|
|
 Foto: Astro Awani
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tersepit tangan kiri di sebuah mesih pemerah santan di Pasar Bukit Rokan Utara, Gemas, Tampin.
Menurut laporan Astro Awani, mangsa bergelut menahan kesakitan selama hampir sejam.
Ketua Balai Bomba Gemas, Syed Ammar Syed Abas berkata, pasukannya mengambil masa dua puluh minit untuk mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin pemerah santan itu dengan menggunakan alat pemotong khas.
Tangan kanak-kanak malang itu tidak putus, namun mengalami kecederaan serius. -CARI |
|