View: 1480|Reply: 7
|
Ringgit Terus Rendah Berbanding Dolar AS
[Copy link]
|
|
Ringgit terus mengalami kejatuhan ke paras terendah yang baharu pagi ini berbanding semalam akibat ditekan pengukuhan Dolar AS.
Memetik laporan Bernama, pada jam 9 pagi ringgit didagangkan pada 4.4930/4980 berbanding 4.4900/4950 pada Selasa.
Menurut peniaga, Dolar AS rali ke paras tertingginya sejak 2002 selepas data pertumbuhan kukuh sektor pengilangan negara itu diumumkan.
Harga minyak yang turut terhenti pendakiannya ke paras tertinggi 18-bulan dan kelihatan semakin lemah dengan kekurangan dua peratus hanya dalam tempoh semalaman.
Sekaligus memburukkan lagi selera para pelabur mengambil risiko bagi ringgit dalam dagangan awal.
Mata wang utama lain turut menyaksikan prestasi bercampur-campur berbanding dengan ringgit.
Ia jatuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.0969/1023 daripada 3.0951/0991 pada Selasa dan menurun berbanding yen kepada 3.8063/8122 daripada 3.7990/7058 sebelumnya.
Bagaimanapun ia naik berbanding British pound kepada 5.4918/5006 daripada prestasinya semalam pada 5.5169/5248 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6678/6748 daripada 4.6700/6761 semalam.- CARI
sumber foto: http://www.ataspagar.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
simpan jah dulu USD dalam paypal akak....
nak guna baharu cash out kot?
or cash out sebulan sekali jah |
|
|
|
|
|
|
|
ni lah masa yang bagus untuk kerja abroad kan... gaji paid in usd.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi pulak rasanya tak beli USD waktu dia masih RM3.20 gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
usd tgh sedap ...gi jual kat ebay.. msyukkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Time ni la aku nyesal tk simpan usd byk2 masa keje travel dlu..jgnkan satu hri tk smpi sejam usd tu lesap |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting GDP tinggi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik kepada contoh aku smalam pasai harga rumah jatuh. Release price penthouse madge mansion, RM15 mil, skarang selling at RM9-RM10 mil. Ditambah dengan kejatuhan Ringgit, yang bergaji Euro, US, Sterling akan mengalami kejatuhan harga rumah berganda di lokasi prima. Omaigawd.... dah tak bleh kata apa, buat lawak jer la kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|