CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3594|Reply: 4

Perang Salib: Bagaimana Perang Salib Pertama Tercetus & Baitulmaqdis Ditawan

[Copy link]
Post time 30-12-2016 04:22 PM | Show all posts |Read mode




The Crusades: Satu perspektif Arab di dalam dokumentari empat siri yang menceritakan kisah dramatik perang salib menerusi mata Arab, dari rampasan Baitulmaqdis (Jerusalem) oleh Pope Urban II pada 1099, penawanan semula oleh Salahuddin Al-Ayubi (turut dikenali sebagai Saladin), cubaan rampasan semula oleh Richard the Lionheart's dan tamatnya perang suci pada 1291. Siri ini bersumberkan siri yang sama yang dikeluarkan oleh Al-Jazeera dan digubal supaya bersesuai dengan bahasa Melayu.


Bahagian Satu: Kejutan - Perang Salib Pertama dan Penaklukan Baitulmaqdis.

Perang Salib juga dikenali sebagai perang suci. Namun, akar umbi konflik 200 tahun ini terletak bukan sahaja pada agama, malah pada keadaan ekonomi di zaman pertengahan Eropah.


"Pada masa sekitar perang salib, Eropah mengalami musim kemarau beberapa kali yang menyebabkan penduduknya hilang kepercayaan kepada segala-galanya", kata Antoine Domit, professor sejarah di Universiti Lebnon.


Selepas berabad-abad menguasai Eropah - yang sebahagian besarnya menerusi tentera empayar Rom - lembangan Mediterranean telah jatuh ke dalam kawalan orang Muslim. Disebabkan itu, Muslim berada dalam kedudukan mengepung Eropah, dari Sepanyol di barat kepada timur Mediterranean di timur.


"Bagai orang Eropah, kawasan timur adalah 'A Thousand and One Nights (Seribu Satu Malam)'. Ia melambangkan kekayaan, pakaian yang cantik-cantik, gundik-gundik muda, kehidupan yang berkembang maju, muzik dan kebudayaan", kata Elias al-Kattar, yang juga professor sejarah di Universiti Lebnon.


Ketika orang Muslim hidup dalam kemakmuran, Eropah pula telah jatuh miskin dan dilanda pelbagai konflik.


"Masyarakat barat medieval merupakan masyarakat
feudal,
yang bermakna ketika itu golongan bangsawan bertanggungjawab ke atas sekumpulan ramai orang yang tidak mempunyai tanah," kata Jan Vendeburie, dari School of History, Universiti of Kent.


Ishaaq Abaid, professor sejarah di Universiti Ain Shams menjelaskan bahawa "hanya satu peratus dari masyarakat mempunyai gelaran 'count', 'duke' atau 'baron', yang mempunyai tanah untuk pertanian. 99 peratus dari penduduk Eropah dipanggil serfs dan bekerja di atas tanah-tanah ini".


Kebanyakan penduduk Eropah pada abad ke-11 ini berada dalam kemiskinan dan berhempas pulas untuk hidup, disamping perang dan konflik antara kesatria menjadi rutin kehidupan seharian mereka.

Pope Gregory VII dan idea perang suci

Di sebelah Mediterranean, hidup pula orang Muslim yang hidup dalam kemakmuran dan kebudayaan tinggi, namun disebalik kegemilangan itu, tersembunyi perpecahan politik dan agama yang mendalam.


Lakaran Pope Gregory IV. Foto : Wikipedia.



Muslim Turki Seljuk mula mengembangkan empayar mereka di setiap arah. Perkembangan yang paling serius adalah di Asia Minor menentang Empayar Kristian Byzantine. Dan selepas pertarungan Manzikert pada 1071, Seljuks semakin menghampiri ibu kota Empayar Byzantine, Istanbul. Disebabkan itu, Emperor Alexios Komnenos meminta bantuan dari Eropah Barat.

"Pope Gregory VII melihat perkara ini sebagai peluang sempurna untuk merealisasi impiannya untuk mengawal Gereja Holy Sepulchre dan mengumpulkan semua angkatan tentera dibawah kepimpinan pope dalam satu kempen yang dinamakan 'projek Tuhan'", kata ketua bahagian sejarah Universiti Zaqaziq, Qassem Abdu Qassem.

Professor sejarah di Universiti Helwan, Zubeida Atta berkata: "Pope Gregory menghasilkan idea perang suci. Dia merupakan individu yang memberikan idea untuk membuat satu kempen ke timur bagi menuntut semula kubur Jesus Christ (Nabi Isa) dari tangan orang Muslim, yang dia percaya diambil secara paksa".

Namun, Pope Gregory meninggal pada 1085 sebelum dia dapat merealisasikan projek itu. Bagaimanapun, pewarisnya, Pope Urban II menyahut untuk menyambung projek terbabit.

"Dia (Pope Urban II ) seorang yang fanatik dan mempunyai kepercayaan yang mendalam untuk mengeksport keluar Katolik dan 'mengtenterakan Kristian'", kata professor sejarah di Universiti Sharjah, Moenes Awad.
Perang Suci Pertama: 'Ia adalah kehendak Tuhan'

Panggilan untuk Perang suci yang pertama dibuat pada November 1095 oleh Pope Urban II di bandar Clermont, Perancis - di mana dia telah mengadakan satu majlis gereja katolik. Namun, perhimpunan yang pada mulanya bersifat keagamaan bertukar secara dramatik apabila Pope Urban membuat ucapan yang menjadi titik mula peperangan berdarah dua abad ini.

Di perhimpunan itu, Pope Urban memberi ucapan yang sangat spiritual serta berjanji penebusan dosa bagi sesiapa yang pergi dan berjuang di dalam perang suci.

"Berlawan adalah tanggungjawab kamu, kamu mesti terus berlawan untuk mempertahankan harta kita, tanah kita. Harta kita kepunyaan kamu. Kita mesti melawan mereka yang tidak percaya ini dan mengambil semula tanah suci kita. Ianya kehendak Tuhan".

Pope Urban II menyusun jadual rapi untuk kempen pertama itu yang sepatutnya dijalankan pada musim panas tahun 1096. Tetapi ada juga yang tidak sabar lalu mengabaikan perintah jadual itu dan menemui seorang pemimpin yang akan membimbing segera mereka untuk ke timur: seorang rabib tua bernama Peter Hermit.

Kumpulan yang bersemangat besar, tetapi tidak berdisiplin itu bergerak menuju ke Baitulmaqdis namun di hancurkan oleh Muslim Seljuks di Asia Minor.

Kini, pada musim panas 1096, kumpulan yang patuh dan tersusun dibawah Pope Urban II menjadi semakin kuat dan besar apabila dikumpulkan sedikit demi sedikit. Askar-askar ini membentuk kumpulan perang salib pertama dan diketuai oleh tokoh-tokoh bangsawan Eropah.

"Askar-askar ini bertolak dari Eropah barat dan bergerak menuju ke tanah suci. Ada yang pergi untuk mempertahankan reputasi mereka, dan ada juga yang pergi untuk mendapatkan tanah baru dan membina empayar", kata Abdu Qassem.




Askar perang salib.



Pada penghujung 1096, tentera Eropah tiba di bandar Byzantine, Istanbul.


Kata Professor al-Bishawy dari Open University Jerusalem, tentera-tentera itu bersumpah setia kepada emperor Byzantine, Alexios Komnenos dan berjanji akan memulangkan tanah yang diambil oleh Muslim Seljuk. Tawaran ini penting buat mereka (tentera eropah) supaya dapat kebenaran untuk bergerak ke timur.


Selepas merentasi Bosporus, tentera salib berbaris menuju ke kota Seljuk, Bandar Nicaea, di Asia Minor. Berpegang kepada sumpah kepada emporer sebelum ini, mereka memulangkan kembali Nicaea kepada Byzantines. Namun, ketika gerombolan tentera itu menuju ke Asia Minor, ada beberapa dari mereka 'mengetepikan matlamat suci mereka' apabila mengambil keputusan untuk ke bandar Edessa.


Salah seorang komander, Baldwin of Boulogne, bergerak menuju ke Edessa yang kemudiannya menjadi negeri pertama tentera salib di timur.


"Penawanan Edessa menunjukkan tentera salib tidak dibimbing oleh apa-apa telunjuk agama . Tentera salib menggunakan dalih untuk membebaskan Holy Sepulchre dari 'mereka yang tidak percaya'. Tetapi Edessa bukannya berada di laluan Baitulmaqdis, tidak mempunyai makam mana-mana pengikut Jesus dan bukannya tempat untuk diziarah", kata Muhammad al-Makhzoumy, professor sejarah di Universiti Lebnon.


Bagaimanapun, sebahagian besar tentera salib, berarak ke arah Antioch, satu bandar yang diberi gelaran
the cradle of Christianity,
memandangkan perkataan Christian berasal dari situ.


Pada Jun 1098, Antioch ditawan dan dipimpin oleh Bohemond the Norman, Price of Taranto. Namun, tentera salib tidak memulangkan Antioch kepada emperor Byzantine sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.


Selepas Antioch, tentera itu menghala ke selatan, ke arah Baitulmaqdis.

Penawanan Baitulmaqdis

Selepas tiga tahun menempuhi perjalanan panjang, pertarungan berdarah, wabak dan kebuluran, tentera salib akhirnya memasuki Baitulmaqdis.


"Akhirnya, ketegangan mereka selama tiga tahun(perjalanan) terlerai dan mereka akhirnya mencapai matlamat spiritual mereka. Kini, situasinya adalah tentera salib ingin menyucikan bandar itu dan mengambilnya untuk diri mereka.", kata Jonathan Philips, professor sejarah di Royal Holloway, Univerisiti London.


Menurut Antoine Domit, mereka mulakan (proses itu) "dengan satu pembunuhan beramai-ramai. Mereka bunuh semua orang di jalanan, dalam rumah dan dilorong-lorong."


Venderburie menjelaskan bahawa ianya sukar untuk tentera salib membezakan antara Kristian tempatan, Muslim dan Yahudi kerana mereka semua kelihatan sama sahaja, seperti orang Arab.


"Kejayaan perang salib pertama untuk menawan Baitulmaqdis bukan sahaja penting dalam merialisasikan impiah Eropah, malah ia juga menghukum Muslim dan orang Arab kerana perpecahan dan pergaduhan dalaman mereka", kata Abdu Qassem.


Dengan penawanan Baitulmaqdis, perang salib pertama mencapai matlamat mereka. Namun kejayaan ini tidak kekal lama. Ia adalah pembukaan kepada siri dramatik bagi satu peperangan yang panjang.


Sumber:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 05:04 PM | Show all posts
rindu pulak nak main stronghold..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 04:19 PM | Show all posts
Mengapa peperangan tak habis2 dari dulu smpi sekarang ni tak boleh ke kita hidup aman damai?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 10:13 PM | Show all posts
sambunglah lagi, sangat informational
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 09:10 PM | Show all posts
best.
sila sambung lagi sampai crusader give up nak rampas Jerusalem dari Saladin.
aku minat betoi movie yang theme zaman tu macam Kingdom of Heaven.
sapa tau movie yang lebih kurang sama masa zaman tu, sila rekemen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053676 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list