CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12142|Reply: 87

Cerita lawak aku. Kelakar ke idak?

[Copy link]
Post time 16-12-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai korang. Yuhuuu.

Memandangkan kat sini banyak nau kisah lawak orang lain yang dikopipes untuk dijadikan benang, makanya aku nak up benang yang special untuk korang tepek segala jenis mak nenek kisah, cerita atau pengalaman lucu yang korang alami sendiri.


Aku ulang, pengalaman sendiri. Sebarang kisah dari hearsay atau cerita kawan yang disampaikan kepada korang sama sekali tidak dibenarkan. Nehe tum nehe.

Mana la tau kot2 cerita korang akan dijadikan modal peserta lawak solo musim kedua.

Jom share weh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 08:32 PM | Show all posts
TT tak nak share ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde org share lg ekk? Meh lah aku rasmi cerita..
bnda ni jd ms aku form 5.
duk asrama. Nk outing.
ramai2 tgu bas nk g bndar..
elok bas sampai. Penuh dh penumpang. Naiklah jgk. Bdiri pun boleh.
aku rs aku antara yg last naik bas. Lps setting tmpat bdiri, aku nk pegang besi utk menyangga bodi. Xdan aku pgg, bas dh gerak. Tpaksa la aku aku kpd hukum fizik. Aku tumbang ke blkg. Tp bkn tumbang ke lantai bas. Tumbang ke riba ank dara mana ntah.. masing2 merah muka. Aku mampu bgn n cakap sori. Mamat sblh anak dara tu tkesima sblm pipi kembung kempis tahan gelak. Sbb xde yg cedera, perjalanan nk g bandar diteruskan jua.. sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1, cerita tunggu bas jgk.. ni zaman lps sekolah pulak.
acara tunggu menunggu ni d bas stand. Dh lenguh bdiri aku ngn mber duduk la d tempat duduk bus stand.. sembang2 sambil melilau tgk macam2 ragam penunggu2 (bas) yg lain. Tb2...
mamat kat depan, yg bertinggung sebelah tong sampah, nk tsembam ke tar. Salah landing gamaknya. Sblm tsembam, dia tkial2 nk bpaut pd tong sampah. Tindakan refleks kot. Semua pandang dia. Kawan aku ni tb2 melatah. Op..ap..okkk..ukk.. (ntah apa disebutnya. Tp bkn mcarut lah).. lps x jadi tsembam, mamat td btenang skjp sblm berlalu sambil mencover malu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh..aku boleh bayangkan..da la aku kt kedai makan ni..jenuh la tahan gelak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun nak share gak.

Masa form 5 naik bas ramai2 ngan kawan. Amik seat kat belakang sekali. Kebetulan bas tu pack plak, dan kawan i sorang terpaksa berdiri. Nak dijadikan cerita, bas tu tetiba break mengejut. Hah kau, terjelepok dia depan penumpang tempat dia berdiri. Tengok dia okay, berdekah kitorang gelak.

Tengah2 gelak sakan tu, i terpandang gigi dia. 'Eh gigi kau berdarah lah'. Bahana terjatuh tadi kot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2016 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aneem at 16-12-2016 09:48 PM

Cerita ni jadi masa aku jadi cikgu sandaran kat sekolah rendah.
So aku mintak diorang tuliskan maklumat diri serba ringkas ikut arahan aku.
Lepas aku bagi diorang balik, aku amik masa belek satu2.
Tinggal la satu dua ketul yang minta aku semak depa punya dulu.

Aku : Eh, mak awak singer?
Murid : Aa cikgu.
Aku : Singer penyanyi tu?
Aku dah eksaited sebab memang sekolah tu ada ramai anak retis dan tokoh terkenal. Anak retis uolssss.
Murid : Bukan yang tu cikgu.
Aku : Dah tu?
Murid : Ala cikgu, singer la. Takkan cikgu tak tau kot.
Aku tengok dia macam mengumam. Mungkin tengah fikir mcmana nak explain kat aku yang blur ni.
Tiba2 dia nyanyi. Dengan penuh inesen dan penghayatan,  "Singer. Menawan keluarga bahagiaaaaaaaaa"
Kat situ juga ketawa aku barai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aneem at 16-12-2016 10:03 PM

Pengalaman lagi.
Aku kena jagakan anak buah aku.
Umur 6 tahun.
Tapi very the atok nenek onyang punya mulut.
Sbb tinggal berdua dan dia aku biaukan tgk tv, aku kelebet fon.
Iklan apa ntah kat tv aku tak amik pot.
Tetiba dia cakap kuat smbil pandang aku.
Dia : Cini, yang tadi tu ibu kata perempuan pakai masa tembulan kan?
Aku : Apa tembulan kau.
Sambil mata ngadap fon layan candy crush.
Aku just ignore.
Dia : Yelah cini. Ibu cakap kat kakak. Tembulan. Tak caya sudah. Nanti cini pegi la tanya ibu.
Aku dah macam,  eh budak ni.
Aku : Tembulan apa kak oi. Kau jangan merapu boleh?
Dia lari bedesupp masuk bilik aku.
Kfain. Aman hidup jap.
Jap g dia keluar pegang sepaket libresse.
Dia : Ni la. Ibu pakai masa tembulan.
Aku like $&$&$&@&@
Datang bulan la kakak oiii.
Rasa macam nak tuing2 je muncung dia tapi tak jadi.
End up aku gelak nakmatey.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Carl_Kausar replied at 16-12-2016 08:32 PM
TT tak nak share ke?

Dah. Kau pun share la seketul dua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
passwork replied at 16-12-2016 08:50 PM
Lagi 1, cerita tunggu bas jgk.. ni zaman lps sekolah pulak.
acara tunggu menunggu ni d bas stand. D ...

Ni kalau jadi kat aku,  mau setahun aku tak lalu kat bus stop tu..  
    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 16-12-2016 09:19 PM
I pun nak share gak.

Masa form 5 naik bas ramai2 ngan kawan. Amik seat kat belakang sekali. Kebe ...

Kalau gigi dia patah, harus kena pakai gigi palsu..
Yelah dh besau kot.. mana maunya gigi tumbuh baru..      
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:10 PM | Show all posts
Weyy lawaknya cita tembulan ni  ...hahhhaaahaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah.. byk pulak aku flashback cter2 lawak yg jd sepanjang umor aku ni..
ni kisah adik bongsu..
Ms kejadian ni umur bongsu ni dlm 3thn.
aku layan dia makan rambutan.. tolong bukak kulit je. Dh abes rambutan, dia mtk lagi.
aku cakap.. "rambutan ats dahi kau eh.."
Dia x tantrum. Tp dia nyanyi "rambutan ats dahi.. rambutan ats dahi" sambil2 dia letak kulit rambutan ats dahi dia dan goyang2 sikit badan dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 11:33 PM | Show all posts
passwork replied at 16-12-2016 11:20 PM
Hah.. byk pulak aku flashback cter2 lawak yg jd sepanjang umor aku ni..
ni kisah adik bongsu..
Ms  ...

Aku bayangkan adik kau jadi mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneem replied at 16-12-2016 11:33 PM
Aku bayangkan adik kau jadi mcmni

Haaa.. boleh. Boleh.. tgi jgk imaginasi ko eh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 11:45 PM | Show all posts
Aneem replied at 16-12-2016 10:04 PM
Dah. Kau pun share la seketul dua.

err
nanti laa
tade idea plak nak share
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2016 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aneem at 22-12-2016 11:32 PM

Tetiba teringat.
Kes masa belajar dulu.
Kalau nak balik kg, aku amik bas kat seksyen 17.
One day, masa baru je smpi dari kg aku rasa serabut yang amat.
Terus masuk public toilet kat stesen bas tu.
Niat dihati nak betulkan tudung yang cam hapa ntah.
Masa masuk tu sempat jugak ckp dlm hati.
Eh, giler kotor toilet hari ni.
Terus kelebet tudung betulkan apa yang patut.
Dalam tu ada 3 pintu, toilet tengah je ada penghuni.
Tgh ralit cucuk jarum here and there.
Pintu tengah toilet tu terbukak.
Otomatik kot aku boleh nampak siapa yang keluar dari tandas tu melalui cermin besar toilet.
Baru plan nak senyum ke apa ke.
Tetiba darah aku terus kering.
Aku statik diam tak berkutik.
Dia pandang aku, aku pandang dia.
Aku kelam kelibut keluar dengan tudung yang tak proper.
Malu giler, rasa nak nangis pun ada sbb salah aku.
Aku masuk tandas lelaki.
Huaaaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 11:53 AM | Show all posts
i pun nak share

zaman sekolah dulu selalu keluar lepas subuh sbb sekolah kat KL town. Nak pegi sekolah naik public transport, aka bas intrakota.
satu hari tu dalam kepekatan pagi yang hening, i pun tahan lah bas yang sedang menuju ke arah i.  Tapi bas taknak berhenti. Pelik.

Bas pun perlahan-lahan berlalu pegi melepasi i yg tengah berdiri...

Rupa-rupanya...bas yang i tahan tu adalah bas kilang. Memang patut pun x berhenti. Ntah kenapa pagi tu nampak bas intrakota mcm rupa bas kilang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 01:50 PM | Show all posts
kisah ni terjadi sewaktu aku berada di zaman persekolahan di mana aku belajar di all-girl school. Masa tu aku form 3 dan PMR masih ada lagi. Biasanya aku pergi dihantar bapak dan balik juga diambil oleh bapak aku. Dah jadi rutin tiap2 hari dan bertahun dari Form 1 dekat pagar depan pokok mmg port bapak aku tunggu aku. Bila dah lali, yelah bertahun kan... aku kadang tak tengok pun bapak aku. terus naik moto dan balik.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari... masa tu aku tengah happy giler sebab apa aku tak ingat dah dan aku terus berlari-lari anak macam biasa ke port bapak aku dan tanpa aku tengok bapak aku, aku terus melompat naik atas moto. biasanya bila aku dah naik tu bapak aku terus jalan je. tapi kali ni xjalan pulak. aku pun cakap, "jomla bah (abah)". Bapak aku tak bersuara. Aku perasan tangan bapak aku gelap lebih drp biasa dan bulu romanya panjang2. Aku terdiam. Aku pun pandang ke depan dan "bapak" aku toleh ke belakang. Aku terkesima. Tu bukan bapak aku. Dan aku pun menoleh disebelah pakcik india itu ada anaknya yg ternganga menengok aku di atas motor bapaknya.

Aku terus turun dari moto dan minta maaf pada pakcik tu dan anaknya. Nasib baik aku tak dimarah. pakcik tu tergelak and cuma cakap "ayoyo ini worang". Aku pun sorry uncle. sorry. Malu. Malu. Maaaaluuuuu weyhhhhhhhhhh

Saat aku toleh kebelakang, aku terlihatkan bapak aku. Bila aku pandang je bapak aku dia terbarai gelak kaw2 punya!!!!   Malu siot masa tu! Bapak aku ckp tadi dia sampai lambat sikit. Port tu uncle tadi dah amik. terpaksa la bapak aku tunggu kat belakang sambil minum air tebu. dengggg sgt tau masa tu. Sampai la aku beso sekarang dan bila2 takkan aku lupa pengalaman yg bagi aku memalukan dan lawak juga... ohhh dengg.... k bai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ms.mango replied at 23-12-2016 01:50 PM
kisah ni terjadi sewaktu aku berada di zaman persekolahan di mana aku belajar di all-girl school. Ma ...

Aduilah... Nasib baik uncle tu pun tak terus jalan jer. Kikikikik!!!  {:laugh  {:laugh  {:laugh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083505 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list