CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 3

Dianggarkan 300 Tan Minyak Tumpah Akibat Dua Kapal Berlanggar Di Johor

 Close [Copy link]
Post time 4-1-2017 06:41 PM | Show all posts |Read mode


Dua buah kapal kontena iaitu APL Denver dan Wan Hai berlanggar sehingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak di Johor Port, Pasir Gudang malam kelmarin.


Memetik laporan Bernama, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam kelmarin, kesan perlanggaran tersebut menyebabkan tumpahan minyak daripada tangki kapal Apl Denver.

"Kapal Wan Hai juga dilaporkan mengalami kerosakan bekalan tenaga (power failure) menyebabkan kapal tidak boleh dikawal dan akhirnya melanggar bahagian tangki."


"emantauan oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati tumpahan minyak yang dianggarkan kira-kira 300 tan telah memasuki kawasan perairan Singapura dan Pulau Ubin dilihat menerima impak tumpahan tersebut."


Jabatan Alam Sekitar kini sedang membuat siasatan ke atas dua kapal kontena yang terlibat untuk mencari punca sebenar berlakunya kejadian berkenaan.


Sementara itu, The Straits Times melaporkan Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan 'oil boom' untuk mengawal tumpahan minyak.


Menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA), ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak.


Tambah MPA, tiada kecederaan atau kesesakan dilaporkan di Selat Johor dan operasi pelabuhan Singapura tidak terjejas.- CARI

sumber foto: The Straits Times
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 06:59 PM | Show all posts
ulan tayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
overnye. smpai 2 tred ko bantai bukak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 09:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047850 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list