CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10396|Reply: 88

Edisi PPRT : Nenek Muda 38 Tahun Jaga 3 Cucu

[Copy link]
Post time 16-12-2016 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Ekceli ni berita semalam tapi Tapa sibuk plak ada hal lain sampai lupa nak shared dgn forummer sume.

sumber : utusan   

"Nenek nak kicap," ujar Safiya kepada neneknya. Sambil berbisik, wanita berusia 38 tahun yang dipanggil nenek itu membalas, "Mana ada kicap, kan dah lama habis. Makan nasi dengan telur saja ya. Jangan bising-bising."

Biarpun perlahan suara Rohana Ibrahim berbisik pada telinga kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu, masih dapat ‘ditangkap’ oleh telinga saya.
Pilu menerjah seketika perasaan saya kerana tidak menyangka perbualan yang sarat dengan keinsafan itu menyambut saya sebaik melangkah masuk ke rumah wanita berkenaan di Flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Mulia di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tiada yang lebih menyedihkan apabila seorang nenek perlu menyatakan tiada makanan yang diinginkan cucunya walaupun sekadar sebotol kicap.
Apatah lagi jika hanya mampu memberi minum teh kosong sebagai pengganti susu kepada bayi yang berusia empat bulan. Namun, itulah yang terpaksa dilalui Rohana setiap hari.
Dek kerana desakan hidup yang tidak terhingga, dia tiada pilihan lain terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga tiga cucunya yang berusia antara lapan bulan hingga tiga tahun.
Ibu kanak-kanak itu, yang juga anak perempuan sulung Rohana, tinggal berasingan kerana perlu bekerja jauh dari flat tersebut.
Memahami kesusahan hidup yang ditanggung anaknya untuk menyara keluarga, Rohana yang juga menghidap penyakit buah pinggang sejak sembilan tahun lalu, sedikit pun tidak berasa terbeban untuk menjaga cucu-cucu yang merupakan darah dagingnya.
Namun, terselit rasa terkilan kerana dia tidak dapat memberikan kehidupan yang sempurna buat kanak-kanak itu. Bukan kata makanan berkhasiat, nasi dan susu juga tidak mampu disediakan.
Malah, dia juga tidak dapat merawat masalah ekzema kronik yang dialami cucunya.
Rohana yang tidak bekerja, bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, termasuk bekalan makanan seperti beras, tepung, gula dan susu.
Suaminya pula tidak mempunyai kerja tetap kerana menghidap sakit pada paru-paru.
“Biasanya bekalan beras dan keperluan lain habis sebelum sempat sampai bekalan baharu. Jadi sementara menunggu bekalan, anak-anak dan cucu-cucu makan apa sahaja yang ada, biasanya biskut yang masih tinggal.
“Jika beras habis, cekodok tepung jadi makanan ruji kami. Anak-anak tidak banyak kerenah tetapi kesian pada cucu yang baru berusia setahun dan lapan bulan kerana mereka ada masalah ekzema, yang sepatutnya tidak boleh makan telur dan ikan bilis.
“Masalahnya, saya tidak mampu beli lauk lain. Hendak beli susu untuk mereka pun tidak cukup duit, apatah lagi hendak sediakan ayam dan sebagainya,” ujarnya sebak.
Ketika kunjungan saya dan jurugambar ke kediamannya, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu. Rumah yang diduduki mereka tidak ubah seperti stor menyimpan barang-barang lusuh.
Tiada katil, peti ais, mesin basuh, almari dan kerusi, hanya beberapa buah plastik hitam yang dipenuhi dengan kain baju milik seluruh ahli keluarga itu.
Paling membimbangkan, rumah didiami sembilan beranak itu termasuk suami, empat anak berusia antara 9 hingga 18 tahun dan tiga cucunya bakal disita ekoran gagal melunaskan sewa bulanan sebanyak RM124 sehingga mencecah tunggakan lebih RM10,000.
Mengenangkan bakal kehilangan rumah yang menjadi tempat berteduh sejak 14 tahun lalu, hati Rohana jadi tidak keruan.
Katanya, masalah tunggakan berlaku sejak 2005 apabila suaminya berhenti kerja dan anaknya pula terlibat dengan kemalangan, menyebabkan kedua-duanya tidak dapat bekerja sehingga terputus sumber pendapatan seluruh keluarga.
Sedaya upaya Rohana cuba menyelesaikan masalah itu, namun pelbagai kekangan menyebabkan dia tidak dapat melunaskan tunggakan itu sehingga akhirnya menerima notis sita terakhir daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu dan bekalan air akan dipotong.
Akui wanita itu, sekiranya terpaksa juga keluar dari rumah itu dan merempat di bawah jambatan atau kaki lima sekali pun dia pasrah.
Namun, apa yang menyedihkan bagaimana nasib anak dan cucunya yang masih kecil dan memerlukan tempat perlindungan.
“Saya tidak kisah hidup melarat, tetapi setiap kali melihat wajah anak dan cucu-cucu saya ini, saya jadi sayu. Boleh kata hampir setiap malam saya menangis sendiri.
Saya mengaku, saya bukan ibu dan nenek yang baik kerana tidak dapat menjaga mereka seperti orang lain. Tetapi saya sahaja yang mereka ada, jika saya tiada satu hari nanti, macam manalah mereka akan teruskan hidup,” katanya sambil air mata laju mengalir.
Ditanya adakah dia terbeban dengan keadaannya itu, Rohana mengakui, menerima seadanya ketetapan Tuhan dan mahu teruskan hidup.
“Saya masih mempunyai emak yang tinggal di Sentul. Setiap minggu saya akan jenguk emak dan usung anak dan tiga cucu saya menaiki LRT. Bukan mudah nak naik LRT dengan budak-budak ini, tetapi saya gagahkan kerana saya masih ada emak yang perlu dijenguk dan dijaga,” katanya.
Ketika ini, Rohana menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan dan zakat daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sebanyak RM500 termasuk keperluan makanan harian selain turut menerima upah mengurut orang.
Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun: Siti Hajar Ibrahim Mohd. Rafiee MAYBANK 114348155510
* Bayangkan umur 38 tahun dah ada 3 cucu !! dimana ibu-ibu lain pada waktu ni mula memfokuskan pada kehidupan berkeluarga,kerjaya. Tak ditulis plak berapa umur anak perempuan yang cerdik sangat merancang sampai ada 3 anak tu. Anak lelaki plak umur 18 tahun, chuolls sume fikir la berapa umur anak perempuan sulung yang juga ibu kepada budak2 tu.
Cuba forummer tengok dinding rumah tu dengan berkerak, hitamnya naik geli Tapa. Tu belum tengok bantal tempat cucu dia baring lagi. Miskin sangat ke sampai takde sarung bantal ? lagi Tapa heran, dah tau rumah dia sempit tp dia boleh plak ada perangai Hoarder simpan barang2 dalam rumah.
Nampaknya disini betul la apa yang forummer ni sume dok gebangkan pasal perancangan keluarga mmg ada benarnya. Taraf pendidikan jugak boleh memainkan peranan tahap pemikiran sesuatu ummah tu.
Hauknya lahai wartawan Utusan ni, paling koman pun petik la berapa tahun umur mak si nenek muda ni, berapa tahun umur mak budak 3 orang tu, boleh kita attention to detail nak tau sama ada yang diorang tu anak sah taraf ke tidak.
Dahla hidup susah, kenapa la tak diserah kepada keluarga yang betul2 nak jaga.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam berbelit pulak kes nak mintak tolong duit orang skarang ni. Suami, anak tak kerja, ok. Yang mak budak2 tu keje beranak, campak rumah mak. Kalau disita rumah mak dia la amik anak2 dia. Kenapa nenek pulak kena hangkut bawak budak2 hidup gelandangan. Dinding tu lap ler sikit kok ye pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 07:06 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 16-12-2016 06:51 PM
Macam berbelit pulak kes nak mintak tolong duit orang skarang ni. Suami, anak tak kerja, ok. Yang ma ...

Tapa baca komen2 kat FB utusan tadi. Menantu yang juga bapak kepada cucu2 tu dalam penjara. tu psl serah ke nenek jaga
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucu lelaki itu hensem pula.

Haih.

Ramai betul orang susah di dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ka perempuan itu yang seluar hijau itu? Safiya itu merujuk pada sheol ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg 18 tahun tu tak reti2 cari kerja....dah mak budak ni campak jer anak2 kat nenek suruh jaga.....duit nye tak reti hulur ke....kata kerja.......adoiiii baik ko gi ikat rahim ko....kalau tak, tahun depan keluar lagi sorang tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa kisah dia lebih kepada meminta hencapan dan amarah dri org rmi berbanding simpati.

p/s: tak adil sgt bila gmbr nenek n cucu je msuk media. Mna gmbr anak2 dia, laki dia, anak sulung yg branak 3 tu? Malu? Kang dah dpt duit derma korg jgk yg berabis pakai. Alang2 family korg decide nk guna media sbgi sumber pndptn kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap-beranak bagi kat mak tanpa tinggalkan 1 sen pun duit? Apa guna kau pergi jauh bekerja? Baik kerja kedai 7E ke, giant ke... kat area situ kan ada aeon?
Orang awam nak tolong pun fikir 80x...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 16-12-2016 06:51 PM
Macam berbelit pulak kes nak mintak tolong duit orang skarang ni. Suami, anak tak kerja, ok. Yang ma ...

Khennn akak pun geram tgk dinding dapoq kotor nye   
Yg kita ni abis masak je, lap dinding mop lantai dapo bagai
Dia boleh pulak tgk je tempekan2 kat dinding tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknye ptut ditemuramah gak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin2 jugak dik....tp kebersihan tu kna la jugak jaga....dinding berlumut camtu banyak kuman kut masukdlm makanan,laki nya hanya sakit paru2 takkn keje rumah x leh bantu sikit2..anak2 yg besar pun ada,, bantu la mak kemas2 rmh....

Aku rasa nenek muda ni pasrah kut dgn pangai setan laki, anak menantu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek muda yg berwajah nenek nenek sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by prettyuglybabe at 16-12-2016 08:40 PM

bantuan duit je dah rm850.. beras gula susu dibagi.. pun kata tak cukup.. tak boleh bayar sewa rumah..
ko masak kenduri ke apa hari-hari..
cuba suruh biawak-biawak dalam rumah tu berambus pergi keje..
anak yang beranak mcm tikus tu tau beranak je ke?
konon gi kerja jauh, rm100 dua pun tak boleh bagi kat mak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-12-2016 08:36 PM
bantuan duit je dah rm850.. beras gula susu dibagi.. pun kata tak cukup.. tak boleh bayar sewa rumah ...

Kalau ada pix bewak2 tu kn bagus...malula tu nk tunjuk muka pemalas memasing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 09:37 PM | Show all posts
chazey replied at 16-12-2016 07:17 PM
Ka perempuan itu yang seluar hijau itu? Safiya itu merujuk pada sheol ka?

yang comot tu kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 09:45 PM | Show all posts
krustykrab replied at 16-12-2016 08:22 PM
Miskin2 jugak dik....tp kebersihan tu kna la jugak jaga....dinding berlumut camtu banyak kuman kut m ...

ada jgk komen kat fb nun tegur kebersihan rumah dia. kena hencap balik

ada jgk la yang   komen dia pun sakit paru2 jgk tp tu bukan alasan utk tak sara keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-12-2016 08:22 PM
Miskin2 jugak dik....tp kebersihan tu kna la jugak jaga....dinding berlumut camtu banyak kuman kut m ...

Setuju.
Biar rumah usang atau kecik janji kebersihan terjaga.
Dalam berpuluh episod bersamamu, sekerat dua je rumah yang bersih.
Yang lain hmm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian,...tapi anak2 yg lain tu tak hulur duit ke,tinggal anak2 suh mak jage tapi sesen pun tak hulur
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok bandar besar kot..bukan hulu banat yang susah nak cari keje..susah nak dapat transport..korang ni memang pemalas..tengok rumah pun dah tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2016 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
anak paling kecik 9tahun. rumah tertunggak sejak 2005. 12tahun dah tertunggaknya. Dalam x kerja tu boleh lagi beranak. Laki dia sakit ke apa? duit bantuan dapat 850. tp sebab ramai sangat tu tak cukup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.075731 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list