CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8562|Reply: 66

Kecewa Dengan Industri Seni Tanah Air, Mungkinkah Haliza Misbun Cerewet?

[Copy link]
Post time 19-12-2016 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Lama tak muncul di kaca televisyen tak bermakna Haliza Misbun, 43, hilang terus dunia lakonan. Menurutnya, dia masih lagi menunggu tawaran berlakon dengan jalan cerita lebih menarik.


Sumber foto: Harian Metro




Pun begitu, Haliza bagaimanapun mengakui dia kecewa dengan perkembangan industri filem serta drama tanah air.


Menurut Harian Metro, pelakon itu menjelaskan apabila sudah berusia 40 tahun dan ke atas, seseorang pelakon wanita pasti akan diberikan watak sebagai kakak atau ibu dan disebabkan perkara itu Haliza tidak terasa untuk menerimanya.


“Saya mahu mereka keluar dari kepompong itu dan ini yang saya perjuangkan sekarang. Lagipun, syarikat produksi sekarang juga banyak ragam.

“Jadi, saya hanya akan terima tawaran daripada rakan yang saya kenal, tahu kerja mereka dan mereka juga tahu kerja saya macam mana,” katanya kepada Harian Metro.

"Saya akan berlakon apabila terasa untuk melakukannya. Minat itu didorong pelbagai faktor termasuk jalan cerita yang baik selain saya kenal penerbit atau pengarahnya, maka dapatlah sesekali melepaskan rindu berlakon.

“Jika tidak berlakon saya akan sibuk dalam bidang perniagaan hartanah. Saya tak boleh duduk goyang kaki kerana ada keluarga yang perlu dijaga,” katanya.




Sumber foto: mStar Online




Sementara itu, Haliza menafikan pendapat segelintir pihak yang kurang senang dengan sikapnya yang dikatakan baran dan suka mengikut kata hatinya saja.

“Saya bukanlah orang macam itu. Jika tiada yang sengaja cuba mencuit naluri saya, takkan saya sesuka nak naik angin,” katanya.


Wah, cerewet juga ya Haliza Misbun ni. Apapun, semoga suatu hari nanti dia ditawarkan dengan jalan cerita lebih menarik dan kembali aktif dalam dunia perfileman. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
relevan lagi ke dia ne? dulu2, selalu muncul kat tv2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:44 AM | Show all posts
cerita ni memang berkualiti sangat... menang oscar uolsss


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:45 AM | Show all posts
dia ni, ogy bolehla dikumpul selain kayu ..over
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
terpaku replied at 19-12-2016 03:44 AM
cerita ni memang berkualiti sangat... menang oscar uolsss

Oh makkkk!!!!    
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
CARI-MAL replied at 19-12-2016 11:33 AM
Lama tak muncul di kaca televisyen tak bermakna Haliza Misbun, 43, hilang terus dunia lakonan. Menur ...

dah tak relevan ... sila mereput dan kembali ke pangkal jalan.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2016 11:54 AM | Show all posts
fefeeling diva gitu....poyo je lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang simpati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 12:14 PM | Show all posts

kechiwa sgt dgn industri... sendiri hasilkan produk ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara retis yg over acting
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:30 PM | Show all posts
walaupun dia over..tapi lakonan dia ok..tidak kayu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:33 PM | Show all posts
Edited by SepatUngu at 19-12-2016 04:35 AM
terpaku replied at 19-12-2016 03:44 AM
cerita ni memang berkualiti sangat... menang oscar uolsss

mcm bodo jer film ni ai cannot brain why Ari bole terima watak doc bodo tu yucks
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:35 PM | Show all posts
tak leh bla over feeling dgn ahmad deham
last2 gadoh trus blacklist hero malaysia
liza liza
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 01:04 PM | Show all posts
adelea replied at 19-12-2016 11:52 AM
dah tak relevan ... sila mereput dan kembali ke pangkal jalan.

Yup... Sila mereput... sebelum ni ada ker drama dia yang berkesan...

Paling aku tak boleh blah dia bawak watak komedi... hadoiiii macam push sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia suka overacting
Xminat
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 02:00 PM | Show all posts
tp sheols ade berlakon drama yg jd heroin dgn ahmad idham tu kan..cite tu best kan..long time ago...iols kecik2 lg wkt tu...itu je cite sheols yg iols igt..


btw, lengan sheols ni maintain sado je dr muda smp la skrg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hanisbunny replied at 19-12-2016 02:00 PM
tp sheols ade berlakon drama yg jd heroin dgn ahmad idham tu kan..cite tu best kan..long time ago... ...

Tu cerita cinderella lagu sehati sejiwa ke apa haslinda nyanyi.. gigih iols explain ni  
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 02:35 PM | Show all posts
ko tu takde pakej mana sgt pun...muka? huduh plus pendek...mana nak laku...setakat jadi heroin sbb produce film sendiri je la...tu pun flop poppy film sampah ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 02:37 PM | Show all posts
selain aksi gesel2 liza misbun & ahmad deham dalam cinderella, xde lagi produk liza mesbun yang layak disiarkan semula di TV. mohon masuk balik dalam gua dan bertapa. aku risau eesok2 dia buat lagi movie syok sendiri dengan boobies melayang di udara
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 02:40 PM | Show all posts
tak nk watak kakak or ibu... abis tu tk kn nk bwk watak bdk kolej kot... tk hagak2 la dia ni pun....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.070593 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list