CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7950|Reply: 50

TB: TUBERCULOSIS; APAKAH BACTERIUM NYA (fakta ringkas)

  [Copy link]
Post time 22-12-2016 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ipes2 at 22-12-2016 06:49 PM

Tuberculosis atau TB, penyebabnya ialah Mycobacterium tuberculosis (MTB). MTB ini terlampau perlahan dalam membiak, sehingga di dalam makmal memakan masa 6-8 minggu untuk dikesan (bacteria lain mengambil masa yang sangat singkat untuk dibiak didalam makmal). MTB membentuk clone nya sekali dalam sehari ie 20jam -24jam; bacteria lain, dalam 15-20 minit sudah berpecah menjadi dua, 15minit lagi dah ada 4, then 8 then 16..ie exponential..dalam 24jam, sudah 2kuasa96 jumlahnya - sila cek dalam calculator!). Walaupun begitu, MTB ini sangat lasak. Bila pengidap TB batukkan MTB keluar, MTB ini boleh hidup diatas meja, perabut etc yang kering dan panas selama berminggu-minggu. Dan jika debu dari perabut ini naik keudara selepas beberapa minggu, lalu masuk ke paru paru orang lain, ia boleh masih mampu membiak didalam paru paru orang ini.
Juga, bila immune cells kita yang paling kuat, iaitu Macrophages, menelan MTB ini, ia tidak bejaya menghadamnya. Malah, MTB ini tinggal didalam Macrophages ini selama 20-30 tahun (lihat gambar). Suatu ketika nanti, bia immunity orang ini berkurang eg kerana sakit tua, ubat cancer, Diabetes, steroids, AIDS, influenza, dadah atau jangkitan lain, MTB yang didalam Macrophages ini boleh mula jadi active kembali. Ia mampu bertahan lama dengan acid, alkali yang kuat, detergents dan lain lain system immunity manusia. Disinilah letaknya bahaya MTB ini, iaitu masih mampu merebakkan TB walapun dalam keadaan yang almost impossible untuknya survive. (HIV contohnya, adalah suatu virus yg sangat rapuh dan lemah).


Berbeza dengan bacteria lain (harap anda faham, bahawa MTB ialah MYCOBACTERIUM, bukan hanya BACTERIUM), MTB mempunyai selaput yang tebal yang dibentuk dari Mycolic Acid yang memberinya pertahanan daripada antibiotics (sebenarnya, antibiotics adalah untuk bacteria, antivirals adalah untuk viruses; maka untuk mycobacteria, seperti mycobacterium yg kita bincang ini, ubatnya diklassifikasi sebagai antimycobacteria). Dengan ubat terbaik pun, pesakit terpaksa mengambil kombinasi ubat yang agak banyak yang perlu ditukar regime nye mengikut jadualnya, dan perlu diambil beberapa bulan atau setahun lebih, untuk membunuh MTB ini.

Adik beradik nya, eg Mycobacterium leprae, adalah penyebab penyakit Kusta; Mycobacterium Avian-Intracellularae dan beberapa lagi ada juga yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia. Yang lainnya tidaklah sangat berbahaya.

Orang orang yang kena TB yang tak dengar kata doctors mereka, perlulah dielak kerana mereka tidak faham kenapa mereka perlu elakkan diri dari org lain atau pakai mask atau perlu mengambil ubat. Saya sangat kesal dgn mereka yg diberi bekalan ubat (mahal! banyak!lama!) tetapi enggan mengambilnya; mereka ini hanya menjadi penyebar TB kepada adik beradik dan kawan, dan hanya menjadi penyimpan MTB yang terus menerus menyebarkan TB kat dalam bas, kat kedai kedai etc dan membazirkan masa dan wang kerajaan. 3 juta penduduk negara dunia ketiga mati setiap tahun kerana TB; yang masih hidup pula, hidup mereka dalam keadaan merana dan hanya menunggu masa untuk menjadi statistic bagi tahun depan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
good sharing Doc.. selama ni biasa dgr pasal TB, tp xtau sangat tentang penyakit ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 09:26 AM | Show all posts
wow baru ku tahu. tq bagi info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2016 03:46 AM | Show all posts
anish911 replied at 22-12-2016 08:03 PM
good sharing Doc.. selama ni biasa dgr pasal TB, tp xtau sangat tentang penyakit ni

no probs... ingat! elakkan diri dari org yang ada active TB! sangat infectious TB ni. pahamkah kenapa org yg berpenyakit kusta, kita asingkan ke koloni mereka sendiri? hidup beramai ramai sesama mereka?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2016 03:48 AM | Show all posts
abduldel replied at 23-12-2016 09:26 AM
wow baru ku tahu. tq bagi info

no probs. hati hati dgn mereka yg batuk tanpa kahak manjang dan mula kurus... mungkin cancer (biasanya berkahak dan berdarah, tak bahaya pada orang lain) atau TB (batuknya kering, sangat merbahaya pada orang lain)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-12-2016 06:46 PM
Tuberculosis atau TB, penyebabnya ialah Mycobacterium tuberculosis (MTB). MTB ini terlampau perlahan ...

Thanx for info doc.sgt infomative.dulu kwn satu uni sy kena tb.so dlm 2-3weeks xdtg class.bila masuk class tu sy kata dia kena dok jauh dr sy takut jangkit.terus doa kecik hati.silap jugak sy masa tu patut sound je dia soh pakai mask..hopefully mtb dia xde dlm bdn sy lah.citer ni dlm 12taun sudah..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2016 08:21 AM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 24-12-2016 07:59 AM
Thanx for info doc.sgt infomative.dulu kwn satu uni sy kena tb.so dlm 2-3weeks xdtg class.bila mas ...

insyaAllah takde; tetapi agak besar kemungkinan Mokcik dah sedut MTB tu , lalu ditelan oleh Macrophages Mokcik. Walaupun MTB tu tak mati, at least dia tak porak peranda kan lungs Mokcik (atau organs lain). Saya punya ex housemate ninggal dunia dah; saya tanya eh pesal dia ninggal ek? ropa ropa nye kena TB! Mujorlah saya ni dah vaccinated dengan BCG (Bacillus Calmette-Guerin).

Untuk penegtahuan semua, abbreviation MTB ni hanyalah sy guna utk mudahkan discussion dalam Cari ni je. Di hospital, kami panggil dia AFB (Acid-Fast Bacilli); kot kot sesapa nak google ke, google lah AFB. Jika rajin, type je nama penuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr.. kat office saya ni ada seorang tukang masak yg kena tb dalam tahun ini. Berbulan juga mc. Sekarang dah naik kerja dan ada regular checkup monthly n masih ambil ubat hospital. Adakah condition dia dah selamat utk buat kerja2 di dapur?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2016 10:33 AM | Show all posts
anitara replied at 24-12-2016 10:15 AM
Dr.. kat office saya ni ada seorang tukang masak yg kena tb dalam tahun ini. Berbulan juga mc. Sekar ...

Ini bergantung kepada Respiratory Physician yang jaga pesakit tadi. Amat penting mereka menghubungi relatives orang tadi, dan kawan tempat sekerja etc dan di ambil history oleh doctors (dan procedures yang seterusnya). Merekalah yang bertanggungjawab utk kata pesakit tadi dah boleh join community balik ke tak. Depa yang ada details dan tahu dan pakar tenatng TB. Yang utama, Public Health (PH) doctors wajib dihubungi oleh Hospital untuk beritahu bahawa satu case TB telah didiagnose etc (TB adalah a Notifiable Disease, wajib dilapor pada PH...di Europe ni lah..di Mesia saya tak tahu tapi saya harap gitu jugak lah).

Di USA dan Europe, pesakit TB ditegaskan agar ''Keep Your Germs To Yourself'' dan disuruh stay at home beberapa minggu / bulan semasa awal treatment semasa awal treatment etc, ventilate bilik depa elok elok, cover mulut dgn tissue / hanky bila batuk / bersin dan buang ni dalam plastic dan seal plastic bag sebelum dibuang dan pakai mask (rasanya yg macam surgeon tu ok dah, tapi ada yg lebih complicated tu lagi elok).

Jika mereka yang terexpose dengan pesakit TB semasa ianya active (ie sebelum dapat treatment) mula mendapat symptoms, maka kena ke hospital dan di temui oleh Respiratory Physician yang fasih dengan TB.

Tidak salah you tanya cook you tu, atau Hospital, utk dapatkan surat bahawa dia dah boleh join balik.

Saya sangat tidak suka pada pesakit yang tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap penyakit mereka, dan tidak mahu makan ubat. Mereka ini patut di educate dengan pengetahuan; jika tetap enggan, mereka patut diketepikan (jika ingin menderita walhal dah diberi nasihat, ubat dan ilmu, maka pergilah derita sendiri dan jangan susahkan masyarakat dan jangan buang masa kami).
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 12:12 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 25-12-2016 03:34 PM

baru perasan thread ni...Nice info doc.
dah lama ku tinggalkan pelajaran ni..



M. tuberculosis ni, aerobic mycobacteria,, suka pada oksigen dan sebab tu mahkluk ni suka hidup dalam lungs>>banyak oksigen (high level of oxygen)
those yang ada sistem imunisasi yang baik pun perlu berhati2 dengan MTB ni
selalunya bacteria membiak dalam masa 20 minit menjadi berjuta2 koloni tapi MTB ni berjam-jam (15-20 hrs) pembiakannya (slow yang amat) tapi slow2 dia pun, dia boleh membunuh. MTB boleh survive dalam keadaan kering for weeks!


Dulu, saya pernah buat gram staining, lain sikit dari bakteria biasa proses stainingnya..
nak handle bakteria ni...perlu banyak precaution gitu..

member yg kerja hospital, dua minggu warded sebb hari2 duk handle MTB kat lab..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 06:20 PM | Show all posts
Sepatutnya pesakit TB kena diasingkan bilik di hospital ke Doc?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-12-2016 10:33 AM
Ini bergantung kepada Respiratory Physician yang jaga pesakit tadi. Amat penting mereka menghubung ...

Terima kasih Dr.. saya akan maklum kpd penyelia dia untuk dapatkan pngesahan hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
abang n mak iol pun pernah kena TB,theyol ingat batuk biasa...paling teruk abang iol la sampai warded,berat theyol pun 35-37 kg je mase sakit..

iol tak ingat berapa lama abang iol amek ubat sebab time tu iol kecik lagi..tapi sampai sekarang heol ade nubelizer,mak pulak lepas 6 bulan under medication doktor dah sahkan sheol free from TB(ikut hasil x ray),

sekarang theyol tengah try nak naikkan berat badan,dapatla naik 2-3 kg,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2016 06:44 AM | Show all posts
Ipo replied at 24-12-2016 12:12 PM
baru perasan thread ni...Nice info doc.
dah lama ku tinggalkan pelajaran ni..

Ipo tentu penat nak meng-stain MTB ni (sorry to reka abbreviation ni Ipo, as you know i sepatutnya tulis like u did ie M. tuberculosis tapi penat la nak mengitalic la etc. Acid-Fast Bacilli (AFB) cam ni sure Ipo jenuh kena guna Ziehl-Neelsen's. Tak guna Auramine ke masa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2016 06:51 AM | Show all posts
noor666666 replied at 24-12-2016 06:20 PM
Sepatutnya pesakit TB kena diasingkan bilik di hospital ke Doc?

jika TB nya masih active dan dia masih infectious, yes, wajib asingkan.rasanya, after several weeks of correct treatment using the correct regime, dan dah di pantau oleh ID specialist (infectious Disease, ID),  boleh lah kuar dari isolation. This is a specialized area which is not mine tho doctors kena tahu all these in general.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2016 07:05 AM | Show all posts
fishcracker replied at 25-12-2016 11:23 PM
abang n mak iol pun pernah kena TB,theyol ingat batuk biasa...paling teruk abang iol la sampai warde ...

Alhamdulillah depa dah dapat treatment.
Symptoms TB ni ialah batuk yang kering yang berterusan, night sweats, weight loss dan bengkak kelenjar limfa (lymphadenopathy). Weight loss lah yg menyebabkan TB ini di panggil ''consumptions'' suatu masa dulu. Harap mereka mula put on weight. With correct treatment, people can survive but many with damaged lungs.

Just to remind you that lungs hanyalah satu dari byk organ yang TB ni hanyalah serang, menyebabkan Pulmonary TB; byk lagi organ lain yang boleh diserang oleh TB, eg meninges (TB meningitis) etc etc.

Semoga they recover fully, ameen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2016 07:28 AM | Show all posts
anitara replied at 25-12-2016 10:41 AM
Terima kasih Dr.. saya akan maklum kpd penyelia dia untuk dapatkan pngesahan hospital.

Lebih elok untuk semua.

Kita ban orang yang kena diarrhoea due to Norovirus dari pegi keje, tapi dia gi jugak...habis kat tempat dia kena Norovirus diarrhoea jugak. Orang macam ini memang menyusahkan orang lain.. doctors pon kena di investigate kenapa tak halang org tu pi keje padahal depa dah usaha sungguh sungguh bagi nasihat.

Doctors berhak lapor kat polis org yg tak ikut arahan doctors utk amik treatment for their TB; hari tu in 2014 kat USA doctors buat formal complaints to the police sebab ada mamat tak mo treatment, so kena tangkap masuk court, bail $100,000. Kat USA, 2 kali setahun org kena tangkap masuk court sebab tak buat TB treatment.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 11:38 PM | Show all posts
ipes2 replied at 26-12-2016 05:44 AM
Ipo tentu penat nak meng-stain MTB ni (sorry to reka abbreviation ni Ipo, as you know i sepatutnya ...

Yup, guna Ziehl-Neelsen's.still stail lama...detect acid fast stain

bukan guna Auramine (flourescent stain) walaupun yang ni lebih sesuai untuk observation under microscope.

sekarang ni mengajar pulak..
dulu sendiri yang belajar
now more to industrial microbiology (food, cosmetics, water etc). Medical microbiology dah lama tinggal doc..
ingat2 lupa dah..

M.tuberculosis ni memang bahaya berbanding species lain (M. bovis, M.mungi, M. orygis etc)
memang patut dikuarantin pesakit TB.
The way you describe pasal M. tuberculosis, bagaimana microphages bertindak dan penyakit TB sangat mudah difahami
Rasa nak masuk kelas doc ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 12:27 PM | Show all posts
oh ya lupa...
terima kasih doc..kasi tacang pada komen saya yang tak seberapa tu
sama2 menimba ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kenalan kena TB. Masih hari2 pergi hospital makan ubat. Soalan saya : perlu ke dia dijauhi? Kalau masih makan ubat tu masih aktif la TB dia kan? Dan kenapa kena makan ubat di hospital, bukan di rumah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.109903 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list