Edited by Chekpa at 4-1-2017 10:32 PM
[size=13.199999809265137px]
[size=13.199999809265137px]
[size=13.199999809265137px] . Keinginan mahu hidup berdikari membuatkan penyanyi Aizat mengambil keputusan berpindah dari rumah ibu bapanya di Ampang sejak Ogos tahun lalu.
Memetik laporan mStar online, Aizat berkata, selain belajar hidup sendiri, keputusannya itu juga kerana ingin bertukar angin dan memilih Damansara Perdana di sini sebagai tempat tinggal baharunya. "Saya berpindah bukan sahaja ingin belajar hidup sendiri tetapi mencari angin baru terutamanya dalam berkarya. "Saya pilih Damansara Perdana kerana di situ merupakan kawasan di mana ramai penggiat seni berhimpun yang dapat memberi saya inspirasi kepada karier saya. "Alhamdulillah sejak berpindah pada Ogos lalu saya semakin selesa di tempat baru dan tetap pulang ke rumah ibu-bapa apabila mempunyai kelapangan," katanya. Dalam pada itu, Aizat mengakui pada awalnya dia sukar menyesuaikan diri apabila tinggal bersendirian sehinggakan keluarga terutama ibunya menaruh rasa bimbang. Bagaimanapun kata penyanyi lagu Pergi ini, dia semakin selesa dan lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupannya tanpa bantuan orang lain. Katanya, pengalaman tinggal seorang diri banyak mengajar saya untuk jadi lebih bertanggungjawab," katanya. Mengenai kerjaya, Aizat berkata, tahun ini bakal memperlihatkan dia banyak mencipta lagu untuk penyanyi lain dan terbaharu dia akan bekerjasama dengan pelakon Fattah Amin menerusi lagu Wanita Terakhir. Dia juga akan mencipta sebuah lagu untuk pelakon Indonesia iaitu Randy Pangalila berjudul Bekas Kekasih.
|