View: 988|Reply: 0
|
Pengguna Dinasihati Berjaga-jaga Ketika Guna Jalan Gua Musang-Lojing
[Copy link]
|
|
Ekoran kerja pembaikan sedang dijalankan di lereng bukit runtuh atau jalan mendap akibat banjir bulan lepas, orang ramai yang menggunakan Jalan Gua Musang-Lojing dinasihat supaya lebih berhati-hati.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, lima lokasi di jalan berkenaan yang terjejas teruk ialah di Kilometer (KM) 32.5, KM36, KM42, KM45 dan KM54 tetapi masih boleh dilalui semua kenderaan menggunakan laluan lencongan yang dibina di lokasi terbabit.
Setakat ini hanya Jalan Gua Musang-Jeli masih terputus hubungan kerana jambatan di Kampung Pulau Setelu yang merentangi sungai Nenggiri runtuh akibat banjir, tambah Saiful Bahri.
Namun demikian, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif iaitu melalui Jalan Sungai Sam-Dabong.
Manakala, Jalan Gua Musang-Kuala Berang kini boleh dilalui semua kenderaan kerana lokasi yang rosak akibat banjir sudah dibaik pulih, ujar beliau.
"Memang ketika banjir baru-baru ini ada halangan bagi pengguna melalui jalan itu yang bukan sahaja berlaku lereng bukit runtuh, tetapi ditenggelami air."- CARI
sumber foto: BH Online & https://i.ytimg.com/
sumber foto: Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
| |
|