JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
6822
View
2
Reply

BMW E39 540i ¡®Raja Continental¡¯.

[Copy link]

Author: chacon       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-1-2017 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Enjin 2.5 liter dianggap tidak mencukupi sebelum ditukar rangkaian kuasa berkapasiti 4.4 liter V8.

Kenderaan jenama Eropah atau lebih dikenali sebagai continental menjadi pilihan utama bagi golongan elit sebagai jentera pengangkutan harian mereka.
Hadir dengan ciri mewah dan selesa, boleh dikatakan agak mustahil ia akan diubah suai atau dinaik taraf oleh pemiliknya berikutan mahu mengekalkan prestasi serta imej dalam keadaan yang asal.


Namun tidak pula bagi model BMW E39 540i dalam ruangan modifikasi kali ini.
Jentera yang sebelum ini menggunakan enjin Double Vanos bersesaran 2.5 liter dianggap tidak mencukupi bagi pemiliknya sebelum ia ditukar rangkaian kuasa berkapasiti 4.4 liter V8.
Namun, enjin itu tidak dibiarkan dalam keadaan asal. Ini berikutan ia menerima sedikit sentuhan dengan menaik taraf bagi menyalurkan lebih prestasi.


Sentuhan itu membabitkan padanan Stroker kit 4.6 Alpina dan turut kelihatan pancarongga pengambilan M60 serta Red Top Injector M60 yang digunakan pada enjin berkenaan.
Bagi pengambilan udara bersih memasuki ruangan kebuk pembakaran, enjin itu dipasangkan dengan penapis K&N. Malah, penyampaian bahan api menjadi cekap selepas menggunakan pam bahan api dari Walbro.


Talaan enjin lebih hebat dengan padanan Unit Kawalan Elektronik US Spec 2000 yang dipeta semula bagi menyesuaikan ciri rangkaian kuasa jentera berkenaan.
Kotak gear automatik yang didatangkan bersama enjin itu turut dimantapkan dengan ¡®final drive¡¯ 3.15 bagi menghantar kuasa dari enjin terus ke bahagian roda dengan lebih padu berbanding biasa.


Ciri keselamatannya ditingkatkan dengan penggunaan brek Brembo 6 pot pada bahagian hadapan, manakala 4 pot dibelakang ditambah pula pelapik tahan panas bagi memberi kuasa hentian lebih cekap.
Bagi jentera berprestasi, sudah pasti ia memerlukan tahap kestabilan berkualiti supaya kuasa terhasil tidak diganggu oleh kedudukan kenderaan yang tidak seimbang. Justeru itu, sistem suspensi boleh laras dari Bilstein PSS9 B16 menjadi pilihan bagi jentera berkenaan.


Selain enjin, penampilan luarannya kelihatan sangat mengujakan dengan padanan bampar dari M5 serta peresap gentian karbon.
Penggunaan rim M Paralel bersaiz 18 inci dibaluti tayar Dunlop Direnzza menyerlahkan lagi personaliti jentera itu. ¡®Back box¡¯ dari Remus dibahagian belakang pula memastikan pelepas karbon dari dalam kebuk pembakaran boleh disalur keluar dengan sempurna.


Sementara itu, ruang dalaman jentera itu tampak ringkas selepas dipadankan tempat duduk kulit V8 Msport, selain menggunakan stereng SMG lengkap dengan ¡®paddle shift¡¯ serta dilengkapi tombol gear M5 SMG .
Bagi menjayakan projek itu, pemiliknya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Bavaria At Work Melaka serta Conti JDM Auto. Hasilnya, sangat mengagumkan seperti yang dapat dilihat sekarang.


Spesifikasi
Model: E39 540i.
Enjin asal: 2.5 Double Vanos.
Modifikasi Enjin: 4.4 V8, penapis udara K&N, Stroker kit 4.6 Alpina, pancarongga pengambilan M60, Red Top injector M60, pam minyak Walbro 450lph.
Elektronik: ECU US spec 2000 dipeta semula.
Gearbox: 4.4 gearbox automatik dan ¡®final drive¡¯ 3.15.
Brek: 6 pot Brembo (depan) dan 4pot (belakang).
Tayar dan Rim: M Parallel 18 inci dan tayar Dunlop Direnzza.
Suspensi: Bilstein PSS9 B16 coilover suspension kit.
Luaran: Bampar M5, peresap gentian karbon dan Remus Racing ¡®backbox¡¯.
Dalaman: Stereng ¡®paddle shift¡¯ SMG, tombol gear M5 SMG dan tempat duduk V8 Msport.
Bengkel: Bavaria At Work Melaka dan Conti JDM Auto.

Ikuti Drebar.my di: Facebook, follow us on Twitter and Instagram.


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 10:17 AM | Show all posts

lasak BM. body keras
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:05 PM | Show all posts
Kielholtz (2-1 MMA, 2-1 BMMA) may be a stand-up specialist, but she said her judo background makes the ground game her ¡°secret weapon.¡± The well-roundedness in her game is overlooked by most in her opinion, but that only makes her more confident as she attempts to surge toward another belt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043831s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list