CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4831|Reply: 15

Ingat Tindik Telinga Bayi Itu Cantik? Selepas Baca Ini Anda Mungkin Ubah Fikiran

[Copy link]
Post time 15-12-2016 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Foto: Carian Google


Kebanyakan ibu bapa sekarang terikut-ikut sangat dengan trend dan berasa ghairah untuk menindik telinga bayi perempuan mereka.


Namun tahukah anda sebenarnya jika ia dilakukan tanpa pengawasan yang sewajarnya, luka tindikan tersebut akan menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan.


Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn. Bhd. Dr. Zubaidi Ahmad, luka tindikan pada bayi akan menyebabkan jangkitan kuman tetanus.


Cara untuk memastikan tindikan dilakukan dengan cara yang bersih:


1. Suntik anak anda dengan vaksin diphtheria-tetanus-pertussis (DTap) yang melindunginya daripada kuman tetanus.


2. Tunggu usia anak anda enam bulan dan ke atas.


3. Lakukan proses tindikan di klinik kerana doktor menggunakan jarum pakai buang yang telah disterilkan.


Foto: feminiya.com


4.Pastikan anting-anting untuk bayi diperbuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium.


5. Elakkan anting-anting yang diperbuat daripada kromium iaitu sejenis bahan logam yang disadur dan mudah berkarat kerana akan menyebabkan radang dan alahan.


6. Selepas tindik, perhatikan luka dalam masa enam minggu pertama dengan membasuh bahagian ditindik dengan air bersih.



Foto: Carian Google



Jadi, ibu bapa di luar sana jangan ambil remeh tentang perkara ini ya. Pastikan anak anda sentiasa dalam keadaan baik dan terpelihara kesihatannya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 05:26 PM | Show all posts
baby2 tak payahla tindik2. tsangkut ke pe. naya je. tunggu la besar2 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 05:34 PM | Show all posts
Nampak macam cantik, tp byk bahayanya la
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik x cantik ke..xpyh la nk tindih telinga ank2 tu..kecik lg..buat naya ke dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tindik telinga baby buat pe? Tunggu dah besar nnti la. Parents la ni. Adoii..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 10:58 PM | Show all posts
buat masa 5 months, sini tindik serentak dedua telinga, so dua orang yang tindik.
tak menangis sama sekali sebab telinga kebas kan.. dan tak menangis langsung
lepas kebas tu hilang, tak da luka pun, tetiap hari selama sebulan kena
sapu cream tak bagi infection.

so my baby ada first diamond for baby
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2016 06:54 AM | Show all posts
faraway1 replied at 15-12-2016 10:58 PM
buat masa 5 months, sini tindik serentak dedua telinga, so dua orang yang tindik.
tak menangis sama ...

'permata' si imani hang ada tindik sekali tak untuk cangkukkan another diamond ring, macam maknya??




P.S......jendul si imani tuh terhantuk apa??



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak anak pompuan ai dah 5 and 3.Terasa la nak tindik dorang sebab nampak comel je tapi bapak nye x kasik.  Katanye takut anak dia sakit. Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2016 12:21 AM | Show all posts
mannakkautau replied at 15-12-2016 05:54 PM
'permata' si imani hang ada tindik sekali tak untuk cangkukkan another diamond ring, macam maknya? ...

Phedophile betul kau ni,budak kecik camtu pun kau bayangkan ...
manak Phedophile
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 10:01 AM | Show all posts
faraway1 replied at 18-12-2016 12:21 AM
Phedophile  betul kau ni,budak kecik camtu pun kau bayangkan ...
manak Phedophile

Bukan hang Yang hidup  penuh dgn bayangan Kah?????


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 02:40 PM | Show all posts
my eldest doter mintak utk tindik telinga masa age 6 thn..this year
tu pun sbb ikut kawan tadika dia tindik..

ikutkan aku...koser nak bertindik bagai...
buat apa nak buat2 lubang kat badan seniri kan...

tindik kat poh Kong..
2 org tembak sekali gus..terkejut dia....then trus nangis jap...

pastu paksa2 adik dia age 2thn tindik..
adik dia tanak...tgk kakak nanges kena tindik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 07:22 AM | Show all posts
koko2 replied at 20-12-2016 02:40 PM
my eldest doter mintak utk tindik telinga masa age 6 thn..this year
tu pun sbb ikut kawan tadika di ...

segala kata putus samada ditindik atau tidak,  primarily yours???? Never in consultation with bapak budak?????
Be very careful when you answer..........




Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 09:40 AM | Show all posts
anak aku yang 3 tahun sibuk nak tindik telinga...sekali aku bawak pi kedai emas nk tindik...baru sebelah dia dah meraung....sudahnya sebelah jek la...ni umur dia dah nak masuk 4 tahun idak le tindik lagi seblah telinga...nak tunggu dia dah darjah satu nnti baru tindik balik...

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dah habis skola la baru tindik..kat skola bukan bole pakai pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 3-1-2017 09:43 PM

Me kalau boleh nak elak anak menindik..sbb pernah baca n amalkan juga..time mandi wajib kena ensure air lalu kat lubang tu...means kena buat sehabis baik la...so me xnak leceh kan anak2..so kalau nk hias telinga..pakai je la jenis klip..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:31 PM | Show all posts
I got my ears pierced when i was 5 kot. My mom bawak pergi kedai emas. Sampailah a few years back i rasa rimas, macam kerap gatal etc, i decided tak nak pakai any earrings dah and now dah tertutup dah lubangnya. Lega
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056577 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list