CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayushuhada04

[MBC]~Missing Nine-Jung Kyung Ho, Baek Jin Hee, Chanyeol (EXO), Choi Tae Joon

[Copy link]
 Author| Post time 20-2-2017 07:49 AM | Show all posts
clara_nur replied at 17-2-2017 11:19 PM
sekali suma yg dah mati hidup balik..
termasuk so hee dgn manager diorg tuu

soo hee tu dh mati ler...sbb dh jumpa mayat dia...
yg tk jumpa...mayat Yeol....ada kemungkinan dia hidup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 09:36 AM | Show all posts
tiramisuu replied at 17-2-2017 12:11 PM
Merapu btul x leh konfirmkn identiti ji ah ngn manager tu sblm g china. Bukannya dorg x sedarkn di ...

yg part identity tktau tu iols ok lg sbb konon2 victims nk protect keselamatan diri since they both tau apa yg tgh jd kt seoul ms tu. yg lg merapu spital tu tkde cctv..kat pedalaman china mana ntah spital tu. unless they all deactivate cctv pastu ckp rosak sbb konon3 director spital kene bribe. motif sngnye nk bribe heols
yg penting joon ho is back. jahat heols buat2 amnesia. iolss dh mcm 'not again'




Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 09:38 AM | Show all posts
haa..satu lg..mcm mn la si taeho tu boleh menyelinap naik kapal tu..penjelasan plg logik ialah heols berenang dr mana2 ntah pastu naik kot blakang kapal tu..otherwise kat bhg depan kapal tu dh sah2 la theyolss dok ramai2 berkumpul kt situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 11:27 AM | Show all posts
irie^nad replied at 20-2-2017 09:38 AM
haa..satu lg..mcm mn la si taeho tu boleh menyelinap naik kapal tu..penjelasan plg logik ialah  ...

tu le pasal...terfikir gak benda yg sama...
dh ler tu..dia leh bertahan lama kat dlm air kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 11:36 AM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 20-2-2017 11:27 AM
tu le pasal...terfikir gak benda yg sama...
dh ler tu..dia leh bertahan lama kat dlm air kan...

apa2 pun alih2 konklusinya satu je kak ayu...drama.

anyway since joon oh is back, tk sabar nk tgk mcm heols nk redeem balik reputz heols kat korea. dh satu korea cerca heols skarang. and look forward jgk utk more sweet interaction between heols dgn bong hee
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 12:42 PM | Show all posts
irie^nad replied at 20-2-2017 09:36 AM
yg part identity tktau tu iols ok lg sbb konon2 victims nk protect keselamatan diri since they bot ...

part hospital tu face palm sgt..baik tak yah buat2 jd patient kalau bawak senjata bagai..staff spital kena bribe ok la lagi..motif pelawat pn kena bribe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2017 01:09 PM | Show all posts
irie^nad replied at 20-2-2017 11:36 AM
apa2 pun alih2 konklusinya satu je kak ayu...drama.

anyway since joon oh is back, tk sabar n ...

kan...kita lupakan ler yg ada cacat cela...yg tk logik kan...
now...kita kena tgk..apa strategik JO nk bersihkan nama dia...
bukti yg betul2 kukuh tkder kan....juga sebenarnya apa yg Taeho
kata....patut tk leh 100% percaya sbb tkder bukti kukuh kan...

now Yeol je yg tk jumpa...mati or tidak..ntah..harap2 dia tk mati
dan akan muncul semula...juga dgn pengerusi...dia pun harapnya
leh sedar....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 02:12 PM | Show all posts
tiramisuu replied at 20-2-2017 12:42 PM
part hospital tu face palm sgt..baik tak yah buat2 jd patient kalau bawak senjata bagai..staff spi ...

motif sgttt kannn..iols tk boleh brape nk digest scene spital tu..mcm unnecessarily 'funny'. the best part cuma tgk bong hee beraksi and jiah tk puas hati they all tk cam muka sheols sbb tk make up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 02:14 PM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 20-2-2017 01:09 PM
kan...kita lupakan ler yg ada cacat cela...yg tk logik kan...
now...kita kena tgk..apa strategik  ...

yup.plg nk tau psl strategi joon oh utk buktikan heols bukan pembunuh..sbb mende tu berlaku ats pulau terpencil..bukti yg ada hanyalah testimoni survivors..tkde cctv, dna fingerprints ke hape. which is why they all buta2 je percaya tuduhan taeho and the rest. based on their testimonies shj
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 03:39 PM | Show all posts
irie^nad replied at 20-2-2017 02:14 PM
yup.plg nk tau psl strategi joon oh utk buktikan heols bukan pembunuh..sbb mende tu berlaku ats pu ...

yer betul tu..harap2 ada org lain yg akan sokong JO dan BH ler..
sbb mmg susah klu tkde org nk tlg mereka berdua ni...
now abg Soo Hee lak dh kena transfer..dh tk lagi leh nk handle kes ni
tp dia mmg akan cari kebenaran...sbb nk tau sapa bunuh adik dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 09:08 AM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 20-2-2017 03:39 PM
yer betul tu..harap2 ada org lain yg akan sokong JO dan BH ler..
sbb mmg susah klu tkde org nk tl ...

yaya pun rs abg so hee takkan sng2 give up nye though kene transfer. kalau tk watak heols abeh cenggitu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2017 01:12 PM | Show all posts
irie^nad replied at 21-2-2017 09:08 AM
yaya pun rs abg so hee takkan sng2 give up nye though kene transfer. kalau tk watak heols abeh cen ...

kan....abg soo hee takkan putus asa....sbb dia nk tau
punca apa adik dia mati....sapa killer..
kak ayu rasa nti....abg soo hee bersama bong hee dan joon oh
je yg leh sama2 betulkan keadaan...

yg lelain tu sbb dh kena ugut....tp kan..si kijoon tu dia terpaksa
demi nk jaga ji ah....rasanya ji ah tu byk benda yg dia tk tau kan
ikut je cakap ki joon....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:06 AM | Show all posts
irie^nad replied at 20-2-2017 09:38 AM
haa..satu lg..mcm mn la si taeho tu boleh menyelinap naik kapal tu..penjelasan plg logik ialah  ...

memang magic mcm mana taeho boleh menyelinap masuk kapal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 07:28 AM | Show all posts
hero drama ni buat iols terbayangkan hongki FT island.. dgn rambut kaler kuning dan wataknya yg mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 09:26 PM | Show all posts
episod 11 lawak giler yg scene kejar2 joon oh ngn ki joon tu..adoi skit perut gelak
joon oh tu nk bls dndam tp tgk cam x serius jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2017 04:34 PM | Show all posts


>> PANDUAN REVIEW <<


Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2017 K-Drama Awards, untuk tahun ke-6.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama Missing 9
Browse kmania.info for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)



@tuna_sandwic   


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 10:12 AM | Show all posts
ending cite ni motif world peace ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 01:21 PM | Show all posts
Edited by irie^nad at 6-4-2017 01:40 PM

Ulasan: Drama MBC “Missing 9”

Rating Keseluruhan Drama: (7.0 + 7.0+ 7.0 + 2.0 + 1.0 = 24.0/4 = 6.0)

Suratan atau kebetulan? Seakan-akan bersetuju dengan tajuknya, banyak elemen yang ‘hilang’ daripada drama ini. Daripada penceritaan yang tidak konsisten kepada pembaziran bakat lakonan para pemainnya, “Missing 9” gagal menjawab beberapa persoalan besar yang menghantui penonton di sebalik usaha murni untuk mempersembahkan satu genre baru dalam dunia drama Korea.

Cerita (7/10)
“Missing 9” mengisahkan tentang sekumpulan artis dan staf “Legend Entertainment” yang terperangkap di sebuah pulau terpencil setelah kapal terbang peribadi yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah konsert antarabangsa. Empat bulan selepas kejadian tersebut, secara tiba-tiba muncul seorang mangsa yang terselamat dan menjadi satu-satunya individu yang mempunyai kunci bagi merungkai segala misteri yang berlaku di atas pulau itu.

Pada asasnya, “Missing 9” mempunyai idea yang menarik dan jarang diketengahkan dalam kebanyakan drama Korea lain. Sayangnya, penceritaan drama ini tidak konsisten dan membuatkan penulis keliru tentang genre sebenar drama ini. Drama ini bermula baik dengan mendedahkan satu-satunya mangsa nahas yang terselamat, iaitu RA Bong-hee (lakonan BAEK Jin-hee) yang terdampar di sebuah pulau dalam keadaan lemah dan tidak terurus. Secara automatik, ini menjentik rasa ingin tahu penonton bagi mengetahui jawapan kepada pelbagai persoalan: Kenapakah hanya Bong-hee yang terselamat? Apakah yang berlaku kepada orang lain? Adakah drama ini hanya akan menunjukkan ‘flashback’ tentang apa yang berlaku di pulau tersebut?

Dalam beberapa episod awal, drama ini menceritakan bagaimana sembilan orang mangsa nahas tersebut cuba untuk menyesuaikan diri bagi meneruskan kelangsungan hidup di pulau tidak berpenghuni itu. Nada drama ini bermula agak ringan, disuntik dengan elemen-elemen komedi yang berpatutan. Namun, bermula episod 5, penonton mula disajikan dengan siri pembunuhan yang dilakukan oleh CHOI Tae-ho (lakonan CHOI Tae-joon) di pulau tersebut dan sedikit demi sedikit, ia turut merungkai rahsia pembunuhan seorang komposer “Legend Entertainment” yang berlaku beberapa tahun sebelum itu. SEO Joon-oh (lakonan JUNG Kyung-ho), seorang artis “Legend Entertainment” yang suam-suam kuku, menjadi suspek utama dalam kesemua kes tersebut. Peralihan genre ini pada awalnya berlaku dengan agak kemas. Namun sayangnya, momentum yang ditunjukkan pada beberapa episod awal drama ini gagal diteruskan. Kegagalan ini agak ketara terutamanya bermula episod 12 dalam usaha Joon-oh untuk membuktikan kepada masyarakat yang semua tuduhan ini merupakan komplot jahat Tae-ho dan pengurusan tertinggi “Legend Entertainment”.

Keberkesanan Lakonan (7/10)
Secara peribadi, penulis merasakan drama ini telah membazirkan bakat ramai pelakon hebat kerana tidak berupaya untuk membentuk perkembangan watak yang baik disebabkan kelemahan skrip dan plot. Hanya CHOI Tae-joon yang berjaya menunjukkan lakonan yang berbeza daripada watak yang sering dibawa oleh beliau sebelum ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan watak Tae-ho ini merupakan ‘breakthough’ untuk CHOI Tae-joon dalam mempamerkan dimensi lakonan yang lebih luas sebagai watak psiko. Bakat pelakon lain seperti JUNG Kyung-ho dan  OH Jung-se pula gagal dimanfaatkan secara maksima.

Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan dan sinematografi) (7/10)
Antara kelemahan paling besar drama ini ialah kegagalan lakon layarnya. Terutamanya menuju suku terakhir drama dalam usaha Joon-oh untuk membersihkan nama beliau, penonton banyak disajikan dengan plot-plot tidak penting yang tidak memberi banyak kesan kepada penceritaan. Penulis skrip mungkin cuba untuk mencipta keseimbangan selepas siri pembunuhan ngeri oleh Tae-ho, namun ia tidak dipersembahkan dengan kemas dan seolah-olah membunuh momentum penonton. Walaubagaimanapun, masih terdapat babak-babak kelakar yang mencuit hati penulis dan mencipta ‘comic relief’ buat seketika. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang tidak logik yang sedikit sebanyak mungkin mencacatkan keseluruhan penceritaan drama ini.

Dari segi teknik pengarahan dan suntingan, pujian harus diberikan kerana drama ini berjaya menunjukkan penceritaan masa sekarang (“current”) dan masa lepas (“flashback”) dengan agak berkesan dan tidak mengganggu pemahaman penonton. Drama ini turut memaparkan sinematografi yang agak menarik,terutamanya ketika babak di pulau. Peliknya, penulis merasakan nada drama ini (terutamanya dari segi warna gambar) tidak begitu sekata. Ada ketikanya, keseluruhan warna drama ini begitu menonjol dengan warna pakaian dan sinematografi yang memukau. Malah, pakaian setiap watak mempunyai “signature color” yang tersendiri sesuai dengan sifat mereka. Namun pada babak lain, keseluruhan pelakon hanya memakai satu ton warna pakaian sahaja (iaitu “beige”), terutamanya di awal drama. Penulis merasakan ada maksud tersirat di sebalik pemilihan warna ini, namun mungkin gagal diterjemahkan dengan kemas oleh penulis skrip.

Skor Muzik (2/5)
Tidak banyak skor muzik dipersembahkan sepanjang drama ini. Hanya terdapat satu skor yang diingati oleh penulis kerana alunan instrumen ‘string’nya sesuai dengan suasana di atas pulau tersebut.

Kebarangkalian untuk tontonan semula (1/5)
Hampir kosong. Penulis mungkin hanya akan menonton semula babak-babak comel interaksi antara Joon-oh dan Bong-hee sahaja.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.128205 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list