34 PM | Show all posts
LANGKAH KEDUA
Pelbagaikan sumber  bisnes.
           Jika dahulu hanya membuka premis danmembuka komputer  layan forum,FB siangmalam dan harapkan pekerja melayan pelanggan,kini perlu berubah.
          Usahawan tidak boleh statik diamdalam premis kerana kelembapan ekonomi akan menyebabkan keadaan semakin sukarbila jualan menurun.
Usahawan perlu bergerak dari premiske pasau malam,tapak ekspo,pameran,pejabat kerajaan/swasta  dan sebagainya demi  mencari pelanggan dan  melariskan produk.Sikap berdiam dalampremis  hnaya memburukkan keadaan .
        Usahawan perlu mencari pelanggan daripelbagai lobang hatta Facebook dan emel.Jika dahulu melepak dalam premisberhawa dingin tiada masalah kerana keuntungan bersih RM5000 hingga RM10,000 sebulan.Hari ini kadangkala nak bayarsewa  premis pun tak lepas.
Sikap berdiam diri dan menunggupelanggan datang ke premis amat tidak RELEVAN ketika zaman ekonomi merudum ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 08:34 PM | Show all posts
LANGKAH KETIGA
Cari produk murah.
          Kegawatan ekonomi negara sebabkanpermintaan produk bernilai tinggi dan mahal akan merudum.Kedai seperti RM2 akanmendapat tempat membeli keperluan spt ikan bilis dll .

Pengalaman aku,bantal Hawow dijual  99 sen ,dalam sejam habis 100 unit.

    Permintaan rendah terhadap produk mahal lantaran sikap pengguna bajet perbelanjaan dan hanya beli benda yangpenting.Industri buku dan majalah pun banyak gulung tikar ketika ini .

Produk murah diakui keuntungan sedikit namunmendapat permintaan tinggi.Untung produk 1 sen pun jika jualan 1 juta sehari,pasti akan nampak WANG……………..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 08:35 PM | Show all posts
LANGKAH KEEMPAT
Buat banyak bisnes .
         Kita hanya ada 24 jam dalam sehari.7hari dalam seminggu.Namun terpaksa memerah keringat membuat banyak bisnes.
Kawan aku sorang ada bisnes 3restoran dan 3 lagi kantin sekolah dan kilang.Penatnya hanya Tuhan yang tahudan SMS dihantar kadangkala dibalas sebulan.
Bukan semua boleh buat banyakbisnes,namun itulah kepayahan dan keperitan yang perlu ditelan usahawan.
        Ada usahawan mengeluh sudah 3 bulantidak bersenggama kerna kesibukan suami isteri menguruskan 10 jenis perniagaan.
Dalam keperitan ekonomi  ,janganterlalu memilih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 08:35 PM | Show all posts
LANGKAH KELIMA
Buat bisnes kecil.
          Bergelar tauke pakaian dengan produksebanyak RM500,000 di premis memang gah pada rupa,hakikatnya gagal menyaingipeniaga pisang goreng  3 cawangan yangberjaya  meraih RM10,000 sebulankeuntungan bersih.
Berniaga pisang goreng tepi jalandianggap ‘remeh’ bagi peniaga yang mempunyai modal besar dan stok penuh premis.
Usahawan yang dianggap tauke hebatsebab ada ratusan ribu stok dalam premis perlu melupakan status dan menceburibisnes kecil namun keuntungan besau.Apalah guna jadi boss nampak hebat denganpremis 10 cawangan namun hakikatnya lebih miskin dari peniaga jalanan.
Jangan bercekak pinggang dengankunci kereta BMW ,hakikatnya hutang keliling pinggang dan menunggu keretaditarik bank.Ubah bisnes besau kepada bisnes kecil namun menguntungkan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2016 08:36 PM | Show all posts
LANGKAH KE ENAM
Cari bisnes BARU.
                Dalam dunia ini ada jutaanjenis bisnes namun hakikatnya bangsa M suka kopipes bisnes orang lain.Biladilihat Kak Limah  Janda  maju dengan nasi lemak,maka berpuluh2 peniagabaru buka bisnes nasi lemak  kawasanberhampiran  dan akhirnya semuaterlingkup.

      Banyak bisnes baru yang perludiceburi,contohnya perkhidmatan membayar bil.Jika  1000 pelanggan dibantu dan bayaranRM2,sebulan sahaja mencecah RM2000 pendapatan.Boleh juga ditambah menghantarsarapan seperti kuih dan nasi lemak ke rumah pelanggan untuk mengambil bil danmenghantar bil dan pendapatan bertambah kepada RM5000 sebulan.

Bisnes teksi motor dianggap baru ,namun ianya telah lama berkembang di kotabesar seperti Jakarta dan Ho Chin Minh.Kesesakan lalu lintas sebabkan ramai perlukanteksi motor untuk cepat ke destinasi.
Harga lebih murah berbanding teksidan Grab.

            Kelembapan ekonomi sebabkan rakyatmencatu perbelanjaan dan perkhidmatan membayar bil,motor teksi menjimatkan wangmereka.Begitu juga perkhidmatan kopipes assignment student juga dianggap lekehnamun ada seorang pelajar Universiti luar negara meraih RM3 juta setahun  melalui kopipes assignment .

             Google sahaja ,jutaan jenis bisnesbaru yang masih belum bertapak di Malaysia .Jika mahu ditulis sini,9999 malampun belum habis.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 08:36 PM | Show all posts
LANGKAH KE TUJUH

Berhijrah ke luar negara .

       Ramai orang ketawa bila ada usahawanberhijrah ke luar negara terutama sekali ke negara miskin.Ada seorang usahawanMelayu ke Cambodia menjalankan bisnes kiosk berger halal dan jualan sehari 3000berger di sana.

   Berger dijual RM4 di sana dan dari satu cawangan kini ratusan cawangan.

Bukan semua mampu berhijrah ke luarnegara akibat terlalu sentimental value dengan kehidupan tanah air di manadilahirkan dan membesar.

Seorang peniaga  sate di kota London mampu meraih RM1500sehari di sana.Namun bisnes luar negara pasti mencabar dan kos tinggi terutamasekali dalam negara maju seperti USA dan UK.Bak kata orang tua “Hujan batunegeri sendiri,lebih baik hujan batu…”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2016 08:51 PM | Show all posts
LANGKAH TERAKHIR  BERHENTI BERNIAGA
            Langkah terakhir memang amat PAHITdan SENDU.Puluhan tahun menjadi boss akhirnya terpaksa akur dengan perjalananhidup.Namun ia bukan penamat kehidupan.

    Ramai usahawan bangkrap dan papa kedana,bekerja mengumpul modal semuladan mulakan bisnes ketika ekonomi semakin makmur dan maju,akhirnya BERJAYA.

                Ketika kegawatan 1997/98 ramaipeniaga gulung tikau,hatta jutawan ada kilang pun boleh bnagkrap danmuflis.Jika tiada NPL dilakukan kerajaan,pastinya 99 % peniaga gulung tikau.

Tanya diri sendiri,adakah kalianbersedia berhenti menjadi boss dan bergelar pemungut buah epal di Australia ?

Think double twice b4 made a decision ..........

Terima kasih kerna membaca.

PENULIS adalah  toke paling miskindalam Forum Cari kerna memandu Proton Iswara  (nilai pasaran RM1999 ) .




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Betoi sgt..taun 90 mmg best sgt meniaga.ayam sekilo 3 ringgit lbh.aku jln g psr mlm n psr pg skrg ni lenggang x ramai org mcm dulu.mknan bermsk org msh beli.tp baju dll sendu di aidilfitri.hatta buah2an pon sampai busuk akibat kurang pembeli.hrp2 kita semua dimurahkn dan dipermudah rezeki.blh berbelanja dgn aman utk fmly tercinta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Betoi sgt..taun 90 mmg best sgt meniaga.ayam sekilo 3 ringgit lbh.aku jln g psr mlm n psr pg skrg ni lenggang x ramai org mcm dulu.mknan bermsk org msh beli.tp baju dll sendu di aidilfitri.hatta buah2an pon sampai busuk akibat kurang pembeli.hrp2 kita semua dimurahkn dan dipermudah rezeki.blh berbelanja dgn aman utk fmly tercinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 10:44 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 3-12-2016 10:00 PM
Betoi sgt..taun 90 mmg best sgt meniaga.ayam sekilo 3 ringgit lbh.aku jln g psr mlm n psr pg skrg ni ...

kita kena berdpn dgn situasi masakini.

Ekonomi negara sbnrnya masih stabil pd 2003 nmn segalanya hancur kini .

Slps GST ,bisnes aku pn jatuh 70 % sbb sumber dan kos produk smkn mahal .Kuasa beli smkn kurang .

Life must go on ....................




Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 11:18 AM | Show all posts
mari kita bergerak menuju 2017
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2016 11:38 AM | Show all posts
bmi replied at 5-12-2016 11:18 AM
mari kita bergerak menuju 2017

kalau umo pnjg .............................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068613 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list