CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7021|Reply: 25

Misteri Gua Kuburan Gajah di Tanah Melayu

[Copy link]
Post time 30-12-2016 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BabeYSHa at 4-1-2017 11:06 AM

1. Saya memang suka arkeologi dan harta karun tetapi dalam pertemuan saya dengan mereka yang berpengalaman dalam hal-hal hutan dan rahsia alam, ada satu perkara yang membingungkan saya.

2. Adakah anda tahu atau tidak bahawa setiap gajah yang dijemput ajal akan melalui perjalanan terakhir mereka dengan penuh ritual, pada saat-saat akhir ini, kesetiaan, pengorbanan dan persahabatan terperi dalam satu bentuk magik yang tidak pernah mampu difahami manusia biasa.

3. Kubur-kubur gajah ini bukan semudah bendang sawah untuk kita cari kerana rahsianya seolah-olah dijaga rapi demi menghormati kemuliaan makhluk ciptaan Allah yang menjadi penghuni di dalam rimba dan jentera kerja Raja-raja Melayu dahulu kala.

4. Kuburan gajah ini dicari kerana ia menjanjikan hasil lumayan dalam bentuk tinggalan gading-gading yang mampu mencecah harga sehingga RM6,000 ke RM7,000 sekilogram.

5. Malangnya di tempat yang mudah seperti di dalam hutan pun, kuburan ini seolah-olah ditutup oleh satu tabir ghaib yang mana, manusia biasa yang mahu menuruti rombongan gajah memasuki kuburan ini melihat satu pandangan yang kabur, fenomena yang tidak difahami manusia kerana adakah kuburan itu terletak di alam satu lagi atau memang di alam nyata.

6. Yang saya hendak sentuh di sini adalah pengalaman yang disampaikan oleh kawan-kawan saya yang bertuah kerana "termasuk" tanpa sengaja ke dalam kuburan gajah ini.

7. Seorang pemburu tua dari Pahang pernah menceritakan saya tentang kewujudan gua di kaki gunung Tahan atau Banjaran Titiwangsa yang penuh dengan keanehan kerana gua itu sentiasa mengeluarkan angin.

8. Selepas memasuki gua tersebut dan berjalan berjam-jam dengan bertemankan lampu suluh, pemburu tua itu sampai ke satu kawasan gigi air dan satu kejutan yang agak besar memberi renjatan elektrik kepada lelaki itu.

9. Di hadapannya, terhampar satu tasik yang agak besar dengan satu kawasan lapang seperti pulau di tengah-tengah permukaan air.

10.Di atas pulau itu, terdapat timbunan rangka gajah, gading-gadingnya pula disusun rapi.

11."Siapa yang menyusunnya? Bagaimana rahsia ini tidak pernah diketahui orang...?

12.Pemburu yang saya temui pada bulan lepas ini tidak pernah menceritakan pengalaman itu kepada sesiapa sebelum ini tetapi katanya, gua itu kalau mahu dicari oleh saya (shahpaskal) agak sukar dan merbahaya.

13.Pengalaman dari pemburu tua ini menyebabkan saya teringat dengan lagenda bahawa ada satu jalan ke dalam perut bumi melalui Banjaran Titiwangsa dan adakah ini pintu gua yang saya cari.

14.Kewujudan tasik dan pulau yang besar, penuh dengan tulang dan gading-gading gajah ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan yang sedang saya buru untuk ekspedisi saya seterusnya.

15.Menurut kisah yang saya kutip untuk dijadikan ilmu kepada saya, gajah apabila sampai ajal akan mengikuti satu perjalanan terakhir.

16.Perjalanan akhir ini akan diiringi oleh kumpulan gajah lain yang kadang-kadang terdiri dari berbelas atau berpuluh ekor.

17.Gajah yang mahu mati ini akan memasuki gua yang sudah sudah menjadi kuburan kepada makhluk-makhluk Allah ini yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Kumpulan gajah yang ramai tadi kemudian meninggalkan gajah tunggal ini kecuali dua ekor gajah yang bertindak menjadi pengawal.

18.Gajah yang mahu mati ini akan ditinggalkan di dalam gua bersendirian dan pintu gua dikawal oleh dua ekor gajah pengawal tadi.

19.Pengawal-pengawal ini akan tinggal di pintu gua selama lebih kurang seminggu dan selama itulah, pengawal setia inilah yang akan membawa makanan kepada gajah yang melalui perjalanan akhir tadi.

20.Ia akan terus berbuat demikian sehinggalah gajah yang melalui perjalanan terakhir tadi tumbang dan gelombang dadanya terhenti untuk selama-lamanya.

21. Satu lagi pengalaman yang dialami oleh kawan saya yang pernah tersesat ketika memancing ikan di kawasan hutan Pahang/Kelantan.

22.Ketika mencari tempat berteduh selepas tersesat, kumpulan 4 pemancing ini terjumpa satu gua yang sangat sempit, ada takungan air keluar membentuk anak sungai, airnya hitam.

23.Salah seorang daripada mereka memberanikan diri untuk mengharungi takungan air hitam yang berbau busuk itu untuk masuk ke dalam gua.

24.Selepas masuk, mereka menemui satu ruang yang agak besar dan dengan menggunakan lampu suluh, meneroka gua yang sangat gelap.

25.Menakjubkan, gua itu penuh dengan tulang-tulang dan gading gajah yang tersusun cantik.

26.Tahulah mereka, bahawa mereka sudah menjumpai kuburan gajah yang selama ini menjadi buruan kepada orang yang mendalami rahsia hutan belantara.

27.Yang menjadi tanda tanya pada mereka ialah bagaimana gajah-gajah ini mengecilkan diri untuk masuk melalui pintu gua yang sempit tadi sedangkan untuk manusia, kumpulan pemancing ini terpaksa berjalan mengiring.

28.Satu lagi pengalaman terjumpa dengan kubur gajah dialami oleh sahabat saya juga yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang.

29.Kerjanya dahulu adalah mencari gading gajah dan beliau memang mengetahui mengenai lagenda kuburan gajah ini.

30."Saya tidak pernah jumpa kubur gajah di dalam gua tetapi saya pernah cuba memasuki satu kawasan kuburan gajah yang terletak di dalam kawasan hutan, malangnya, kuburan gajah ini seperti berada di alam air", katanya.

31.Ketika cuba memasuki kawasan yang dikatakan kuburan gajah ini, beliau terhalang oleh satu lapisan ghaib, pandangan di hadapannya kabur.

32.Begitulah serba sedikit coretan dari saya.

-Shah Paskal-




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin blh bg kpd pembikin filem 'journey to the center of the earth' tuk part-3 nya.....agk menarik gk citer ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 10:39 AM | Show all posts
Menarik!Ppernah dengar cerita sebegini di Thailand

Orang Thai memang memuja gajah dan rasanya ada ritual untuk gading gajah ni.


Menurut legenda, semua gajah di daerah tertentu, jika sudah tua, gajah akan pergi ke suatu tempat sendirian untuk menunggu malaikat maut menjemput ajalnya. Tempat itulah yang disebut dengan kuburan gajah dan konon di tempat ini tertimbun banyak sekali gading gajah yang sudah mati. Jika  berhasil menemukannya maka orang itu akan menjadi kaya.
sounds mengarut


Tak tahu pulak kat Malaysia ni pun ada kisah gini.

Teringat satu tajuk novel karya Agatha Chirstie :Elephant Can Remember"




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 10:55 AM | Show all posts
adakah gua tersebut sebahagian dari Piramid Moloyu Tobosar di donia di hutan Pohang?
ia dilingkungi sinar plasma dan dijaga jin ifrit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Shah paskal ni memang delusional ke orangnya? Soalan serius..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
evlinne replied at 30-12-2016 01:12 PM
Shah paskal ni memang delusional ke orangnya? Soalan serius..

Kalau ko baca blog dia baru ko dapat jawpan mungkin      
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ntahlah...

shahpaskal...shahpaskal...

mula2 beliau start blogging perihal ATM menarik la jugak...lepastu diye menyepi laaamaa sgt..smpai bersarang blog tu...kendian muncul balik dgn cerita mistik2 piraamid sebagainya...last2 komen blog beliau jd tmpat malaysia vs indon...gomen vs non gomen...dedak vs macai...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:27 PM | Show all posts
first time dgr. menarik jugak. tp x tau la kesahihannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2016 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 ingatkan cerita momod rupanya shah paskal (tak kenal) ni

Menarik pasal gajah ni. Ada petanda2 lain yg kumpulan gajah ni bawa kan? Misalnya air pasang ke pabenda entah pernah baca tapi lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Gajah kt zoo mati tanpa ritual la
Gajah aprika tu rasanye xde pun kubur2 khas ni..
Terbongkang ke bangkai die jd lauk singa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 10:30 AM | Show all posts
Kat afrika pun ada kuburan gajah ni. Pernah tengok dokumentari mat saleh buat pasal kuburan gajah. Dalam cerita lion king pun ada scene kuburan gajah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cHimo replied at 30-12-2016 03:19 PM
Kalau ko baca blog dia baru ko dapat jawpan mungkin


Aku baca gitu2 jela.. tp ramai kata dia ni short wire     ko rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 04:44 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 31-12-2016 04:45 PM
evlinne replied at 31-12-2016 04:04 PM
Aku baca gitu2 jela.. tp ramai kata dia ni short wire     ko rasa?

mula2 dulu aku selalu follow artikel shah paskal ni.
sejak dia mula dari blogspot dulu.
semua aku layan kan, cuma bab moderate kat komen box tu aku tak berkenan.
dia tak monitor langsung.
selalu jadi tempat bergaduh, sebab reader indon suka provoke.

sejak dia berguru tarikat ni aku tengok dia lain macam sket.
nampak sket arrogant dan ego dalam penulisan.
kemuncak nya kes MH370.
dengan nada eksen nya, dia perlekeh semua teori termasuk diego garcia.
dia hentam vision dari perawat Islam, Darul Manzil.
lepas tu dia predict macam2 pasai MH370 ni,
dia quote dari tok gurunya yang katanya terbuka hijab.
siap bagi tarikh bila rahsia MH370 akan terbongkar, tapi sampai skang nan hado.
lepas tu buat senyap, macam takde salah apa2.

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 31-12-2016 04:44 PM
mula2 dulu aku selalu follow artikel shah paskal ni.
sejak dia mula dari blogspot dulu.
semua ak ...

Betul tu. I also sense the arrogance tone in his writing. Lama2 terfikir.. hmmm he must be stone time menulis ni.

Ramai yg cakap dia punya cerita ni baca boleh.. percaya jangan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah lihat kuburan gajah kat netgeo
dorang orang afrika kumpul dan bakar
semua tulang gajah yang di rampas
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 02:57 PM | Show all posts
Ni personal opinion aku la kan.bukan nak belah mana2 pihak.

Blog MilitaryofMalaysia dia mmg power. Citer2 Black Ops mmg aku respect.

Abang Shah ni kalo bab mistis ni dengar je bole. Nak hadam and percaya ikut selera masing2.

Aku personally penah jumpa abang Shah. Personally dia ni baik and easy going, tak banyak songeh.
Jumpa dia and upah dia mintak blanja dia 2 gelas teh tarik je. Byk dia citer. Dari MH370 sampai, piramid tanah melayu, and orang kenit. Apa kaitannya?semua perkara bersangkut paut dengan militari Malaysia.

Bab2 ghaib dia tulis kat FB dia tu pandai2 la korang menilai.aku kalo baca sekadar hiburan.kalo ada ilmu disitu aku amek,kalo tak der aku biarkan.

Apa2 pun aku tabik dia ni sbb militari knowledge dia power.

wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 01:08 PM | Show all posts
menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 12:46 PM | Show all posts
Fienomenology replied at 3-1-2017 02:57 PM
Ni personal opinion aku la kan.bukan nak belah mana2 pihak.

Blog MilitaryofMalaysia dia mmg power ...

bab ni aku setuju.....

kadang kite jumpe macam2 org yang jenis cakapnye pputar belit...yg cakapnye berlagak...but as long ade perakara baik yg boleh diikut...amiklah buat pengajaran...

tapi kalo bab lain yang merepek n nak berlagak tu....abaikan je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi memamg tak pernah jumpakah bangkai gajah di hutan?
Bukan ada pujangga lama berbunyi "bagai menyembunyikan bangkai gajah".
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sundayz0 replied at 6-1-2017 03:27 PM
Jadi memamg tak pernah jumpakah bangkai gajah di hutan?
Bukan ada pujangga lama berbunyi "bagai me ...

makes sense..org dedulu mesti ade sebab bile buat kate2/bidalan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.414410 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list