oo bukan singapore...kat melbourne..
Konsert Coldplay 'A Head Full Of Dream World Tour 2016 yang berlangsung di Stadium Etihad, Melbourne baru-baru ini menjadi kenangan paling manis untuk dikenang selamanya bagi peminat yang juga merupakan pasangan kekasih dari Malaysia, Faez Taib dan Annuura. Dengan bantuan penganjur konsert, Faez sangat bertuah kerana dapat bersama vokalis Chris Martin di atas pentas dan membuat lamaran perkahwinan kepada kekasihnya. Momen tersebut berlaku ketika di pertengahan konsert. Chris Martin menjemput Faez naik ke pentas bersama Annuura. Sebaik saja pasangan ini tiba di pentas, Chris Martin memberikan mikrofon kepada Faez dan 'meminjamkan konsertnya' sekejap. Pemuda itu kemudiannya membuat lamaran perkahwinan di hadapan 30,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert tersebut.
|