CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mr_cool5885

Tanda2 sebelum meninggal..

[Copy link]
Post time 25-12-2016 02:28 PM | Show all posts
bukanlah nak mempercayai semua ini...mungkin kebetulan..mungkin juga telah ditentukan..

benda ni terjadi pada saya sendiri..mengenai arwah mak... dalam sebulan lebih sebelum mak pergi, saya dan isteri rs heran sebab tiba2 ada seekor burung hantu warna putih datang melepak kt umah.

Burung tu memang hari2 ada lepak kt tempat bracket kompressor aircond tu. siang malam kat situu je duduk..kami sekeluarga ingat mungkin burung tu lepak sb musim migrasi burung ke...ade perubahan cuaca ke...lagipun tempat yang kami tinggal ni memang berdekatan dengan pusat konservasi burung liar..takde la pikir yang bukan2..its all about science and nature kekdahnye.. siap bagi nama CIKO lagi kt burung hantu tu...

kemudian..2-3 hari sebelum mak pergi, tiap2 malam burung hantu tu asik buat bising je..sebelum ni tak pernah bising pun..kami andaikan mungkin ada mickey mouse berkeliaran kot...tu yang burung hantu (CIKO) tu asyik bising je...

awal pagi isnin tu...sebelum saya berseorangan bergerak ke sebuah institut di Melaka, kebetulan mak tengah siap2 utk bangun sebelum subuh . saya salam dan cium pipi dahi mak dan saya perasan yang mata mak saya tidak clear macam sebelum ni.. biasanya kalo kita tgk mata seseorang tu kita akan nampak refelection kita kan...tapi pada hari tu..mata mak macam pudar...

sampai je kt umah sewa di Melaka, patutnya pagi tu saya terus ke kelas. Tapi saya rasa mengantuk yang amat sangat. Lepas mandi konon2 nak refresh badan terus saya flat tido sampai ke petang. sampai housemate pun heran.

dalam jam 6.30 petang mcmtu, saya dapat call dari isteri yang mak macam penat sikit. Saya pun suggest pada isteri untuk standby siap2 ID mak untuk dibawa ke hospital dan saya pun tak tahu kenapa lepas tu saya terus call abang dan kakak paksa diaorg datang ke umah saya petang tu jugak. Walaupun saya tau yang abang dan kakak masing2 menetap di kedah dan selangor.

Dalam tempoh tak sampai setengah jam, isteri saya menangis2 dalam telefon kate mak baru je meninggal.  Masa Isteri saya tgh bersiap dan nak adun anak lagi, mak saya bgtau yang mak nak tidur kejap. Last2 mak tidur untuk selamanya.

di pendekkan cerita, keesokkan hari bila telah selesai dan selamat semuanya, burung hantu putih yang kami bagi nama CIKO tu pun terbang tak muncul2 sampai skang.     


Alfatihah untuk mak dan ayah yang telah bekorban dan bersusah payah segalanya untuk membesarkan kami adik bradik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah mak aku,  ada beberapa ketika sebelum arwah meninggal,  ternampak arwah nenek (mak kpd mak) aku kt rumah kami. Bila cerita kat abah, abah cakap tu perasaan mak je sebab arwah nenek tak sampai setahun pun meninggal, tambahan plak nenek pernah duduk dengan kami sebab nak jaga nenek. Tup tup mak aku meninggal secara mengejut.  Tengah berdiri solat sunat batuk-batuk terus putus nafas.

Arwah abah aku pulak,  pas mak meninggal, duduk sorang-sorang kat rumah tu. Anak-anak dah besar dan berhijrah.  Rumah asalnye ada 3 bilik abah renovate tgglkan bilik 1 (kami 2 beradik je)  alasan sebab rumah lapang skit. Ada 1 petang tu, abah ternampak arwah mak pakai telekung kt celah2 pokok bunga kertas favourite mak. Muka sedih je. Tak lama lepas tu abah meninggal. Serangan jantung. 7 tahun lepas mak meninggal.

Al fatihah utk kedua duanya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 03:29 PM | Show all posts
best kan ada tanda2 atleast kita boleh ready kan diri mentally. arwah mak pergi tak ada tanda.. tak ada pesan terakhir. no nothing.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 09:53 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 10:07 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 01:08 PM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 29-12-2016 01:10 PM
Mmm... 31 Ogos 2016... Adalah satu tarikh yang memang haku akan ingat smpai bila2... Tarikh pemergian ibuku yang tercinta..


Sebelum arwah pergi tue.. memang dah sakit.. dan sebulan lebih sebelum tue memang dimasukkan ke hospital.. Beraya Aidilfitri pun kat hospital.. Haku lik kampung beraya pun memang jaga arwah di hospital..teman tido di hospital.. Terngiang2 jugak lagi arwah dok pujuk teman.."tak kesian kat mak ka.. dok sorang-sorang kat hospital neh"... sayu ja hati haku.. memang haku teman ha..Niatnya begitu.. sebab haku tengok misi-misi kat wad tue memang takdak nk tukarkan pempes mak haku pagi2 tue.. (sebelum haku balik dari Johor).. jaga sungguh la smpai tergeliat pinggang haku masa angkat mak haku pindah turun dari katil ke kerusi sebelah... haha! sambung cuti raya sebab tergeliat pinggang.. siap kena perli ngan bos haku.. nama ja belajar bidang marine engineering, tapi tak amalkan kaedah2 keselamatan..nak angkat barang cemana gaya.. adehh..


Lepas keluar hospital, kami (haku dan abg) memang ada dok sembang2 pasal nak beli menatang oksigen (alat bantuan pernafasan eletrik punya) untuk arwah.. sebab mak haku neh sakit buah pinggang..kami adik bradik memang takmau dia buat dialisis pun dengan usia emas macamtue.. takut lagi terseksa sakit dan takut sakit lain plak yang datang.. itu yang bila buah pinggang gagal berfungsi, air tue penuh lam paru2..jadi sesak nafas dan beliau memang memerlukan alat bantuan pernafasan tue.. Air plak leh minum sehari 500ml ja..500ml tue termasuk ngan buah2, nasi2 berkuah semua..mmmm...


Lupa nak gitau... masa hari first mak haku dimasukkan ke hospital tue..nak dijadikan cerita, misi yang biasa masukkan benda kat saluran kencing tue gitau, tak jumpa plak lubang tue.. jenuh la doktor pun dok kerosok2 nak buh benda tue tapi tak jumpa lubang..macam dah tertutup.. (yang neh arwah nyembang2 cerita sendiri kat haku.. haku dah menyirap la kan sket masa neh...mula pikir pelik-pelik)... disebabkan takleh buh menatang tue, arwah memang terpaksa pakai pempes jela..


Bila dah kat umah, arwah kadang-kadang ok.. kadang-kadang tak (sesak nafas).. Haku lak dah lik bekerja semula kat Johor.. yang menjaga arwah.. abang dan kak ipar haku la.. 1 day tue kak ipar haku hantar sekeping gambar arwah.. Katanya dah dicukur rambut abeh botak oleh abg haku..senang tak gaduh nak sikat-sikat dah lepas mandi.. (rambut arwah agak lebat dan kerinting kasar)...


Rupanya kan... ini kak ipar haku dan abg haku yang perasan.. lam tempoh sebulan lebih lepas kena cukur kepala tue, rambut arwah memang tak tumbuh langsung.. Mula2 diorang memang tak amek port sangat.. lepas arwah dah pergi, masing-masing baru teringat...


Pemergian yang tak disangka pun sebab 2 hari sebelum tue, haku elok ja berckap2 ngan arwah.. ceria ja suara arwah..haku tanya.. mak dah leh jalan-jalan ka? arwah jawab dengan ceria.. "mak boleh dah berjalan sikit-sikit.. hang sibuk gheja.. tak balik pun takpalah"


Haku memang tak sempat pun nak mandikan arwah..mmm.. ralat juga...tapi orang biasa bagitau.. biasanya orang yang paling arwah sayang tue la yang kadang2 tak sempat jumpa.. Arwah meninggal lam kul 8.00 mlam.. haku malamtue jugak naik train balik utara.. memang lam keadaan kelam kabut gitu tak tingat langsung nak naik flight pagi esoknya dari senai-bayan lepas.. serius.. sampai harineh haku tingat2 lagi...  Sampai jer ke pusara jam 11 pagi, anak2 sedara dan abang haku dah kambus2 ngan tanah pusara arwah...


Mmmm.. dah selesai talkin semua.. masa nak melangkah keluar dari tanah perkuburan tue, haku sayu memandang pusara arwah.. terngiang2 kata2 mak haku.. "tak kesian kat mak ka..tinggal mak sorang2...."  serius.. meleleh sungguh air mata haku even sekarang pun...


Pusara arwah mak haku berdekatan dengan pusara arwah bapak haku.. (ujung kaki kubur arwah bapak haku).. Arwah bapak haku pergi meninggalkan keluarga kami masa haku berumur 15 tahun... dan tahun neh.. selepas 20 tahun.. arwah mak haku pula dijemput oleh Illahi...


Al-fatihah untuk arwah mak dan arwah bapakku yang tercinta...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2016 12:46 PM | Show all posts
lavender_aqua replied at 19-12-2016 02:49 PM
kisah 3 pun jadi kat aku tapi again aku tak perasan atau tak kisahkan sgt perasaan tu.

2008, masa ...

tragisnya..sedih..
innalillahiwaninna ilahiraajiun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 12:51 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 29-12-2016 01:08 PM
Edited by BabeYSHa at 29-12-2016 01:10 PM
Mmm... 31 Ogos 2016... Adalah satu tarikh yang memang ha ...

sekurang-kurangnya mod Bicha dah berbakti..
besar pahalanya...
sebut pasal ni..nak juga tulis kat sini pasal ayah..tapi takleh..aku sebak..
semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang mendapat keampunan dan orang2 yang beriman

al fatihah untuk yang telah tiada...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 05:01 PM | Show all posts
mak aku baru meninggal.sakit tak lama. masuk hospital dalam 10 hari. satu benda yang aku perasan sangat masa di hospital dia tau bila pesakit dekat-dekat dia nak meninggal. masa mula-mula masuk dia di CCU. dia stay dalam bilik sorang. depan bilik tu ada stor peralatan dan dinding. sebelah dinding tu ruang utk icu yang ramai-ramai tu. kebetulan ada pesakit yang dah teruk dan nak dihentikan mesin hayat jadi dr benarkan keluarga dia masuk ramai. mak aku tiba-tiba blh cerita kat aku masa aku melawat dia yang orang depan tu dah nk meninggal dan keluarga dia dibenarkan masuk ramai.padahal dari bilik dia memang tak nampak pun apa jadi kat depan tu sebab ada dinding.

lepas tu dia dipindahkan ke wad biasa. hari kedua di situ orang katil depan mak aku terhenti pernafasan jadi dr dengan nurse tarik langsir tutup katil orang tu dan juga langsir katil mak aku. tapi mak aku boleh tau apa diorang buat dekat pesakit depan tu. siap boleh cerita lagi orang buat cpr. sedangkan memang tak nampak pun.

aku sempat jaga mak aku hari-hari terakhir dia. dia sihat siap blh bangun pi toilet sendiri. tak boleh keluar wad pun sebab ada demam sikit. tapi yang aku rasa tak sedap hati dia selalu takut. dia dok ulang kata "dia mai dah, mak takut..." sampai mintak aku janji jangan tinggal dia sebab dia takut. malam last tu dia tido pegang tangan aku sampai pagi. aku langsung tak terpikir yang mak aku dok sebut dia mai dah tu rupanya masa dia dah sampai. mungkin malaikat dah mai melawat dah. esoknya mak aku meninggal tapi aku terkilan sangat masa tu aku tinggalkan dia sbb time tu masa dr melawat jd keluarga pesakit tak blh tunggu. dia siap pesan aku mai balik. masa aku mai balik lepas waktu lawatan dr tu mak aku dah tak sedar. dr tengah buat cpr. jantung mak aku terhenti masa tido. yg sedar dia macam tu pesakit depan dia panggil nk ajak sembang tp mak aku tak jawab. terus dia panggil nurse.

tapi sejak 10 tahun lepas sedar aku ada habit pelik yang aku rasa takut. benda ni start dengan rakan sekelas aku (lelaki) yang aku tak pernah cakap dengan dia sbb aku cuma ada satu kelas dengan dia jadi tak kenal sangat. satu hari tu dia tegur aku sebelum kelas start. siap berkenalan dan cerita mengenai diri dia lagi. sepanjang dia cerita aku asyik renung tangan dia. biasanya aku jenis bercakap tengok muka org tp hari tu bersungguh aku tgok tangan dia. 3 hari lepas tu dia accident di highway dan meninggal. ironiknya aku yang ada di tempat kejadian pada masa tu.

perkara yang sama juga aku buat 2 hari sebelum raya. pakwe aku hantar balik dan aku tengok tangan dia bersungguh2. hari raya kedua dapat panggilan dia dah meninggal serangan jantung semasa tido sedangkan dia memg fit (dia seorang polis) dan tak pernah sakit pun.

aku renung tangan maksu aku dan seminggu lepas tu dia meninggal (dia dah lama sakit). aku renung kaki bapa mertua aku yang tak sedarkan diri dah seminggu di hospital dan esoknya dia meninggal. dengan mak dengan datuk aku pun aku buat benda yang sama. mak aku meninggal esoknya dan datuk aku meninggal seminggu lepas tu. aku jadi malas nk menjiarah orang sakit sekarang ni. instict mcm ni buat aku rasa takut pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
CikMooMoo replied at 30-12-2016 05:01 PM
mak aku baru meninggal.sakit tak lama. masuk hospital dalam 10 hari. satu benda yang aku perasan san ...

Wow ramainya oghang utagha dalam ni...ot jap ek..
Moo moo i rasa u ada six sense la..anugerah tuh.m
Dulu2 ramai je expert bab2 ni singgah kt bod mps...teringat salah sorang..adika ka adira ka..aduka nama dia. .dia pandai ubat org..n dia akan bagi advise pada kita
  
Yang pergi tetap pergi ...allahumagfirlahu warhamhu wa a'fihi wa'fuanhu...
Al fatihah kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita..kita pun satu hari nanti akan menyusul sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 02:40 PM | Show all posts
aku jadi sedih bila baca yang mak mak uolls ada tanda2 nak meninggal...
mak i langsung tak ada...
org kata kalau nak meninggal kaki jadi flat lurus - tak ada pun
org kata kalau dah nak meninggal mata tak nampak - dia meninggal esok nya pun mlm ni still kenal org2 yg lawat dia...
dia meninggal kat hospital..mlm sebelum meninggal we both cerita2 mcm biasa je... mmg dia on oxygen..dia kata "biasalah sakit mcm biasa je keluar masuk hospital..besok2 baik lah..." but subuh nya dia dah start sesak nafas and unconscious..then she "left" slowly..and peacefully...
mmg dia keluar masuk hospital sebelum tu... and memang i tak expect she would leave that soon... i lost her almost 7mths ago.
sedih nya...kadang2 masih terbayang setiap moment yang berlaku waktu dia nak meninggal tu..

what makes me wonder is why...tak ada pesan terakhir....kata2 terakhir... even tak ada bagitau pun mana dia simpan brg2 dia.... etc...kenapa org lain ada? kenapa org lain yg nak meninggal di datangi arwah2 keluarga mereka tapi mak tak ada?

i missed her alot!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:07 PM | Show all posts
arwah abah aku sblm meninggal mmg byk bg tanda2. siap ckp atuk aku dtg ajak blk kg, nampak kucing byk2 dlm bilik wad la. padehal aku dgn abah aku je mase tu dlm bilik tu yg paling scary mase tgh mlm abah aku ckp cantiknyee org sebelah kau tu ya allahh aku punye la scary mery. byk lg la maybe ade yg aku da lupe. sempat la jgk berkampong kt spital 2 bln.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:08 PM | Show all posts
arwah abah aku sblm meninggal mmg byk bg tanda2. siap ckp atuk aku dtg ajak blk kg, nampak kucing byk2 dlm bilik wad la. padehal aku dgn abah aku je mase tu dlm bilik tu yg paling scary mase tgh mlm abah aku ckp cantiknyee org sebelah kau tu ya allahh aku punye la scary mery. byk lg la maybe ade yg aku da lupe. sempat la jgk berkampong kt spital 2 bln.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:08 PM | Show all posts
arwah abah aku sblm meninggal mmg byk bg tanda2. siap ckp atuk aku dtg ajak blk kg, nampak kucing byk2 dlm bilik wad la. padehal aku dgn abah aku je mase tu dlm bilik tu yg paling scary mase tgh mlm abah aku ckp cantiknyee org sebelah kau tu ya allahh aku punye la scary mery. byk lg la maybe ade yg aku da lupe. sempat la jgk berkampong kt spital 2 bln.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:11 PM | Show all posts
arwah abah aku sblm meninggal mmg byk bg tanda2. siap ckp atuk aku dtg ajak blk kg, nampak kucing byk2 dlm bilik wad la. padehal aku dgn abah aku je mase tu dlm bilik tu yg paling scary mase tgh mlm abah aku ckp cantiknyee org sebelah kau tu ya allahh aku punye la scary mery. byk lg la maybe ade yg aku da lupe. sempat la jgk berkampong kt spital 2 bln.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:11 PM | Show all posts
arwah abah aku sblm meninggal mmg byk bg tanda2. siap ckp atuk aku dtg ajak blk kg, nampak kucing byk2 dlm bilik wad la. padehal aku dgn abah aku je mase tu dlm bilik tu yg paling scary mase tgh mlm abah aku ckp cantiknyee org sebelah kau tu ya allahh aku punye la scary mery. byk lg la maybe ade yg aku da lupe. sempat la jgk berkampong kt spital 2 bln.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2017 04:12 PM | Show all posts
aiyo berape kali post daa.adoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pulak baca thread ni. Rata2 kisah meninggal dunia makayah yg tak mampu aku imagine kehidupan tanpa diorang. Alfatihah utk arwah semua semoga mereka tenang disamping pencipta.

Arwah tokwan belah mak (tok lelaki tapi belah utara panggil tokwan) ialah tok yg paling rapat dengan aku and adik bradik. Pemergian dia boleh menyebabkan mengalir air mata sebab dia sgt baik pada kami. First dia operate sakit dalam perut, dalam usia 80an dah, dah tua. Masa dia hospitalized ni aku antara yang teman makcik jaga tokwan kat hospital. Lepas discharged, arwah balik rumah dan banyak orang datang melawat. Semuanya kelihatan normal dan arwah nampak fresh balik.

Sampai la detik aku kena berangkat g oversea, last aku salam dgn arwah dia cakap kat aku boleh baik ke dia? Dia tak rasa dia boleh sembuh (sambil pegang perut). Selang setengah tahun, arwah dimasukkan ke hospital balik sebab sakit dalam perut kembali. Pembedahan kedua dijalankan tapi kali ni agak risiko. Arwah meninggal masa kat hospital februari 2015 masa aku masih di oversea.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
My fren.. mak dia baru meninggal semalam..sblm tu dia ckp dh ada org merawat dua kali..nak bawak p balik dah..kali ketiga dia ckp dia mgkn dh tiada.. lps tu dia ckp lagi org tu dtg melawat lagi..sblm meninggal arwah asyik tnya jam berapa..alfatihah untuk arwah.. semoga ditempatkan dikalangan org beriman.. meninggalnya seorg ibu..hilanglah antara doa yang makbul..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 01:47 PM | Show all posts
lonso replied at 4-1-2017 08:29 PM
My fren.. mak dia baru meninggal semalam..sblm tu dia ckp dh ada org merawat dua kali..nak bawak p b ...

innalillahiwainna ilayhi rojiun..semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat Allahbetul...bila mak dah tak ada..terasa hidup tak berkat and terasa kesempitan hidup. padahal dulu2 tak pernah pun mintak duit mak.

tapi bila mak tak ada ni...ada je hal yg tak baik terjadi...


best plak ada tanda2 nya.. arwah mak langsung tak ada

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.108378 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list