CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bini_fl

Pelakon Riezman Khuzaimi Tamat Zaman Duda, Nikah Datuk Normaziah. Lupa nafkah an

[Copy link]
 Author| Post time 6-3-2017 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Riezman Khuzaimi Mana Nafkah Anak-Anak? - Kartina Ayoob
6 Mac 2017. 8.00 PM
921
Hiburan
647
pelakonKartina AyoobRiezman Khuzaimi
Riezman Khuzaimi Mana Nafkah Anak-Anak? - Kartina Ayoob
Kartina Ayoob, bekas isteri kepada pelakon Riezman Khuzaimi, meluahkan rasa kesal kerana aktor tersebut sehingga kini gagal melangsaikan hutang dan membayar nafkah anak-anak serta iddah kepadanya.

Menurut Kartina, 48, mendakwa Riezman mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa apabila mengabaikan anak-anak mereka, Afiq Kiraman, 14, dan Ruzain Nars, 9.

“Sejak dari awal perkahwinan kami pada 2001, Riezman tidak pernah memberi sebarang nafkah kepada saya sebagai isterinya. Apatah lagi duit perbelanjaan lain.

“Selepas bercerai pun, dia langsung tidak ambil peduli tentang bayaran iddah dan nafkah kepada Afiq dan Ruzain.

“Riezman berhutang dengan kawan-kawan dia, saya yang langsaikan sehingga sekarang. Saya malu, kerana dia saya hilang kawan.

“Selama ini saya hanya berdiam diri kerana sudah pernah melakukan perbincangan dengan Riezman tentang perkara tersebut dan dia pernah berjanji untuk melangsaikan hutang-hutangnya.

“Tetapi nampaknya janji tinggal janji. Sejak dia berkahwin, dia langsung tidak menghubungi anak beranaknya untuk bertanya khabar.

“Dia turut menyekat saya daripada akaun Facebooknya,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Kartina, dia bukanlah hendak memburuk-burukkan nama bekas suami, sebaliknya hanya mahu Riezman lebih bertanggungjawab dan tidak lepas tangan.

“Jadilah seorang gentleman. Bertanggungjawablah. Sejak hari pertama kami berkahwin saya yang tanggung keluarga. Malah, bayaran menguruskan perkahwinan, urusan rumah, anak sakit semuanya saya.

“Sejak dahulu pun kalau dia (Riezman) ada duit dia akan berbelanja sesuka hati,” luahnya ketika menghubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu Kartina berharap agar Riezman tampil dan tidak melarikan diri darinya dan anak-anak.

“Saya mahu dapatkan hak anak-anak saya, itu sahaja,” katanya.

Kartina kini menetap di Perth, Australia sejak empat tahun lalu bersama tiga anaknya termasuk anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, Tatiana Batrisya, 22.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
satu lagi jantan notelo

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bini_fl replied at 6-3-2017 08:36 PM
Riezman Khuzaimi Mana Nafkah Anak-Anak? - Kartina Ayoob
6 Mac 2017. 8.00 PM
921

Pulak dah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh...rizman ni kan kahwin dgn org kaya ....aritu keluar WHI....die & isteri baru sama2 cerai2 dgn previous partner then kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reizman ni mmg cari janda berduit utk menampung hidup ke?? Muka pon x de la hensem.sgt pon
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reizman ni mmg cari janda berduit utk menampung hidup ke?? Muka x de la hensem.sgt pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa..jantan tak guna rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Abeslaa reta tok azi kena kikis ngn rizman ni
Yg dia bole pi kawen ngn mamat ni pun nape laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cerai timbul la kisah dulu bela biawak hidup. Jgn harap la dia nak bagi. Masa masih dok sama pun culas pasal nafkah, apalagi dah jauh seberang lautan. Keje je la tina, cari duit sendiri. Xyah merempan dah. Redha kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmm..bertabahlah cik tina..
ramai je bekas laki culas bayar nafkah anak2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi dulu time bahagia mcm x timbul semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan spesis cari janda kaya ke kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:33 AM | Show all posts
kesian nya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:38 AM | Show all posts
bini_fl replied at 6-3-2017 08:36 PM
Riezman Khuzaimi Mana Nafkah Anak-Anak? - Kartina Ayoob
6 Mac 2017. 8.00 PM
921

Alamak, habis semua dah bukak pekung di dada. Kantoi rizman jenis sore loser
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 6-3-2017 09:25 PM
Dah cerai timbul la kisah dulu bela biawak hidup. Jgn harap la dia nak bagi. Masa masih dok sama pun ...

Bewak hidup jugakkk ke..alahai kesiaaannnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 07:28 AM | Show all posts

kesian nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2017 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerai dulu pun sbb dia ni mmg tak berduit nak sara famili kan?

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 07:43 AM | Show all posts
drivethru replied at 16-12-2016 07:29 PM
Ingatkan dengan datuk maznah iron lady syarikat security.

aku pun igt y tu sbb nama sama kan huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 08:11 AM | Show all posts
jahanamnya jantan hidup atas duit isteri atau pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya lahhh biawak hiduppp.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.567996 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list