CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17302|Reply: 25

Mimaland, taman tema popular di Gombak era 80-an kini tempat paling seram di Mal

[Copy link]
Post time 9-12-2016 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Ramai tidak tahu kewujudan tempat ini sehinggalah ia disenaraikan antara tempat paling menyeramkan atau berhantu di Malaysia.

Ia adalah sebuah taman tema di Malaysia yang menjadi pilihan ramai selepas memulakan operasi pada 1971, sebelum wujudnya taman tema moden seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun atau Wetworld Water Park Shah Alam.

Adakah anda tahu mengenai kewujudan Mimaland di Gombak? Benarkah tempat ini berhantu atau sekadar khabar angin?

Dua insiden menyumbang kepada penutupan taman tema itu.
mi-4


Pertama, kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut.

Kedua, tanah runtuh mengakibatkan kerosakan pada dinding kolam renang sama pada Mei 1994. Sama ada ia hanyalah kebetulan atau mempunyai unsur mistik seperti tersebar di Internet, Mimaland terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya.
mi 7



Rujukan akhbar dan carian di Internet mendapati Mimaland adalah taman tema pertama dan terbesar pada 1970-an yang diminati ramai khususnya warga kota Kuala Lumpur.

Menariknya tentang taman tema ini, ia bercirikan idea moden yang dilengkapi papan luncur air gergasi tinggi dan kolam renang terbesar di Asia Tenggara ketika itu, selain model dinosaur bersaiz besar, chalet dan restoran terapung, tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, “giant maze” serta merentas hutan.
mi 2


Kini, semuanya bagai “bandar berhantu” sejak ditutup 22 tahun lalu.

Malaysia In Miniature Land adalah singkatan bagi Mimaland yang pernah menjadi taman tema canggih dan terhebat pada era 1970-an dan 1980-an, meliputi kawasan seluas 300 ekar!

Kini, ia dikatakan berhantu kerana ditinggalkan sekian lama, ada menggelarnya kawasan keras dan kawasan hitam, namun ada laporan mengatakan syarikat hartanah berminat membangunkannya semula.

The Star melaporkan MPHB Capital Bhd (MPHB Cap) menggugurkan perjanjian usaha sama (JV) dengan Magna Senandung Sdn Bhd untuk membangunkan tanah Mimaland Bhd seluas 122 hektar di Gombak.

MPHB Cap dilaporkan memiliki 98% kepentingan dalam Mimaland. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MPHB Cap berkata keputusan menamatkan perjanjian itu dibuat selepas mencapai persetujuan bersama. Perjanjian usaha sama itu dimeterai pada 29 April 2011 untuk membangunkan semula taman teman yang ditutup sejak 1993.

Carian FMT Ohsem di Internet juga mendapati beberapa aktiviti seperti penggambaran filem dan aktiviti sukan pernah diadakan di Mimaland. Nampaknya, kawasan itu tidaklah “seram” seperti digambarkan.

Filem Sniper arahan Pierre Andre antara yang membuat penggambaran di Mimaland. Keratan akhbar mengenai pengalaman barisan pelakon juga mendedahkan pengalaman ngeri seperti mendengar suara perempuan menyanyi di tasik Mimaland, selain ada pelakon yang kerap terseliuh kaki.

Malah, 2 tahun lalu, penjelajahan basikal Lost World of Mimaland Mini Jamboree juga dianjurkan Kelab Berbasikal Alternatif Gombak (ACCG). Ia menarik minat 800 peserta yang meredah kawasan tidak berturap di Mimaland, mendaki laluan tidak rata dan anak sungai.
mi 5


Ia membuktikan betapa Mimaland diberi perhatian semula dan mungkin tidaklah seseram seperti yang diceritakan.

Liyana Mohamad, 30, berkata beliau berkunjung ke taman tema itu setiap hujung minggu bersama keluarganya sejak berusia 3 tahun sehinggalah ia ditutup. “Mimaland adalah port keluarga pada hujung minggu. Saya suka mandi di kolam renangnya yang dikelilingi hutan menghijau. Ia mengenangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Ditanya tentang khabar angin tempat itu berhantu, Liyana tidak tahu sama ada ia benar atau sebaliknya, namun beliau mahu melawatnya jika ia dibuka semula kepada orang ramai. “Kalau dibuka semula saya akan pergi, tak payah takut pasal hantu sebab kita pun pergi siang. Tetapi saya pasti tempat itu mendukung banyak memori kepada orang sekitar Kuala Lumpur,” katanya yang tinggal di Bukit Antarabangsa.

Seorang lagi wanita muda, Yiswaree Palansamy turut berkongsi pengalaman zaman kanak-kanaknya di Mimaland.

“Saya tak tahulah sama ada ia berhantu. Tetapi saya dengar bermacam-macam kisah mengenainya. Tapi tempat itu memang antara yang terbaik pernah saya lawat ketika zaman kanak-kanak.

“Pada pendapat saya, kalau dibuka semula pun, ia mungkin akan terus dilabel sebagai berhantu dan kisah-kisah seram berkaitan dengannya akan menjadi sebahagian daripada lokasi itu,” katanya.

FMT Ohsem berjaya menghubungi 2 bekas kakitangan Mimaland untuk mengupas lanjut isu ini.

Menurut Nasir Ahmad Sadar Ali, 53, yang kini menjadi peniaga mengakui Mimaland adalah tempat kerja yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi tempat kerja pertamanya selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Seronok sangat. Bila tinggalkan tempat itu, rasanya macam tinggalkan keluarga sendiri. Sebagai satu-satunya taman tema ketika itu, memang bangga bekerja di sana. Pelbagai tarikan dan semuanya gah, sayang ia ditutup untuk pelan pembangunan tetapi tidak dapat dibuka semula,” katanya yang bekerja di bahagian makanan dan minuman ketika itu.

Nasir yang tinggal di Gombak berkata, Mimaland bukannya ditutup kerana kemalangan maut mahupun bencana tanah lumpur memasuki kolam renang, sebaliknya pihak pengurusan merancang melakukan pembangunan semula yang akhirnya tidak berjaya.
mi 1


Beliau berkata, berita kawasan itu berhantu bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan taman itu sudah lama terbiar dan dikelilingi hutan.

“Cerita hantu, jangankan sekarang sejak saya kerja lagi ada, sebabnya ia dikelilingi hutan. Biasalah,” katanya yang cuba memasuki taman teman itu selepas ia ditutup, namun dihalang penjaga.

Seorang lagi bekas kakitangan Mimaland, Tarrence Francis Gigon, 69, berkata sepanjang bekerja di sana lebih 20 tahun, beliau tidak pernah mendengar sebarang cerita hantu.

“Tak mungkinlah ada hantu. Sejak ia mula dibina pada 1969, saya pernah berjalan seorang tetapi tak pernah pula nampak hantu. Oleh kerana saya dalam jabatan pembinaan, saya kerap bermalam di situ,” jelasnya.

Malah, Tarrence percaya berita itu sekadar khabar angin sahaja.

“Ia adalah tempat paling seronok untuk bekerja. Saya memang rindu tempat itu. Saya susah hati apabila ia ditutup selamanya,” tambahnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar plis.... iols x dpt nak bayangkan... sbb iols dok ipoh..asik terbayangkan taman tasik sm nor bt gajah hehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:42 PM | Show all posts
chiquititamichi replied at 9-12-2016 08:25 PM
Gambar plis.... iols x dpt nak bayangkan... sbb iols dok ipoh..asik terbayangkan taman tasik sm nor  ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:48 PM | Show all posts
Dulu dan sekarang
























Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
syg seribu kali syg..
dimomokkn dgn citer antu plak

#silameninggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2016 08:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:56 PM | Show all posts
Taman tema yang terbiar.Sekarang sudah jadi hutan belantara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila ahhhh...mau lari x cukup tanah kot sape2 tersesat dlm hutan terjumpa plak denosor ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo masih ade dinasor2 tu hingga kini. Padanla seram
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
desa waterpark pun dah tutup kn?
terbaca kat mana ntah haritu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:48 PM | Show all posts
Jadikan taman tema hantu saja lah kalo gitu. Masuk percuma. Siapa kena rasuk kita tak tanggung hokay
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:57 PM | Show all posts
b!natang replied at 9-12-2016 09:48 PM
Jadikan taman tema hantu saja lah kalo gitu. Masuk percuma. Siapa kena rasuk kita tak tanggung hokay ...

Yeah!!! My wifey Puan Botakchinpeng buat lawak!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 9-12-2016 09:39 PM
desa waterpark pun dah tutup kn?
terbaca kat mana ntah haritu

Dah tutup ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 10:16 PM | Show all posts

dah...pastu jumpa ni tadi
http://www.thestar.com.my/metro/ ... -mixed-development/




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 09:37 AM | Show all posts
patut lah tempatnya menakutkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2016 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah dengar pun tempat ni. Tapi kalau ikut lokasi dalam hutan tu.. no wonder dia berhantu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 07:03 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 9-12-2016 01:39 PM
desa waterpark pun dah tutup kn?
terbaca kat mana ntah haritu

dah DBKL amik balik utk buat perumahan mampu milik  
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 07:04 AM | Show all posts
eenhemo2 replied at 10-12-2016 08:43 AM
Tak pernah dengar pun tempat ni. Tapi kalau ikut lokasi dalam hutan tu.. no wonder dia berhantu.

takde pula pembalak haram dikacau hantu     
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2016 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Prnah pegi masa kecik2 dulu..
Skrg mmg nmpk seram Sgt..berpuluh tahun terbiar..trbayang2 binatang2 tu hidup waktu malam.. Tinggi sungguh imaginasi aku..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066763 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list