CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2810|Reply: 27

Jom kongsi kisah guru/pensyarah

[Copy link]
Post time 7-12-2016 10:23 PM | Show all posts |Read mode
PERTAMA
Prof Mansor .

Dia masuk kelas terus bersila atas meja .

Buka muka surat 18 .

Buku pun dihafalnya.Masuk kelas bawa kepala je .....................

One day seorang pelajar kenakan dia ."rof baca salah!'

"Kamu ni mabuk ketum ke ? "jawabnya .

Kahkahkahkah .....

KEDUA

Cikgu Rashidah ,guru sementara SKBB .

Orang Perak.

Masa dia sambung masuk Maktab,aku hantar surat dan dia balas....

Malangnya surat tu dah hilang .............

KETIGA

MR FENDI.

Terperanjat aku masuk kelas Uitm.

Orangnya bibir pun merah .

Awwww..........Awww...........

Tp pengajarannya  masuk kepala smpi sekarang .

Tahun lps aku jumpa Prof Hayati  .

"U know...Fendi changed a lot after his mother passed away .."

Skrg dia join Tabligh ..............berjubah dan janggut panjang ..............



Ok kongsi kisah korang pula ......................



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mase sekolah rendah dulu iol sayang sangat cikgu kelas iol,cikgu fauziah...sheol layan sume murid sama rata,pandai/kurang pandai,time upsr iol score gila2 subjek sheol.

sekolah menengah iol tak bole score add math,tapi cikgu fatimah merangkap cikgu kelas iol mase tu tetap bagi semangat,siap peluk iol sebelum masuk dewan peperiksaan,tapi iol tetap tak score paper tu,..few year ago iol dapat berita yang sheol dah meninggal sebab kanser,alfatihah untuk cikgu.
ade satu ustaz grad dari middle east acah2 syumul mengajar bahasa arab merangkap cikgu disiplin,diperihalkan student tak suka kat heol,lepas beberapa bulan mengajar heol beli kereta iswara baru..petang nak balik tu kecoh kereta heol kena calar baekkk punya,
lepas 2 tahun mengajar heol kena pindah sekolah lain,semua student tepuk tangan kat assembly hall masa pengumuman heol transfer sekolah,kesian setaz rizal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2016 11:55 PM | Show all posts
fishcracker replied at 7-12-2016 11:53 PM
Mase sekolah rendah dulu iol sayang sangat cikgu kelas iol,cikgu fauziah...sheol layan sume murid sa ...

TQ 4 sharing
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CardiGans85 at 8-12-2016 08:06 AM

Cikgu R..

Ms tu nenek x dpt sign report card ms darjah 4, jd mak cik yg dtg sign sbb spupu sy darjah 1 ( anak mak cik) pun sama sekolah dgn sy. Satu hari,cikgu R merangkap guru kelas pgl sy n rupanya minta kirim salam gatal aka tanda pkenalan pd mak cik n dgn selamba sy jwb,ok tp klu pak cik sy marah cikgu jwb ye..tperanjat cikgu R sbb bdn mak cik sy mcm kerengga even dah bkahwin lbh kurg 8 years..ikut kn mak cik ms tu br 30.

Bila kt umah,sy sampaikn salam tu pd mak cik waktu pak cik g keje..adeh..sy yg kene cubit dgn mak cik psl cikgu R.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dakusayamabu at 8-12-2016 09:48 AM

i xsuka cegu  yg sorg ni..xingt la nama apa..lelaki.muka heols i ingt lg mcm ada darah kel*ng.
i ingt he penah tengking i masa darjah 2.he ada tny soaln dlm kls.then i jwb slow
he sound i dgn sora he. yg i ingt he ckp siti nurhaliza cuba bukak mulut tu kuat2 sikit..dh jwb 3 4 kali he still xpuas hati..then he ckp dlm mulut awk ada emas bape kg yg brt sgt.pastu he baling pemadam white board..traumaaaa..xsuka he..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 09:57 AM | Show all posts
i suke cikgu sejarah masa form 4-5
cikgu indian, yg mana die buatkan mata pelajaran sejarah tu jadik fun dan mudah utk di fahami dn insteresting
mmg weols 1 kelas sentiasa tggu subjek tu kat sekolah'
rasa seronok bila cikgu sejarah tu masuk dan mengajar
cikgu ni pandai bergurau dan ambil hati pelajar2 die
but dlm 2-3 thn lepas iols terjumpa keratan akhbar kt news paper under obituary sec
cikgu i tu da pass away
i siap uplod kt fb dan tag semua student dlm batch i
masing2 semua sedih
RIP for MrVejay

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2016 10:16 AM | Show all posts
Ada sorang lecturer ni ktorg panggil dr.khalid. Dia lecturer kimia. Tat time, dia lecturer plg muda yg ada doctorate kat jabatan tu. Umur blm masuk 30's pun time tu. Single. Tp bila dia ngajar sepatah haram x dengar sbb dia ckp mumbling, so x dgr sgt. Maybe sbb dia young lecturer kut time tu, x byk experience. Mmg slalu ngumpat dia. Satu hari aku n geng jln nak g library sambil ngumpat dia. Tetiba bila toleh belakang rileks dia berjalan belakang ktorg. X dgr langsung tapak kaki dia. Mmg confirm dia dengar umpatan ktorg. Tersipu2 ler kami sambil tersengih2... kenangan sgt. Skrg dia dah xda. Meninggal muda umur baru early 40's... masih single time meninggal. Dengarnya sakit leukimia. Sedih plak bila teringat. Alfatihah unt dr.khalid. Semoga ditempatkan di kalangan org beriman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tenkiu @lil_honey bagi credit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 7-12-2016 11:55 PM
TQ 4 sharing

welcome abam,..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 10:31 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 8-12-2016 09:57 AM
i suke cikgu sejarah masa form 4-5
cikgu indian, yg mana die buatkan mata pelajaran sejarah tu jadi ...

Cikgu BI ms form 1,Ms Ng .

Dia pakai skirt atas lutut .

Bila dia nk sebut perkataan  ,memang terngaga dan lidah menjulur sepatah demi patah .

Semua pelajar kena sebut betul2 .Sampai  murid sengau dan gagap pun kena gelak sbb sebutan tak betul.

Cikgu ni memang serius ms mengajau,senyum pn susah.

Cikgu BI plg best dlm sejarah aku spnjg sekolah menengah ....

Smpi skrg aku masih ingat apa yg dia ajau.

TQ share ur story.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 10:33 PM | Show all posts
seeriesagain replied at 8-12-2016 10:16 AM
Ada sorang lecturer ni ktorg panggil dr.khalid. Dia lecturer kimia. Tat time, dia lecturer plg muda  ...

Al Fatihah ....meninggal muda.

4 guru sekolah rendah aku pn dah meninggal dunia.Mujur ada grup FB sekolah boleh dpt khabar berita guru2.

Tp lect aku Prof Mustafa dr Syria aku x dpt berita lgsg.Entah apa nasibnya di negaranya yg kini bergolak dan ramai terbunuh.

Hny doa dr jauh.

TQ share ur story.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 10:35 PM | Show all posts
dakusayamabu replied at 8-12-2016 09:46 AM
i xsuka cegu  yg sorg ni..xingt la nama apa..lelaki.muka heols i ingt lg mcm ada darah kel*ng.
i in ...

Aku cikgu tadika,skolah rendah,5 sekolah menengah dan dua Univ aku msh ingat nama mereka sbb aku tulis diari sjk usia 10 tahun ....

Tq share ur story.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 10:39 PM | Show all posts
Sorg cikgu skolah rendah plg aku bengang ,ajau Math n sukan .

Nama Cikgu Kamarudin.

Murid yg salah jwb x kira laki pompuan kena cubit kat dada.merah bapak.

ms sukan ,latihan bumping dia oleh ckp kat murid "pesal kau ni bumping mcm anjing main?"

tp sbb dia garang ,math aku dpt A spnjg masa.

Aku bila selisih ms aku remaja dgn cikgu ni kat pasau malam,aku lari ..........................trauma teringat ayat dia main mcm anjing ..........


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2016 10:46 PM | Show all posts
Form 5 aku kelas SASTERA .

Cikgu Othman ajau



Cikgu ni tempang nmn ajarannya amat detail seakan kita tgk movie bila dia bercerita.

tp aku sedih ramai pelajar dlm kelas gelakkan dia lantaran kekurangannya yang tempang.Slps keluar skolah,kami tak pernah berhubung.

Entah hidup entah kan tidak.Hanya doa buat beliau.

sedikit info penulis SENJAKALA :



Melihat raut wajahnya yang semakin berkedut dimamah usia dan kegigihannya mengayuh basikal tua, tiada siapa menyangka, seorang warga emas yang tinggal menyewa di Jalan Temenggong, di sini, adalah seorang novelis terkenal tanah air.

Lebih mengejutkan, salah satu novel tulisannya berjudul ‘Senjakala’ juga pernah menjadi buku teks sastera wajib bagi pelajar untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1988 hingga 1992.

Baharuddin Kahar, 70, berkata, beliau kini menyara hidupnya dengan menjual sate di sebuah kedai makan di Jalan Kolam Air, di sini.

Bagaimanapun, beliau masih tetap aktif menulis cerpen dan novel ketika waktu lapangnya.

“Selain menulis, setiap hari pakcik akan jual sate kerana ini sahaja pendapatan pakcik. Walaupun orang lihat kehidupan pakcik seperti serba kekurangan, pakcik gembira dengan kehidupan sekarang ni.

“Pelbagai pekerjaan pernah pakcik lakukan sebelum jadi penulis, termasuk jadi buruh, peniaga, pemberita di sebuah akhbar tempatan, selain jadi guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di Perak,” katanya.

Berhasrat jadi pemuzik

Menurut novelis kelahiran Tanjung Rambutan, Perak, itu, pada mulanya beliau berhasrat menjadi ahli muzik, namun tidak tercapai.

Beliau beralih kepada bidang penulisan pada awal 1970-an.

Katanya, penglibatannya dalam dunia penulisan juga bermula setelah membaca novel Salina karya A Samad Said yang diberikan oleh seorang rakan ketika umurnya 17 tahun.

Jelasnya, setelah selesai membaca novel itu, keinginannya untuk menulis semakin membara sehinggalah terhasil beberapa cerpen dan esei ringan sekitar 1970-an.

“Cerpen pertama pakcik berjudul ‘Abah Nak Jumpa Abang’ tersiar dalam Utusan Zaman pada 18 April 1971 dan ia menjadi pendorong buat pakcik menghasilkan cerpen bermutu hingga berjaya meraih beberapa habeliauh menerusi sayembara sastera.

“Selain menulis cerpen dan novel, dahulu pakcik juga pernah menulis puisi. Sehingga kini lebih kurang 40 puisi telah tersiar dalam pelbagai majalah dan akhbar, namun kehadiran pakcik dalam genre ini tidak begitu ketara dan kurang diperhatikan,” katanya.

Dua minggu siapkan Senjakala

Menurut Baharuddin, antara karya beliau yang sehingga kini mendapat perhatian ialah novel Senjakala sehingga melayakkannya memenangi habeliauh ‘Zamalah Sastera’, sekali gus menjadi penerima kedua anugerah itu selepas Sasterawan Negara, Usman Awang pada 1985.

Katanya, beliau mengambil keputusan menghasilkan Senjakala dan menzahirkannya dalam bentuk penulisan pada 1985 selepas hampir setahun memendam idea serta jalan cerita novel tersebut di dalam fikirannya.

“Ketika itu pakcik tulis jalan cerita Senjakala dengan hanya menggunakan tulisan tangan dari pagi hingga ke malam, manakala salah seorang rakan tolong taip.

“Pakcik terpaksa menyiapkannya dalam masa dua minggu kerana pada 1985, kerajaan Malaysia hantar pakcik untuk mengikuti kursus penerbitan di Turin, Itali dan di Hertlepool, England,” katanya.

Menurutnya, beliau juga tidak menyangka Senjakala terpilih memenangi hadiah Zamalah Sastera pada tahun yang sama ia diterbitkan, selain menerima royalti.

Sehingga kini, Baharuddin telah menghasilkan lebih 10 novel yang dikeluarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), manakala novel Senjakala pula telah diulang terbit kali ketujuh tahun lalu.

Jelasnya, antara kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan ialah apabila manuskrip novel ‘Ceritera Dari Pinggir Taman’ setebal 500 muka surat hilang dalam simpanannya pada 2010.

“Ketika itu novel tersebut sudah hampir disiapkan dan disebabkan masalah pada komputer riba, semua manuskrip itu hilang, pakcik terpaksa tulis semula dari awal. Novel tersebut diterbitkan pada 2012,” katanya.

Menulis selagi ada kudrat

Menurut bapa empat anak itu, kegagalannya dalam perkahwinan terdahulu bersama bekas isterinya, Esah Abu Bakar, 65, juga tidak melunturkan semangatnya untuk terus menulis.

“Selagi ada kudrat, pakcik akan terus menulis dan menjual sate. Kadang-kadang ada juga pihak sekolah dan universiti yang jemput pakcik menyampaikan ceramah penulisan kreatif.

“Pakcik lebih suka merendah diri. Kegembiraan pakcik apabila empat anak pakcik semuanya melanjutkan pelajaran ke universiti, manakala anak kedua pula menunjukkan minat dalam bidang penulisan,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan DBP juga sering melawatnya di Segamat, selain memberinya peluang menzahirkan pandangannya terhadap bidang penulisan negara pada seminar yang diadakan.

Walaupun sudah bercerai, Baharuddin masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Sejak bekas isterinya sakit beberapa tahun lalu, beliau sering berulang-alik mengayuh basikal ke rumah bekas isterinya untuk menghantar makanan dan membelikan ubat.

-SINAR HARIAN


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Cikgu rokiah - cikgu yg sgt garang waktu een sekolah rendah. Siap boleh bagi pelempang lg kat budak2 nakal. Tp disebabkan dia la.. kami jadi manusia.

2. Cikgu sarimah - ajar een sejarah. Disebabkan dia een jadi minat kat sejarah. Ajar dengan detail & terperinci. Orang tak minat sejarah pun leh jadi minat sebab dia. Badan kecik tapi suara kuss semangat.. 1 blok boleh dengar

3. Cikgu zul - ajar add math. Tiap2 kali dia masuk kelas aje, mata een terus tutup (tido la tu ). Minta maaf byk2 cikgu.. bukan cikgu ajar tak best, tapi sy yg tak minat math.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2016 04:16 PM | Show all posts
eenhemo2 replied at 9-12-2016 03:59 PM
1. Cikgu rokiah - cikgu yg sgt garang waktu een sekolah rendah. Siap boleh bagi pelempang lg kat bud ...

TQ share.

Pasal Add Math mmg aku failed.............bila cikgu mula masuk ,aku mula angkat tangan n pi jamban ...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 9-12-2016 04:16 PM
TQ share.

Pasal Add Math mmg aku failed.............bila cikgu mula masuk ,aku mula angkat tang ...

Welcome

Mula2 waktu dekat sekolah lama, cikgu add math een chinese.. sangat bagus dia ajar. Kalau tak paham aje, dia explain kat kita. Siap tunjuk kat meja ( conteng meja ngan kapur)..

Bila tukar sekolah, cikgu ajar add math & math mod fresh grad, baik sangat..  berleluasa la mata nak tido aje. Alhamdulillah cikgu tu tak ada sumpah een fail math ke apa.. spm dapat b3 utk add math, a2 utk math mod. Kira okey la tu sebab een pernah dapat 9 utk add math time test  
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm nk share lg satu psl lect i
i kan mmg malu 'kat lec laki yg ajar i subjek xx ni
i tahan je malu tiap kali kls..sampai la i xlepas subjek he. masa tu tgh cuti sem..he kuarkan senarai yg lulus xlulus tu pun kt fb je.then he tulis la mcm result tu blh berubah lg cmtu.tp i snyp je lps dh kuar result..pastu mlm tu kwn2 kt group wssp bgtau lec cari i..then he mitk fb i..pastu he sendiri yg tanya u ni xkan snyp je.u tau kan u xlulus.i reply ckp tau..then he mrh ckp xkn u senyap je..i tunggu u merayu ke apa..then he tlg la tu pun ada syarat.well terharu sgt.sampai skrg i ingt lg

punya la i bsyukur he terbukak hati nk tlg i.kalo hrp i sendiri mmg i snyp je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2016 11:22 PM | Show all posts
dakusayamabu replied at 9-12-2016 11:20 PM
mcm nk share lg satu psl lect i
i kan mmg malu 'kat lec laki yg ajar i subjek xx ni
i tahan  ...

u ambk medic ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2016 11:24 PM | Show all posts
eenhemo2 replied at 9-12-2016 04:25 PM
Welcome

Mula2 waktu dekat sekolah lama, cikgu add math een chinese.. sangat bagus dia ajar. ...

Aku bukan rasis tp most kwn2 ckp bila cikgu Cina ajau BI,Math  mudah paham ....
Myb tu kelebihan depa.


anak2 buah aku ghamai masuk SRJC ...



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.898757 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list