Gugusan pulau dengan vila mewah terapung dilengkapi salji serta hujan di pesisir pantai Dubai bakal dibangunkan oleh sebuah syarikat Eropah yang dikenali sebagai Kleindienst.
Menurut laporan Forbes, selain telah menandatangani kontrak bernilai Dh4.8 bilion (RM5.8 bilion), syarikat tersebut juga mengumumkan pelantikan tiga syarikat bagi memulakan segera pembinaan keperluan infrastruktur, hotel dan resort di atas gugusan enam pulau, yang turut membabitkan pembangunan ‘The Heart of Europe’.
‘The Heart of Europe’ yang terletak ditengah-tengah projek mega itu adalah sebuah pulau berbentuk hati yang diilhamkan dari Maldives, akan menampilkan vila ‘kuda laut’ dengan bilik yang berada di bawah air, pantai pasir putih, lagun, kolam renang luas dan taman terapung.
Ia akan menampatkan pulau yang dinamakan sebagai St Petersburg, Jerman dan Europe.
Menurut Kleindienst, surat akujanji penerimaan yang ditandatangani pada 29 November lalu antara syarikat berpangkalan di Dubai – JK Bauen Building Contracting dan dua syarikat China, Wuchang Ship Building Industry Group dan Sino Great Wall International Engineering, secara rasmi menganugerahkan projek berkenaan.
“Pemeteraian perjanjian itu akan menjamin kerja pembinaan serta-merta resort, hotel dan projek infrastruktur di pulau-pulau berkenaan.“- CARI